Adakalanya kita perlu berhenti kerja disebabkan sebab-sebab yang tertentu. kita perlulah mengikut prosedur yang telah ditetapkan untuk berhenti kerja. cara yang betul untuk berhenti kerja Adalah dengan menulis surat kepada majikan kita. surat perlulah ditulis sama ada 7 hari tempoh bekerja sebulan atau pun mengikut kesesuaian situasi yang kita alami.
disini kami kongsikan cara untuk menulis surat berhenti kerja dengan mudah dan terbaik mengikut format yang betul. anda boleh menjadikan contoh surat ini untuk anda menulis surat sendiri.
perlu diingat untuk menulis surat berhenti kerja anda perlulah menyatakan sebab dan punca Mengapakah anda mengambil keputusan untuk berhenti kerja.
Anda boleh mengikut format menulis surat berhenti kerja seperti berikut.
- surat perlulah ditulis dalam format surat rasmi. ini kerana urusan berhenti kerja merupakan urusan rasmi.
- elakkan untuk memberitahu hasrat Ingin berhenti kerja melalui medium seperti email, WhatsApp, Telegram dan medium media sosial yang lain.
- Nyatakan sebab anda ingin berhenti kerja.
- ucapkan terima kasih di akhir surat anda.
- Nyatakan dengan jelas tarikh Bilakah anda ingin berhenti kerja.
- jika terdapat Perkara berbangkit lain yang dirasakan penting Sila nyatakan di dalam surat anda atau kepilkan lampiran jika perlu.
Contoh Surat Berhenti Kerja Terbaik dan Ringkas
Ahmad bin Ali
Nombor 12 Jalan Simpang Empat,
4000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
____________________________________________________________________________
Syarikat Permata Holding
Lot 3 Jalan Pisang,
4000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
29 Ogos 2018
Tuan,
NOTIS BERHENTI KERJA 7 HARI
Merujuk kepada perkara yang dinyatakan di atas ini, saya Ahmad bin Ali telah pun membuat keputusan untuk berhenti kerja di syarikat tuan. Saya akan meletakkan jawatan saya 7 hari dari tempoh Surat ini ditulis.
- Tujuan saya berhenti kerja adalah disebabkan oleh ingin menyambung pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan yang saya minati.
- Saya dengan ini berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan notis permohonan berhenti kerja saya ini dengan hati terbuka. Saya mengucapkan ribuan terima kasih sepanjang bekerja di syarikat tuan. saya amat menghargai segala tunjuk ajar dan didikan yang telah diberikan.
Sekian, terima kasih.
yang benar
————
Ahmad bin Ali
Kami mengucapkan selamat menghantar surat berhenti kerja kepada majikan anda. Semoga niat anda untuk berhenti kerja diterima dengan hati terbuka oleh rakan-rakan sekerja dan juga majikan.
selain alasan yang dinyatakan di atas ini anda juga boleh menggunakan alasan seperti sakit mendapat tawaran pekerjaan di tempat lain mendapat tawaran pekerjaan yang lebih bagus dan sebagainya.
apa yang penting anda tidak digalakkan untuk menipu sebab mengapa anda ingin berhenti kerja.
pastikan juga anda tidak terikat dalam mana-mana kontrak pekerjaan ini bagi mengelakkan anda dikenakan tindakan Ataupun taman seperti yang termaktub di dalam surat tawaran perlantikan anda.