
Lara Alana bukan satu nama yang asing lagi dalam industri hiburan tanah air apatah lagi ibu bapanya, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya merupakan pasangan selebriti popular. Setiap posting di laman Instagram miliknya yang mempunyai lebih 3.2 juta pengikut sentiasa dinantikan oleh orang ramai untuk melihat karenah dan keletah kanak cilik berusia empat tahun itu.

Terbaru, gelagat Lara sekali lagi mencuri perhatian netizen ketika membaca surah Al-Fatihah dan petikan surah Al-Baqarah bersama bapanya. Rakaman video berdurasi hampir satu minit itu telah dihujani pelbagai reaksi positif netizen yang rata-rata memuji kesungguhan Lara untuk membaca walaupun masih pelat dan tidak lancar
Video bacaan Al fatihah:
Namun tidak kurang ada juga yang terhibur apabila mendengar gelak ketawanya di hujung video tersebut yang kedengaran tidak ubah seperti ibunya. Sumber dari beritasteady
# Baca Bismillah Dan Makan Penuh Tertib, Peminat Kagum Dengan Cara Didikan Scha & Awal Terhadap Lara
Siapa tidak kenal dengan kanak-kanak comel, Lara Alana yang sering sahaja mencuri perhatian n3tizen dengan aksi dan gelagatnya yang cukup mencuit hati. Anak sulung kepada pasangan sama cantik sama padan, Scha Alyahya dan Awal Ashaari itu juga mempunyai akaun Instagram peribadi dan memiliki hampir 3.5 juta pengikut sekaligus menjadikannya antara anak selebriti yang popular di Malaysia.

Kali ini Lara sekali lagi menjadi perhatian n3tizen setelah ibu dan bapanya memuat naik sebuah video dia sedang makan di salah sebuah restoran. Dalam video tersebut, Lara dilihat membaca Bismillah sebelum makan dan makan dengan penuh tertib tanpa perlu diawasi oleh sesiapa.
Rata-rata, ramai yang memuji adab yang dimiliki oleh kanak-kanak berusia 4 tahun itu dan menyebabkan laman Instagramya dibanjiri dengan komen daripada para peminat.
Semoga Lara Alana membesar menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada ke dua ibu dan bapanya.
Sumber : Facebook