Zakat fitrah merupakan satu ibadah yang diwajibkan / difradhukan kepada semua muslimin dan muslimat yang berkemampuan. Mereka yang berkemampuan haruslah membayar zakat fitrah pada masa yang telah ditetapkan. Zakat fitrah adalah dikira mengikut harga segantang beras di tempat di mana menunaikan zakat fitrah. Kadar Zakat fiitrah setiap negeri berbeza pada setiap tahun. Ini kerana harga beras adalah sentiasa berubah. Majlis agama di setiap negeri yang akan mengira dan menetukan berapakah kadar zakat fitrah di negeri tersebut.
Kadar Zakat Fitrah Tahun 2018 Mengikut Negeri Malaysia
Semua kadar zakat fitrah telahpun diumumkan , dan berikut adalah kadar zakat fitrah bagi negeri-negeri di Malaysia.
- Perlis – RM7.00
- Kedah – RM7.00
- Pulau Pinang – RM7.00
- Perak – RM7.00
- Selangor – RM7.00
- Negeri Sembilan – RM6.50
- Kuala Lumpur – RM7.00
- Putrajaya – RM7.00
- Labuan – RM7.00
- Melaka – RM6.70
- Johor – RM7.00
- Pahang – RM7.00
- Sabah – RM7.00
- Sarawak – RM7.00
- Terengganu – RM7.00
- Kelantan – RM7.00
Kami berharap agar anda dapat menunaikan zakat fitrah mengikut kadar yang telah ditetapkan secepat mungkin pada tahun ini. Amil-amil yang dilantik oleh jabatan agama di setiap negeri telahpun mula membuka kaunter tempat pembayaran zakat ini. Tiada lagi alasan untuk anda tidak membayar zakat anda.