#Butirstar – Encik Li

Assalamualaikum semua!

Terlebih dahulu, terima kasih kepada pembaca-pembaca cerita saya yang sebelum ni yang telah memberikan komen yang baik. Insya Allah dari semasa ke semasa saya akan kongsi kisah saya dengan benda-benda mistik. Ada juga yang cakap cerita saya dengan #kucingkelabu. Haha! Penulisan dia lebih baik dan menarik. Saya pun pernah baca. Best!

Kali ni, saya nak berkongsi cerita saya dengan encik ular yang saya akan gelarkan dia disini sebagai Encik Li (maaf sebab tak boleh nak bagitau nama sebenar beliau kerana beliau tak izinkan). Cerita ni berlaku ketika saya mula-mula bekerja.

Saya bekerja di sebuah sekolah berasrama penuh. Masa tu, saya masih bujang dan saya ditawarkan menjadi warden asrama. Oleh kerana saya ni tak berapa suka nak duduk rumah sewa, saya pun bersetuju la nak jadi warden. Saya berkongsi rumah dengan 2 rakan yang lain.

Pada satu petang, saya terdengar bunyi bising dari bawah. Rumah saya berada di tingkat 2, tingkat yang paling atas. Saya jenguk melalui tingkap. Ada ramai budak perempuan dan salah seorang daripadanya memegang cangkul. Saya mula-mula ingat mereka nak tolong salah sorang ustazah yang duduk di rumah bawah tanam sayur sebab dia memang ada tanam beberapa jenis sayuran dekat belakang rumah dia. Tapi, saya ternampak sesuatu di dalam longkang. Seekor ular.

Saya terus menukar baju, pakai tudung dan terus turun ke bawah. Ketika saya sampai di bawah, salah seorang budak perempuan menghulurkan cangkul kepada saya seraya menyuruh saya memukul ular tersebut. Saya cakap saya tak pukul ular sebab saya tak sampai hati. Saya pun tengoklah ular tedung selar yang berada dalam longkang. Dia macam resah, tak tau nak pergi mana. Setahu saya, sepsis ular tedung ni garang dan tak suka suasana yang bising. Tapi ular ni sangatlah pelik.

“Ni ular ke benda lain ni?” tanya ustazah.
“Entahlah akak. Biar saya cuba cakap dengan dia. Kalau dia tak paham, ular la kot,” jawab saya lalu membaca bismillah 3 kali secara perlahan dan menyuruh budak-budak perempuan beredar dari situ.
“Wahai ular, awak ni salah masuk tempat agaknya,” saya cuba berbicara. “Keluar la. Jenguk je atas longkang ni, awak jalan terus. Lepas tu keluar la ya.” Saya memberi jalan.

Kemudian ular tersebut seakan faham apa yang saya cakapkan. Dia jenguk keluar longkang.

“Ha, pergi terus. Kami tak kacau awak,” saya berkata.

Maka ular tersebut menyusur menuju ke pagar zink yang menjadi dinding asrama perempuan. Saya memberanikan diri untuk mengikut ular tersebut dari belakang. Biasanya, ular tedung akan naik dan mengembangkan kepalanya kalau kita ikut dari belakang. Tapi yang ini tak pula. Dia terus menyusur lalu keluar dari asrama perempuan.

Beberapa minit kemudian, datanglah pak guard dengan sebatang buluh yang panjang. “Ha, mana ular? Mana?” tanya pak guard. Bersungguh dia nak tangkap ular tu.

Rupanya suami ustazah tu yang called pak guard tersebut.

“Saya dah halau dia, pakcik. Dia dah keluar,” jawab saya.
“La, ye ke? Tak apalah. Kita tengok, kalau malam ni dia datang atau tak. Musim hujan macam ni memang banyak ular datang bertandang,” kata pak guard lalu beredar. Dia letak buluh tersebut depan rumah ustazah kot-kot la malam tu dia datang balik. Ular memang suka tempat yang sejuk dan lembap.

Saya menyuruh semua pelajar perempuan check rak kasut masing-masing sebab rak mereka ni jenis yang tertutup. Takut jugak kalau ular ada menumpang tidur.

Malam tu, saya tak ke surau seperti biasa sebab cuti dan banyak kerja yang perlu saya siapkan. Rumah ni ada 3 bilik, jadi kami dapat satu bilik seorang. Tiba-tiba, saya terdengar suara lelaki memberi salam. Saya menoleh ke tepi tingkap sebab masa tu saya buka tingkap dan suara tu datang dari tingkap.

Seorang lelaki muda memakai jubah dan serban muncul kat dalam bilik saya. Saya agak terkejut sebab masa tu saya tengah concentrate buat kerja.

“Saudari, maaf menganggu. Saya ingin ucap terima kasih kerana selamatkan nyawa saya petang tadi. Saya masa tu dah tak tahu nak buat apa bila budak perempuan tu memegang cangkul. Saya dah mengucap syahadah masa tu,” lelaki tersebut.

“Sama-sama. Awak nak ke mana sebenarnya?” tanya saya.

“Saya nak ke surau.”

“Oh, salah jalan la ni. Lain kali kena la cari betul-betul. Surau tu kat sebelah sana, dekat asrama lelaki. Bukan asrama perempuan,” kata saya sambil tersenyum. Lelaki tersebut tunduk dan meminta maaf sekali lagi.

“Bagaimana saya boleh balas jasa baik saudari?” dia memandang ke arah saya.

“Tak payahlah. Biar Allah saja yang balas,” jawab saya.

Lepas tu, kami berborak-borak sekejap dan bermula pada hari itu, Encik Li menjadi sahabat saya. Dia kadang-kadang datang melawat saya. Dia juga pernah membantu saya jika ada benda jahat ingin menganggu.

Sampai sekarang saya dan Encik Li bersahabat. Nanti saya akan ceritakan kisah saya dan Encik Li di waktu yang lain pula. Maaflah kalau cerita ini kurang seram.

#butirstar

Kongsi kisah anda: https://fiksyenshasha.com/submit

butirstar

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

22 thoughts on “#Butirstar – Encik Li”

    • Wah..ade kawan la…dri spises ular..sye pun nak jgk ada kawan kejadian kan best..bole borak ii…sye tk best sngat ade kwn manusia…sye nak ade kawan macam haiwan jgk..yg bole bercakap macam encik li…bole la kurangkan sikit tekanan dengan spises manusia maafla kalau terasa tpi sye tk tujukn kepada korang tpi pade manusia yg lain harap fahm…uwu nnti suruh la encik li dtg kawan dengan sye..sye pun nk kwn dengan die…🥴🦋❤️hahaha🙂

      Reply
  1. Maaf..Maklang selalu tersalah sebut nama penulis??. Honestly, maklang peminat kisah2 yg penulis tulis..

    Tapi story kali ni walaupun xseram tp penulis bijak mengusik perasaan pembaca utk setia menunggu sambungan kisah ini.. sambung tw..
    ????

    Reply
  2. nak tye cik..
    memang mcm tu ke kalau kita jumpe ular atau haiwan bisa? kene ckp elok ke..
    sebab mindset kalau jmpe ular je b***h..ada cara beza kan antara ular biasa dengan ular mcm cerita cik ni..
    kalau ada..cane nak bezakan..

    Reply
  3. Dan bahwasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan. (Al Jin 6)

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.