Sukacita dimaklumkan kepada pelajar lepasan SPM yang berminat melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi sesi pemberlajaran 2019/2010. Kini permohonan telahpun dibuka. Permohonan dibuka mulai 19 Julai 2018 hingga 30 November 2018. Permohonan ini melibatkan 2 program yang ditawarkan iaitu program 2 semester dan program 4 semester.
Berikut adalah maklumat mengenai permohonan ini.
Program Matrikulasi yang ditawarkan
Terdapat dua jenis program yang ditawarkan iaitu;
- Program matrikulasi sistem 2 semester
- Program mastrikulasi sistem 4 semester
Jurusan yang ditawarkan dalam program matrikulasi
bagi permohonan kemasukan 2019 ini, berikut adalah senarai jurusan dalam matrikulasi:
- Jurusan sains
- jurusan kejuruteraan
- Jurusan perkaunan
- Jurusan perkaunan profesional
Syarat Kelayakan unutk memasuki Matrikulasi 2019
Setiap jurusan mempunyai syarat kelayakan sendiri. Anda boleh melihat secara terperinci apakah syarat yang diperlukan untuk anda memasuki jurusan yang anda inginkan.
Syarat kelayakan Umum
Pemohonan perlu memenuhi terlebih dahulu syrat ini, iaitu;
- Berumur tidak lebih 20 tahun pada 1 januari 2019
- Pemohonan mestilah mendaftar mata pelajaran yang disebutkan dalam syarat khusus jurusan.
Syarat kelayakan Jurusan sains
Mestilah mengambil subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan salah satu mata pelajaran
sama ada Fizik atau Biologi.
Syarat kelayakan Jurusan Kejuruteraan
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik dan satu (1) daripada mata
pelajaran seperti yang berikut:
Biologi/ Sains Tambahan/ Teknologi Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/
Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Asas Kelestarian/ Sains Pertanian/ Pertanian/ Ekonomi Rumah Tangga/
Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Teknologi Maklumat Dan Komunikasi/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan
Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi Asas/ Ekonomi/ Perdagangan/ Perniagaan.
Syarat Jurusan Perakaunan
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik dan Matematik Tambahan. Pemohon juga perlu mengambil
mana-mana dua (2) mata pelajaran seperti yang berikut:
Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Teknologi Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/ Sains Pertanian/ Pertanian/
Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Teknologi Maklumat Dan Komunikasi/ Sains Komputer/
Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi Asas/ Ekonomi/
Perdagangan/ Perniagaan/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian
Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
Syarat Jurusan Perakaunan Profesional
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik dan Matematik Tambahan. Pemohon juga perlu mengambil
mana-mana dua (2) mata pelajaran seperti yang berikut:
Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Teknologi Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/ Sains Pertanian/ Pertanian/
Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Teknologi Maklumat Dan Komunikasi/ Sains Komputer/
Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi Asas/ Ekonomi/
Perdagangan/ Perniagaan/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian
Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
Untuk lebih terperinci, Lihat di sini. : Syarat matrikulasi
Cara membeli No PIN Matrikulasi 2019
Anda boleh membeli no pin di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM10. hadirkan diri ke BSN kemudian berjumpa pegawai yang bertugas dan minta borang untuk pembelian no pin matrikulasi.
Cara Permohonan Matrikulasi 2019 Online
Anda boleh membuat permohonan secara online dengan melayari:
Selepas klik link di atas, anda akan dibawa kepada paparan seperti di bawah ini.
Masukkan no kad pengenalan anda tanpa tanda (-).
Contoh: 010622125986
Dan no pin.
No pin boleh didapati pada resit/borang yang anda isi semasa membeli no pin di Bank Simpanan Nasional.
Kemudian isikan semua borang yang diperlukan. Selesai mengisi, klik hantar.
Pastikan anda mengisi borang permohonan ini sebelum 30 November.
Anda boleh membuat kemaskini semula permohonan matrikulasi ini pada Februari 2019.
Tarikh keputusan Matrikulasi 2019 akan diumumkan kelak.
Di bawah ini adlaah poster rasmi daripada Kementerian pendidikan Malaysia (KPM) berkenaan permohonan ini:
Selemat membuat permohonan matrikulasi 2019 online.