keputusan spm

Semakan Keputusan dan Tarikh Diumumkan SPM 2017 Online

Mesti pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2017 tertunggu-tunggu bilakah tarikh keputusan SPM akan dikeluarkan. Dan ada antara anda yang rasa berdebar-debar untuk mengetahui apakah keputusan yang bakal diperolehi. Di sini kami kongsikan bagaimana anda boleh menyemak keputusan SPM anda sama ada cara datang ke sekolah, melalui online ataupun melalui SMS.

[baca: Pendaftaran Tahun 1 2019 – 2020 ]

Bilakah Tarikh SPM 2017 Diumumkan ?

Tarikh keputusan SPM 2017 akan diumumkan pada 15 Mac 2018 bermula pada pukul 10 pagi.

Cara membuat Semakan Keputusan SPM 2017

Keputusan SPM boleh dibuat dengan cara datang ke sekolah masing-masing pada pagi 15 Mac 2018. Semua pelajar yang datang hendaklah berpakaian kemas dan sesuai.

Bolehkah Keputusan SPM 2017 Disemak Secara Online?

Adakah terdapat semakan keputusan secara online? Seperti tahun sebelumnya, tidak terdapat sebarang aplikasi online disediakan untuk membuat semakan keputusan SPM anda. Akan tetapi, seperti biasa, terdapat semakan keputusan melalui sistem pesana ringkas (SMS).

Bagaimanapun, anda boleh melihat pada pauntan SPPAT ini jika KPM menyediakan bagi tahun ini.

Cara Semakan SPM 2017 Melalui SMS

Di sini kami sediakan kepada anda cara untuk membuat semakan melalui SMS.

Taip SPM < jarak> No Kad Pengenalan < jarak> hantar ke  15888

Bagaimana Keputusan SPM anda?

Bagaimana keputusan SPM 2017 anda? Jom kongsikan dengan kami.

Kami mengucapkan selamat membuat semakan keputusan SPM 2017. Semoga anda mendapat keputusan yang cemerlang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *