Bukan gila tapi psycho 2

Assalamualaikum. Hi readers. Well, kepada korang mesti dah baca Bukan Gila tapi Psycho kan. Now, aku nak sambungkan kisah ni. Since haritu ramai kasi feedback baik and suruh aku sambung so aku sambung.

Untuk lebih detail lagi, aku nak korang gunakan imaginasi korang untuk bayangkan keadaan dia. Ingat lagi tak last si Amar tu buat apa? Yup. Dia pecahkan muka bapak dia dengan seterika kan. Well, untuk pengetahuan korang, lepas si Amar tu buat camtu, dia terus terduduk di hadapan mayat mak ayah dia. Penat lah tuuu. Seterika tuk berat kot. Badan dia dah lah kecik.

Memang sakit sendi belakang cap ibu dan anak laa.So, lepas dia terduduk tu dia tenung mayat mak ayah dia yang dah belumuran dengan d***h masing masing. Jadi dia pun puas hati dengan kerja dia so dia pegi ruang tamu balik untuk sambung main PlayStation. Sampailah ke pagi dia lepak dekat ruang tamu,pastu dia tertido dekat depan tv.

Okay? Dapat tak korang bayangkan situasi tu. Itu baru sikitt. Hanya untuk memuaskan nafsu korang supaya takde tanda tanya lagi nanti sebab ada yang cakap aku punya Bukan Gila tapi Psycho yang haritu punya tak cukup. Tergantung. wooops.Sorrylah , haritu aku dah sakit perut sangat nak meneran so aku hantar tergantung je. Okay dah , ini sambungan bagi kisah Bukan Gila tapi Psycho part 2
******

Pagi yang suram ditemani bau hanyir d***h yang sejak semalam memenuhi setiap sudut rumah kayu itu.Amar yang tidur di ruang tamu membuka kelopak mata kecilnya. Cahaya yang mencuri masuk daripada tingkap rumah itu menyilaukan matanya yang dihiasi bulu mata yang lentik. Cantik. Indah. Seindah perasaannya ketika menikam ibu ayahnya semalam. Kerana tidak tahan akan bau yang tidak enak itu, Amar terus bangun dan menuju ke bilik air untuk mandi.

Selesai mandi dan memakai baju. Amar berlalu terus ke pintu utama. Sedang tapak kaki kecilnya menatap ke pintu utama, dia melalui bilik ibu dan ayah nya semalam. Kuat bau yang menusuk ke dalam hidung Amar. Namun Amar hanya kaku di depan pintu bilik itu.

‘Mak, ayah. Tunggu sini , Amar nak carik makan dekat luar sekejap.’

Dilambainya mayat ibu dan ayahnya itu. Terukir sebuah senyuman bahagia di bibir. Tidak menunggu lama, Amar menapak ke dapur untuk mengambil 3 Not RM1 dia atas meja yang ditinggal semalam. Amar pun menuju ke pintu utama lalu membuka kunci mangga dan terus berlalu keluar. Udara segar pada pagi itu memberi semangat kepada tubuh kecil itu untuk berjalan mencari makanan yang boleh dibelinya bagi mengisi perutnya yang sejak tadi menjerit meminta untuk diisi.

Jauh perjalanan Amar. Maklumlah,rumah mereka berada di dalam ladang kelapa sawit yang jauh di dalam sana.Selepas melalui ladang kelapa sawit, Amar lalu pula kebun getah. Selepas melalui itu, barulah boleh sampai ke bandar. Sampai sahaja di bandar Amar sedikit keliru. Kemana hendak pergi? dia jarang pergi ke bandar. Lalu kaki kecilnya hanya berjalan tanpa arah tuju. Satu satu kedai makan disinggah nya tapi duit pula tidak cukup. Lelah kudrat Amar untuk berjalan lagi.Diapun duduk di tepi sebuah bangunan dan berehat di situ.

Tidak lama kemudian, ada seorang pak cik mendatangi tubuh kecil Amar yang sedang berehat disitu.

‘Nak? Apa kamu buat disini? Mana ayah kamu?’. Amar hanya menggeleng. Ditanya lagi soalan yang sama. Begitu juga dengan jawapan nya. Hanya sebuah gelengan yang tidak memberi makna apa apa. Boleh jadi tidak, boleh jadi tidak tahu, macam macam lagi.

Maka , pak cik itu pun menemani Amar. Amar tidak berkata sepatah pun. Hanya mendiamkan diri. Selepas 3 jam menunggu. Tiada juga yang datang menjemput Amar. Pak cik itupun sudah penat menunggu lalu mengambil keputusan untuk membawa Amar. Mereka menuju ke sebuah van. Sebuah van yang ditulis ‘Rumah Qaseh Yatim’ di sisi nya.

Amar menaiki van itu lalu mereka bersama menuju ke sebuah tempat. Sampai sahaja ditempat itu Amar dijemput turun lalu disapa mesra oleh kanak kanak yang ada disitu. Pak cik tadi memberi isyarat agar menyuruh Amar menunggu sebentar. Amar duduk di sebuah buaian berdekatan. Tidak lama kemudian, pak cik tadi pun datang bersama seorang wanita bertudung labuh. Wanita itu memberi sebuah senyuman manis kepada Amar. Semanis senyuman ibunya dulu.

‘Amar, ini ustazah Hani.’ Kata orang tua berkopiah itu. Amar menyalam wanita itu lalu wanita itu tunduk menenung wajah Amar. Indah sungguh. Dengan badannya yang sedikit berisi, kulitnya yang putih bercampur d***h menampakkan pipinya kelihatan sedikit merah jambu. Rambut nya yang tersikat rapi menambah kecomelan di wajah Amar.

‘Hi Amar, assalamualaikum. Saya ustazah Hani. Nama penuh Amar apa ya?’ Amar hanya berdiam diri.

Melihat reaksi Amar, ustazah hani pun menjemput Amar masuk kedalam sebuah rumah.

‘Wah , besarnya’ detik hati Amar.
Amar dibawa ke meja makan lalu diberi makan. Diberi mandi , pakaian,sebuah katil yang empuk dan selesa. Selesai sahaja membuat semua keperluan, Amar pun duduk di katilnya dan termenung.

‘Bilik ini besar, tapi banyak katil. Ramai nya orang. Tempat apa ini?’ Detik hati kecil Amar. Datang seorang kanak kanak menghampiri Amar , mungkin sebaya. ‘Kau dari mana?’ tanya budak itu. Amar hanya diam.

‘Kau okay ke?’ tanya budak itu lagi.

‘Tempat apa ni?’. Keluar juga kata kata dibibir Amar.

‘ Kau tak tahu ke? Kalau tak tahu macam mana boleh sampai ke sini. Ini Rumah Qaseh Yatim lah .’ kata kanak kanak itu.

‘Rumah apa tu?’ tanya Amar.

‘ Rumah anak yatim lah. Apelah ko ni’. Amar hanya mengangguk.

Ditanya lagi ‘Yatim itu apa?’

‘ Aduuu susah jugak ni. Yatim tuu macam kau takde mak ayah lah’ . Kini barulah Amar faham kenapa dia dibawa ke sini dan diberi tinggal disini.

Menjelang hari hari nya dirumah Yatim itu, maka pada suatu hari ini, ada lawatan untuk ibu bapa bagi yang berminat untuk mengambil anak angkat. Pada ketika itu, Amar sedang berkebun menolong Pakcik Rahman menanam pokok bunga kertas di taman hiasan yang terletak di hadapan rumah anak yatim itu. Datanglah sepasang suami isteri ini.

Dipendekkan cerita, pasangan itu tadi tertarik kepada Amar yang pandai berkebun, pandai menolong, comel pula. Maka, Amar pun diambil sebagai anak angkat. Sebenarnya pasangan itu sudah ada 2 orang cahaya mata, yang pertama tua setahun dari Amar, yang kedua pula berusi 4 tahun. Yang tua lelaki, maka yang kecil itu pula perempuan.

Tidak lama kemudian, Amar dibawa ke rumah mereka dan hidup bahagia. Hubungan mereka baik Amar dan abang angkatnya Sufian sudah seperti adik beradik kandung, tidak lupa juga Jasmine yang sentiasa manja dengan abang abang nya itu. Amar tidak berasa terpinggir. Walaupun Amar seorang yang pasif tetapi Amar sangat mesra bila disapa. Amar sangat menyayangi keluarganya itu. Pada suatu hari, di sekolah, Jasmine mengadu kepada Amar dan Sufian tentang kawan sekelasnya yang selalu membuli Jasmine. Sufian yang mendengar aduan itu hanya diendahkan sahaja tapi tidal Amar. Panas hati Amar mendengar nya. Seminggu kemudian pembuli Jasmine itu meninggal dunia di hospital akibat tertelan racun tikus.

Amar yang mendengar khabar itu hanya tersenyum lega. ‘Aku berjaya’ detik hati nya’

Semakin hari Amar semakin membesar bersama adik beradik angkat nya yang lain. Menginjak ke sekolah menengah Amar digilai oleh ramai pelajar wanita akan kerana ketampanan dan kebijaksanaan nya. Walaupun begitu, Amar tidak mengambil peduli tentang mereka dan hanya fokus kepada pelajarannya. Amar pun telah berjaya dengan cemerlangnya dalam peperiksaan SPM . Begitu juga dengan Sufian. Mereka pun mengambil keputusan untuk masuk university. Tetapi, kata ibu angkat Amar, mereka mahu berpindah ke luar negara kerana suaminya mendapat tawaran bekerja disana.

Ibu dan bapa angkatnya memberi pilihan kalau kalau mahu pindah sama atau tidak.Jadi Amar pun mengambil keputusan untuk tidak mengikut sama. Tinggalah Amar seorang di Kuala Lumpur dan keluarga nya semua telah berangkat ke luar negara. Amar menjalani hidup nya sebagai seorang pelajar perubatan disebuah kolej swasta. Semua perbelanjaan Amar seperti kolej , makanan , tempat tinggal disara oleh keluarganya.

Amar bosan. Terdetik di hatinya ingin bermain satu permainan. Permainan….

Dah aku dah penat. nanti sambung . hehehehe. bye.

Ash

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

27 thoughts on “Bukan gila tapi psycho 2”

  1. Ntah2 sebenarnya Amar sendiri yg cerita kat kita semua ni.. tapi masih belum membongkar kejadian ni kat sape2 selain FS & sampai skrg mayat2 tu belum ditemui.. jeng jeng jeng.. kehkehkehkeh.. kikikkikiki.. aaawoooooooooouuu..

    Reply
  2. klo nak tau sambungan nya boleh follow fb aku.bukan ape aku pun nak gak rating naik likers tinggi mcm wan sc semua tu..bg la aku rasa di puja sikit..huhu..

    Reply
  3. banyak juga cerita tergantung nie..apa jadi kat mak ayah dia lepas keluar then mcm mna dia buat bdak toe mnum rcun tkus dan apa game strusnya.?tringin jgak nak tau..klau bleh smbung la kat FS..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.