surat tunjuk sebab

Contoh Surat Tunjuk Sebab Mudah dan Terbaik

Selain surat rayaun, satu lagi suarat yang amat penting untuk ditulis dalam urusan seharian adalah surat tunjuk sebab. Kali ini kami akan tunjukkan kepada pembaca semua cara menulis dan contoh surat tunjuk sebab yang mudah dan terbaik.  Surat tunjuk sebab tidak perlu ditulis dengan bahasa yang berbunga. Ianya perlulah ditulis dengan bahasa mudah difahami dan terus kepada isi.

Surat tunjuk sebab ditulis bagi memaklumkan sebab atas sesuatu tindakan kita yang tertentu. Sebagai contoh surat sebab tidak hadir ke mesyuarat, surat sebab tidak datang kerja, surat sebab kesalahan tatatertib ataupun surat tunjuk sebab lewat datang ke tempat kerja.

Semua kesalahan dan tindakan yang dilakukan ini memerlukan pemakluman sebab agar tindakan / kesalah yang kita lakukan tidak di salah anggap oleh pihak tertentu.

surat tunjuk sebab

Format Surat Tunjuk Sebab

Oleh kerana surat tunjuk sebab merupakan urusan rasmi, maka surat ini pelrulah ditulis dalam format surat kiriman rasmi. Lihat sini –> format surat kiriman rasmi.

Anda boleh ikut sahaja format yang telah ditunjukkan. Perkara yang perlu ada di dalam surat tunjuk sebab adalah;

  • Nyatakan kesalahan yang anda lakukan.
  • Nyatakan sebab anda melakukan kesalahan berkenaan.
  • Nyatakan janji anda supaya perkara tidak akan berulang kembali.

Contoh Surat Tunjuk Sebab Mudah dan Terbaik

Di bawah ini adalah contoh surat tunjuk sebab tidak hadir ke mesyuarat. Anda boleh mengubah surat ini mengikut situasi anda sendiri.

 

Khairul Azmi Bin Mat Suod
No 3, Taman lembayung,
40000, Shah Alam,
Selangor
______________________________________________________________

Tuan Pengarah,
Hospital Shah Alam,
40000, Shah Alam,
Selangor                                                           8 Julai 2018

Tuan,

SURAT TUNJUK SEBAB TIDAK HADIR KE MESYUARAT

Merujuk kepada perkara di atas, saya Khairul azmi Bin Mat Suod tidak hadir ke mesyuarat yang diadakan pada 6 Julai 2018 yang lepas.
Maka dengan itu, tujuan surat ini ditulis untuk menyatakan sebab atas tindakan saya tersebut.

02. Untuk makluman pihak tuan, pada hari berkenaan, saya tidak dapat menghadirkan diri ke mesyuarat di atas sebab saya jatuh sakit pada
hari berkenaan. Namun saya tidak berjumpa doktor yang mana menyebabkan saya tidak mempunyai surat pelepasan daripada doktor.

03. Saya berjanji tidak akan mengulangi lagi perkara ini, jika perkara ini terjadi, saya akan memaklumkan pihak tuan terlebih dahulu.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

________________
(Khairul Azmi Mat Suod)

Selamat menulis surat tunjuk sebab

Semoga contoh yang ringkas ini dapat membantu anda untuk menulis surat anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *