[Video] – Janna Nick Hanya Mampu Minta Ampun Pada Allah Jika Sheila Enggan Terima Maaf

PELAKON dan pengacara Janna Nick memohon maaf secara terbuka kepada Sheila Rusly serta ahli keluarga jika benar dia pernah membuat sebarang kesalahan sehingga menggores perasaan penerbit dan pengarah itu.

Janna berkata, walaupun tidak mengetahui punca perselisihan faham di antara mereka namun sebagai seorang anak didik yang menganggap pengarah itu seperti ahli keluarganya, dia berharap Sheila dapat memaafkannya sekali gus menjernihkan kembali hubungan tersebut.

“Jujur saya katakan saya sendiri tidak pasti apa sebenarnya perkara yang mungkin menyebabkan pihak di sana berkecil hati dengan saya dan atas sebab itu saya tidak mahu mengulas mengenainya.

Janna Nick mengesat air matanya selepas memikirkan apakah kesalahannya terhadap Sheila sehingga produser itu berkecil hati.

“Walaubagaimanapun sebagai seorang anak didik yang banyak terhutang budi dengan Sheila sekeluarga saya dengan rendah diri memohon maaf secara terbuka.

“Namun sekiranya permohonan maaf saya ini tidak diterima apa yang boleh saya lakukan hanyalah memohon ampun kepada Allah,” katanya.

Janna ditemui pada majlis pelancaran telefon pintar edisi terbaharu Vivo V15Pro yang diadakan pada Selasa.

Sebab itu saya menghantar mesej serta memohon maaf namun tiada respons diberikan.

Turut hadir pada acara itu ialah penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza yang juga duta produk itu bersama Janna.

Sebelum ini timbul desas-desus mengatakan Sheila memuat naik status seolah-olah memerlinya di Instagram namun dinafikan oleh produser tersebut.

Bagaimanapun isu melibatkan mereka berdua terus diperkatakan apabila Sheila dilihat berhenti mengikuti Instagram Janna.

Dalam pada itu, Janna memberitahu dia pernah menghantar mesej bagi memohon maaf kepada Sheila namun tiada sebarang respons diberikan.

Malah dia pernah bertanya sendiri kepada pengarah drama Leftenan Zana itu sekiranya benar dia ada melakukan kesalahan namun tiada jawapan diberikan.

“Saya tidak mahu serkap jarang dengan membuat andaian sendiri kerana mungkin ia tidak sama dengan apa mereka fikirkan.

“Sebab itu saya menghantar mesej serta memohon maaf namun tiada respons diberikan.

“Saya sendiri pun tidak mahu memperbesar-besarkan hal tersebut kerana yakin masalah keluarga boleh diselesaikan tanpa melibatkan media atau orang luar,” jelasnya.

Video – Janna Nick mohon maaf

Sementara itu, Janna berkata, dia sentiasa terbuka untuk bertemu dengan Sheila dan keluarganya bagi menyelesaikan salah faham di antara mereka sekiranya mempunyai ruang dan peluang.

Janna Nick merupakan salah seorang pelakon di samping Sheila dalam drama bersiri Leftenan Zana siaran TV3 terbitan JS Pistures, syarikat milik produser itu.

Isu disindir Sheila Rusly… Ini Respond Janna Nick.

PELAKON Janna Nick hanya mahu mengambil langkah berdiam diri tanpa mengeluarkan kenyataan mengenai status dimuat naik produser Sheila Rusly yang dikatakan seakan-akan memerlinya.

Janna atau Nurul Jannah Muner, 25, berkata dia banyak terhutang budi dengan syarikat penerbitan JS Pictures Sdn Bhd dan tidak layak memberi komen kerana menganggap Sheila serta suami, Azman Yahya atau Jinggo sebagai orang terhormat dalam industri.

“Saya tak nak cakap apa-apa mengenai perkara itu atau beri kenyataan sebab saya menghormati JS Pictures dan saya juga banyak terhutang budi dengan mereka.

“Apa yang boleh saya katakan, saya menganggap Sis Sheila dan Papa Jinggo sebagai orang yang sangat terhormat dalam industri seni dan saya tak layak nak komen apa-apa,” katanya kepada mStar Online.

Janna yang juga duta Drama Festival Kuala Lumpur 2019 (DFKL 2019) ditemui ketika sidang media di The New Straits Times Press (NSTP), Bangsar Kuala Lumpur pada Rabu.

Aktres itu diminta mengulas mengenai entri laman Instagram Sheila yang dimuat naik beberapa hari lalu untuk mempromosikan drama bersiri terbitannya yang dilakonkan oleh Janna selaku Leftenan Zana.

Status itu dikatakan menyindir Janna.

Biarpun isteri kepada pengarah Azman Yahya atau Jinggo tidak menyebut sebarang nama, namun ada pengikut laman Instagram mula mengaitkan Janna dengan kapsyen tersebut. Menurut Janna, dia ada bertanya mengenai status tersebut dan Sheila tidak memberi sebarang reaksi negatif selain tidak mahu memanjangkan isu itu.

Kata Janna lagi, dia hanya akan mengulas lebih lanjut spekulasi mengenai hubungan dia dengan Sheila sekiranya pihak pengarah dan produser itu mengeluarkan kenyataan tentangnya. “Saya ada bertanya kepada mereka dan tak ada reaksi negatif pun. Sekarang ni saya fokus pada bisnes dan mereka juga sibuk dengan kerjaya seni.

“Tak ada yang negatif pun. Macam yang saya katakan, tak ada apa perlu dikomen. Tapi saya hanya akan mengulas lebih lanjut kalau pihak sana bagi kenyataan,” ujarnya.

Hubungan Janna dengan Sheila sebelum ini baik namum ketika ini tidak dipastikan sejauh mana persahabatan mereka.

Komen netizen:

Sumber : Facebookanna nick mohon maaf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *