Bukan Gelang Biasa

Assalamualaikum pembaca semua. Selama ni, saya hanyalah pembaca juga tp harini tergerak hati pulak saya nk share sedikit sebanyak kisah yg pernah terjadi sepanjang hidup saya.

Saya kini adalah graduated student dari sebuah universiti yg terletak di Parit Raja, Batu Pahat. Kisah ini terjadi sekitar 2016-2017. Nk dipendekkan cerita, setiap tahun sebelum majlis konvokesyen, mesti akan ada feskon atau Festa Konvokesyen di mana, akan terdapat pelbagai aneka jualan. Baju, tudung, kedai makan, persembahan artis dan mcm mcm lagi. Dan mestilah hati seorang gadis mcm saya tkkan lepaskan peluang untuk membeli belah. Kebetulan pula, duit ptptn baru masuk, mmg heaven la rasanya.

Bersama dua lagi rakan karib saya, Lina dan Mia (mestilah bukan nama sebenar) kami bertiga berjalan jalan di sekitar feskon itu. Saya tertarik dgn sebuah gerai gelang yg bnyk pilihan. Saya beritahu Lina dan Mia “weh korang, jom tengok gelang kt gerai tu. Boleh beli buat mcm gelang friendship” girls, biasalah kan. Lina bagi idea “weh apa kata kita pusing pusing dulu, survey tengok tempat lain. Mana tahu lg lawa ke lg murah ke” . Mia pun setuju dgn cadangan Lina. And yes, saya okay je. Pusing punya pusing, hati saya tetap tertarik dgn kedai gelang td, walaupun kedai tu biasa, tp nk juga! Saya bersuara utk ke situ dan mereka iyakan saja.

Smpai di gerai gelang tu. Kami membelek belek smbil bertukar pendapat gelang yang mana satu sesuai nk dijadikan “gelang friendship” . Saya ke sisi kedai, lantas penjual gelang itu memandang dan menghadiahkan sebuah senyuman. Pada mulanya, saya hanya membalas kosong senyuman itu, dan lama kelamaan, penjual gelang itu terus memerhatikan saya dgn senyuman yg agak menakutkan pada saya. Saya kembali pada Lina dan Mia. “Korang dah pilih belum? Aku taktahu la nk yg mana satu” Lina dan Mia tunjuk gelak yg mereka berkenan dan dalam pada kami memilih, aku dipanggil penjual gelang berkenaan.

“Dik, sini jap”
“Ye bang, kenapa?”
“Harini hari jadi awakkan? Nah, abang ada hadiah utk awak, gelang ni abang buat sendiri tau. Tp jangan bagitahu orang lain tau. Bak sini tangan awak, abang pakaikan”
Dan saya bagaikan si bodoh tanpa akal, hanya menurut kemahuan si penjual gelang itu. Smpai satu ketika, Lina dan Mia bayar gelang mereka. Dan Mia tanya “kau tk beli ke weh?” Aku diam, tengok gelang, mcm terfikir ni nk bgthu ke tk ek. Ah tunjuk jelah. “Weh, aku dapat gelang free ni heheheh abang tu bagi” . Mereka berdua kaget tp lepastu masing masing macam tk ambil peduli dengan gelang tu.

Hari demi hari, bulan demi bulan, tiada apa yg pelik. Hinggalah terjadinya mcm mcm perkara aneh yang terjadi pada saya. Perkara paling ketara, apabila saya sering berasa sakit seperti orang sakit jantung. Symptomnya semua sama. Sama, sebijik. Saya risau, sbb arwah ayah mmg ada sakit jantung. Tp tkkanlah muda muda dh kena sakit jantung kan, eh tp manalah tahu kalau dh takdirnya mcmtu. Ya, hari hari perasaan yg sama berulang mcmtu. Ah ni tk boleh jadi, kena jumpa doctor. So buat appointment, pergi PKU (Pusat Kesihatan Univerisiti) buat check up. “Awak tkde masalah apa apa, jantung semua okay, buah pinggang okay, darah okay. Tkde masalah” . Baiklah doctor, terima kasih.

Mcm mcm terjadi, histeria ketika test. Ye ni lah paling malu. Paling malu dalam hidup. Siapa nk terjerit jerit depan orang ramai, depan lelaki, bukak tudung. Tell me, siapa yang nk mcmni. Dengan pandangan negatif orang lagi. Ye saya tahu, semua orang berkata kata. Tkpe, Allah tahu. Allah tahu semua.

Ada salah sorang kawan saya berhati mulia, menolong. Panggil ustaz, ustaz datang. Tak kberapa nak ingat apa yang terjadi. Entahlah tak ingat langsung sebenarnya apa yg terjadi. Ada lagi dua orang rakan yang menolong saya. Biarlah saya rahsiakan. Housemate saya, bukan setakat housemate, sahabat dunia akhirat. Adila saya namakan, ye Adila yg bnyak sngat membantu. Adila setkan semunya, utk berubat dgn Ustaz.

Setelah pulih, mereka hantar saya ke rumah. Ibu juga ikhtiar. Di bawa berubat. Selama berbulan bulan, saya memakai gelang tersebut, timbul rasa sayang. Smpai tahap adik saya nk pegang ke nk tengok pun boleh jadi marah. Padahal gelang biasa je. Ibu pelik. Ketika di bawa berubat, ibu bgthu pengamal perubatan tersebut tentang gelang itu. Oh ye, pengamal perubatan tersebut adalah anak saudara arwah ayah saya yang sememangnya bukan bomoh. No bomoh bomoh ok hehe.

Dan ketika itu, sememangnya saya tk ingt apa yg terjadi, ibu memberitahu berlaku adegan tarik menarik gelang diantara saya dengan sepupu saya itu. Pada pandangan saya, saya tak boleh hidup tanpa gelang itu dan saya akan sentiasa kelihatan cantik dan muda apabila mengenakan gelang itu.

Gelang itu berjaya dihapuskan. Saya tidak tahu apa yg telah dilakukan terhadap gelang tersebut. Namun, apa yang telah diberitahu, gelang itu bukan gelang biasa. Gelang itu mempunyai khadam yang inginkan tuan. Allahuakhbar.

Moral of the story, kepada semua pembaca, especially perempuan. Sebelum nk ke mana mana, sentiasa lindungi diri anda dngan ayat Qursi. Percayalah mereka wujud. Sehingga ke hari ini, saya tidaklah pulih sepenuhnya tp alhamdulillah semakin pulih. Cumanya, bnyk implikasi terhadap perkara ini, terutamanya keputusan saya, setiap sem makin menurun. Tkpelah, mungkin bukan rezeki saya untuk berjaya sehebat orang lain.

Tapi, yang menjadi kemusykilan saya hingga ke hari ini, mcm mana dia boleh tahu hari itu hari jadi saya?

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

14 thoughts on “Bukan Gelang Biasa”

  1. assalamualaikum wbt penulis,saja nak share cubalah terapi merawat diri sendiri lagi afdhal. caranya seperti berikut, lakukan setiap hari dan istiqomah dan redho dalam segalanya :-
    – wuduk jangan putus
    – zikir auzubillahi minash shaitan rajeem bismillah rahman rahim 1000x sehari, boleh sekali jalan atau sikit2 janji 1000x sehari (buat selama 100 hari)
    – solat fardhu jangan tinggal
    – solat taubat nasuha
    – solat hajat
    – solat tasbih
    solat2 sunat ni jika x mampu setiap hari buat 1 minggu sekali, x mampu buat sebulan sekali, xmampu buat setahun sekali, xmampu juga buat seumur hidup sekali. lagi dekat kita dengan Allah lagi elok.

    p/s : semasa proses ni semua termasuk waktu zikir, jika ada apa2 gangguan jangan henti, teruskan sahaja.jangan hiraukan walau jika ada yang bersuara atau muncul mengatakan dia Nabi/wali/ulama dan lain2 ke apa.dalam nyata atau mimpi.

    bunyi memang macam susah dan seramkan, tapi bukan senang nak dapat keberkatan dan rahmat Allah swt. Kena kuat dan sungguh2. inshaa Allah boleh mudah dan cepat sembuh.

    Reply
    • Ini la komen paling relevan sekali. Dalam family aku ada 2 org yg disihir. Even pengamal perubatan tu pun cakap benda yg sama. Hamba Allah tu cakap dia hanya mampu mendoakan dan baca ayat quran. Tapi selebihnya terletak pada badan empunya diri. Tolong jangan lah kejar perawat ni sampai kita lupa siapa yang memberi penawar. Kita kejarlah yang Maha Mendengar.

      Reply
  2. Lain kali jgn semberono je ambik apa² barang yg org bg dik. akak pn konpius awat dh berbln2, mkn bertahun kot, br kamu blh detect psl konpiusing harijadi kamu tu.
    Harap kamu makin sihat & sentiasa hati² ✌

    Reply
  3. Macam mana si penjual tahu tarikh lahir penulis ? Mestilah dengan menggunakan jin ! Tapi kita semua dapat pengajaran dari kisah ini , iaitu benda percuma tak selalunya baik , terutamanya dari orang yang tidak kita kenal . Berhati hati .

    Reply
  4. Pendapat aku. Kalau bukan nama sebenar elok jangan ditulis. Orang tak tau pon nama betul atau bukan. Biarkan je “dua orang kawan aku nama lina dan mia.”

    Sebab boleh potong mode

    Reply

Leave a Comment