Drama Selamat Malam Tan Sri

Sinopsis Drama Selamat Malam Tan Sri TV2

Sinopsis Drama Selamat Malam Tan Sri TV2

Drama Selamat Malam Tan Sri

Sinopsis Drama Selamat Malam Tan Sri – Mengisahkan tentang seorang wartawan yang bernama Hanim Hanani yang ingin membongkar rahsia Tan Sri Rahman yang dikatakan beristeri dua secara rahsia. Tan Sri Rahman Shah pula mengurus bisnesnya seakan tiada lagi hari esok. Dia seorang yang gigih berkerja, siang malam hanya tahu memikirkan untung dan rugi. Ditakdirkan tersiarnya satu rencana dalam majalah menjadikan hidupnya huru-hara. Wartawan itu dicari. Tanpa disangka, Tan Sri Rahman pula telah jatuh hati dengan wartawan bernama Hanim Hanani.

keputusan Hanim Hanani memilih lelaki itu bukan kerana harta. jika Itulah alasan dan tujuan, dia menafikan. dia bukan cemburu kemewahan,  bukan juga Kerana kasihan. malah lamaran cinta lelaki muda telah ditolak mentah-mentah.

Bagaimanapun tidak dapat menafikan soal harta darjat dan prestage turut terdetik di hatinya. Sejak pertama kali memandang lelaki yang bergelar Tan Sri dalam tugasannya sebagai wartawan itu hatinya mula terdetik terhadap Tan Sri .

Dia tidak pasti apakah maknanya. Lelaki itu telah pun beristeri: Bukan satu malah dua.  Puan Sri Rosnita adalah isteri pertamanya yang mempunyai kedudukan harta dan ternama.  Begitu juga isteri keduanya Netty Karmila adalah bekas seorang ratu cantik yang digilai ramai.

Ketika itu Hanim Hanani sedikit pun tidak terfikir untuk bersaing dengan wanita-wanita itu. Dia pasti bahawa dia akan kalah tapi takdir menentukan segalanya.

Setelah terjadi kekeliruan dan situasi yang tidak masuk akal tiba-tiba muncul pula Saiful Azam antara mereka. Tahap ego Tan Sri Rahman Shah dan anak bujangnya itu sanggup melakukan apa saja untuk merebut cinta Hanim Hanani. Hanim Hanani menjadi keliru memikirkan siapa yang harus dia pilih. Dia ingin lari, pergi jauh tapi ke mana?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *