Jika seseorang pelajar ataupun murid tidak dapat hadir ke sekolah disebabkan oleh sebab-sebab tertentu, pelajar berkenaan perlulah menulis surat untuk memberitahu pihak sekolah bahawa tidak dapat hadir ke sekolah. Pada artikel kali ini, kami akan memberikan contoh surat tidak hadir ke sekolah bagi pelajar sekolah rendah mahupun menengah.
Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah
Surat tidak hadir ke sekolah ditulis dengan format surat kiriman rasmi. Ini kerana urusan menghantar surat kepada guru kelas adalah dikira sebagai urusan rasmi.
Berikut kami kongsikan contoh surat kiriman rasmi tidak hadir ke sekolah.
==========================
No 4, Jalan Bayang
Taman Tanjung kapor,
88450, Kota Kinabalu Sabah
______________________________________________________________________
Guru Kelas Tingkatan 4 Bestari,
SMK Abdul Rahman,88450,
Kota Kinabalu, Sabah 7 Mei 2018
Tuan,
TIDAK DAPAT HADIR KE SEKOLAH DISEBABKAN SAKIT
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas, saya Muhammad Ariff Khuzaimi pelajar tingkatan 4 bestari tidak dapat hadir ke sekolah pada 7 Mei 2018 disebabkan kesihatan yang tidak mengizinkan.
02. Pada pagi 7 Mei 2018 saya mengalami sakit perut yang tidak membolehkan untuk saya bergerak ke sekolah.
03. Sepanjang saya tidak hadir ke sekolah ini, saya akan menyiapkan segala kerja sekolah yang diberi.
04. Saya berharap pihak tuan dapat mengizinkan dan meluluskan permohonan saya tidak dapat hadir ke sekolah.
Sekian, Terima Kasih.
Ariff
____________
( Muhammad Ariff Khuzaimi)
====================================
Template Surat Cuti Tidak Hadir Ke Sekolah
Anda boleh menggunakan templat ini untuk menulis surat cuti sakit anda sendiri. Perlu diingat, jangan menulis “membuat permohonan cuti sekolah”. Ini kerana pelajar bukanlah golongan berkerja yang boleh membuat permohonan cuti. Sebagai ganti, tulis sahaja “tidak dapat hadir ke sekolah”.
Semoga dengan contoh surat tidak hadir ke sekolah ini dapat membantu anda untuk menulis surat sendiri tanpa perlukan bantuan orang lain.
Spazio Sports Center – Elche/Elx | TrackInPlay insulin cycle bodybuilding elastic resistance bands home exercise kit bands | ocean fitness
One comment