waktu berbuka kelantan

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Kelantan 2018 / 1439H

Bulan puasa pada tahun 2018 jatuh pada 17 Mei 2018. Di sini kami kongsikan jadual waktu berbuka dan imsak bagi negeri Kelantan tahun 2018 bersamaan 1439H.

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Kelantan 2018

Anda boleh lihat jadual yang kami sediakan di bawah ini.

Kelantan
Waktu berbuka bagi zon 1 Kelantan
waktu berbuka kelantan
Zon 2 Kelantan

Bacaan Doa Niat Berpuasa Sehari dan Setahun

Di sini kami sediakan kepada rakyat Kelantan bacaan niat berpuasa sebulan dan juga sehari. Niat ini membolehkan sahnya ibadat puasa anda. Anda boleh membaca niat puasa sebulan ataupun setahun.

Di bawah ini kami kongsikan bacaan niat puasa dalam rumi dan juga arab.

niat puasa sebulan
Niat Puasa

Niat Puasa Sehari

“Nawaitu Souma Ghadin An’ Adaai Fardhi syahri ramadhana hazihiz sanati lillahi taala”

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini keranaa Allah Taala.

Niat Puasa Setahun

“Nawaitu Souma Syahri ramadhana kullihi lillahi taala.”

Yang bermaksud: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan ramadhan kerana Allah taala.

Kaifiat Cara mengerjakan Solat Tarawih

Ini adalah cara untuk mengerjakan solat tarawih dengan mudah.

Di bawah ini adalah poster yang memudahkan lagi anda tahu cara untuk solat tarawih.

solat tarawih

Bacaan surah pada setiap rakaat adalah tidak termaktub kepada yang tertulis dalam poster di atas ini. Ini kerana bacaan surah adalah mengikut kita sendiri.

Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk solat tarawih di masjid bersama dengan imam, anda boleh solat tarawih bersendirian. Kami ada menulis artikel ini mengenai cara solat tarawih bersendirian di rumah.

Perkara Membatalkan Puasa Anda

Kepada rakyat kelantan, berikut dikongsikan beberapa perkara yang akan membatalkan puasa anda.

  1. Memasukkan sesuatu dengan sengaja ke dalam rongga sama ada daripad ajenis makanan atau bukan makanan, termasuk rokok/tembakau, candu dadah, suntukan makanan dan vitamin.
  2. memasukkan sesuatu ke dalam qubul dan dubur.
  3. muntah dengan sengaja
  4. jima ataupun bersetubuh.
  5. Mengeluarkan mani dengan sengaja.
  6. Keluar darah haid dan nifas.
  7. Gila
  8. Murtad.

Dan perkara lain membatalkan puasa berserta penerangannya, anda boleh lihat pada poster yang disediakan oleh Jabatan Agama.

perkara batalkan

Perkara yang membuatkan makruh puasa

Dalam ibadat puasa, terdapat juga perkara ataupun perbuatan yang akan membuatkan ibadat puasa seseorang menjadi makruh. Antaranya di bawah kami senaraikan.

  1. Berbekam
  2. Mandi terlalu kerap dan lama
  3. Tidur sepanjang hari ketika puasa.
  4. Berkumur
  5. Merasa sedikit rasa makanan.
  6. Gosok gigi selepas gelincir matahari.

Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadhan

Berpuasa di bulan ramadhan mempunyai hikmahnya yang sendiri. Antaranya adalah;

  1. Menignkatkan iman dan takwa kita kepada Allah SWT.
  2. Meningkatkan rasa empati dan simpati kepada golongan miskin yang kurang bernasib baik.
  3. Mengawal hawa nafsu. Ianya dapat mendidik hawa nafsu kita.
  4. Menyehatkan jasmani dan rohani kita.

Semoga puasa kita tidak sia-sia, sebaliknya kita dapat menghayati hikmah yang terdapat pada ibadat puasa di bulan Ramadhan.

Perkara Sunat Dilakukan Semasa Bulan Ramadhan

Antara ganjaran yang Allah berikan kepada hambanya di bulan ramadhan ini adalah dengan setiap  kebaikan yang kita lakukan di bulan ramadhan akan berlipat kali ganda pahala yang kita dapat. Berikut adalah beberapa perkara sunat yang dapat dilakukan untuk memperbanyakkan lagi pahala kita semasa berpuasa. Antaranya adalah;

  1. banykkan membaca Alquran semasa bulan ramadhan. Jika dapat khatamkanlah alquran di oenhujung ramahdan.
  2. Perbanyakkan sedekah. Sedekah ke masjid mahupun kepada golongan yang kurang berkemmpuan.
  3. Perbanyakkan zikir. Kurangkan bercakap perakra yang lagha (sia-sia).

Semoga dengan jadual waktu berbuka puasa dan imsak Kelantan ini dapat membantu rakyat kelantan mengetahui bilakah akan masuk waktu berbuka dan juga waktu imsa. Selamat berpuasa kami ucapkan kepada anda. jangan lupa segerakan berbuka dan lambatkanlah waktu untuk anda bersahur. Dan jangan lupa juga untuk bangun sahur. Ini kerana terdapat keberkatan di dalam sahur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *