Budak Nakal

Assalamualaikum warga FS sekelian. Terima kasih kepada admin FS kalau cerita ini tersiar. Aku cuba untuk berkongsi cerita pengalaman dan perkara-perkara misteri yang sampai sekarang masih bersarang dalam benak fikiranku.
Aku adalah seorang perempuan. So, masih hidup dan waras untuk mengimbau memori-memori yang sekian lama tersimpan dalam kotak ingatanku. Nama aku Nor, umur masih muda. Mengenali dunia sejak 31tahun lalu. Tak termasuk alam bayi. Sebab alam bayi confirm aku tak akan ingat apa yang berlaku, apa yang aku alami. Memori aku bermula semasa umur aku 6 tahun. Tu pun, banyak yang dah koyak. So, memang lompong lah jadinya kalau nak bukak semula cerita umur 6 tahun.

Apa yang aku nak share disini adalah ketika aku di tingkatan 2. Aku bersekolah di sekolah harian di dalam kelas rancangan khas agama. Haa…rasa ada yang boleh agak tak aku sekolah kat mana n kelas apa? OK, aku stay kat asrama harian jugak yang dinamakan sebagai Asarama Pusat. Penduduk asrama pusat ni terdiri dari dua sekolah. Satu, sekolah aku, dan satu lagi sekolah kluster yang tak berapa jauh dari asrama. Mulanya aku masuk tingkatan 1 di asrama ni, aku ada abang tingkatan 3. Lepas setahun, abang aku dapat offer KISAS. So, tinggallah aku keseorangan. Oh ye, aku kat asrama ni tak ramai kawan. Sikap aku agak boyish. Bekeng tak kena masa. Dengan lelaki memang jaki. Dengan pompuan, yang boleh masuk, aku layan. Yang tak boleh masuk, boleh blah. Namun, aku tetap ada kawan sekepala yang mereng sama macam aku.

Macam-macam kegiatan mereng aku buat. Macam adat, bila budak kelas RKA, yang pompuan masuk Puteri Islam, yang laki, Kadet bomba. Mostly, bukan semua ye. Tapi, disebabkan aku ni tak suka cliché, aku pun join Kadet Remaja Sekolah(KRS) masa aku tingkatan 2. Masa tingkatan 1 aku tak join Persatuan Badan Uniform. Aku cuma ikut-ikut je. Sebab aku ingat, aku pernah join rombongan Puteri Islam pegi Melaka. Padahal aku bukan ahli pun. Ok, back to main story. Masa join KRS, aku aktif dalam kawad kaki. Setiap petang aku akan berlatih kawad kaki dengan senior-senior outsider (tak tinggal di asrama). Social aku agak normal bila join KRS sebab aku dapat kenal lebih ramai orang berbanding sebelum ni, hanya terbatas dengan kenalan di asrama sahaja. Kisah misteri bermula….

Musim pertandingan kawad kaki persatuan badan uniform pun bermula. KRS tahun ini akan menghantar wirawati untuk bertanding. Kami berlatih lah dengan bersungguh2 (dan yes, kami champion!! Kredit to abg halim coach kawad kaki KRS). Selepas musim kawad kaki berakhir, aku dan kawan-kawan mereng aku keluar dari asrama waktu malam. Istilah yang lebih tepat ialah, Fly Malam. Mula-mula kitorang pegi kat astaka kat padang sekolah. UUUU….angin sepoi-sepoi bahasa…Sejuk. Waktu tu, mana kira takut ke, apa ke.. Hati sangat kering. Sampai astaka, dengar kat hujung padang macam ada orang bagi command kawad kaki. Jelas tapi, sayup. OK, kitorang assume member outsider kitorang yang sama-sama join kawad kaki saja nak pedajal kitorang. Ntah kenapa nerd sangat masa tu. Bila sekarang ni, otak yang waras ni berfikir balik, kalau betul pun budak outsider kawan kawad kitorang yang terjerit bagi command dari luar sekolah pun, mana dia nak tau kitorang ada kat astaka waktu-waktu macam tu. Dan, boleh pulak otak nerd aku boleh confirm kan yang terjerit-jerit bagi command tu membe kitorang. Nasib baik lah aku masa tu nerd. Jadi tak lah perkara tu jadi seram. Tapi, macam tertanya-tanya jugak. Sampai sekarang. Oh, ye, kegiatan fly kitorang malam tu akhirnya kantoi dan sampai ke pengetahuan warden. Ustaz Rom. Kantoi nye macam bodo, sebab kitorang pi bungkus roti canai kat kedai mamak, then terserempak ngan Ustaz Rom. Ustaz wat lek je tengok kitorang. Aku seram sejuk. Peristiwa pelik kat padang tu takde pulak aku nak seram. Tapi, nampak Ustaz Rom, keseraman dia macam nampak jembalang. Haaa…ok, aku tak pernah nampak jembalang. Mungkin macam tu kot seramnya bila nampak Ustaz Rom. Sebab, aku da tau apa akan berlaku esok.

Setelah aku dikenakan hukuman, aku pun dah takde mood nak duduk asrama lagi. Member aku yang lain semua aku tengok macam dah insaf seinsaf-insafnya. Budak asrama lain pulak tengok aku macam tengok banduan. Dipulaukan. Ye…aku dipulaukan. Walaupun dipulaukan, aku masih terus cemerlang dengan bakat-bakat aku seperti dikir barat, bacaan puisi, berzanji, sajak… Semua pertandingan yang aku wakili aku akan mendapat tempat pertama, kedua atau ketiga. Macam biasalah, budak asrama tak bangga pun dengan aku. Pelik adalah.. Perangai macam penyangak gangster, tapi bila masuk pertandingan, terror plak. Ah, peduli la kan. Aku pun buat la hal aku sampai habis sesi sekolah untuk tahun tu. Masa orang lain sibuk nak balik kampong sebab sesi sekolah dah habis. Aku dengan rileks nye tak kemas apa-apa pun. Orang dok punggah barang, parents datang ambik barang diorang, aku masih lagi baring-baring kat katil, malas. Aku tengok je sorang sorang balik. Dan akhirnya aku orang terakhir dalam bilik tu. Keadaan asrama sunyi. Sepi… Ada jugak dua tiga ekor tak balik kat tingkat bawah.

Aku cadang nak balik lenggang dulu, nanti dua minggu lagi aku datang la ambik barang-barang aku. Masa dalam blik nak berkemas, aku dengar orang berbisik-bisik dalam bilik aku. Aku berhenti kemas barang aku dan tengok kat setiap locker. Tak ada orang. Aku dengan nerd memang berpisah tiada. Aku assume bunyi burung kat luar kot. Aku sambung kemas locker. Tiba-tiba,… BAM!!! Pintu locker paling depan dalam bilik tu tertutup. Macam ada orang tolak dengan kasar. Time tu, perut aku dah serebu. Macam sekarang aku tengah type ni la…Sama lah rasanya. SEREBU. Macam nak terkencing, macam nak terberak, macam nak period. Macam tulah rasanya. Aku pun jenguk laa… Angin ke? Aku perati lagi, locker tu tertup rapat. Tadi aku bukak semua locker sebab nak cari suara bisik-bisik tu. Aku tak tutup balik locker tu semua sebab semua dah kosong. OK, aku pun capai towel, lari kluar bilik ke dorm bawah. Dorm bawah ada sorang lagi member aku belum balik jugak. Aku cerita kat dia apa yang aku alami tadi. Dia pun offer teman aku siap-siap kat bilik aku. Aku pun dengan pantasnya siap-siap semua pakai baju, kunci locker, terus blah. Dan selamat sampai rumah.

Selang sebulan, aku teringat nak ambik barang-barang aku kat asrama. Yelah, aku tinggal gitu je kat sana. Cadar, selimut, sarung bantal, baju-baju, barang-barang aku semua aku tinggal gitu je. Aku pun plan nak ambik barang aku masa nak amek result PMR. Aku kan memang suka melawan arus. Orang tak suka, tu yang aku buat. Result dah kluar seminggu baru aku pegi amek. Bila pikir balik, ntah apa-apa la perangai aku dulu. Tapi, tu dulu…sekarang aku dah normal. Follow the flow. Hahaha. Tibalah masa aku pergi sekolah untuk ambik result kat pejabat sekolah. Disebabkan aku lewat kutip result, aku kena tunggu kerani cari data aku dan apa semua bagai. Duduk la aku luar pejabat sekolah. Sekolah time tu sunyi amat. Cuti sekolah kan, mana ada budak-budak. Tapi, telinga aku dapat tangkap suara budak-budak terjerit-jerit macam tengah main kejar-kejar kat bangunan berdepan pejabat sekolah. Aku yang masih nerd assume tu budak-budak cina main basketball kot. Heh, sangat tak logic fikiran aku waktu tu. Yelah, aku kan malas nak rasa seram-seram ni, melainkan kejadian hari terakhir kat asrama haritu. Lepas dah ambik result, aku pun pegi la asrama. Gate asrama kunci. HAHA..Bongok kan…Camane nak masuk. Disebabkan aku masih hati kering, aku pun panjat lah gate tu. Nasib gate belakang asrama puteri tak kunci. Tapi kan,……sunyi gila kat asrama waktu tu. Sampai rasa telinga aku jadi kedap. Sebab satu bunyi pun aku tak dengar.

Aku pun naik ke tingkat 3 dorm aku. Nasib tak kunci jugak. Aku tengok barang aku dah dikemas. Kureng asam. Ni mesti warden dah kemas-kemas bilik masa semua dah kluar. Abeslah. Aku tengok barang aku diorang masukkan dalam 1 beg bercampur-campur. Ok, lega sikit. Aku pun angkut beg n nak blah dari situ. Tiba-tiba aku dengar orang menangis. “Huuuuuu uuu uuu uuu….” Alamak!!! Sekarang ni pun aku rasa macam nak menangis bila ingat balik. Bunyi nangis nya macam suara budak 12 tahun kena marah ngan mak sebab tak dapat nak beli aiskrim. Haa…macam tu lah lebih kurang. Suara tu jelas amat. Macam datangnya dari tingkat bawah. Belakang asrama aku ni hutan belukar dara. Sebab dara? Belum terusik. Sapa pulak laaa menangis time-time ni kan. Aku pun cepat-cepat angkut beg aku yang boleh tahan berat tu blah dari bilik aku. Turun tangga macam tak cukup kaki. Lepas je aku kluar pagar asrama puteri, aku dengar “GEDEGANGGGG!!!!” Pintu bilik aku terhempas kuat giler. Aku tertoleh, tapi tak nampak apa-apa. Aku terus bukak langkah seribu pecut. Termengah-mengah aku lambung beg aku kluar pagar sebab aku kena panjat pagar asrama untuk keluar. Fuhhh….sakit kepala belah kiri aku sebab terkena tiang masa nak panjat pagar tu. Aku rasa amat lega. Time tu boleh pulak aku terfikir, kalau aku dah kluar dari kawasan asrama, benda tu tak boleh kacau aku. Hahahah…masih nerd aku rupanya.

Alhamdulillah, zaman nakal aku tingkatan 1-5 aku tak diberi sumpahan untuk nampak entity. Sebab memang aku tak nak pun nampak. Cuma diusik gitu-gitu je adalah kan. Aku tak ambik port sebab memang malas nak layan. Kalau layan nanti mesti dia ingat aku suka kat diorang. Eh, tak ilang lagi nerd aku ni sikit-sikit. Hihihi..

Oklah, sekian cerita aku zaman asrama. Bosan ke, memangla. Sebab tak extreme macam cerita lain yang boleh membayangkan makhluk tu punya fizikal, siap kena sergah2 lagi kan. Aku ni hari-hari doa supaya tutup hijab aku. Macam tu jugak aib aku. Pada yang baca story ni, rasa cam tau je sapa aku, & kat mana kejadian berlaku, jangan dok tag-tag aku ye. Ada masa nanti aku cerita pasal zaman rekrut aku plak. OK, thanks semua. Assalamualaikum w.b.t.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Ebit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

33 thoughts on “Budak Nakal”

  1. “Turun tangga macam tak cukup kaki. Lepas je aku kluar pagar asrama puteri, aku dengar “GEDEGANGGGG!!!!” Pintu bilik aku terhempas kuat giler. Aku tertoleh, tapi tak nampak apa-apa. Aku terus bukak langkah seribu pecut. Termengah-mengah aku lambung beg aku kluar pagar sebab aku kena panjat pagar asrama untuk keluar. Fuhhh….sakit kepala belah kiri aku sebab terkena tiang masa nak panjat pagar tu.”

    Dia dah keluar pagar then masuk balik ke cemana ni? Ai is tak faham. Sorry.

    Btw, ai pun nerd juga dulu. Tahap nerd ai, sampai orang tak kenal siapa ai. Sadis rasanya. Macam duduk dalam kelongsong kura-kura. Budak kelas je yang kenal. Hahahaha.

    Reply
  2. Btw… bersyukurlah ko dianugerahkan ‘nerd’ dlm diri ko tu… klu x.. mesti ko akan up’ aku dikurniakan six sense” or “hijab aku terbuka” ……

    Reply
  3. Xbest langsung cerite kau adik.. Bajet nakal sekolah kot.. Biase aje bgi abg adik.. Abg punya nAkal sekolah kenal adik.. Xperlu abg cerite kerana byk sgt nastalgia yg xdpt dilupa kn..

    Reply
  4. boyish tu boyan ke weh? mcm boyan je cara cerita.
    mana tang seram tu? nak cite hantu ke cite apa ni sibat?
    cite panjang2 tp klimak nye mcm harem. lepasni jgn tulis lg hahahahahhahahah lol

    Reply
  5. Ok jer citer dia.. aku taw dia tkder niat pun nk puji diri sndiri bagai.. mngkin tu dh memang fiil dia.. dh jd fitrah sejak azali.. korang ni pun bg la smngt kat dia mnulis lg.. kecam2 dia bkn dpt apa2 pn.. buat di makin down ada la.. klau kita tk dpt nk kasi senang kat org lain cukuplh kita tk kasi susah sm dia..

    Reply
  6. cerita ko ibarat taik busuk dlm mangkuk jamban.. selepas di flush, maka i pon berlalu begitu saja.. maka ia kekal sbg taik yg tak perlu diingati.. tidak berguna.. sekadar memenuhi ruang perut buat seketika.. tq

    Reply
    • hahahahahaa komen ni klakooo.. aku pon rase penulis patut benti up up diei sndiri sbb end up org yg rase annoying.. emm emm emm

      Reply
  7. Mula2 adek rasa nak carutzz je hakak ne tapi Kena hormat org lg tuaaaa kann …xpaaa..biarkan…. Biarkannnn…

    Reply
  8. Baca sampai perenggan ke dua…terus guna Find function..search perkataan hantu…x jumpa langsung dari cerita penulis..jumpa word hantu dlm komen jer….salah blog neh..baik tulis dlm blog “Nakal.zaman remaja blogspot” ….haihh….campur komen…3 minit masa terbuang baca fiksyen sasha…

    Reply
  9. haha ko ni mengingatkan kpd diri aku la dulu2. umur pon nk sama kite. aku dlu time2 nakal lepak rumah member malam2 pstu aku dngr suara org mintak tolong, aku boleh dgn skema nye nk start moto n tgk spe yg mntk tlg tu. pstu kwn aku sound aku nk g mne,aku ckp la ade org mntk tlg tu, jom tgk,die diam pstu ajak msuk uma.die ckp mne ade org mntk tlg. die dh meremang tp aku xde perasaan weh. xd perasaan tkut ke ape tp klu skrg ingt balik suara tu seram wehhh ahahha

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.