{Video } Buat Bising Ketika Azan Berkumandang, Makcik Ini Menjerit Untuk Menegur Dan Membuatkan Semua Diam Membisu

Pernahkah terjadi, apabila kita mahu berhenti seketika sewaktu sedang asyik bermesyuarat semata-mata kerana terdengar laungan azan, ramai terkejut. Bukannya lama, tidak sampai pun dua minit kerana itu adalah suara menyeru kepada kebaikan.

Padahal mendengar lagu-lagu yang melalaikan sehingga berjam-jam boleh pula. Ada bergosip, berbual perkara mengaibkan dan sehingga mengabaikan batas pergaulan tatkala azan berkumandang.

Suatu waktu dulu, Laungan azan sama ada di radio dan televisyen, akan dimulai dan disusuli dengan doa dan muzik muzik yang lembut. Ketika itu kita pun mula bangun untuk bersolat.

Namun keadaan sekarang sudah jauh berubah,  masuk sahaja waktu solat azan hanya ditulis pada skrin telefon atau radio yang memberitahu sudah masuk waktu kemudian diikuti dengan lagu-lagu yang menyimpang.

Perkara ini akan melalaikan kita dan boleh membuatkan kita lambat atau tidak terus menunaikan solat.

Makcik Ini mengamuk Kerana Mereka Tidak Menghormati Azan

Kejadian ini berlaku di negara jiran iaitu  Indonesia, kelihatan ramai yang berhimpun di dalam sebuah rumah dan semua sedang bersorak secara tiba-tiba  datang seorang wanita dan menjerit “Kenapa tidak menghormati azan”.

Wanita ini marah kerana bukan kali pertama meraka buat bising dan wanita ini juga marah kerana ketika mereka buat bising ketika itu juga azan berkumandang. Jelas sekali wanita ini tidak berpuas hati dan ketika dia berjumpa dengan penceramah hanya ayat minta maaf mampu dikeluarkan. Seluruh orang dalam rumah itu terdiam dengan kelantangan suara Makcik ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *