mara

Permohonan KKTM IKM MJII Sesi Julai 2018 Online

Adakah anda berminat untuk memasuki Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) , Institut Kemahiran Mara (IKM) atau Mara Japan Industrial Institute (MJII) ? Jika ya, permohonan bagi kemasukan sesi Julai 2018 kini dibuka. Permohonan mula dibuka pada 15 Mac 2018 hingga tarikh tutup 16 April 2018. Permohonan ini dibuka bagi lepasan SPM dan STPM/Setaraf yang berkelayakan dan minat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang teknikal. Pihak MARA membuka permohonan 2 kali setahun iaitu bagi sesi Januari dan juga sesi Julai.

Permohonan KKTM IKM MJII Sesi Julai 2018 Online

Bagi memohon kemasukan ke institut-institut ini, terdapat 2 cara iaitu;

  • Melalui SISTEM  Permohonan UPU
  • Melalui Sistem SPUPIM

Permohonan Melalui UPU

Permohonan UPU dibuka mulai 5 Februari 2018 hingga 10 April 2018.

Untuk membuat permohonan ini anda perlu membeli NO PIN UNIK di Bank Simpanan Nasional (BSN)

Mohon sini –> Permohonan UPU 2018

Permohonan Melalui SPUPIM

Permohonan melalui SPUPIM dibuka mulai 15 Mac 2018 hingga 16 April 2018

Layari SPUPIM Untuk mendaftar dan membuat permohonan.

Syarat Permohonan KKTM IKM MJII

Syarat permohonan adalah seperti berikut;

Syarat Permohonan Program Sijil

  • SPM Lulus
  • Mestilah Bumiputera
  • Warganegara Malaysia yang berumur 18-40 tahun.
  • Mestilah tidak buta warna

Syarat Permohonan Program Diploma

  • Lulus SPM / STPM/Setara

atau

  • Lulus Sijil kejuruteraan/teknologu/kejuruteraan dari IKM atau Teknologi IKM dengan CGPA melebih 2.0
  • Berumur dari 18 hingga 40 tahun.
  • Harulslah sihat tubuh badan

Kami mengucpakan selamat membuat permohonan ke KKTM IKM dan MJII secara online bagi sesi Julai 2018. Semoga permohonan anda diterima.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *