Sinopsis Dan Pelakon Filem Paskal The Movie 2018

Sinopsis Dan Pelakon Filem Paskal The Movie 2018

Filem Paskal The Movie

Nantikan Filem Paskal The Movie yang bakal menemui penonton bermula 27 September 2018 di pawagam seluruh tanah air. Filem Paskal The Movie adalah inspirasi daripada kisah benar sepasukan anggota unit khas dalam organisasi TDLM atau lebih dikenali sebagi Pasukan Khas Laut ( PASKAL ). Dibintagi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Jasmine Suraya, Henley Hii, Taufiq Hanafi dan ramai lagi. Filem arahan Adrian Teh ini telah menelan kos sebanyak RM10 Juta.

 

TAJUK : PASKAL THE MOVIE

TARIKH TAYANGAN : 27 Oktober 2018

GENRE : AKSI

PENGARAH : Adrian Teh

PRODUKSI : Asia Tropical Films Sdn Bhd

PELAKON : Hairul Azreen, Ammar Alfian, Jasmine Suraya, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Hafizul Kamal, Theebaan Govindasamy, Gambit Saifullh, Nam Ron, Amerul Affendi, Sherry Aljeffri, Dato Sri Eizlan Yusof, Tiger Chen hu, Steve Yap, Fabian Loo.

 

 

SINOPSIS PASKAL THE MOVIE

 

Sinopsis Paskal The Movie – Mengisahkan tentang Leftenan komander Arman Anwar, seorang anggota Pasukan Khas Laut ( PASKAL ) iaitu pasukan elit tentera Laut Diraja Malaysia. Namun ibunya tidak merestui pekerjaannya kerana ayahnya juga seorang ahli PASKAL yang telah terkorban semasa menjalankan tugas.

Apabilah rakan sepasukannya terkorban dan seorang lagi diberhentikan, Arman membuat keputusan untuk berhenti. namun, dia terhimpit dengan misi terakhir yang perlu diselesaikan. Misi merampas kembali kapal dagang MV bunga Laurel daripada lanun Somalia di TEluk Aden.

 

LAGU TEMA / OST

 

Tajuk : Cabang Tiga

Artis : Aman Ra

 

Filem Paskal The Movie

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *