Budak Pelik

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat admin FS dan para pengikut setia FS. Sebenarnya bila baca cerita-cerita yang dikongsikan ada ketikanya akan terasa, ada tak pembaca yang berfikiran macam, eh.. betul ke dia cerita ni? Entah-entah tipu aje.

Tapi bagiku aku percaya dengan setiap apa yang diceritakan, sebab dalam dunia ni banyak dengan perkara-perkara ghaib yang kita sendiri tak tahu. Almaklumlah.. kita ni adalah salah satu dari berjuta makhluk ciptaan yang Esa. Sedangkan haiwan dan tumbuhan pun hampir saban tahun akan ditemui spesis yang baru, apatah lagi benda-benda lain yang Allah kaburkan pandangan kita dari melihatnya kan? Padaku, amat beruntunglah mereka-mereka yang dikaburkan pandangannya ni (walaupun ada di antara orang yang aku kenal teringin sangat hijabnya dibuka).

Aku meletakkan diriku antara mereka yang tak beruntung kerana hijabku terbuka. Walaupun telah beberapa kali berkeinginan untuk ku tutup, tapi abang dan abahku melarang, ada sebabnya kami dijadikan begini, kata abahku (dalam keluarga, cuma kami bertiga yang terbuka hijabnya; abah, abang ngahku dan aku.) Oleh sebab itu, sehingga ke saat ini, bertabahlah sahaja bila berhadapan dengan mereka yang bukan dari alam kita ni.

Budak pelik. Itulah gelaran yang kawan-kawan dan jiran tetangga berikan kepadaku. Pelik sehingga ada yang takut untuk bermain denganku ketika kecil. Jadinya masa lebih banyak ku habiskan di dalam rumah. Bila ku ceritakan kepada emak, dia akan kata semua yang ku nampak hanya khayalan dan imaginasiku sahaja. Dari muka merah di dalam almari baju yang sering mengajakku berbual ketika aku hendak tidur, hinggalah monyet aneh (besarnya seperti orang dewasa, tiada ekor tapi berbulu lebat) yang melompat-lompat dari satu pokok ke pokok yang lain di sekitar perumahanku.

Aku masih ingat lagi ketika tadika, cikgu tadikaku Cikgu Nora juga ada berjumpa dengan emakku dan selepas itu emak menasihatiku agar jangan banyak berbual sangat dengan Cikgu Nora, jangan buat dia takut. Seingat aku, adalah beberapa kali hatiku tergerak untuk memberitahu Cikgu Nora agar tidak meletakkan basikalnya (Cikgu Nora berbasikal ke tadika) di bawah pokok mangga yang ada pasu bunga warna pink di flat kediaman cikgu kerana ada yang marah, itu tempat permainan anak-anaknya dan jangan alih kedudukan katil cikgu berdekatan tingkap bilik, susah ‘dia’ hendak ulang alik setiap senja. Bukan sengaja aku ingin berpesan begitu, aku pun sebenarnya tak tahu dari mana aku dapat rasa yang sebegitu, cuma bila ternampak cikgu pada awal pagi tu, tiba-tiba sahaja gerak hati dan mulut ni nak berpesan begitu. Yang nyatanya selepas ku sampaikan pesanan itu, muka cikgu memang berubah.

Selepas dari itu, emak lebih kerap berpesan, kalau nampak apa-apa atau rasa apa-apa, jangan beritahu orang lain kecuali emak dan abah, jangan beritahu adik beradik yang lain juga sebab nanti mereka ingat aku mahu menakut-nakutkan mereka.

Bila sudah masuk ke sekolah menengah, aku sudah mula faham apa yang aku alami. Masa itu perasaan lebih kepada seronok dan teruja, lebih-lebih lagi bila ada geng (abang ngahku). Kawasan perumahan kami berada diatas bukit, berpagar dan ada pengawal keselamatan yang sepatutnya jaga (walaupun selepas pukul 12 malam dia akan hilang entah ke mana).

Ketika itu, rumah yang berkeluarga hanya ada dalam 5 buah sahaja, selebihnya rumah para jurutera dan juruteknik muda yang bujang. Di sekeliling kawasan perumahan pula adalah semak/hutan kecil dan juga ladang tembikai dan lombong tinggal. Jadi bila malam, suasana memang sangat sunyi. Ketika inilah abang ngah suka memanggil ku untuk sama-sama tengok apa yang ada di luar. Antara yang kami nampak:

1) sepasang kaki tinggi berbulu sehingga tak nampak badannya berdiri tegak diantara pokok-pokok di semak/hutan kecil di hadapan rumah kami.
2) nenek tua berkaki ayam berjalan laju mengelilingi kawasan perumahan kami sambil kepala mendongak ke langit.
3) bebola api yang tak nampak mana puncanya, tapi api berjujuran jatuh ke tanah tetapi tanah dipersekitaran tidak terbakar.
4) perempuan berambut panjang berbaju putih lusuh duduk bertenggek di pokok sena.

Dan banyak lagi kalau di listkan tak cukup satu mukasurat.

Lama-lama benda yang ku rasa seronok ini bertukar menjadi sesuatu yang menakutkan. Mungkin kerana makhluk-makhluk ini perasan aku suka mencari dan memerhatikan mereka, jadi sekarang mereka pula yang suka memerhatikanku. Ku beri dua kejadian sebagai contoh:

1) aku sedang baring meniarap menonton tv pada lewat malam di dalam bilik, setiap kali skrin tv gelap untuk iklan atau part bertukar scene, ku akan perasan di skrin tv yang hitam itu kelihatan seorang budak duduk mencangkung di tepi mengadapku. Aku biarkan sahaja kerana ku tahu, jika ku toleh untuk melihatnya, pasti tiada budaknya dan itu akan menambah seramku.
2) setiap malam selasa dan khamis aku akan teman emakku ambil adikku tuisyen di kawasan perumahan berdekatan kawasan kedai. Aku lebih suka duduk di batu-batu penanda jalan m**i dihujung lorong rumah itu kerana kawasannya berangin. Emak akan matikan enjin kereta dan turunkan tingkap, aku tak suka suasana yang panas begitu. Akan ada seorang kakak juga duduk di batu tersebut dan kami sering berbual sehinggalah pada suatu malam adikku bertanya, aku gelak dengan siapa semasa menunggunya. Dia juga memberitahu sepanjang aku temankan emakku untuk ambilnya, memang aku seorang sahaja yang duduk di situ, tiada orang lain yang bersama denganku. Ketika itu baru ku perasan, setiap kali kami bertemu kakak itu memakai baju hitam dan seluar jeans yang sama. Berderau darahku bila mengetahui benda ini bukan sekadar hadir dalam rupa yang pelik dan buruk, tetapi juga ada kelihatan seperti orang biasa. Aku menjadi lebih was-was dengan orang yang berada disekitarku.

Bila sudah masuk universiti, panggilan budak pelik itu tetap melekat. Pada ketika zaman ini, karekter ku berubah, jika sebelum ini bila ternampak ku akan diamkan, tapi kali ini, bila nampak aku akan beritahu dan perincikan kepada sesiapa yang ada denganku, tak aci lah bila cuma aku seorang sahaja yang takut dan berdebar sedangkan yang lain boleh buat tak tahu dan bergembira sebab tak nampak. Natijah atas sikapku yang begitu, setiap kali ada yang kena histeria atau terkena gangguan, namaku akan jadi sebutan untuk ‘tengokkan’ keadaan dan pulihkan mangsa.

Ada suatu ketika, aku baru sampai dari kampung,baru lepas azan maghrib ketika itu, tak sempat buka kasut dan letakkan beg sandangku, aku telah ditarik ke apartment sebelah di kolejku. Ada kawan se course ku yang dirasuk. Sudah.. aku bukan tahu bab mengubatkan orang, tetapi bila tengok suasana yang panik, dan aku juga nampak benda yang seronok mengacau kawanku itu, ku layankan sahaja bila mereka suruh aku duduk dan pegang bahagian kepala kawanku. Ketika itu aku tahu benda itu marah dengan tindakanku. Dia yang sedang duduk di atas meja belajar terus-terusan merenung dan mengeram. Seperti biasa aku berzikir untuk tenangkan fikiran dan hatiku diselang selikan dengan menyuruhnya pergi ke tempat lain. Sekali lagi ku tekankan di sini, aku tak pandai mengubat orang, aku berzikir sebagai pendinding diriku sendiri. (apa yang aku yakini, bila berhadapan dengan benda-benda ni ada ketikanya bacaan surah atau ayat quran akan jadi berterabur kerana takut. Ada ketikanya benda ini juga akan turut ikut bacaan kita untuk buat iman kita goyah. Jadi langkah terbaik, berzikirlah, walaupun pendek sekadar Ya Allah, dengan yakin hanya Allah yang dapat membantu kita dan Allah yang patut kita takuti) Aku memegang kepala kawanku ini sehingga ustaz dari kolej siswa datang.
Kami kemudiannya beramai-ramai mengangkat kawanku ini dan membawanya ke kereta ustaz untuk dibawa berubat. Tapi aku memilih untuk tidak ikut, badan penat sebab baru sampai dari kampung. Aku berpatah balik ke bilik kawanku tadi, kerana semasa kami mengangkatnya keluar dari apartment, benda itu masih lagi bertenggek di atas meja belajarnya. Alhamdulillah, benda itu sudah tiada, tapi sempat ku berpesan pada Dayang dan Julia untuk jaga kebersihan bilik mereka. Pad yang sudah digunakan jangan dibiarkan bersepah walaupun telah dicuci, bungkus dan buang elok-elok. Aku minta mereka buka untuk buka loker kawan kami yang kena rasuk itu dan bersihkan apa-apa yang patut. Bila dibuka, rupanya di bahagian bawah loker ada beberapa keping pad yang telah digunakan tetapi tidak dibasuh dicampak begitu sahaja. Geleng kepala kami melihatnya. Baunya Subhanallah. Oppss.. lupa nak beritahu apartment kami ada dua bilik, satu bilik 3 penghuni. Dalam kes ini, bilik kawanku ini cuma berdua sahaja, satu katil kosong dan untuk seminggu ini kawanku duduk sendirian kerana roommatenya balik ke kampung, menjaga emaknya di hospital.

Bila Julia tanya, mana tahu berkenaan pad ni? Aku jawab entah.. tiba-tiba terasa nak pesan begitu.

Bab ‘tiba-tiba’ ni ada banyak sehinggakan aku hampir putus sahabat dengan kawan baikku kerana sudah tak tahan kena tipu dengannya. Bila sesuatu berlaku dan gerak hatiku kuat untuk bertanyakan padanya, tapi dia memilih untuk berbohong (sebab selalunya tak lama selepas itu, pasti akan ada kawan lain yang buka cerita dan ceritanya sama seperti yang aku rasakan). Akhirnya ku beritahu pada sahabatku ini, aku tahu hampir setiap gerak gerinya walaupun sebenarnya aku tak nak tahu, jadi jangan berbohong padaku. Sounds like a freak kan? Sejak dari itu aku yang menjauhkan diri dari sahabatku kerana taknak dia takut dengan aku.

Yang kelakarnya, ada satu kes, kawanku menelefonku untuk turun ke biliknya, ada benda dia nak minta aku halaukan. Jadi dengan berat hati ku turun ke biliknya. Rupa-rupanya ada kala jengking di tepi bakul sampah di penjuru biliknya. Aku cakap pukul ajelah keluar, kau kan pemain hoki uni. Dia cakap tak berani kerana ibunya pesan, kalau terjumpa binatang berbisa jangan pukul atau b***h, tanya dahulu itu betul binatang atau jin. Jangan memandai-mandai, nanti kena balasannya. Aku tanya dia, dah tanya belum kat kala jengking tu? Jin ke binatang? Dia angguk dan cakap, dia tak jawab sebab tu aku call kau. Masa tu aku tak tahu nak marah ke nak gelak. memang nampak benar mukanya takut. Dia sambung cakap kau kan boleh nampak benda mistik, tanyalah dia.. mana tahu dia jawab soalan kau dalam bahasa yang aku tak faham.

Bila dengar kawanku cakap begitu, aku hanya mampu geleng kepala sahaja. Ku capai kayu hokinya dan pukul kala jengking itu keluar dari biliknya.
“Jangan kacau kawan aku lagi. Dia ni penakut. Tapi kalau rindu kat dia, datanglah jengah dia.. tukar bentuk tau, jadi rama-rama!!” sengaja aku bercakap kuat sedikit kepada kala jengking yang sedang merangkak perlahan-lahan di celah-celah rumput.

Terlalu banyaklah kekurangan bagi kami-kami yang terbuka hijabnya ni. Pesananku, janganlah ditambah stress yang ada pada kami yang terpaksa hadap benda di setiap hari dengan soalan-soalan atau permintaan-permintaan yang mengarut. Kalau kami pilih untuk ceritakan apa yang kami nampak dan alami, dengarlah puas-puas, kalau kami taknak cerita maknanya kami taknaklah ya. Jangan ingat semua yang terbuka hijab ni tahu bab mengubat orang atau ada kuasa ahli nujum. Kami juga bukan penjinak haiwan. Kami cuma manusia biasa yang secara batinnya cacat penglihatan kerana disingkap lapisan di mata yang sepatutnya tertutup.

Maaf jika ceritaku tak seram. Ianya lebih kepada pandangan dan pengalamanku yang dibuka hijabnya.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Nami

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 2.3]

39 thoughts on “Budak Pelik”

  1. Cerita yang steady dan tak serabut..bab pasal berbohong tu mungkin sama macam aku..tapi hijab aku tak terbuka la..kadang aku tahu orang berbohong tapi aku taknak jadi buruk sangka sampailah yg berbohong tu kantoi sendiri..kdg ada perkara yang aku dah tahu dulu sebelum terjadi tapi tak semua perkara..senang kata naluri aku kdg2 terlampau tinggi sampai kawan baik aku pun tak suka..kdg sampai aku ignore naluri aku tu. aku tak minta nk dapat naluri camtu or whatever orang gelarkan..aku anggap mungkin ada kebaikan untuk sesetangah perkara di masa hadapan..

    Reply
  2. Cerita yang menarik dan cara penulisan tersusun. Mohon share pengalaman lain lagi.
    Cakap pasal pad memang “benda” tu suka. Salah sorang ahli keluarga saya pun boleh nampak walau tak selalu. Katanya pernah sekali dia masuk toilet time maghrib sebab nak berwudhuk. Terkejut sebab nampak makhluk hodoh lidah panjang mencangkung atas tangki jamban sambil jilat pad yang baru dicuci.
    Bergegar rumah dia menjerit hehe

    Reply
    • part pad n d***h kotor ni.. memang ada beberapa insiden yang ku alami, memang akan jadi cepat marah kalau ternampak d***h kotor or pad dalam toilet. sebab kalau ‘benda’ tu datang bukannya diorang nampak, aku yang terpaksa tahan mata n perasaan tengok benda alah tu.

      Reply
  3. saya pun macam awak cuma bezanya tiap kali mata hijab nak terbuka akan berlaku sakit mata,,sakit yang memacamlah..semua dengan tiba-tiba

    Reply
  4. awak ni memang comel kn? sesuai betul kalau dijadikan calon menantu emak aku.. ehe.. salam perkenalan..

    Reply
  5. Hahahaha…maaf aku tergelak..kesian..ada jugak kwn yg mcmtu..sian c kala jengking sesat kena fitnah..n kesian jugak pd penulis jd mgsa keadaan..apa2 pun..bertabahlh ya..

    Reply
  6. Kita serupa.. dan senasib. Memang betul, orang2 mcm kita ni selalu disalah ertikan. Hahaha.. ingat fun ke ada daya penglihatan mcm ni.. XD

    Reply
  7. Sama lah kita aku ni kadang-kadang senang nampak jugak tapi bukan selalu bila keadaan tertentu jaa hihihi btw nice lahh cerita klau ada story lagi share lahh mna tau nmpak pocong kaa puntianak kaa jenglot kaa apa kaa boleh lahh cerita dekat sini hehehehe

    Reply
  8. Sama mcm aku, kt mna ada event kt thai pun dia sapa @ say hai time aku nk cek in. Klu tempat tu brpenghuni aku gtau awal2 wife @ aku pegang wife time tido erat2..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.