ipg 2018

Permohonan IPG 2018 Maktab Perguruan Online Lepasan SPM

Permohonan kemasukan ke Institut Pendidikan Guru (IPG) sesi 2018 kini dibuka. Permohonan IPG 2018 dibuka mulai 13 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018. Pada artikel kali ini kami akan memberikan anda panduan bagaimana cara untuk membuat permohonan ke maktab perguruan ( IPG) bagi sesi 2018/2019 kali ini.  Teruskan bersama kami.

Syarat Permohonan IPG 2018

Sebelum anda membuat permohonan, anda perlulah terlebih dahulu tahu apakah syarat permohonan untuk memasuki IPG. Di sini kami kongsikan agar anda tahu adalah kelulusan anda membolehkan anda membuat permohonan ini ataupun sebaliknya. Permohonan ini adalah lepasan SPM dan bukan untuk lepasan diploma ataupun lepasan Ijazah.

Berikut adalah syarat am permohonan IPG 2018;

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2018.
  • Sihat tubuh badan dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mendapat gred cemerlang dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
  • Lulus Bahasa Inggeris.
  • Memenuhi syarat bidang pengkhususan.

Syarat khusus bidang boleh dilihat semasa anda mengisi borang ini secara online atau klik sini.

Tarikh Buka dan tutup IPG 2018

Berikut adalah tarikh penting permohonan IPG 2018;

  • Tarikh permohonan di buka : 13 Mac 2018
  • Tarikh permohonan di tutup: 28 Mac 2018

Cara Membuat Permohonan IPG 2018 Secara Online

Berikut cara untuk memohon secara online IPG 2018.

  1. Layari laman web PISMP  Online.
  2. Daftar permohonan baharu dengan klik icon permohonan  baru.
  3. isi borang yang diperlukan.
  4. Sekiranya semasa mengisi borang, umur anda tidak melepasi syarat, anda akan diberikan notis bahawa anda tidak layak untuk memohon.

[baca: Permohonan PPUM Diploma  2018 ]

ipg 2018

Adakah No PIN ASB Perlu dalam Permohonan Ini?

No unik pin USB tidak lagi diperlukan. Anda cuma perlu membuat permohonan dengan mendaftar permohonan baru.

Senarai Kursus yang ditawarkan pada Permohonan IPG 2018

Anda perlulah tahu apakah senarai kursus yang ditawarkan pada permohonan IPG 2018 kali ini. Pada  tahun 2018, terdapat  43 kursus / pengkhususan di dalam IPG yang boleh anda mohon,lihat di bawah senarai 43 kursus berkenaan.

BIL BIDANG YANG DITAWARKAN
1 BAHASA IBAN (SK)
2 BAHASA CINA (SK)
3 BAHASA INGGERIS (SK)
4 BAHASA KADAZAN DUSUN (SK)
5 BAHASA MELAYU (SK)
6 BAHASA TAMIL (SK)
7 MATEMATIK (SK)
8 SAINS (SK)
9 PENDIDIKAN ISLAM (SK/SJKC/SJKT)
10 PENDIDIKAN JASMANI (SK)
11 SEJARAH (SK)
12 BIMBINGAN DAN KAUNSELING (SK)
13 PENDIDIKAN MUZIK (SK)
14 PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SK)
15 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SK)
16 PENDIDIKAN KHAS (SK)
17 BAHASA CINA (SJKC)
18 BAHASA INGGERIS (SJKC)
19 BAHASA MELAYU (SJKC)
20 MATEMATIK (SJKC)
21 SAINS (SJKC)
22 PENDIDIKAN JASMANI (SJKC)
23 SEJARAH (SJKC)
24 BIMBINGAN DAN KAUNSELING (SJKC)
25 PENDIDIKAN MUZIK (SJKC)
26 PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SJKC)
27 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SJKC)
28 PENDIDIKAN KHAS (SJKC)
29 BAHASA INGGERIS (SJKT)
30 BAHASA MELAYU (SJKT)
31 BAHASA TAMIL (SJKT)
32 MATEMATIK (SJKT)
33 SAINS (SJKT)
34 PENDIDIKAN JASMANI (SJKT)
35 SEJARAH (SJKT)
36 BIMBINGAN DAN KAUNSELING (SJKT)
37 PENDIDIKAN MUZIK (SJKT)
38 PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SJKT)
39 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SJKT)
40 PENDIDIKAN KHAS (SJKT)
41 BAHASA CINA (SJKC) – LULUSAN UEC
42 PENDIDIKAN ISLAM (SK) – LULUSAN SMA/SMU
43 PPC – BAHASA ARAB

Bilakah Keputusan Panggilan Temuduga IPG 2018?

Selalunya bulan Mei adalah bulan di mana keputuan panggilan temuduga IPG dikeluarkan. Senarai nama yang layak untuk ditemuduga akan dikeluarkan KPM. Tarikh rasmi bagi tahun 2018 masih belum ada. Kami akan kemaskini di sini.

Adakah Anda Membuat Permohonan IPG 2018 ?

Jika anda membuat permohonan ini, kami ucapkan selamat maju jaya. Semoga anda berjay diserapkan menjadi guru kelak. Selamat membuat permohonan IPG 2018.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *