Camping dengan “Cik”

Assalamualaikum. Ni pertama kali share pengalaman seram yang aku sendiri alami masa join camping anjuran sekolah. Kalau tak best, sorry ya. Cerita ni berlaku 8 tahun lalu. Masa ni aku dah sekolah menengah. Setiap tahun cikgu akan offer aku pergi kursus kepimpinan (kem unit beruniform sekolah). Cikgu offer sebab dia cakap aku rajin datang koko. Kalau ikutkan tahun sebelum tu, cikgu akan buat kursus dalam masa sehari je. Tapi tahun tu tetiba cikgu cakap kita buat kat luar. Kat Hulu Langat. Aku pun apa lagi, seronok lah dapat buat aktiviti luar sekolah.

HARI JUMAAT (selepas sekolah).

Hari untuk camping pun tiba. Tak silap aku masa tu kitaorang hanya ada 37 orang pelajar dan 4 orang guru pengiring yang naik bas sekali. Jarak antara sekolah dengan Hulu Langat tu adalah dalam 45minit  – satu jam perjalanan sebab bas kan slow sikit naik bukit.

Masa otw tu semua sakan betul borak tak ingat dunia. Excited lah katakan. Sampai je kat tapak camping tu, kami diarahkan turun bas ambil beg, daki bukit. Ingatkan tapak bas berhenti tu lah tempat camping rupanya atas bukit nun tempat kami.

Masa mula naik tu, aku dah rasa tak sedap hati dah. Tapi husnudzhon je lah maybe aku penat sangat kot time tu.

Sampai je atas bukit rupanya ada sekolah lain juga kat atas. Pelajar sekolah tu ramai. 2 bas datang bawa dorang. Lepas tu kami diarahkan untuk letak beg kat pondok (bilik) yang diperbuat dari kayu (macam rumah panjang) tapi 2 tingkat. So aku decide dengan kawan-kawan aku nak ambil tingkat atas. Private sikit. Habis semua aktiviti petang tu, dalam pukul 7 macam tu, kami dibenarkan berehat dan bersiap untuk solat maghrib dan isyak berjemaah. Kebetulan masa tu bertembung masa dengan sekolah satu lagi, jadi toilet padat dengan manusia. Kami satu sekolah decide mandi lepas habis aktiviti.

Masa kat dewan tunggu yg lain, hati aku ni dah memang tak boleh nak bertenang, gelisah je. Panas pun satu hal juga time tu. Selesai solat, makan dan aktiviti, macam biasa lah kalau camping, akan ada nightwalk. Punya lah penakut masing-masing bila fasi kata nightwalk ni kena naik atas bukit sambal tutup mata dan jalan ikut arah tali secara berseorangan. Jarak masa orang depan dengan belakang dalam satu minit – dua minit. Boleh bayangkan tak macam mana hysteria semua bila fasi cakap macam tu.

Kebetulan, waktu tu sekolah lain tu tgh buat nightwalk, so fasi tunjuk kat kami macam mana nightwalk yang dimaksudkan. Ya Allah, masa tu bukan dorang je taknak, aku pun ikut sama jerit taknak sebab tetiba dorang kat dalam hutan tu menjerit-jerit menangis.

Lepas dah merayu bagai, fasi kasi chance kami jalan ramai-ramai tapi mata still kena tutup. Masa tu dah gelap gelita sebab fasi padamkan semua lampu. Muka fasi pun aku tak nampak dah masa tu. Tengah duk ikatkan penutup mata kawan aku kat sebelah, hujung bukit aku nampak kelibat “Cik” berbaju putih, rambut panjang mengurai berdiri statik. Berdesup bulu roma menegak. Aku ingat aku je nampak, rupanya hampir ke semuanya nampak. Kawan sebelah aku dah nangis dah. Siap peluk aku kuat-kuat lagi. Lepas tu aku terus pusing kepala arah lain.

Beberapa saat lepas tu pelajar sekolah lain yang tengah nighwalk tu kena hysteria. Tak silap aku adalah dalam 4 orang. Bila aku kalih balik pandang tempat “Cik” tadi, dah takda. Dalam hati dok kata “jangan lah pula nanti kau kacau kami pula”. Tengah fasi duk briefing, tetiba ada seekor kelip-kelip terbang hinggap kat lantai dewan, aku tengok pun dah pelik sikit. Selalunya kelip-kelip ni kalau terbang ke mana-mana secara berkumpulan, tapi ni dia seekor je. Lepas hinggap lantai, terus hilang kelip. Hilang yang tak dapat dikesan even bangkai. Bertambah lah meremang bulu roma. Rasa diperhatikan je.

Habis aku tenung kelip-kelip yang hilang tu, fasi tegur aku kenapa tak ikat lagi kain tutup muka. Masa tu aku pun jadi blur, “eh apahal aku tak pakai dari tadi?” Malas nak banyak soal, aku minta fasi ikatkan.

Bermulalah ekspidisi nightwalk kami jam 12.30 malam (fasi bagitau masa).

Dalam anggaran 15 minit berjalan, fasi tarik sorang-sorang untuk duduk berasingan di dalam hutan. Fasi bagi kod siap-siap untuk kami supaya tak kena “culik”. Lepas dah duduk tu memang zikir je lah mampu masa tu. Aku dah dengar kawan-kawan aku yang lain menjerit sebab fasi duk main kacau jadi nenek kebayan apa semua. Ada tu siap azan. Aku pun tak ketinggalan juga kena kacau. Tapi aku bukan kena kacau dengan fasi, aku kena kacau dengan “Cik”. Dia ajak aku bergurau. Mentang-mentang aku tutup mata, dia boleh join duduk sebelah aku? Alahaii.

Macam mana aku tahu “Cik” duduk sebelah aku? Sebab sebelum dia duduk, fasi kacau aku guna kain basah lalukan kain tu kat muka aku, tapi aku tak rasa apa-apa. Meremang pun tak. Tapi bila “Cik” tu duduk sebelah kiri, seluruh bulu roma belah kiri meremang oi! Masa tu memang kuat lagilah aku berzikir.

Aku tak tahu time bila aku terlelap, tetiba aku rasa macam kena angkat. Terus tersedar segar bugar. Gila kau, “cik” main kasar. Lepas dah sedar tu, fasi bisik kod rahsia. Aku marah. Aku ingat diorang main-main. Sekali aku kena marah bali sebab lengah-lengahkan dorang. So tamatkan nightwalk.

Sampai dekat dewan balik, fasi suruh kira diri sendiri nak tahu berapa orang ada. Aku orang kedua penghabisan. Kan kitaorang datang 37 orang, tetiba balik dari nightwalk tu jadi 40 orang. Semua terkejut. Aku terus toleh. Rupanya budak sebelah aku tu budak sekolah lain. Aku tak tahu macam mana dia boleh sesat sampai kat tempat kami sedangkan tempat dia nightwalk jauh dari kami.
Rupanya masa kami tengah nightwalk tu, ada 3 budak hilang. Budak-budak tu dia kena sorok dengan “Cik”. Tu bila balik dewan terlebih orang.

HARI SABTU

Esok pagi tu fasi tunjuk kami tempat kami duduk, memang jauhhhh kot dengan budak sekolah lain tu. Lepas tu situ takdak pokok pun, tanah rata je. Maknanya all the time kami duduk tempat “Cik” tu lah sebenarnya. Sebab tanah rata tu kat hujung bukit. Fasi pun ada cakap, “cik” ni biasanya takkan keluar sebab dia dah terikat dengan perjanjian bersama fasi, tapi disebabkan kawan-kawan aku yang lain tu galak sangat bergelak sakan tak ingat, tu yang dia keluar tu. Memang gila. Nasib budak-budak sekolah kami takda yang terkena hysteria, kalau tak taubat lah dorang nak pergi kem lagi. And nak balik tu baru fasi buat confession, tempat tu banyak “Cik” yang kena buang dari bandar.

Sebelum KL jadi bandar, “Cik” ni duduk KL. Tapi nak membangunkan KL kena bawa “Cik” pindah dulu. Jadi “Cik” pun kira “Cik” bandar lah. Bukan kampong. Tu je lah cerita aku untuk kali ni.

Actually ada banyak lagi story. Pasal misteri rumah arwah atuk dan saka.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Cik Merah Kembang
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

24 comments

    1. time sekolah tak boleh, time skrg kan boleh lagi. pergi je kawasan berkelah, tidur satu malam kat situ. tapi make sure ada yang expert tempat tu teman sekali ya 😀

  1. Mama pun penah kene kacau lps habis nightwalk.siap alihkan kita ttido kt khemah org lain.padahal betul dah tido dlm khemah sendiri

  2. Boleh tahan nakal jugak “cik” ni . Jauh betui dia bagi budak budak tu sesat sampai langgar ke tempat sekolah lain . Aduhaii . Sabaq ja lah .

  3. best jugak…biasala kena cmtu, tapi dok tepi kubur…
    2-3 kali pon still rasa meremang ja,meremang ja la,tak kena usik pon… haha..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.