almond london

Resepi Almond London Mudah dan Sedap Senang Disediakan

Hari raya bakal tiba., setelah sebulan berpuasa. Antara perkara yang akan dilakukan oleh suri rumah di rumah adalah dengan menyediakan kuih raya . Maka dengan itu, ramailah yang akan mencari maklumat mengenai resepi kuih raya. Di sini kami akan sediakan beberapa resepi kuih raya. Koleksi resepi kuih raya ini meliputi kuih raya yang popular yang selalu dihidangan semasa hari raya. Kali ini kami kongsikan resepi kuih almond london raya.

almond london

Resepi Kuih  Almond London Raya 2018

Berikut adalah beberapa resepi kuih raya yang boleh anda ikuti untuk membuat kuih raya.

Resepi Kuih Almond London

Bahan-bahan: sajian ini untuk 150 biji kuih.

  • 250g mentega
  • 125g gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 50g serbuk badam (optional)
  • 200g tepung jagung}
  • 300g tepung gandum}
  • 1 sudu besar tepung beras}
  • 1 sudu teh baking powder}-ayak bersama
  • 200g kacang badam,digoreng tanpa minyak
  • 50g badam cincang untuk hiasan
  • +/- 700g cokelat compound

Cara-cara penyediaan adalah seperti berikut.

  1. Mentega dipukul sehingga kembang, kemudian esen vanilla dimasukkan dan pukul.
  2.  Serbuk badam dimasukkan dan kacau.
  3.  Tepung yang telah diayak tadi hendaklah digaul dengan rata..
  4. Doh bulat dibentukkan dengan bulat-bulat kecil/longjong dan masukkan kacang yang berada di dalammnya.
  5. Letakkan di atas dulang pembakar yang telah dilenserkan sedikit mentega.
  6. Bakar pada suhu 200’C selama 20 minit.
  7. Cairkan coklat dengan kaedah doubel-boiler.Celupkan biskut tadi dan letak dalam kertas cawan.
  8. Taburkan badam cincang di atasnya.Biarkan ia kering.Siap disimpan.

Semoga resepi kuih almond london ini dapat membantu anda untuk menyiapkan Almonds London anda dengan sempurna dan sedap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *