prasekolah

Pendaftaran Prasekolah KPM tahun 2019 Online

Sukacita dimaklumkan kini pendaftaran ke prasekolah bagi sesi persekolahan 2019 dibuka. Permohonan pra-sekolah online dibuka mulai 1 Mac 2018 dan akan ditutup pada 30 April 2018. Permohonan ini dibuat secara online.

Oleh yang demikian, para ibu bapa haruslah peka kepada tarikh ini bagi membolehan anak anda masuk ke dalam sesi persekolahan pra sekolah 2019. Di sini kami akan berikan tutorial cara untuk mengisi borang permohonan prasekolah secara online.

Permohonan dan Pendaftaran Prasekolah 2019 Online

Layari laman web berikut:

  1. Masuk ke https://eprasekolah.moe.gov.my/
  2. Daftarlah sebagai pengguna sebelum login ke dalam sistem ini.
  3.  masukkan semua ruangan yang diminta. Iaitu ruangan butiran peribadi anak anda yang ingin dimasukkan ke dalam pra sekolah.

Untuk lebih lanjut secara terperinci cara mendaftar prasekolah 2019, boleh rujuk sini.

Syarat Permohonan Prasekolah 2019

Setiap anak yang didaftarkan perlulah mematuhi syarat berikut:

  1.  Warganegara Malaysia
  2. Lahir pada 2 Januari 2013 hingga 15 januari 2015.

Keputusan Pendaftaran Pra Sekolah 2019

keputusan akan diumumkan beberapa bulan selepas permohonan ini ditutup.

Kami ucapkan selamat mengisi borang permohonan pendaftaran prasekolah tahun 2019 online.

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *