tahun 1

Permohonan Pendaftaran Tahun 1 2019 – 2020 Online

Adakah anda mempunyai anak yang akan bersekolah darjah 1 ataupun tahun 1 pada tahun 2019 dan 2020? Jika ya, anda bolehlah mula membuat pendaftaran dengan membuat permohonan online. Jika sebelum ini permohonan hanyalah untuk mereka yang berada di Semenanjung, kini permohonan online dibuka kepada semua rakyat Malaysia termasuk yang berada di Sabah , Sarawak dan Labuan. Ini adalah peluang yang perlu direbut oleh ibu bapa.

 

Permohonan online Tahun 1 2019 – 2020

Pendaftaran secara online ini boleh dilakukan di laman web https://public.moe.gov.my

Cara Mendaftar Online Tahun 1 Sesi persekolahan 2019 dan 2020

Jika anda baru pertama kali mendaftar, daftar dahulu dengan membuka akaun pada sistem klik sini.

Anda akan dibawa kepada paparan seperti di bawah ini.

tahun 1

Isikan semua maklumat yang diminta pada borang pendaftaran berkenaan. Selepas itu, klik daftar. Kemudian,anda bolehlah login seperti biasa dan mengisi borang pendaftaran untuk anak anda. Anda perlu menunggu tempoh yang diperlukan untuk permohonan berada dalam proses.

Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada anda ibu bapa. Semoga anak-anak anda mendapat tempat persekolah darjah 1 di kawasan yang anda mahukan.

Selamat membuat pendaftaran tahun 1 2019/2020.

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *