Bunga

Dalam hidup ini adakalanya, kita kena mengalah. Kita harus bersabar. Tidak semua benda yang kita inginkan, kita boleh dapat. Tetapi tidak mustahil dengan kesabaran itu suatu hari nanti, kita diberikan lebih apa yang kita mahukan.

Seperti kisah cinta Bunga dengan jejaka bernama, L. Bunga tidak pernah bertemu dengan lelaki misteri itu. Tidak pernah berbual melalui panggilan. Hanya mengenali L melalui mesej yang dihantar. Tetapi Bunga tetap bahagia dan selalu merasakan kehadiran L. Malah L bagaikan tahu apa sahaja yang menimpa ke atas diri Bunga. Siapa L? Mengapa dia perlu hadir dalam hidup Bunga?

***

Satu almari Bunga cari. Tapi masih tak jumpa-jumpa juga. Bunga salah letak agaknya? Tapi tak mungkinlah. Bunga memang letak dalam almari malam tadi sebelum tidur. Jam tangan yang papa hadiahkan padanya semalam sempena ulangtahun Bunga yang ke 15. Kalau papa tahu hilang macam mana? Mesti papa marah sebab Bunga tak jaga dengan baik.

“Bunga cari apa tu?” Suara puan Sheila menegur di muka pintu bilik. Bunga yang masih tercari-cari menoleh ke arah mama.

“Jam tangan yang papa bagi Bunga semalam…hilang. Malam tadi Bunga simpan dalam almari. Dari tadi Bunga cari sampai sekarang tak jumpa.” Ujar Bunga dengan perasaan resah. Esok Bunga mahu memakai jam tangan itu untuk ke sekolah.

“Oh, jam tu. Adik kamu pakai. Dia ke rumah kawan dia. Wangi berkenan pula dengan jam tu sampai merengek minta dekat mama. Kesian pula mama tengok. Mama suruh dia cari dalam almari. Tak apalah. Nanti mama suruh papa beli yang lain. Lagipun jam tangan tu nampak sesuai pula dengan Wangi. Biarlah dia pakai.” Selamba sahaja puan Sheila berkata. Langsung tidak memikirkan perasaan anak sulungnya.

“Tapi itu hadiah Bunga, mama. Mana boleh Wangi ambil.” Bunga merengek tidak puas hati. Memang dari kecil Bunga selalu mengalah dengan Wangi. Apa miliknya yang Wangi suka, Bunga terpaksa beri. Kasut. Baju. Dan macam-macam lagi. Walaupun Bunga sayang sangat dengan barang-barangnya.

“Kan mama dah cakap, nanti mama suruhlah papa kamu ganti yang baru. Bunga tu kakak. Kenalah selalu mengalah dengan adik. Dahlah. Malas mama nak layan kamu.” Puan Sheila terus beredar tanpa mempedulikan Bunga.

Sakit hati Bunga bila mama asyik sebelahkan Wangi. Bila mama lebih sayangkan Wangi. Sedangkan Bunga juga anak mama. D***h daging mama. Tapi kenapa mama tak pernah pedulikan perasaan Bunga? Mama selalu suruh Bunga mengalah. Yang buruk semuanya Bunga. Wangi tu sentiasa elok di mata mama.

Bunga berlari keluar membawa telefon bersama di tangan. Dengan hati hiba Bunga duduk di bawah pohon tepi rumah. Air matanya yang deras tidak mampu diseka. Dibiarkan sahaja mengalir ke pipi gebunya. Bunga belum cukup dewasa untuk menjadi tabah. Bunga masih memerlukan masa untuk segala yang dihadapi dengan hati yang cekal. Kerana itu Bunga hanya tahu menangis dan merengek jika dia benar-benar merasa disakiti.

Ting!

Ting!

Ting!

Bunyi nada mesej masuk ke telefonnya. Bunga mengesat air mata. Lalu mesej itu dibuka. Dahinya berkerut-kerut ketika memandang skrin telefon.

L-Kau menangis Bunga?

-Cengeng!

-Macam anak kecil.

Tiga mesej yang baru dibaca itu benar-benar memanaskan hati Bunga. Seakan-akan sedang mengejek Bunga. Siapakah ini? Bunga tidak kenal. Bagaimana dia boleh mesej Bunga? Tahu nama Bunga. Tahu apa yang berlaku pada Bunga.

Bunga-Siapa ni?

Bunga segera membalas. Matanya meliar memandang sekeliling. Tiada sesiapa. Cuma angin sedikit kencang. Dingin, menyapa tubuhnya. Mata Bunga kembali menatap telefon ketika bunyi mesej baru masuk lagi.

L-Aku, L

-Teman lelaki kau.

-Cinta hati kau, Bunga.

Bertambah panas hati Bunga dibuatnya. Dahlah bagi nama satu huruf saja. Macam mana Bunga nak kenal? Entah-entah scammer? Bunga kembali menekan-nekan kuat huruf-huruf di skrin telefon dengan hujung jari.

Bunga- Hei! Jangan main-mainlah!

L-Aku tak main-main Bunga.

-Aku selalu perhatikan kau.

-Selalu singgah melihat kau.

-Cuma kita belum bersua muka.

Bunga- Tapi aku tak kenal kau!

-Aku mana ada teman lelaki atau cinta hati!

-Aku masih budak sekolah lagi!

-Aku tak pernah fikir pun nak bercinta dengan sesiapa!

-Gila!

Geram Bunga. Sesuka hati saja mengaku sebagai cinta hatinya. Entah siapa-siapalah.

Ting!

Ting!

Ting!

Ting!

Ting!

Ting!

Ting!

L-Kau benar-benar marah aku, Bunga?

-Sampai setiap ayat kau letakkan tanda seru. Hahaha

-Tak apa lepaskan saja kemarahan kau tu pada aku…

-Kalau semua itu boleh buat kau bahagia.

-Aku akan sentiasa jadi cinta hati kau.

-Walaupun kau menolak seribu kali.

-Suatu hari nanti kita akan berkenalan.

“Bunga….?”

Suara papa mengejutkan Bunga. Tidak jadi Bunga hendak membalas balik mesej daripada lelaki misteri itu. Tapi Bunga tidak pasti lelaki atau perempuan. Zaman sekarang perempuan juga boleh menyamar jadi lelaki. Untuk mengganggu hidup orang lain dengan niat tertentu.

“Kenapa Bunga nampak sedih ni?” Soal encik Nasrol penuh prihatin. Duduknya dilabuhkan di sebelah anak gadisnya itu.

“Jam tangan yang papa hadiahkan semalam, Wangi ambil. Bunga sedih.” Adu Bunga. Air matanya kembali mengalir.

“Wangi…Wangi. Selalu saja dengki dengan Bunga. Tak apa. Biar papa marah dia dan suruh dia pulangkan balik.” Encik Nasrol terus berdiri. Bunga segera menghalang papa dari berbuat demikian.

“Tak payahlah, papa. Nanti Bunga minta sendiri dengan Wangi. Bila dia dah balik dari rumah kawan dia. Tapi kalau dia sukakan jam tu, biar ajelah. Bunga boleh pakai jam yang lama. Masih baru dan cantik lagi.” Sebak suara Bunga. Lagipun Bunga tidak mahu papa bergaduh dengan mama disebabkan jam tangan itu nanti.

Encik Nasrol bungkam. Kepala Bunga diusap lembut. Bunga seorang kakak yang terpaksa selalu mengalah dengan adiknya. Dia juga buntu. Tidak tahu hendak berbuat apa lagi dengan sikap Wangi yang keterlaluan membuli kakaknya. Wangi yang sudah mencecah usia 13 tahun, tidak pernah berubah dalam merebut sesuatu milik kakaknya, Bunga. Apa yang Bunga inginkan, Wangi pasti mahukan juga.

***

“Wangi! Bagi balik semula jam tangan aku?! Itu hadiah aku dari papa.” Pinta Bunga dengan tegas.

“Tak nak! Aku suka jam tangan ni. Cantik! Tadi ramai kawan-kawan aku yang memuji.” Wangi tetap berkeras tidak mahu memulangkannya semula.

“Nanti aku suruh papa beli yang baru untuk kau. Hadiah aku tu kau pulangkan balik.” Geram Bunga melihat Wangi tidak mahu menanggalkan jam tangan itu. Dari pulang tadi Wangi memakainya terus.

“Kau ni tak faham ke, Bunga? Aku tak nak yang lain. Aku nak yang ini juga! Kau ajelah suruh papa beli yang lain untuk kau!” Bentak Wangi sambil menjeling. Dia terus berlalu mencari makanan di dapur kerana perutnya benar-benar merasa lapar selepas bertengkar dengan kakaknya.

Bunga sabarkan sahaja hatinya. Tiada guna pun dia terus bertengkar dengan Wangi, yang akhirnya dia juga yang terpaksa beralah. Mungkin dia perlu melupakan sahaja jam tangan hadiah pemberian papa.

Ting!

Ting!

Ting!

Ting!

L-Jangan bersedih gadisku yang cantik.

-Aku selalu ada menemanimu.

-Luahkan saja apa yang kau rasa.

-Aku sudi menjadi teman untuk kau meluahkan perasaan.

Mesej yang baru sampai itu Bunga baca dengan perasaan berdebar. Adakah dia sedang diperhatikan sekali lagi ketika ini? Siapa L ini? Manusia atau hantu? Kalau hantu, pandai pula dia main mesej.

Bunga- Kau ni siapa, hah?

-Macam mana kau boleh tahu semua yang berlaku pada aku?

Bunga memerhatikan sekeliling biliknya. Tingkap tertutup. Dinding biliknya bersimen. Bukannya orang boleh masuk atau mengintai. CCTV? Tak mungkinlah!

Ting!

Ting!

Ting!

Ting!

Ting!

Ting!

Ting!

Ting!

L-Aku dah beritahu kau.

-Aku ni cinta hati kau, Bunga.

-Mungkin kau rasa pelik.

-Tapi aku juga makhluk seperti kau.

-Ada mata, hidung, mulut, tangan dan kaki.

-Cuma aku perlukan masa yang sesuai untuk bertemu dengan kau, sayang.

-Mungkin bila kau dah cukup dewasa nanti.

-Dan jika umur kita masih panjang.

Bunga- Tolong jangan ganggu aku.

-Cara kau mesej aku buat aku jadi takut.

-Kau bukan hantu kan?

Bunga menatap lama skrin telefon. Menunggu balasan daripada L.

Ting!

Ting!

L-Kalau aku hantu kenapa?

-Kau takut dengan aku?

Tidak berani Bunga hendak membalas lagi. Rasa meremang. Telefon dimatikan dengan segera. Bunga ingin berlalu. Namun dia terkejut dengan bunyi mesej baru masuk. Dia sudah mematikan telefon. Bagaimana orang itu boleh menghantar mesej lagi?

Lambat-lambat Bunga capai telefonnya kembali yang berada di atas katil. Bunga membuka dan membaca mesej tersebut dengan tangan menggigil.

L-Bunga jangan tutup telefon!

-Aku belum habis berbicara dengan kau.

Bunga- Macam mana kau boleh hantar mesej lagi?

Bunga- Kan aku dah matikan telefon?

L-Kau tak perlu tahu macam mana semua tu boleh terjadi.

-Balas saja mesej aku tanpa memikirkan semua itu.

-Jangan takut dengan aku, Bunga.

-Apa yang aku lakukan, cuma aku tak nak kau bersedih.

-Aku nak kau gembira bila kita berbalas mesej.

Bunga- Tapi aku tak kenal kau?

-Macam mana aku nak gembira?

L-Walaupun kita hanya berbual di mesej….

-Kita tetap boleh bercinta dan bergembira.

-Aku tahu kau sering bersedih dengan kehidupan kau.

-Penat menghadap sikap adik kau, Wangi yang menjengkelkan.

-Selalu sahaja mesti mengalah.

-Selalu sahaja kena bersabar.

-Terluka dan kecewa dengan sikap seorang ibu yang tidak pernah menyebelahi.

-Bunga…

-Aku mahu bahagiakan hidup kau.

-Jadi, jangan terus menerus menolak aku.

Tiba-tiba Bunga rasa terharu. Dari seram menjadi sebak. Bunga memang tidak tahu hendak meluahkan pada siapa bila Bunga bersedih selain papa. Jika papa sibuk di tempat kerja, Bunga tiada tempat mengadu. Bunga pun tak ramai kawan di sekolah. Balik dari sekolah Bunga lebih banyak meluangkan masa di rumah membuat kerja-kerja yang disuruh mama. Berbanding dengan Wangi yang lebih banyak masanya dihabiskan di luar bersama teman-temannya.

Biarlah. Bunga malas dah hendak ambil tahu lagi siapa ‘L.’ Manusia ke? Hantu ke? Makhluk asing ke? Orang gila ke? Lantaklah. Bunga cuma harap hubungannya dengan L dapat membuatkan Bunga lebih bahagia. Dapat menghilangkan kesedihan dan rasa sakit yang Bunga perlu harungi setiap hari.

Bunga- Baiklah.

-Kita berkawan aje dulu.

-Sebab aku tak nak bercinta dengan orang yang aku tak kenal.

-Apatah lagi orang yang aku tak pernah lihat siapa dirinya.

-Yang sangat misteri macam kau.

-Yang boleh tahu apa berlaku pada aku.

-Tapi kita boleh berkawan.

-Asalkan kau tak buat apa-apa yang tak baik atau yang aku tak suka.

-Kau setuju tak?

Syarat yang Bunga berikan jika L mahu terus berhubung dengannya melalui mesej.

Ting!

Ting!

Ting!

L-Ya aku setuju.

-Tapi kau tak boleh halang perasaan sayang aku pada kau.

-Itu hak aku, Bunga.

Teragak-agak Bunga membalas.

Bunga- Okey.

***

Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Tahun berganti tahun. Kini usia Bunga sudah mencecah 22 tahun. Selepas tamat sekolah menengah Bunga tidak meneruskan pelajaran lagi. Papa tidak cukup duit untuk menanggung pembelajaran salah seorang anaknya. Bunga terpaksa mengalah dan menerima ketika Mama meminta agar dia tidak melanjutkan pelajarannya. Kenapa mesti Bunga? Bukan Wangi. Sedangkan mata pelajaran Bunga lebih bagus berbanding Wangi. Bunga kecewa dan terkilan. Walaupun dia minat belajar nasibnya tidak beruntung seperti wangi.

Adiknya itu kini belajar di sebuah kolej swasta. Bila tiba cuti semester atau cuti perayaan Wangi akan pulang ke rumah. Macam-macam yang dimintanya pada mama dan papa. Macam hari ini. Hendak baju baru. Barang-barang baru untuk kegunaan di kolej. Papa dengan mama ikutkan sahaja kehendak Wangi. Gadis itu langsung tidak pernah memikirkan bagaimana papa mereka terpaksa bekerja keras untuk mencari rezeki buat mereka sekeluarga.

Ting!

Ting!

Ting!

Bunga sudah dapat mengagak siapa yang menghantar mesej itu. Pasti L. Selama dua minggu mereka tidak berbalas mesej. L sudah memaklumkan yang dia ada urusan perlu dilakukan.

L-Apa khabar cinta hatiku?

-Jangan bermuram lagi.

-Aku tahu kau rindu aku.

Bunga- Siapa kata aku rindu kau?

-Jangan nak perasan.

Bunga mencemik. Padahal dia amat merindui L saat ini.

Ting!

L-Kau tetap cantik Bunga walaupun dengan riak begitu.

Bunga- Kau suka perhatikan aku!

-Tapi pengecut!

-Sebab tak pernah tunjuk siapa diri kau!

Sengaja Bunga mengejek L. Mana tahu L akan rasa marah. Lalu tunjukkan dirinya di hadapan Bunga.

Ting!

Ting!

Ting!

Ting!

L-Tak apa Bunga.

-Katakan saja apa yang kau suka.

-Tunggu bila kita bersua muka nanti.

-Aku akan menghukum mulut kau yang pandai menggelar aku pengecut.

Mesej-mesej daripada L membuatkan Bunga terdiam seketika. Rasa cemas menjalar tubuhnya. Adakah L benar-benar mahu menghukumnya? Dengan cara apa? Memotong lidahnya atau merobek bibirnya?

Ting!

Ting!

Ting!

L-Kenapa diam Bunga?

-Kau rasa takut?

-Sekarang siapa yang pengecut? Hahaha

Mahu sahaja Bunga menghempas telefonnya ke lantai. Saat ini Bunga membayangkan L sedang mengejek dan mentertawakannya. Bunga memang tidak pernah melihat wajah L. Tapi Bunga boleh bayangkan L seorang lelaki muda yang tinggi serta berwajah kacak.

Ting!

Ting!

Ting!

L-Maaf Bunga.

-Aku cuma bergurau.

-Tak salah kan kalau sekali sekala aku mengusik?

Bunga- Memang tak salah.

-Tapi kau dah menyakiti hati aku L.

-Huh!

L-Jadi apa yang harus aku lakukan untuk menebus kesalahanku?

Bunga sudah tersenyum-senyum memandang pertanyaan L.

Bunga- Aku nak buat permintaan boleh?

L-Boleh sayang.

Bunga- Apa saja?

L-Apa saja.

L-Asalkan bukan untuk bertemu dengan aku.

Bunga- Tapi itulah permintaan aku!

-Untuk bertemu dengan kau.

-Please…L?

L-Boleh.

-Tapi bukan sekarang Bunga.

-Tunggu masa yang sesuai.

Bunga- Masa yang sesuai tu bila L?

“Kau main mesej dengan siapa?!” Wangi pantas merampas telefon Bunga.

Tergaman Bunga dengan tindakan Wangi. Dari tadi lagi Wangi berdiri di tepi sudut pintu bilik mengintai Bunga. Memerhatikan reaksi di wajah Bunga yang berubah-rubah ketika berbalas mesej dengan seseorang.

“Siapa L ni? Orang dekat kawasan perumahan ni juga, ke? Sejak bila kau kenal dia?” Soal Wangi bertalu-talu.

Dia jadi cemburu bila dapat tahu kakaknya sedang bercinta dengan seseorang. Jika L itu seorang yang kaya dan tampan Wangi pasti rasa iri hati terhadap Bunga. Wangi juga ingin memiliki lelaki seperti itu.

“Pulangkan balik telefon aku tu, Wangi?! Kenapa dari dulu sampai sekarang kau selalu saja dengki dengan aku?”

“Sebab aku tak suka tengok kau lebih daripada aku.” Jawapan yang menyakitkan hati Bunga.

“Bagilah balik telefon aku tu?!” Bunga cuba merampasnya. Namun kemunculan mama menghentikan niat Bunga.

“Apa yang kamu berdua bisingkan ni? Wangi? Bunga?! Sampai ke dapur mama dengar. Dah besar panjang pun tak habis-habis nak bergaduh.” Marah puan Sheila. Tapi marahnya lebih kepada Bunga. Tajam matanya menatap wajah Bunga yang hanya menunduk.

“Mama tengoklah Bunga ni? Entah dengan jantan mana dia bercinta. Cuba mama baca mesej diaorang ni? Mesti diaorang jumpa senyap-senyap tanpa pengetahuan mama.”

“Tak, mama. Bunga tak pernah keluar rumah pun. Macam mana Bunga nak jumpa orang lain? Wangi sengaja reka cerita.” Wajah Wangi dijeling. Dalam hati Bunga tetap berdoa agar mama tidak membaca mesejnya bersama L.

“Bagi sini mama tengok?” Puan Sheila mengambil telefon itu dari tangan Wangi. Seketika kemudian wajahnya berkerut-kerut.

Wangi terus tersenyum jahat. Tidak sabar hendak melihat Bunga bakal dimarahi mama. Puas rasanya kalau Bunga kena marah. Bunga kemam bibir. Dia memang sudah bersedia jika mama hendak memarahinya. Cuma Bunga bimbang jika mama bertanya siapa L? Di mana L tinggal? Dan mama mahu berjumpa dengannya. Bunga hendak jawap apa?

“Wangi? Kamu main-mainkan mama, ya? Mana ada mesej Bunga dengan lelaki. Ini mesej papa hantar pada Bunga pagi tadi. Papa suruh Bunga beritahu mama papa balik lambat. Telefon mama tadi habis bateri.” Puan Sheila mendengus.

Telefon Bunga dikembalikan kepada Wangi. Terkedu Wangi melihat mesej-mesej antara Bunga dengan L ghaib macam itu saja.

“Tapi mama? Tadi memang ada…! Macam mana boleh….?” Bingung Wangi.

Puan Sheila sudah berlalu meninggalkan anak-anaknya.

“Bagilah!” Bunga merampas kembali telefonnya dengan kasar di tangan Wangi.

“Eh, macam mana mesej kau dengan L boleh hilang? Handphone kau tu rosak agaknya. Handphone buruklah katakan. Baik kau tukar yang baru ajelah. Handphone tu kau campak ke longkang lagi bagus!” Sindir Wangi dengan riak angkuhnya.

Bunga tidak membalas. Hanya hatinya yang sedikit membentak. Wangi sengaja hendak berlagak dengan Bunga. Mentang-mentang Wangi gunakan telefon baru dan mahal bolehlah dia mengejek Bunga. Itupun sebab dia desak papa membelinya. Biarlah telefon Bunga buruk. Asalkan boleh digunakan lagi.

Selepas Wangi berlalu dari bilik, bunyi mesej masuk kedengaran di telefon Bunga.

L-Semua tu cuma ujian, Bunga.

-Aku tahu kau sentiasa kuat dan sabar.

-Kau gadisku yang

terbaik.

Bunga- Thank you, L.

-Kau ke yang hilangkan mesej kita tadi?

Bunga cuba meneka. Tapi sebenarnya bunga tahu L yang lakukannya untuk menyelamatkan Bunga.

Ting!

L-Hehe

*****************

Puan Sheila dan anaknya, Bunga kelihatan sedang sibuk menguruskan dapur ketika ini. Sebentar lagi ada tetamu istimewa yang akan datang ke rumah mereka. Bunga asyik diarahkan membuat itu dan ini. Penat Bunga terpaksa memasak banyak malam itu. Berbagai jenis lauk perlu disediakan.

Tetamu-tetamu mereka merupakan rombongan yang datang untuk meminang Wangi. Puan Sheila tidak kisah pun jika Wangi yang berkahwin dahulu. Memang ramai yang sukakan Wangi. Cantik serta pandai bergaya. Bunga walaupun lebih cantik daripada Wangi tetapi tiada sesiapa yang berkenan. Tidak pandai bersolek. Apatah lagi bergaya seperti adiknya, Wangi.

“Cepat sikit buat air tu, Bunga! Kejap lagi tetamu kita nak sampai. Janganlah lembab sangat buat kerja tu. Nanti tetamu sampai air tak siap-siap lagi. Malu mama dengan diaorang nanti. Mereka tu bukan orang biasa-biasa. Bakal suami Wangi anak orang kaya. Untung mama dapat anak macam Wangi. Menyenangkan orang tua. Nanti dah kahwin mesti Wangi selalu hulurkan duit dekat mama dan papa. Bukan macam kamu, Bunga. Tak laku. Tak ada siapa yang nak. Kalau ada yang nak pun, orang biasa-biasa aje. Kamu tu bukannya pandai bergaya pun. Siapa yang nak terpikat?” Bebel puan Sheila. Tidak habis-habis dia hendak memerli. Bunga tadahkan sahaja.

Apa yang mama katakan itu memang benar. Bunga sedar dirinya tidak sesempurna Wangi yang sentiasa membanggakan mama. Tapi Bunga bersyukur. Tidak hairan kalau tiada sesiapa yang sukakannya. Bunga pun sudah ada orang yang Bunga sayang. Orang yang Bunga cinta. Cuma L sahaja yang memahami Bunga. Yang tahu isi hati Bunga. Yang menerima Bunga seadanya. Selalu menemani kesepian Bunga.

Bunga sentiasa menantikan saat untuk dia bertemu dengan L. Biarpun L seorang lelaki yang hodoh atau gemuk, Bunga tetap sukakan L. Sebab cinta L adalah kebahagiaan buat Bunga.

***

“Tengok ni? Cantik kan cincin merisik aku. Cincin permata berlian. Kau mampu ke, nak dapat cincin mahal macam ni? Mestilah kau tak mampu, kan? Kekasih kau tu pun entah siapa-siapa. Setakat main mesej je. Bukan jumpa pun. Mungkin seorang yang miskin. Hodoh. Tak macam bakal suami aku. Kaya raya. Walaupun tua sikit. Yang penting dia akan berikan apa sahaja yang aku nak. Kau tak nak ucapkan tahniah pada aku ke, Bunga?” Bangga betul Wangi menayangkan pada Bunga cincin berlian yang tersarung di jari manisnya.

“Tahniah. Aku doakan hidup kau akan bahagia bila sudah berumahtangga nanti, Wangi.” Ucap Bunga dengan hati yang ikhlas. Biarpun Wangi sudah melakukan banyak perkara yang menyakitkan, Bunga tidak pernah berdendam. Wangi satu-satu adiknya. Bunga tidak boleh membenci Wangi.

“Of course lah aku akan bahagia. Hidup dengan orang kaya. Siapa yang tak bahagia?” Masih dengan mempamerkan riak angkuhnya. Wangi benar-benar yakin hidupnya lebih sempurna bila sudah berkahwin nanti. Dia sudah bosan tinggal di rumah mereka yang agak sempit dan kecil.

Encik Nasrol pula sudah diberhentikan kerja di sebuah syarikat tempat dia mencari rezeki selama ini. Kerana syarikat tersebut mengalami masalah kewangan untuk membayar gaji pekerja. Encik Nasrol kemudiannya ditawarkan pekerjaan menjadi pemandu seorang lelaki bergelar Dato.’

Wangi giat berusaha memikat orang kaya ketika dia masih belajar. Supaya hidupnya tidak lagi susah dan terus berada di rumah itu. Wangi tahu kehidupan mereka pasti lebih sukar setelah papa mereka hanya bekerja sebagai pemandu. Lagipun Wangi malu dengan keluarga bakal suaminya. Malu kerana Wangi dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan. Mujur ada lelaki kaya yang mahu berkahwin dengan Wangi. Mungkin sebab Wangi pandai menggoda.

***

Ting!

Ting!

Bunga capai telefonnya atas almari. Dia baru sahaja hendak terlelap selepas solat isyak tadi. Penat seharian membuat kerja rumah dan kerja sambilan upah menjahit baju. Dapatlah juga dia membantu keluarganya.

L-Kau mesti penat kan Bunga?

-Aku cuma nak ucapkan selamat malam, sayang.

Bunga- Takkan itu aje?

L-Itu ajelah.

-Kalau kau nak minta lebih-lebih tunggu kita kahwin dulu.

Bunga- Maaf, L.

-Aku rasa aku tak boleh kahwin.

-Sebab aku nak bantu keluarga aku.

-Lepas Wangi berkahwin dia tak pernah pulang lagi jenguk kami.

-Kasihan mama dengan papa kalau aku berkahwin dan terpaksa tinggalkan mereka.

L-Kau ni memang anak yang baiklah Bunga.

-Dahlah baik cantik pula tu.

-Kau buat aku bertambah-tambah sayang dekat kau.

-Dengar Bunga?

-Kalau suatu hari nanti kau kena kahwin dengan seseorang atas permintaan papa atau mama kau…

-Kau kahwinlah dengan orang tu.

-Sebab orang tu akan jaga kau dan papa, mama kau.

Bunga- Habis tu kita macam mana L?

-Kau kata aku ni kekasih kau!

-Cinta hati kau?!

Sampai hati L. Suruh Bunga berkahwin dengan orang lain. Bunga tidak sanggup hendak hidup bersama lelaki lain. Bunga benar-benar suka pada L. Cinta Bunga hanya untuk L.

Ting!

Ting!

L-Jangan risau Bunga.

-Kita masih boleh terus berkawan.

Sebab terasa hati dengan L, Bunga tidak membalas lagi. Tubuhnya direbahkan di atas katil. Mata dipejam. Namun air mata Bunga mengalir. Sedih jika dia tidak dapat bersama dengan L.

***

Ketika bersarapan pagi di meja makan, Bunga dapat melihat riak wajah papa yang sedang bersedih. Ada sesuatu yang merunsingkan encik Nasrol sebenarnya. Permintaan majikannya itu terlalu berat. Tetapi encik Nasrol tidak mampu menolak. Dia sudah terhutang budi dengan majikannya itu kerana memberikan pekerjaan buatnya. Kalau tidak encik Nasrol dan keluarganya sudah hidup merempat kerena tidak mampu membayar hutang.

“Kenapa papa nampak muram?” Tanya Bunga. Dia jarang melihat riak wajah papa begitu. Tentu ada sesuatu yang papa pendamkan.

“Papa ada sesuatu nak berbincang dengan Bunga. Tapi papa rasa bersalah nak beritahu Bunga.” Ujar encik Nasrol.

Puan Sheila yang sedang menikmati mee goreng yang dimasak oleh Bunga, turut terdiam mendengar kata-kata suaminya.

“Apa dia, papa? Cakap aje. Bunga nak tahu.” Desak Bunga. Apa pun yang bakal papa sampaikan Bunga akan terima.

“Boss papa sedang mencari calon isteri. Dia tanya papa kalau papa ada anak perempuan yang masih belum berkahwin. Jadi papa beritahu tentang Bunga pada dia. Papa juga tunjukkan gambar Bunga pada dia. Nampaknya dia berkenan dengan Bunga. Tapi….”

“Tapi apa, papa?” Bunga rasa berdebar.

“Tapi dia terlalu tua untuk Bunga. Umurnya hampir 70 tahun. Wajahnya cacat. Dan, dia lumpuh. Kalau Bunga tak nak, Bunga boleh menolak.” Encik Nasrol tidak mahu memaksa anaknya. Cuma dia tidak tahu bagaimana hendak memberitahu majikannya itu jika Bunga menolak.

“Kamu terima sajalah Bunga. Dah itu nasib kamu. Kalau tidak nanti sampai ke tua kamu tak kahwin. Kurang sikit beban kami nanti.”

“Apa awak cakap macam tu? Bunga ni anak kita juga! Awak selalu lebihkan si Wangi tu. Tengok apa dia dah buat? Lepas kahwin pernah ke, dia balik jenguk kita. Pernah?!” Bentak encik Nasrol. Dia sudah cukup bersabar dengan sikap isterinya yang terlalu memilih kasih. Selalu menangkan Wangi.

“Eh, awak ni? Kenapa nak libatkan Wangi pula? Dah nasib Wangi tu lebih baik daripada Bunga. Nak buat macam mana?”

“Dahlah tu mama, papa. Jangan bergaduh lagi. Bunga akan terima boss papa tu jadi suami Bunga. Tak kisahlah dia tua atau cacat sekalipun. Kalau dah jodoh Bunga dengan dia, Bunga terima takdir Bunga.” Memang Bunga redha dengan nasib dirinya.

Sebab Bunga yakin, apa yang ditakdirkan untuknya adalah sesuatu yang

terbaik. Bunga juga teringat dengan mesej daripada L beberapa hari yang lepas. Itu adalah salah satu sebab mengapa Bunga menerima jodoh yang telah ditentukan untuknya. Walaupun hakikatnya hati Bunga terasa berat untuk melepaskan cinta L.

***

Seminggu selepas itu, Bunga melangsungkan perkahwinan dengan Dato’ Lut, majikan encik Nasrol. Perkahwinan tersebut berlangsung di istana Dato’ Lut yang terletak di puncak bukit. Selain dari mama dan papa Bunga, hanya kaum kerabat Dato’ Lut sahaja yang hadir.

Wangi tidak dijemput atas permintaan Dato’ Lut. Encik Nasrol pun tidak tahu mengapa majikannya itu tidak mahu menjemput Wangi. Dia turutkan sahaja.

Dalam bilik pengantin yang dihiasi cantik itu Bunga kelihatan termenung. Dia kini sudah bergelar isteri kepada Dato’ Lut. Terserlah kejelitaan Bunga bila mengenakan busana pengantin. Seperti seorang Puteri kayangan.

Ting!

Ting!

Ting!

Bunyi nada mesej mengejutkan Bunga dari lamunan. Mesej tersebut daripada L.

L-Tahniah Bunga.

-Kau sudah bergelar isteri sekarang.

-Tunggu hukumanmu, sayang.

Tiba-tiba pintu bilik terbuka. Bunga tergamam. Seorang lelaki yang dia tidak kenali muncul di muka pintu bilik. Kacak. Bertubuh tinggi. Kulitnya cerah. Pandangannya memikat. Dengan pantas dia mendapatkan Bunga. Dan tanpa sebarang isyarat bibir mungil Bunga dikucup. Bunga yang terkedu segera menolak dada lelaki muda itu.

“Kau ni memang biadab! Berani kau buat macam tu pada isteri orang?! Kau ni, siapa? Di mana suami aku, Dato’ Lut?” Bunga terasa menggigil. Adakah lelaki itu seorang penceroboh?

Sambil menguntumkan senyuman nakal, lelaki berpakaian segak itu mengesat gincu milik Bunga yang melekat pada bibirnya dengan hujung ibu jari. Kemudian dirasa ke mulut.

“Aku sekadar menghukum kau kerana pernah memanggil aku pengecut. Tapi bibir kau cukup lembut dan manis. Aku mahukannya lagi, Bunga.” Dia kembali merapatkan jaraknya dengan gadis cantik itu. Bibir Bunga menjadi sasarannya.

“Sekejap!” Bunga segera menghentikan niat lelaki yang tidak dikenali itu. Tetapi dari kata-katanya mengingatkan Bunga dengan seseorang. Adakah pemuda ini….?

“Kau, L, kan?” Soal Bunga.

“Akhirnya, kau sedar juga yang aku ni, L. Aku rindu kau, Bunga.” L tersenyum.

“L….? Kau benar-benar, L!” Kerana terlalu teruja Bunga tidak sedar, dia memeluk lelaki itu dengan erat. L turut membalas pelukan Bunga. Wajah Bunga dikucup berkali-berkali. Bunga yang tersedar bahawa dia sudah menjadi milik orang, segera menjauhi L.

“Maaf, L. Kita tak boleh macam ni. Aku dah jadi isteri orang.” Ujar Bunga dengan nada kesal. Walaupun dia amat mencintai L, tapi dia tidak boleh berlaku curang.

“Tapi suami kau tu tua. Hodoh. Cacat pula tu. Dia tak mungkin boleh bahagiakan kau, Bunga. Cuma aku saja boleh bahagiakan, kau.”

“Tak, L! Walaupun dia tua, cacat, hodoh. Dia tetap suami aku. Dan, aku akan cuba jadi isteri yang

terbaik untuk dia.” Bunga tahu kata-katanya itu agak kejam buat L. Tetapi Bunga tidak boleh berpatah balik. Bunga sudah terima takdir hidupnya.

L tersenyum lagi. Terharu dengan kata-kata yang diucapkan Bunga.

“Terima kasih, Bunga. Kau seorang gadis yang sangat sempurna. Sabar. Cekal. Dan tabah. Tak salah aku memilih kau, jadi permaisuri hidup aku.”

“Apa maksud kau ni, L? Aku tak faham?” Bunga keliru. Tidak mengerti apa yang cuba disampaikan oleh L.

“Sini, sayang. Biar aku jelaskan semuanya.” Pinta L sambil menarik tangan Bunga. Membawa Bunga ke birai katil. Bunga hanya menurut saja tanpa membantah.

Kedua-dua belah tangan Bunga L genggam kejap. Mata redupnya bersinar menatap wajah cantik cinta hatinya.

“Aku nak kenalkan diri aku pada kau, Bunga. Nama sebenar aku, Lutfan. Putera Lutfan. Aku lahir di kayangan. Turun ke bumi mencari calon isteri. Di kayangan aku digelar Putera L. Kenapa aku mencari calon isteri di bumi? Sebab aku tertarik dengan kehidupan manusia di sini. Aku selalu turun sekadar untuk menjengah. Aku mencari seseorang yang sabar. Yang tabah. Yang sanggup berkorban untuk keluarganya. Biarpun hatinya sering diuji bertahun-tahun. Dalam ramai-ramai, kau yang terpilih. Aku menyamar sebagai lelaki tua, cacat dan hodoh. Aku nak tengok sejauh mana kau boleh menerima lelaki seperti itu. Kau benar-benar buat aku berasa kagum. Bunga? Aku, L. Dato’ Lut. Putera Lutfan. Teman lelaki. Cinta hati. Sekarang, suami kau, Bunga.” Tangan Bunga dikucup. Segala penjelasan L dihadam Bunga satu persatu.

Patutlah L tahu apa yang berlaku pada dirinya. Rupa-rupanya L berasal dari kayangan. Bunga hanya terkedu sehingga tidak mampu berkata apa. Dalam masa yang sama Bunga bahagia. Bunga pernah cakap dengan dirinya sendiri, yang dia tidak kisah siapa pun L. Bunga hanya mahu terus mencintai lelaki itu.

*********

Sudah hampir setahun Bunga menjadi isteri kepada L, Putera kayangan itu. Sekali sekala L akan ke kayangan bertemu kaum kerabatnya. Di istana itu Bunga ditemani dayang-dayang. Bunga diberikan segala kemewahan. Bunga tidak minta semua itu. L yang menyediakan untuknya. L mahu Bunga dapat kembali apa yang pernah dirampas oleh Wangi. Apa yang Bunga inginkan dulu, tetapi tidak mampu dimiliki kerana sikap iri hati adiknya, L kembalikan semula dalam bentuk yang lebih mewah.

Encik Nasrol dan puan Sheila sudah berpindah ke rumah baru. Sebuah rumah banglo dihadiah oleh menantu mereka, suami kepada Bunga. Setiap bulan Bunga akan mengirimkan duit kepada mereka. Semakin hari Puan Sheila mula berubah. Tidak lagi meminggirkan Bunga. Dia sedar, Bunga anak yang baik dan taat. Wangi pula? Anak yang tidak mengenang budi. Puan Sheila dan suaminya tidak lagi dengar khabar anaknya itu. Puas dihubungi, tetapi tidak berjawab. Tidak tahu mereka berpindah ke mana?

Sebenarnya, Wangi kini menatap di kawasan setinggan. Syarikat keluarga suaminya jatuh muflis. Semua barang milik mereka disita. Wangi sering dipukul suaminya kerana masalah tekanan akibat kesempitan hidup. Wangi juga tidak berani meminta pertolongan dengan keluarganya. Suaminya akan melarang serta mengugut mencederakan Wangi, jika Wangi cuba hendak meminta pertolongan daripada mereka. Wangi menyesal. Mungkin semua itu balasan buatnya. Kerana mengabaikan papa dan mama. Kerana selalu menghina serta menyakiti kakaknya, Bunga. Sejak akhir-akhir ini Wangi selalu terfikirkan keadaan mama dan papa. Bagaimana kehidupan Bunga sekarang?

***

Ting!

Ting!

Ting!

L-Bunga tengah buat apa tu?

-Tak payah jawab.

-Mesti Bunga tengah rindukan L kan?

Bunga- Mestilah Bunga rindu.

-Bila L nak balik?

L-Bila Bunga ucapkan sesuatu untuk L?

Ting!

Bunga- Bunga sayang L.

Bunga tersenyum. Saat dia merasakan kehadiran Putera kayangannya itu. L muncul bersama sejambak bunga mawar untuk isteri tercintanya. Lantas, memberikan pelukan hangat buat Bunga.

-TAMAT-

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 47 Average: 4.3]

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.