#BraderBuatHal – Pengalaman

Hi guys. Aku nk story pasal Ravin pulak ye. Taknak kasi korang tunggu lama2. Thanks sebab sudi baca pengalaman aku. Kena ramai kawan baru lh banyak pengalaman. Belajar sesuatu yang baru. At least satu hari satu ilmu. Ada terbaca komen pasal aku hidup dalam misteri. hehe. Bagi aku tak lah misteri sangat. Sebab aku rasa macam untung pulak dalam misteri tu aku ada pengalaman yang org lain tak dapat. Jadi aku boleh sharekan pengalaman tu kat orang lain. Tak ramai yang macam aku. Cuma jangan taksub sangat sudah lah. Nak cabar limit bukan senang, kena ada sebab dan akibat. Ada yang cakap aku tak bersosial pulak dah. Bukan tak bersosial, cuma aku malas nak lepak sampai tengah malam hanya untuk sembang kosong. Bagi aku tu semua buang masa. Kalau ada benda penting je aku sanggup lepak lama2. Tapi tepuk dada tanya selera lah kan. Itu hak masing masing. Ok kita mula..

Aku kenal Ravin ni masa meeting company tempat aku kerja dengan company tempat dia. Sejak tu kitorg mula rapat. Selalu betukar idea dan pendapat. Dan pendapat dia selalunya bernas. Dalam kepala otak aku, aku kena korek segala ilmu yang ada dalam kepala Ravin ni. Ravin ni sangat baik. Dia akan tolong tak kira apa pun masalah aku. Tapi satu masalah dia. KAKI MABUK. Guys, alcohol adalah haram okey. Yang aku respect pasal dia ni. Dia boleh buat kerja masa mabuk. Dan kerja dia tip top. Aku yang normal ni pun merangkak jugak kalau nak buat kerja macam dia. Satu malam tu kami lepak kat mamak sebab nak bincang pasal kerja.

Ravin : Deyy macha, sekarang sy selalu pening lah bila petang2. Malam xboleh tidur.Selalu ada nampak orang dalam sy punya bilik.

Aku : Itu lah kau. Minum aje kerja. Berhalusinasi kot. Lebih alcohol.

Ravin : Takda lahh. U tau kan sy skrang jarang minum. Tapi masih sakit kepala. u lagi mau tau kah? sy punya k*te pun selalu sakit tau pagi2.

Aku : hahahaa, dah kenapa kau ni? sampai ke situ pulak kena alcohol. K*te kau sakit sebab dah takda air yang elok. Asyik todi je yang keluar.

Ravin : deyyy..u jgn ketawa lah. sy cakap betul ni. *sambil buat muka serious

Aku tau dia tak main2 bila dia buat muka serious tenuk dia tu. Aku perasan jugak perangai dia berubah beberapa hari ni. Dia asyik moody je. Pandang org pun macam nak terkam. Tak boleh terima nasihat. Selalunya dia ni jenis open. Kalu ni dia tak boleh dibawak bergurau. Ada je benda tak kena and boleh buat dia naik angin. Kami buat apa yang patut malam tu dan balik rumah masing2. Ravin kena balik jauh sikit sebab rumah dia kat rawang.

Next day tu masa aku tengah buat kerja kat ofis. D masuk bilik aku terus cakap ada masalah.

D : Bro, kau kena pg site. Ada masalah kat site skrg ni.

Aku : Masalah apa bro? mesin rosak ke,? ada pekerja accident ke?

D : Bukan, Jamit cakap ada gangster datang ugut dorang. Kau pergi tengok jap. *Jamit tu pekerja indon kat site.

Oleh sebab projek ni ada kena mengena dengan company Ravin, aku terus contact dia dan ajak dia pergi sekali. Aku tengok muka dia muram je dalam kereta. Aku malas nak banyak tanya kang tak pasal2 kena maki pulakk. Mood tengah swing kita nak tanya mcm2. Mmg tak lahh..

Sampai site kami nampak semua jentera berhenti. Pekerja berkumpul kat depan gate site. Ada 6 orang badan sado2 pakai jaket hitam tengah cakap dgn pekerja. Aku bagi salam, uishhh! taknak jawab salam tu. Muka bengis ya amat. Badan sado pakai baju ketat.

Sado : Kau in charge sini ke?

Aku : ha ahh.. sy yg in charge sini. kenapa ye?

Sado : kau tahu tak tempat ni tempat aku.? main langgar je kau nak buat kerja kat sini eh? apa2 kau kena bagitau aku dulu kalau nak kerja selamat.

Aku : kenapa nak bgtau awak dulu? awak ketua kampung ke?

Sado : ehh kurang asam..aku abg long kawasan sini. aku yang jaga tempat ni. ni semua area aku.

Aku : ehh, setahu sy nama awak takda dalam paper. Sebab tuan tanah ni memang bagi kebenaran pun. Dan bayaran pampasan kitorang dah bayarkan.

Sado : yang kau bayar tu tanah. sekarang aku nak kau bayar kawasan. Kalau kau nak projek kau ni berjalan lancar, kau kena bayar rm5000 tiap bulan kat aku.

Ravin : Deyy, u mau duit u kerja lah. tak payah mau ugut2 macam ni. Kitorg pun ada perut mau isi.

Sado : kau diam lah k*ling.!

DEBUKKKK.!!! Satu tendangan padu tepat ke arah muka lelaki tadi. Tersungkur beliau. Bukan cara yang aku recommend untuk settle hal dengan gangster. Tapi Ravin yang mulakan pulak. Aduhhh..Dua orang datang nak pukul dia. Sepantas kilat dia mengelak. Sepakan tepat ke tulang rusuk salah seorang taik kucing tadi membuatkan dia terduduk. Ada yang patah nanti kang. Akhirnya sebatang kayu hinggap kat muka Ravin. Ravin rebah. Pekerja indon tadi semua takda sebab aku dah suruh balik ke rumah tumpangan dorang. Jadi tinggal aku dengan Ravin je. Aku kaku tak tau nak buat apa. Bangun dari sepakan Ravin tadi, Sado bangun terus keluarkan pistol. Serentak tu aku hidu bau wangi. ‘bau puteri’ bisik hati ku. Kemudian aku sengaja menguji.

Aku : kalau kau berani, meh lah tembak.

Sado : Kau jangan cabar aku.!! kalau aku bunuh kau sini, aku tanam mayat kau dalam site kau nanti. Xda siapa pn tahu.

Aku : Takpa, tak payah tanam pun takpa. Aku nak tengok kau berani ke tak je.

Sengaja aku bakar lagi hati dia. Dia halakan pistol ke arah aku. Aku redha je masa tu. TIK Pistol tak meletup. Sado cuba lagi sekali. Tik. Tak meletup jugak. Masa tu aku berlari ke arah kereta dan capai pistol aku pulakk. Aku tembak ke langit bagi warning shot. Mencicit dorang lari. Haaa..tau pun. Aku papah Ravin masuk kereta. Lepas tu aku pergi jumpa Jamit, suruh dia buat laporan polis semua.

Jamit : Tuan, sy nampak apa yg terjadi tadi. * sambil senyum

Aku : Kamu nampak apa?

Jamit : gak usah pura2 tuan. Ada kuasa ghaib yg nolongin tuan tadi.

Aku : arghh, mana ada ghaib2 zaman sekarang.

Jamit : betul tuan, tadi sy lihat ada perempuan yg tutup lubang pistol nya. itu lh sebabnya tidak meletup. Mesti tuan ingat mereka lari sebab tuan tembak kan? Bukan tuan, sebab mereka diberi kesempatan melihat perempuan itu ada di belakang tuan.

Aku : Mcm mana kamu tahu?

Jamit : Sy kan merantau tuan. Sy pun punya ilmu2 batin untuk keselamatan sy. Jadi hijab sy juga terbuka.

Seram jugak lh bila dapat tahu dorang ni ada ilmu batin. Tapi niat mereka cuma nk cari rezeki. Lepas tu aku balik ke kereta. Dan kemudian hantar Ravin balik rumah. Aku tak masuk ofis lepas tu. Kat rumah Ravin baru aku tahu Ravin ni ada black belt Taek Kwan Do. Dia pernah champion suatu ketika dahulu. Patut lah tercungap cungap mamat tu tahan sepakan dia. Masa dalam bilik dia aku dah rasa lain macam. Gelap aja biliknya. Maksud aku suram, takda peluang cahaya matahari nak masuk. Suasana pun takda suasana gembira kalau masuk bilik dia. Ravin duduk seorang. Macam aku gak dia ni. Suka sorang2. Parents dia kat Ipoh. Aku dapat rasa sesuatu sedang memerhatikan pergerakan demi pergerakan kami dalam rumah tu.

Aku : kau selesa ke duduk rumah ni?

Ravin : Dulu yes, sekarang xtau la macha. Macam ada something wrong dalam rumah ni.

Aku : explain.

Sambil hulurkan air coke kat aku, Ravin cerita semua apa yang terjadi kat dia masa duduk rumah tu. Dulu rumah tu elok je. Takda gangguan. Sampai lah beberapa bulan lepas. Dia tengok syok tengok tv ada pinggan pecah kat dapur. Dia ingat mungkin pencuri. Dia pergi cek tapi takda apa2. Lepas tu ada org ketuk cermin sliding door dia, panggil nama dia suruh dia keluar. Tiap kali dia respond benda tu, tapi still takda sesiapa. Aku mulanya susah jugak nak percaya walaupun aku biasa dengan benda2 macam ni. Kena jadi depan mata baru aku percaya. Ravin minta aku temankan dia pergi kuil yang tak jauh dari rumah dia. Dia nak minta tangkal dari sami. Macam ‘protect’ dia la atau bagi benda tu taknak kacau dia tidur semua. Sami tu bagi gelang merah. Apa yang Ravin explain kat aku pasal gelang tu adalah, gelang tu ada 3 ikatan. Kalau benda tu serious nak kacau hidup Ravin ni. Ketiga tiga ikatan itu akan terbuka dengan sendiri. Jadi aku suruh buat experiment dan setuju teman dia tidur kat rumah dia malam tu. Sebab aku nak tengok gak keajaiban agama dorang. So kalau jadi depan mata, at least rasa hormat tu mendalam lah kat agama orang lain.

Malam tu aku baru sampai dari amek pakaian aku semua. Aku dah tengok muka si Ravin memang dah cuak. Dia taknak buka sliding door, mulut dia termuncung muncung bagai nak bagitau ada benda belakang aku. Aku baca apa yang patut. Dengan niat nak temankan member je malam tu dan harap tak jadi apa2 yang mengarut. Akhirnya Ravin buka jugak pintu tu. 15 minit jugak la aku terpacak kat depan pintu.

Ravin : macha, you tengok.*sambil tunjuk gelang tu kat aku.

Aku : deyy, kenapa ada dua ikatan je? bukan tadi 3.?

Ravin : itu la pasal, you ingat lagi apa sy explain pasal ini ikatan?

Baru aku teringat, memang betul benda tu nak kacau dia. Aku dah mula seram. Ravin ajak aku tengok movie sambil buat kerja sikit2. Elok dua2 mata dah mengantok ya amat. Ravin kemukakan idea untuk tidur. Aku cakap aku nak tidur ruang tamu je. Tapi Ravin tak bagi sebab nanti aku kena kacau. Aku berkeras pulak nak tidur kat ruang tamu sebab aku rasa ada benda dalam bilik dia yang buat aku tak selesa. Dalam pukul 1.30 pagi, aku dengar bunyi org berjalan sebelah aku. Untuk pengetahuan korang, aku ni jenis tidur ayam. Orang lalu depan pagar rumah aku pun aku boleh terjaga.haha. Tapi kali ni aku dengar betul2 bunyi tu ke dapur. Aku pura2 tidur, dalam hati nak jugak tengok apa benda tu. Tapi firasat aku kuat menolak permintaan ku tadi.

Ravin : psst, psstttt…macha, masuk bilik kejap.

Aku yang tak boleh tidur terus melompat masuk dlam bilik dia. Ravin cakap ikatan kedua dah terbuka. Rupanya dia memang tak tidur lagi sebab tak dapat tidur. Macam mana sekarang? Ravin ckp dia nak tengok sendiri ikatan tu terbuka. Dia cakap mungkin tanpa sedar ikatan tu terbuka sendiri sebab ikatannya tak ketat. Jadi dia pertikaikan kes terbuka sendiri tu. Lama juga aku ngan dia dok termenung memerhatikan gelang benang tersebut untuk terbuka sendiri. Still tak jadi apa2. Pukul 3.30 pagi, mata aku kembali mengantuk. Elok aku nak landing…

DUMMMDUNMMMMDUMMM..
Bergegar sliding door tu bagai nak pecah. Ada dengar suara org dari luar tapi tak tau apa benda dia cakap. Ravin cakap tu suara mak dia. Mustahil mak dia datang tengah2 malam pastu ketuk pintu macam tu. Lagi pun kalau mak dia nak datang mesti la bagitau dia dulu. Menggigil aku ngan Ravin bila dengar bunyi sliding door tu dibuka. Dengan bunyi ngilu sekali. Yang aku tak tahan, benang tadi dah takda kat lengan Ravin. Dah terbuka semua.!!

Ravin : aiyoo.. mcm mana skrg? sy mau call sy punya uncle la dekat N.9..mungkin dia tau mcm mana settle.

Aku speechless, benda jadi depan mata. tak tahu nak kata apa, hanya mengangguk saja. Bunyi sliding door tertutup. Aduhhh…dia dh masuk ke?. Masa Ravin tengah cakap dengan uncle dia membelakangkan pintu, aku mana tah keberanian atau kebodohan yang datang tiba2 buka pintu bilik. Nak pengsan aku melihat bayang2 tanpa kepala.! maksud aku, bayang2 tu hanya sampai bahu saja. korg boleh bygkan tak?

Ravin : okeyy2…(letak fon) deyy macha, skrg juga kita kena pergi keluar la dari ini rumah.

Cepat2 aku tarik bahu Ravin, dia tengok aku tak bergerak pandang kat luar pintu. Dia pun jenguk sekali. Bayang2 tu masih berdiri kaku seperti tadi.

Ravin : Deyyy appa ammaa…

Aku pn tak paham la apa benda dia ckp lepas tu. Last2 dia buka tingkap terus keluar melalui tingkap. Aku ikut sekali. Taknak la aku tunggu je natang tu tunjuk diri. Nasib baik kunci kereta aku mmg dlm poket seluar. Ravin mampu bawak rokok ngn lighter je. Kunci dan dompet dia masih dalam bilik. Kelam kabut sangat tadi.

Ravin : deyy..tak pernah tau dia buat itu macam. kenapa ini malam juga mau tunjuk.

Aku : mungkin dia tercabar pasal gelang yg u minta tu kot.

Ravin : mungkin juga kan. aiyoo…kita terus pergi N.9 la macha..tamau la sy ini macam.

Kesian pulak aku tengok dia. Kami terus pergi N.9 rumah uncle dia. Dalam perjalanan aku hanya berdiam diri. Ravin je yang banyak cakap. Kadang2 satu patah haram aku tak faham apa dia sebut. Dalam kepala aku masih terngiang ngiang apa benda yang terjadi td. Selama ni aku pernah je hadap yang lagi buruk mukanya. Tapi yang takda kepala jugak buat aku seram.

Pkul 5.30 pagi kami sampai di rumah ucle si Ravin ni. Mata dah taknak tidur dah. Uncle dia belikan roti canai untuk sarapan dan suruh kami tidur lepas tu. Dia kata mlm tu nak jumpa tok sami. Kena berubat cepat2. Satu hari tu aku dengan Ravin tidur. Aku bangun awal sikit. Ravin yang mcm 3 tahun tak tidur. Mungkin selama ini dia tak senang tidur kot. Asyik kena kacau je. Malam tu kami bersiap untuk ke kuil tersebut. Macam yang aku ceritakan dalam kisah sebelumnya, jalan agak mengerikan yang kami lalui. Ladang kelapa sawit kiri kanan. Takda lampu jalan. Dalam hati aku tempat tu mcm tempat nak bunuh org then campak tepi jalan pun org takkan tahu. 40 minit dari simpang besar baru kami sampai ke destinasi.

Aku tengok sami tu tengah bakar colok. Peralatan untuk sesi ‘halau hantu’ sudah pun dia sediakan. Kami bersalaman dan mereka masuk ke dalam kuil. Aku tngok ada 3 patung di hadapan kuil manakala 2 di belakang. Sami tu cakap yang di depan patung Hindu. Yang di belakang pulak patung Buddha. Tapi mereka menuju ke arah belakang kuil. Mungkin apa yang mereka sembah sama kot kata hati ku. Rupanya tempat belakang adalah untuk sami tu menurun atau kerasukan. Entahlah aku pun taktau mcm mana nak explain.

Mereka mulakan upacara, aku cuma duduk di atas timbunan tanah kat hujung kuil. Depan aku ada kolah air. Agak besar dan jernih airnya. Dari situ aku dapat lihat dengan jelas apa yang sami tu buat. Mula2 dia ikat kain kuning di kepalanya,kemudian kain merah. Tak lama lepas tu dia berdehem, lalu berdiri seperti org tua. Berbadan bongkok dan seperti memegang tongkat. Dia cakap bahasa cina sambil mengusap usap dagunya seperti ada janggut pula. Kemudian dia menggelengkan kepalanya dan jatuh terduduk. Tak lama kemudian dia bangun kembali. Kali ini menari pula, menari tarian tradisional India. Agak kelakar mula bila lihat org yg dh berumur hampir 70 tahun menari dalam keadaan begitu. Tak semena mena dia pandang aku dengan muka yang bengis. Cepat2 aku buang perasaan kelakar dalam hati aku. Aku terdiam dan meminta maaf. Tapi aku sebut dalam hati je lah. Sama jugak. Sami tu terduduk dan bersila seperti org bertapa. Aku ingatkan dah settle. Sekali dia bertempik sampai terkejut aku dibuatnya. Ahh sudahh…dia bersilat pula. Buahnya sangat teliti dan aku kagum dengan gerakan2 yang di pertontonkan. Tidak salah bila aku katakan gerakan nya seperti seorang pendekar. Tak lama lepas tu dia duduk balik.’ Ni tukar2 org ke mcm mana?’ fikir aku dalam hati. Tak sampai 5 minit dia mula merangkak, mengaum dan mengelilingi kuil. Sampai pada bahagian hadapan kuil, perwatakan nya bertukar seperti monyet pulak. Sambil bawa satu batang besi yang mempunyai bentuk bulat di hujungnya. Sami tu juga tergaru sana sini kat badan dia. Sampainya ke tempat mereka mula tadi, dia duduk dan memgambil limau purut. Diletakkan di atas kepala Ravin dan ditekannya sekuat hati. Aku dapat dengar Ravin menjerit kesakitan. Tak lama lepas tu aku dengar bunyi perempuan menangis di belakang aku. Aku taknak toleh malah aku bangun perlahan lahan dan pergi dari situ. Aku sampai di bahagian depan kuil sambil nyalakan rokok. Sambil tu aku dengar Ravin yang menjerit kesakitan di bahagian belakang. Apa agaknya yang dibuat oleh sami itu kepadanya.

Tak semena mena hujung mata ku tertangkap satu susuk yang aku lihat sebelum ni. Susuk seorang wanita muda berdiri di simpang 3 depan kuil tersebut. Tidak jelas memandangkan tiada lampu jalan di kawasan tersebut. Tapi yang aku perasan memang tiada kepala. Cepat2 aku balik ke bahagian belakang pulak. Sesampainya aku di belakang, aku tengok upacara tersebut sudah pun selesai. Ravin tercungap cungap sambil dipapah oleh uncle. Sami tu cakap ‘dia’ takkan kacau lagi lepas ni. Sebelum balik sami tu bersembang dengan aku dulu. Dia cakap aku beruntung ada teman mcm Puteri. Aku dah pelik bagaimana sami ni tahu tentang puteri. Sami cakap tu anugerah, sama macam dia jugak. Dia gunakan anugerah dia untuk tolong org. Dan dia harap aku akan buat benda sama. Aku hanya senyum kelat dan mengangguk faham. Lepas tu kami gerak dari tempat tu. Aku tanya uncle apa yang terjadi.

Uncle : kalau i cerita skrg, nanti you tak boleh tidur. Esok pagi you suruh Ravin cerita sendiri.

Aku pandang Ravin di tempat duduk belakang, dia dah tidur. Letih agaknya.

Pukul 9 pagi aku bangun, aku tengok sarapan sudah tersedia dan Ravin juga dah bangun. Berseri muka beliau. Dia ucap terima kasih kat aku sebab temankan dia. Dia cakap dia dah bebas dari makhluk durjana tu. Aku suruh dia story apa benda yang jadi kat dia. Segalanya bermula masa dia berjogging di kawasan tak jauh dari rumahnya. Dia pulak tak tahu menahu kawasan tersebut adalah jirat cina. Nak dijadikan cerita, ada roh wanita cina yang mati dibunuh ni tertarik dengan si Ravin . Sama mcm kes aku dengan Puteri jugak lah. Cuma yang dengan Ravin ni roh yang tidak tenang. Kepalanya putus waktu dia dibunuh. Banyak caranya untuk bersama di Ravin tapi Ravin ni kira beruntung jugak sebab tak jadi apa2 yang tidak elok kat dia. Aku tanya lagi apa yang terjadi masa kat kuil malam tadi. Ravin terangkan satu persatu. Masa dia nak mulakan upacara tersebut, sami akan panggil mana2 dewa atau dalam panggilan dorg datuk2 yang sudi dan boleh ubatkan dia. Mulanya sami panggil Datuk cina, yang patung nya ada dalam kuil tersebut. Tetapi tidak sesuai sebab datuk tu tak ubatkan orang sakit. Mengubat jugak tapi bukan kepakaran dia sepenuhnya. Dia hanya dewa ‘ong’ atau tuah. Yang kedua pula sami panggil dewa Hindu, dewa perempuan yang berwarna biru dan banyak tangan tu. Still…tak boleh jugak. Yang ketiga adalah semangat pendekar, kalau tanya org yang belajar silat mesti dorg tahu pasal seru semangat pendekar2 ni. Kadang2 untuk berlatih silat bersama sama. Tapi itu perbuatan syirik. Pendekar ni pula dari Indonesia, aku pun tak tau mcm mana boleh smpai sini. Aku cuma cerita apa yg Ravin cakap. Keempat adalah semangat harimau, Ravin cakap bila2 masa saja sami tu boleh menerkam dia. Cuma cara itu tidak sesuai. Akhir sekali yang masuk ke dalam badan sami adalah dewa monyet, Dewa monyet ni adalah yang paling sesuai memandangkan dewa ni dewa perang dan melawan kejahatan. Jadi Dewa monyet ini lah yang menghalau segala roh jahat dalam badan Ravin. Dia juga memberi perlindungan kepada Ravin lepas ni. Ravin cuma perlu bernazar. Tapi aku tak tau la apa perjanjian dia dengan dewa tersebut. Yang pasti Ravin dah takda gangguan dalam hidup dia.

Ravin : Deyyy…makan lahh. ini ada nasi lemak saya punya uncle beli dari makcik simpang jalan tu.

Aku yang tersengih sengih sambil minum air teh berasa kagum juga dengan agama dorang ni. Rasa hormat aku mendalam kat agama lain. Yelaa kalau nak org hormat agama kita, kita hormatilah agama org dulu. Dunia ni luas, bukan kita saja yang hidup dalam ni.
Gerak luu, pape roger.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

RatedR

34 comments

      1. Benar… kerana islam satu2nya agama yg benar..kagum dah merujuk kepada suka atau teruja walaupun sikit didalam hati… lagi firaun Allah makbulkan doa dia kerana nak menyesatkan lagi si firaun tu…jgn la terpedaya dgn bisikan syaitan.

  1. agama islam pon mnyuruh umatnya untuk hormat kpd agama lain, tp klu smpai merasa kagum tu jgan la sbb ALLAH S.W.T adalah tuhan yg satu dan dia lah maha berkuasa ke atas mahkluk2nya serta yg wajib disembah….#renung2kanlah….

  2. cerita best. tapi jgn terlalu terbawa bawa dengan agama lain. apatah lg merasa kagum. hormat x salah. yang kita sendiri tahu n jelas sbg org islam….

  3. Soal kagum tu, mungkin dia kagum melihat ape yang berlaku di depan mata dia. Bukan dia meletakkan agama lain sama tinggi dengan agama Islam. Kita fikir positive jela ye and semoga tiada yang terpesong akidah. InshaAllah. Tp, ape2 pun, citer ko memang best la bro. Aku yang baca kat opis ni pun terasa seram bila ko sebut pasal makhluk tak berkepala tu muncul. Ngeeee… Ko pegi N9 kt mana bro? Somban ka? ke, Rombau most wanted??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *