Sheila Rusly Mohon Maaf – Mengaku Salah Guna Gambar Kahwin Bell Dally…

Pelakon dan juga model Bella Dally atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally baru-baru ini telah meluahkan rasa kurang senang atas tindakan produksi JS Picture kerna menyalah guna gambar kahwinnya bersama bekas suaminya, Nazim Othman sebagai salah satu prop dalam drama terbitan mereka yang bertajuk Silang.

Drama lakonan Nazim Othman dan juga Emma Maembong itu menjadi bahan bualan orang ramai apabilan mereka menyedari terdapat sesuatu yang tidak kena pada gambar Emma yang telah disunting sehinggasampai ke pengetahuan Bella.

Terima mesej daripada rakan peminat tentang gambar kahwin disunting, tukar wajah Bella kepada Emma Maembong.

Menerusi status yang dimuat naik oleh Bella ke Instagram miliknya semalam, Bella mengakui menerima banyak mesej daripada rakan, keluarga dan peminat berhubung dengan isu tersebut.

Tambah Bella, sejurus mendapat tahumengenai perkara tersebut dia segera menghubungi sendiri pemilik produksi tersebut iaitu Sheila Rusly untuk mendapat kepastian.

Sheila Rusly mengakui itu satu kesilapan besar dan memohon maaf kerana tidak sensitif tentang perkara tersebut.

Pekerja yang bertanggung jawab melakukan suntingan prop tersebut juga turut memohon maaf kepada Bella.

bella juga berharap agar perkara begitu tidak akan berulang lagi pada masa hadapan dan telah memadam postingnya.

Apa pun diharap pihak produksi tidak akan memandang enteng perkara-perkara yang boleh mengganggu sentiviti orang lain dan mengambil pengajaran daripada yang telah berlaku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *