Resepi Mudah Buat Sosej Telur, Yang penting Anak Pasti Suka.

Resepi mudah buat Sosej telur yang masih ramai belum tahu. Hanya menggunakan beberapa bahan, sosej telur ini siap dihidangkan.

Bahan-bahan Sosej Telur

  • 7 batang sosej
  • 1 batang lobak merak
  • 5 batang kacang buncis / kacang panjang
  • 2 batang daun bawang
  • 3 biji telur
  • Garam yang secukupnya,serbuk lada dan perasa
  • 7 keping ais plastik
  • gelang getah

Bahan-bahan yang disediakan

Sediakan bahan-bahan diperlukan. Potong lobak, kacang buncis/kacang panjang, dan daun bawang kecil-kecil. Cuci dengan bersih sosej dan juga telur.

Masukkan bahan ke dalam plastik

  1. Campurkan telur, garam, serbuk lada hitam dan penyedap rasa ke dalam bekas atau gelas ukur, supaya mudah untuk memasukkannya kedalam plastik. Campur lobak merah, kacang buncis dan daun bawang. Masuukan sosej kedalam plastik.
  2. Masukkan sayuran ke dalam plastik yang berisi sosej.
  3. Tuang telur sampai sosej terendam. Ikat dengan gelang getah.

Masak dalam 10 hingga 15 minit

  1. Masukkan dalam periuk berisi air, pastikan semua bahagian terendam airnya.
  2. Masak sampai mendidih dan tunggu sehingga 10 – 15 minit sambil dikacau.
  3. Angkat tunggu sejuk lalu buka plastiknya.

Goreng Sosej

  1. Goreng sosej dengan marjerin diatas non-stick pan. jangan guna minyak yang berlebihan. Tak perlu guna minyak pun boleh juga.
  2. Jika sudah masak, cucuk sosej dengan pencucuk sate dan sajikan dengan sos dan mayonis.
  3. Bole dibuat bekal atau dijual.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *