Adakah anda ingin tahu adakah anda mempunyai sebarang saman? Ataupun anda ingin tahu sama ada kereta yang didaftarkan bawah nama anda mempunyai saman? Di sini kami berikan cara untuk semak saman secara online. Sama ini meliputi saman trafik, saman JPJ, AES, dan saman polis.
Kini semakan saman boleh dilakukan secara online sahaja. Tidak perlu datang ke mana-mana pejabat. Hanya perlu semak online. Tidak kiralah anda berada di mana, semakan boleh dilakukan secara online.
Manakala untuk pembayaran pula, terdapat beberapa saman yang boleh dibayar hanya melalui atas talian(online).
Cara Membuat Semakan Saman Secara Online
Terdapat beberapa tempat/laman web yang boleh anda layari untuk mengetahui maklumat saman anda. Antaranya adalahh;
Semak Melalui MyEG
Caranya adalah dengan layari lamwn web https://www.myeg.com.my/
Anda boleh layari laman web di atas tetapi perlu mendaftar akaun. Selepas anda membuat pendaftara, anda login dan masukkan password. Semua saman anda akan dipaparkan Ianya termasuklah saman polis, JPJ, AES.
Apa yang menariknya mengenai laman web MyEG ini adalah anda boleh terus membayar secara online. Perkhidmatan perbankan online tempatan diperlukan untuk membuat bayaran ini.
Semak Saman JPJ Online
Saman JPJ boleh disemak secara online secara terus melalui Portal JPJ.
Layari: Semak Saman JPJ
Anda akan dibawa kepada paparan seperti di bawah ini;
Masukkan Kad pengenalan dan security code kemudian klik “search”
Semua saman JPJ anda akan terus dipaparkan.
Servis e rilek
Satu lagi laman web yang membolehkan anda menyemak saman adalah laman web rilek e services.
Laman web ini memerlukan anda mendaftar terlebih dahulu sebelum boleh membuat semakan.
Laman Web Lain Semak Saman
Laman web lain untuk semakan saman adalah;
Semak Saman Melalui SMS
Jika anda tidak mempunyai perkhidmatan internet, anda boleh membuat semakan saman melalui SMS.
Selamat Membuat Semakan Saman Anda
Buatlah semakan saman dan terus membayarnya. Ini bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Antaranya berkemungkinan akan keluar waran tangkap untuk anda. Anda perlu hadir ke mahkamah, dan sebagainya. Selamat membuat semakan saman secara online dan sms.