Hello guys. Thanks sebab sudi baca kisah aku yang tak seberapa ni. Jujur aku katakan itu semua dari pengalaman sebenar. Kalau ada yang tak faham, kita ada sis dan bro reader dari sarawak boleh terangkan. Maaf kalau aku ada tersalah ayat atau spelling error yaa? Ada terbaca komen reader suruh buat page sendiri. Sejujurnya aku adalah pembaca tegar FS ni dari dulu. Kisah aku disiarkan sebab kepercayaan admin kat aku. Kita baca sama2 saja di FS. Tiada niat nak populariti atau fans. Nukilan aku hanyalah berdasarkan perkongsian pengalaman. Baik buruk pun kita di FS. Lagi satu maaflah aku busy kebelakangan ni. So masa menulis tu sangat terhad. Terima kasih atas kesabaran korang tunggu cerita aku ni. Tanpa buang masa,,jommmm.
Kat mana kita hari tu? Manang nak bercerita pasal gangguan Buyuk betul tak? Sebelum tu aku nak intro dulu Buyuk ni apa. Manang cakap, Buyuk ni sejenis makhluk halus. Yang tinggal di dalam Tajau yg tidak dijaga rapi. Ada juga tinggal atas sadau@atap. Yang menariknya, Buyuk ni ada dalam beberapa bentuk. Ada kalanya perempuan, budak kecik, berkepala botak, ada kalanya berwajah binatang dan sememangnya bermuka hodoh lahh. Buyuk ni boleh buat apa saja dekat manusia, mostly membinasakan. Dan biasanya perempuan selalu menjadi mangsa mereka.
Kami memperkemaskan kedudukan masing2 sebelum Manang mulakan cerita. Sesekali aku jeling dan kenyit mata kat mangsa tunang baya mlm tu. Setelah bertanyakan namanya kat John, sungguh namanya indah mcm orang empunya juga. Nama dia adalah Marcella. Nama org barat. Marcella ni pulak malu2 tekuyung kat aku. (tekuyung adalah siput sedut). Abg senyum kambing lahh..
Manang : hishhhh…ka ninga ke enda nuan tuk ?(hishh..nak dengar ke tak kau ni?)
Aku : auk aki manang..minta ampun(ye tok dukun..minta maaf)
2 minggu sebelum manang dapat request untuk mengubati marcella, dia pergi mengubat orang yang terkena gangguan antu buyuk ni. Di sekitar Baram juga. Mangsanya adalah sepasang suami isteri. Suami isteri tu telah kawin lebih 5 tahun tapi belum dikurniakan zuriat. Asal saja bininya mengandung, pasti akan keguguran. Yang sedihnya si suami ini ingin menceraikan isteri. Kerana menganggap isterinya yang bermasalah. Nasib baik isterinya membawa suami pergi berjumpa dengan aki manang. Baru lah mereka dapat tahu punca mereka tidak mendapat zuriat. Aki manang menyatakan zuriat mereka ‘dimakan’ buyuk. Terkejut besar mereka kerana mereka tidak pernah membela atau menyimpan apa2 azimat. Aki manang ckp buyuk tu dari tajau lama kepunyaan nenek moyang mereka. Baru lah mereka teringat pasal ada sebuah tajau lama yang agak besar berada di rumah. Aki manang juga ckp tajau itu telah menjadi tempat tinggal buyuk ni tadi selama berpuluh tahun. Nenek moyang mereka selalu menjaga tajau tersebut. Tapi semenjak nenek moyangnya meninggal, tiada siapa yang menguruskan tajau tu. Sebab Tu makhluk ni suka menganggu pasangan terbabit. Suaminya bekerja sebagai pemandu lori balak manakala isterinya suri rumah.
Hal ini makin menjadi sejak 3 tahun lepas selepas kematian nenek moyang keluarga lelaki tersebut. Sejak itu macam2 benda yang terjadi di dalam rumah mereka. Seperti bunyi orang berjalan, memasak, menenun(pernah tengok org menenun? masa penenun hentakan kayu yang diguna utk menenun ke benang, akan ada satu bunyi. arghh, susah nak explain kat sini.) senang cerita semua aktiviti nenek moyang mereka masih aktif di dalam rumah. Mereka anggap saja itu roh moyang, mungkin mendiang tak tahu lagi yang dirinya sudah mati. Itu untuk menyedapkan hati mereka. Tapi makin lama makin agresif pula. Benda tu start lempar barang, kadang2 api dapur hidup sendiri sedangkan tiada siapa di dapur. Bayangkan kalau lambat alert dengan keadaan tersebut, boleh menyebabkan kemusnahan rumah panjang terbabit.
Masuk tahun ke 2 sejak kematian nenek moyang mereka, lagi teruk mereka diganggu. Bukan hanya dari segi fizikal, malah mental. Pernah sekali si suami lewat balik ke rumah kerana lorinya mengalami kerosakan. Si isteri membuat keputusan untuk tidur awal. Sedang si isteri tidur, pintu biliknya dibuka. Dengan keadaan mamai dia cuba memerhati di sebalik samar2 siapakah yang membuka pintu tersebut. Rupanya si suami, mungkin baru balik kerja fikirnya. Setelah masuk ke dalam bilik, si suaminya ingin menjalinkan hubungan mesra bersama isterinya. Yang peliknya, kali ini si suami lebih kasar dan gelojoh.(maaf underage sedikit). Si isteri tidak menghiraukannya memandangkan itu adalah tanggungjawabnya sebagai isteri. Dengusan yang garau juga tidak dihiraukan. Kerana si isteri yakin yang memasuki kamar tadi adalah suaminya. Setelah selesai si suami meminta untuk ke dapur untuk minum air. Tapi mengambil masa yang lama. Bertambah hairan pula isteri, masakan nak minum air saja mengambil masa yang begitu lama. Lebih kurang setengah jam daun pintu bilik dibuka semula.
isteri : Lama amai nuan ngirup ai?(lamanya awak minum air?)
Suaminya kehairanan.
Suami : baru datai gawak aku tuk, jaik lori tadik. kemaya aku ngirup ai?(baru balik kerja saya ni, lori ada masalah tadi. bila masa saya minum air?)
Isterinya lantas bangun dan termenung sekejap. Siapa yang masuk ke bilik dan berasmara dengannya tadi? Dia tidak menceritakan apa yang berlaku pada suaminya kerana risau suaminya menuduh dia curang. Nak dijadikan cerita, beberapa bulan lepas tu isteri disahkan hamil. Betapa gembiranya si suami bila dia dapat tahu pasal berita tersebut. Tapi lain pula perasaan si isteri. Perasaannya bercampur baur. Sedih, takut, gembira, keliru semuanya ada. Satu malam suaminya bermimpi tentang seekor makhluk. Makhluk tersebut masuk ke kamar mereka dan cuba menodai isterinya. Si suami terpaksa melawan makhluk tersebut. Tetapi di dalam mimpinya itu kudrat si suami tidaklah sekuat mana. Beliau dicekik makhluk tersebut. Meronta ronta si suami di dalam mimpi sehingga dia merasa hampir pengsan.
‘Dani.! nama ulah nuan balat amat ngigau baka tuk?’(Bangun.! kenapa mengigau sampai mcm ni sekali?) tanya si isteri sebaik sahaja mengejutkan si suami dari mimpi buruknya.
Si suami tercungap cungap sambil memegang lehernya.
Suami : ‘Jaik amai mimpi aku tadi, bisi meda antu masuk bilik’ (buruknya mimpi saya td, ada nampak hantu masuk bilik’)
Isteri : mimpi remban nuan nyak, nadai antu dituk deh(mimpi buruk je tu, mana ada hantu kat sini)
‘Udah nyak, tinduk baru nuan’ (dah lah, sambung tidur balik) sambung isterinya.
Pagi itu si suami memeriksa lehernya. Ternyata ada bekas tangan dilehernya itu. Dia tidak mahu memberitahu isterinya kerana risau isterinya takut. Tambahan pula isterinya tengah sarat mengandung. Lagi pun si suami menganggap itu semua mainan tidur. Memandangkan dia memegang lehernya sendiri sewaktu dia dikejutkan isterinya semalam.
‘arghh..bekau jari aku empu’ (arghh..bekas tangan aku sendiri)’ getusnya untuk menyedapkan hati sendiri.
Selang seminggu lepas tu kejadian bertambah dahsyat. Malam itu hujan lebat dan berserta kilat sabung menyabung. Si suami bermimpi lagi pasal makhluk yang sama memasuki kamar mereka. Tetapi kali ini si suami tidak dapat berbuat apa apa sama sekali. Tubuhnya kaku melihat makhluk tersebut merayap di atas badan isterinya. Sesekali kilat menyambar, baru lah dia dapat melihat wajah makhluk itu. Lelaki, berbadan besar dan berbulu, mukanya hodoh dan herot mulutnya. Makhluk tersebut kelihatan sedang mencangkung di celah paha isterinya. Seperti mengunyah sesuatu. Selepas itu makhluk itu seperti mengendong sesuatu di tangannya dan berlari ke luar bilik. Suaminya tersedar dari mimpi akibat mendengar isterinya menjerit dan menangis. Ditanya kenapa. Terkejut besar si suaminya melihat perut si isteri telah kempis dan darah merata rata tempat. Si isterinya hanya mampu meraung menangis menahan kesakitan.
Si suami bergegas mendapatkan tuai rumah. Tuai rumah datang dan menyuruh si suami utk menghidupkan generator rumah mereka. Lebih memeranjatkan bila mereka mengamati kesan darah tersebut menuju ke tajau lama moyang mereka.! Lantas tuai rumah memanggil bidan kampung tersebut. Bidan memeriksa keadaan si isteri. Tiada berita gembira. Bayi mereka telah tiada. Bukan mati, tapi memang tiada. Senang cerita bayi mereka hilang. Tuai rumah menasihatkan mereka agar bertemu dengan manang dan cuba dapatkan rawatan sebelum benda yang lebih buruk berlaku.
Manang : nyalin ke aku kupi baru.(tuangkan aku kopi lagi)
Sedar tak sedar sudah 4 cawan kopi kami minum. Punya la khusyuk dengar cerita dari manang. Aku pun baru tersedar Marcella duduk di sebelah aku. Bederau darah aku masa tu. Tersipu malu lakk. Sesekali aku senyum kat dia, terbau pulak bau haruman yang selama ini mengikuti aku ke mana2. Ada org cemburu lerr tu.kehkeh
David : kati ko udah nyak deh aki?(mcm mana lepas tu tok?)
Manang : hisshhh nuan tuk nda nemu sabar. Aku nusi ka nuan nusi. (hisshh kau ni tak reti sabar. aku yg cerita atau kau?)
Selang seminggu lebih lepas tu manang didatangi pasangan suami isteri tersebut. Mereka menceritakan apa yang terjadi kepada manang. Secara automatik manang dapat tahu itu adalah angkara antu Buyuk yang mendiami tajau tersebut. Manang juga dapat meneka dengan betul halangan yang mereka hadapi semasa hendak ke rumah manang. Menurut manang, dalam perjalanan mereka, mereka ada terserempak dengan seekor nyumbuh(kera) yang berada di laluan mereka. Sangat besar. Nyumbuh itu berdiri hampir saja sama tinggi dengan manusia. Bukan itu saja, laluan mereka juga dihalang oleh seekor ular sawa yang sangat besar dan panjang. Melintang di jalan raya seolah olah tidak membenarkan mereka lalu. Tapi dengan kecekalan dan hasrat mereka utk berubat. Mereka tabahkan diri untuk menempuhi halangan tersebut. Sebenarnya itu angkara antu buyuk yg menganggu mereka. Antu tersebut tidak mahu mereka pergi berubat. Terang manang kepada kami. Manang meminta pasangan tersebut tidur di rumahnya mlm itu. Malam esok manang akan adakan upacara berubat. Siang2 manang dah cari barang yg digunakan untuk upacara malam tu.
Malam yang dinantikan telah tiba. Hanya ada manang, pembantunya, tuai rumah dan pasangan tersebut. Kali ini hanya satu piring digunakan. Itupun piring yang digunakan untuk menyimpan tangkal2 yang nak digunakan kelak. Maksudnya manang tidak mahu berunding dengan makhluk tersebut. Ini sudah melibatkan beberapa nyawa katanya. Manang memanggil makhluk tersebut, setelah lama menyerunya. Mereka terkejut melihat seekor nyumbuh yang sama dilihat oleh pasangan terbabit pada malam sebelumnya. Berdiri di pintu dapur. Mukanya bengis menampakkan taringnya yang tajam. Tuai rumah sendiri mengaku itulah pertama kali beliau melihat nyumbuh sebesar manusia katanya. Nyumbuh tersebut menghentak hentak pintu dapur. Seperti hendak melawan manang. Manang baca beberapa mentera lalu dihembusnya ke arah nyumbuh tersebut. Seperti mengalah, nyumbuh itu lari ke hutan belakang rumah dan hilang dari pandangan. Tapi belum cukup kata manang. Dia tetap nak panggil makhluk yang menjadi punca semua ini. Setengah jam kemudian, manang berdiri dan mengeluarkan parang ilang. Manang menyatakan makhluk tersebut telah sampai. Dan berada di bawah rumah. Manang mencapai terabai(shield) yg agak usang dan terus turun ke bawah rumah. Mereka yang di atas hanya menanti dengan penuh harapan. Pekikan manang boleh didengari dengan jelas. Tak ubah seperti orang tengah berperang. Tak lama kemudian manang naik ke atas semula. Badannya berpeluh, kepenatan, dan meminta air. Dia menyatakan makhluk tersebut telah dibunuh dan tidak lagi menganggu mereka. Tetapi mereka harus menjaga tajau tersebut dengan elok selepas ini. Ini kerana manang risau tajau tersebut akan didiami makhluk lain pula. Pasangan tersebut mengambil keputusan untuk menyerahkan tajau itu kepada manang. Walaupun tajau itu menandakan kebesaran sesebuah keluarga namun tidak berbaloi jika menyusahkan mereka katanya. Malah mereka tidak tahu mcm mana hendak ‘menjaga’ tajau tersebut. Jadi adalah lebih baik diserahkan kepada org yang berilmu untuk menjaganya.
Semenjak itu tiada lagi gangguan yang terjadi dalam rumah mereka. Mereka pun sekarang telah menetap di bandar jelas manang. Mereka kata akan melawat rumah panjang dalam 2 minggu sekali untuk membersihkan rumah mereka.
Manang : udah nyak. Enggai agi aku bercerita (dah lah tu, aku dah taknak bercerita)
David : nama penyadi ngau antu nyak deh aki? (apa jadi dengan hantu itu tok?)
Manang : enda ninga nuan tadi? udah mati nemu nuan. (kau tak dengar ke tadi? dah mati kau tahu tak)
Kami mengangguk faham. Walaupun aku tahu cerita manang ni tak habis, aku malas nk suruh dia cerita panjang lebar sebab dia ni panas baran sikit kata John. Jadi biarlah kami tahu yang pasangan tersebut dah bebas dari sumpahan itu dan makhluk itu telah mati. Sedar tak sedar jam menunjukkan pukul 2 pagi. Lama juga kami bercerita tadi. Penghuni rumah panjang yang lain telah pulang ke rumah masing2. Manang pun dah nak pulang. Tinggal kami bertiga saja di ruai. Ibu Marcella meninggalkan kopi untuk kami minum dan bercerita. Sememangnya aku taknak tidur. Kerana aku akan merindu suasana di sini nanti. Jadi aku nak ambik feel puas2.
Keesokan harinya kami bertolak ke bandar. Selang 2 hari aku balik ke Semenanjung. Sedih juga nak meninggalkan David dan rakan2 bertugas yang lain. Sempat juga aku bertukar tukar no telefon dengan Marcella. David memberi aku sebilah parang. Bukan parang perang ke apa, cuma parang utk perhiasan sebagai tanda adik beradik. Sayunya..
Dua bulan lepas David ada call aku. Dia cakap dia nak kawin bulan 12 tahun ni. Dia ajak aku datang ke majlis beliau sebagai VIP. Mesti lah aku akan datang. Yang seronoknya, bakal isteri David adalah jiran rumah Marcella. Ntah bila dorg kenal pun aku tak tau. Jodoh kan? bukan David maksud aku..haha. Oleh sebab bakal isteri David ni minat kat Running Man. Aku janji kat dia aku taja honeymoon beliau ke Korea. Kemain happy lagi mereka.
Dah habis? No… aku ada sorang kawan berbangsa India yang aku nak ceritakan pasal beliau. Dan perkara ni terjadi pada bulan lepas. Lagi menarik aku ada dalam situasi tu. Jauh perjalanan luas pemandangan.
Gerak lu, pape roger. [part 5 baca sini ]
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Ok! Selamat dh habis..cepat sambung bro..x sabar..
Aikk habis dah hehe. Ingatkan nak smbung jugak yg kawan india tu. Jap tajau tuh ape eh.. N please sambung cecepat okayy
Tajau tu macam tempayan besar dari tanah liat. Dulu2 nenek moyang guna untuk simpan air slalunya.
Ala pendeknya. Cpt cpt sambung lg
lama menunggu..akhirnya….
Mohon sambung cite india tu
Ok..roger and outtt..taja lah aku ke korea pulak..tq
kmk suka story ktk best. Camne nk ltk profile pic ni?
SLM.
Setakat tok cerita dri bro tok lh yg best..???
Finally.. lama tau nak tunggu story ne
Best bro
9 bulan 10 hari aku menantikan penulisan dari #brotherbuathal . Thumbs up ! cepat sikit sambung next story yer bro
Akhirnyer dh lama tggu
lamak nunggu stroy ktk bro.. ahernya #brotherbuathal muncul kembali dh
ibh lamak glak update strory kwan india ko.x sabar mok baca hehee
kelalu typo.. story 😛
Salah satu penulis diminati kipidap bro
aq ada baca komen yang ngkorang gaduh2 tu.ngko ke penyebab mereka undur diri dari komen disini?aq tanya ja.ngko jangan marah naa.sbb aq nengok da sunyi ja kat komen2 cerita baru.
Kalau komen bnyak sangat hang nak bukak cerita pun ssah berat.baguslah xdak komen sangat,komen bnyak pun xdak guna kalau xda kaitan cerita
aq nengok sunyi semacam ja ruang komen.tak mcm dulu2.dulu aq kadang2 ghasa annoying juga dgn mereka tu.tapi bila baca komen2 mereka ghasa kelaka pun ye juga.tapi aq lagi suka komen yg meriah mcm dulu dari la ni yg krik krik..lantak pi la kat mereka nak merapik ke apa.xmo gaduh2 la naa.
eh bagus la mcm ni…aku lg suka mcm ni..kirenye xla semak semua komen dr orang2 piala tu ja..jemu dan meluat dan berbulu la kalo deme masuk…just my 1 cent opinion..hehe
sini ramai sikit orang komen.tmpat lain mcm krik krik je aq nengok.cerita ngko bes.lama aq tunggu ngko smbg cerita ni.
best, tak sabar menanti next story
.
lama betol kau meghilang. ok next kawan india kau.
Lama siaa tgu citer engkauu
BEST!
Teruskan berkarya!?
.
best!! dh lama tnggu akhirnyaa ada jga.. cpt laa sambung ehh.. ^^
kmk org sarawak. nice story
best
OMG. Tak boleh nak paham.
Best!!!
hurmm jeles sbb braderbuathal dh jatuh hati kat marcella. tu ja mmpu komen
Done marathon dari part 1 smpai part 4. Tunggu part 5 pulak ni. Hehe.
tetiba aku rasa aku jd jatuh hati ngn penulis ni. sengal la.
bestt….