Seperti Anak Kambing Hitam malang menuju KEMATIANNYA, yang akan mengutuk nasibnya sendiri dan PENDOSA akan tertawa senang
“Jangan Biarkan Hidup Anda diselubungi Misteri! Hahahahahahahaha.”
Gray menumbuk numbuk bahu kiri aku melepaskan geram. Sampai di bilik hotel, yang lain sedang seronok bermandi manda di kolam renang. Aku terus bersarapan bersama Hafiz sambil menonton televisyen. Selesai makan,aku capai tuala mandi putih bertulisan merah menuju ke bilik mandi,
“Haa. Tenung tuala tu lama lama dah kenapa? Jangan nak bawak balik pulak yea, karang tak dapat deposit balik. Hahahaha.” sindir Hafiz.
Aku mengerutkan dahi “Huh! Bilik hotel RM700.00 semalam tak termasuk GST mana tau dapat tuala FREE! Breakfast pun tak dapat! Yang dapat cuma nampak ha…..”
“Nampak apa? Haaa?”
“Er. Nampak Hang punya Pungkok!”
Cepat cepat aku masuk ke dalam bilik air, hampir hampir aku terlepas cakap. Jam menunjukkan pukul 11.30 pagi, hampir selesai mengemaskan semua barang kepunyaan aku.
“Aik? Kau kemas awal awal ni nak kemana EL?” Azmeer jalan terjengket jengket menuju ke bilik air dek takut lantai bilik di basahi air kolam.
“La, kan EL nak balik rumah parents dia lepas ni. Tak ingat la tu” Jerit Ilham dari kolam renang.
“Yea. Aku ambik cuti, dah alang alang akpu dekat PD ni baik aku terus balik”
Gray datang menekati aku.
“Kau nak tinggalkan aku ke?” dengan menunjukkan muka yang berpura pura sedih.
“Hahaha. Kau kan dah ada kawan baru. Siapalah aku ni!”
Gray hanya ketawa mendengar jawapan aku. Gray menukar topik perbualan, aku tau yang dia sebenarnya takut nak bercerita tentang hantu malam tadi dalam bilik ini. Hahaha. Dari pandangan cermin pandang belakang, kelihatan lima orang lelaki sedang melambai lambai kearah kereta putih yang sedang bergerak perlahan meninggalkan kawasan hotel. Melepasi Lorong “Smart TAG”, aku terus memecut laju ke arah selatan mengunakan lebuh raya. Jalan agak lenggang pada masa itu. Setelah dua jam setengah perjalan, aku selamat sampai di depan pagar rumah dan segera membunyikan loceng rumah.
“Aik. Tak ada orang dekat rumah ke? Kereta Camry ada, keluar pakai kereta kakak ke? Selalu Mama dah tunggu aku depan pintu bila tau anak dia ni nak balik” aku merungut seorang diri.
Tiba tiba terdengar suara orang rancak berbual dari rumah sebelah, aku terus pergi menjenguk dari luar pagar. Ada selipar yang aku kenali berada di pintu masuk yang terbuka luas. Aku masuk sambil memberi salam. Rupanya semua ahli keluarga aku berada di sini, seperti membincangkan sesuatu hal yang mustahak.
“Malam ni nak temankan Cik Razman pergi jumpa Ustaz dekat Bandar Hilir.”
“Papa nak pergi jumpa Ustaz? Buat apa? Siapa kena kacau?”
Hampir 15 tahun keluarga aku berjiran dengan Cik Razman, seorang pemandu lori dan tukang masak. Dia sering menjadi ketua tukang masak untuk majlis perkahwinan di sekitar taman perumahan. Mana tidaknya, kerjanya teratur, kemas, dan yang penting masakannya sedap terutamanya Nasi Beriani! Cik Razman memulakan perniagaan Nasi Beriani di Kuala Lumpur beberapa bulan lepas. Permulaan perniagaannya berjalan maju. Maklumlah, ada orang KL yang sanggup pergi ke selatan tanah air semata mata ingin merasakan kesedapan Nasi Beriani di sini, apa lagi bila terpandang papan tanda kedai yang tertulis “Nasi Beriani Batu Pahat”, pasti mendapat sambutan. Orang ramai sanggup beratur panjang menunggu meja kosong. Hampir dua bulan berlalu. Cik Razman untung besar! Tapi semuanya hanya untuk sementara waktu,
“Man, sini kejap. Cuba kau bau nasi ni?”
“Eh? Dah basi? Macam mana boleh basi? Kan baru je masak tadi?”
“Entahlah.”
“Masak lain lah” Cik Razman memberikan arahan kepada pekerjanya tanpa banyak soal. Malam keesokannya,
“Bau apa ni Bos? Busuknya!” Salah sorang pekerjanya merungut.
“Yea. Macam bau bangkai pulak. Ada haiwan mati ke dalam kedai ni?” Dia mula merasakan ada yang tidak kena pada malam tu, bukan kerana bau busuk itu sahaja, tetapi jumlah pelanggan yang datang berkurangan walaupun pada hari sabtu.
Keesokan harinya, saat dia ingin membuka kedai, ada serbuk puith di sekeliling pintu kedai. Dia hanya mengabaikan sahaja, sebaik saja pintu di buka, Cik Razman terpaksa mengundur beberapa langkah kebelakang. Bau busuk yang sangat kuat memenuhi ruang di dalam kedai! Dia terpaksa menutup kedainya pada hari itu untuk menghilangkan bau tersebut. Saat dia menutup kedai, seseorang lelaki berumur lewat 50-an berjalan menghampirinya dan memberi salam,
“Bang. Hari ni tak bukak kedai ke?”
“Yea. Hari ni saya tutup. Maaf tanya, encik ni siapa yea?”
“Saya Ishak. Saya bukak kedai dekat hujun sana tu. Saya dah lama dekat sini. Tula saja jumpa peniaga baru. Hahaha”
“Oh yea? Senang senang datang lah rasa Nasi Beriani saya. Hahaha”
“Insyallah. Senang senang pun, datang lah kedai saya” Lelaki tersebut berjalan meninggalkan Cik Razman menuju ke kedainnya.
Selang beberapa hari kemudian, kuah kari kambing yang di masak menggunakan periuk besar tiba tiba menjadi basi. Nasi Putih, Nasi Beriani, dan lauk pauk semua menjadi basi hanya tak sampai sejam apabila siap di masak. Perkara tersebut berlarutan sehingga seminggu. Pekerja Cik Razman ramai yang mengambil cuti sakit kerana demam secara tiba tiba. Cik Razman tahu ada ada sesuatu yang menggangu perniagaannya.
Malam tu, Cik Razman tutup kedai pada waktu yang agak awal dari kebiasaannya. Semasa dia menutup pintu kedai, dia terdengar suara orang bercakap dari dalam. Bila diamati, bunyi tadi semakin kuat kedengaran. Dia melekatkan telinganya di dinding pintu, bunyi seseorang sedang bercakap dari dalam,
“HAHAHAHAHA”
Cik Razman terkejut sampai terjatuh kebelakang kerana terdengar suara orang ketawa. Pencuri? Dia segara mencapai kuncinya yang jatuh dan sepantas mungkin membuka pintu. Pintu kedai terbuka luas. Gelap. Sunyi. Tak ada sebarang kesan seseorang telah memecah masuk dari belakang. Dalam perjalanan balik, Cik Razman berhenti di stesen minyak berdekatan kedainya. Seorang pekerja di situ menegurnya,
“Cik Razman! Sihat?”
“Alhamdulilah, kerja shift malam ke? Haha”
“Yea. Saya nak tanya ni”
“Kenapa?”
“Saya bawa keluarga saya hari tu nak pergi rasa Nasi Beriani Cik Razman, tapi tutup pulak! Tiga hari lepas pun sama, saya nak makan tengah hari, bila sampai kedai Cik Razman tutup. Kawan kawan saya pergi pun semua cakap kedai Cik Razman tutup. Kenapa? Cik Razman renovate kedai ke?”
Bermacam macam benda yang sedabg bermain di dalam kepalanya dalam perjalanan pulang. Pada malam tersebut, Cik Razman bermimpi seseorang sedang meceroboh masuk kedainya. Sebaik sahaja dia tersedar dari mimpi ngeri, dia merasakan sesuatu sedang terjadi pada kedainya. Jam menunjukkan pukul 3.00 pagi, dia terus mencapai kunci kereta dan pergi memeriksa kedainya pada waktu itu juga. Sampai di sana, keadaan sangat sunyi. Cik Razman memarking keretanya di seberang jalan, sambil memandang sekitar deretan kedainya.
Hampir satu jam berlalu, Cik Razman berniat untuk pulang sahaja. Tapi tiba tiba dia ternampak seseorang lelaki berdiri kaku di hadapan kedainya. Cik Razman keluar dari kereta dan berjalan kearah lelaki itu. Dia kini berada betul betul berada di belakang tubuh yang sedang berdiri.
“Assalamualaikum. Awak siapa yea?”
Tiba tiba kepala lelaki tersebut berpusing menghadapnya, tapi badanya masih membelakangkanya. Cik Razman tahu yang sedang di lihatnya pada masa itu bukan manusia. Lelaki itu memberikan senyuman yang mengerikan kepadanya. Lelaki tadi berjalan ke arah kedainya sambil kepalanya masih memandang Cik Razman. Tubuh tadi terus berjalan menembusi pintu kedainya,
“Ya Allah”
Kedengaran bunyi orang sedang memecahkan kerusi, meja dan pinggan dari dalam kedainya. Bunyi yang sangat kuat! Bunyi seperti orang sedang bergaduh, merosakkan segala benda yang terdapat dalam kedainya. Cik Razman segara membuka pintu dan menghidupkan lampu, kesemuanya dalam keadaan baik, meja dan kerusi tak ada tanda pernah diusik, keadaan masih sama seperti dia menutup kedai tadi, tetapi matanya terpaku melihat benda yang terbang berlegar legar di sekitar dalam kedai,
“Cik Man nampak, tak taulah macam mana nak cakap! Lebih dari sepuluh ekor lembaga yang terbang sekeliling kedai masa tu. Terbang ke kiri, ke kanan. Ada yang melompat lompat atas meja. Ada yang merangkak dekat dinding. Banyak sangat. Macam macam rupa. Ada rupa orang. Ada yang berbulu. Ada yang macam Langsuir!”
Walaupun keadaan masih lagi terang, tapi bulu roma aku berdiri tegak mendengar cerita Cik Razman.
“Tu yang Cik Man nak jumpa Ustaz.”
“Kau ada syak siapa siapa tak man?” tanya Papa.
“Ada. Tapi tak baik tuduh kalau tak ada bukit.”
Petang tu juga kami bercadang pergi berjumpa Ustaz. Aku pula belum sempat menjejakan kaki kedalam rumah lagi,
“Mama! Mana….”
“Ada dekat bilik dia. Tidur tadi lepas balik. Dah cepat, jauh nak pergi ni. Jangan balik malam malam tau”Belum sempat aku menghabiskan katakata, Mama seperti sudah tahu apa yang ingin aku tanyakan. Tak sabar nak berjumpa dengan dia. Rindu yang teramat sangat!
Aku, Papa dan Cik Razman sampai di rumah Ustaz yang berada di Bandar Hilir, Melaka. Dapat melihat Menara Taming Sari yang sedang berpusing pusing dari depan rumahnya. Cukup dekat. Mungkin hanya perlu berjalan kaki ke pusat bandar untuk membeli Asam Mangga jenama Jeedjard berharga RM5.00 sebotol yang menjadi kegemaran aku. Tapi Papa memaksa aku masuk ke dalam dan menunggu sehingga habis. Sesudah sesi bercerita tentang masalah yang di hadapi Cik Razman, dia memberi alamat kedainya. Tak lama kemudianya ayat yang pertama keluar dari mulut Ustaz,
“Cadangan saya Cik Man, baik awak tutup kedai awak”
Hah! Aku tercegang mendengar jawapan Ustaz. Tutup? Kenapa? Kenapa tak lawan?! Cik Razman hanya diam membisu, beberapa saat kemudia baru dia berkata kata,
“Kenapa yea Ustaz?” Reaksi muka Cik Razman bertukar sedih.
“Macam ni, ada orang dah SANTAU kedai awak sebulan yang lepas.”
“Siapa dia?”
“Maaflah saya tak boleh beritahu. Tapi awak pernah jumpa dia sekali. Dia meniaga kedai makan di kawasan sekitar tempat awak. Sejak awak berniaga, perniagaanya mula merosot. Jadi dia jumpa bomoh untuk SANTAU kedai awak. Nasi awak jadi basi, pekerja awak sakit dan paling teruk pelanggan yang datang nampak kedai awak tutup”
Aku hanya diam membisu mendengar Ustaz, Cik Razman dan Papa berbincang.
“Saya boleh tolong Cik Razman, tapi apa yang saya nampak. Orang tu tak akan BERHENTI! Hampir dua puluh ekor jin sekarang ada dekat kedai awak. Dia akan buat apa saja sampai kedai awak tutup, dan yang buat saya takut, dia hantar SANTAU ke Cik Razman ataupun keluarga.”
“Tapi Ustaz boleh lawan kan? Ilmu Ustaz lagi tinggi dari bomoh tu!”
“Dengan izin Allah, tapi ada sebab saya suruh Cik Razman tutup kedai. SANTAU yang dia hantar ni bukan sembarangan, ini SANTAU THAILAND!”
“SANTAU THAILAND?!”
“Yea. Orang tu sanggup pergi Thailand semata mata nak menghancurkan perniagaan Cik Razman. SANTAU Thailand ni paling susah. Mungkin ambil masa yang lama. Tapi yang saya paling risaukan keselamatan keluarga Cik Razman. Cik Razman faham kan?”
Dalam perjalanan balik, suasana dalam kereta sunyi sepi. Papa dan Cik Razman tak banyak berbual. Aku senyap duduk di belakang sambil menikmati Asam Mangga yang sempat aku beli tadi. Kereta Hyundai Cik Razman berhenti di betul betul di depan tandas awam RnR Pagoh. Aku dan Cik Razman hanya menunggu di dalam kereta, tiba tiba Cik Razman bersuara,
“Abang, abang rasa Cik Man kena tutup kedai ke?”
Aku terkelu. Tidak tahu apa jawapan yang hendak diberikan. Kesian Cik Razman. Dari nada suaranya aku tau dia sangat sedih.
“Saya pun tak tau Cik Man, saya sebenarnya bangga di lahirkan berbangsa Melayu.”
“Bangga? Kenapa?” Cik Razman menoleh kebelakang memandang aku dengan senyuman. Senyuman yang penuh dengan tanda tanya, pelik dengan jawapan yang aku berikan.
“Yela, satu satunya bangsa dekat dunia ni dengan satu syarat yang istimewa”
“Syarat apa?”
“Sesiapa Yang Lahir dari Bangsa Melayu mesti beragama Islam. Kan?”
Cik Razman ketawa kecil.
“Setakat ni la Cik Man, saya belum pernah dengar bangsa lain yang yang tetapkan syarat macam tu, orang Arab tu pun macam macam agama, sampai ada Arab Muslim, Arab Kristen, Arab Yahudi, Arab Druze, dan Arab Yazidi. Senang cakap ada je orang Arab makan Babi! Hahaha. Tapi bangsa Melayu tak, orang Melayu mesti ISLAM! Tapi itulah, bangsa Melayu tidak habis habis dengan perasaan hasad dengki sesama sendiri. Kandang kadang saya cemburu dengan bangsa Cina, dorang tak macam kita, kalau barang dekat kedai dia habis, dia suruh pergi kedai Cina yang lain. Entahlah, sampai bila Bangsa Melayu yang beragama Islam ini nak berubah? Sampai kiamat agaknya!”
“Hahaha. Abang ni bagi jawapan macam Profesor pulak. Cik Man pun tak tau pasal Arab ni, makan babi la. Hahaha. Banyak ilmu ni!”
“Hehe. Tak adalah. Saya suka baca tu je.”
“Ni ada cita cita nak sambung PhD ke lepas ni?”
“Hum. Bukan sekarang kot, tapi memang target sebelum umur 30 dah ada PhD. Hehehe”
“Okey, Cik Man tau apa maksud jawapan yang abang bagi. Berundur tak bermaksud kita kalah kan?”
“Betul!”
“Terima Kasih bang temankan Cik Man tau.” Cik Razman terseyum.
“Sama sama.”
Aku masuk kedalam bilik yang penuh dengan mainan. Hanya cahaya dari ruang tamu menjadi penyuluh yang menerangi sebagian kawasan bilik. Lego. Pistol. Bola sepak. Robot. Kereta kawalan jauh. Kapal korek. Lori. Semuanya bersepah di sekeliling lantai. Aku berjalan berhati hati takut terpijak mainan kebanyakkan dibeli oleh aku sendiri, dan duduk bersila di bucu katil kayu berwarna putih.
“Georgie Denbrough, wake up! If not, Pennywise the Dancing Clown will come!”
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Sambng plak ke EL
Mana ada sambung. Abis dah Nasi Beriani 🙂
Mohon sambung cepat EL.xsabo makcik nk tau ending.
Dah ending la makcik, Haha. org kan tak suka cite sambung2 😛
laaa sambong lagi ke el,cepatlah sambongg uhuhu
Hahaha. Cite tu habis situ, sambung cite lain. Nanti org marah cite sambung2
tapi saya tak marah kalau sambung2 cerita .. yg pntg mudah paham .. :p
Alamak! Tiba2 rasa DEJAVU bila baca comment Azura ?
erkkkkk … no komen ..
El.. Tolong sambung lgi… Mcm best jea. ?
Insyallah. Thanks 😀
Ni dh takda smbungn lgi ke el? Aku suka lah baca cerita2 kau.. Nnt buat cerita lain lgi tau
Ada. Jgn risau. Tpi part santau ni habis dah . 🙂
Okay.. Aku tunguuu ?
Haha. Ok
dear abg EL my future husband (ABANG??)
yang perenggan last dengan part “Georgie Denbrough, wake up! If not, Pennywise the Dancing Clown will come!” tu natang hapee
ke geng sajat ni ada ketinggalan info pasal bala tentera abg EL?
Future Husband ?!!!!!
Hahahaha. Geng Sajat tak tengok cite IT ke ?
tengok. geng sajat tengok sorang kat pavi. annabelle pun geng sajat tengok sorang gak… seram. konon gentle cam bro2 tengok citer hantu sengsorang…tp pastu jerit tak sudah kena baling ngn popcorn ngn orang belakang 🙁
oh maksud abg EL part “Georgie Denbrough, wake up! If not, Pennywise the Dancing Clown will come!” daripada filem IT ke??
laaa geng sajat tak tahu…sepanjang2 movie tu run geng sajat tutup mata ngn telinga.
Haha. Bukan dari Film tu, tu nickname ?
tung ler..mkn nasik minyak nnt jgn lupa panggil aku.
HAHAHA!
Hamoi hamooii hamooiiiiii…
ABANG…???
FUTURE ASBEN…???
Aceceeehhhhh…
Bermamantik plak yer…
Di khalayak ramai gituuu…
Jejage Geng Sajat, nnt ramai yg jeleesss…
Hehehehehehe…
abes tu takkan laa geng sajat nak bermesra-mesri dengan kak yulie… kita kann kaum sejenis
Hahaha. Tu la pasal, terkedu baca. Hahahahaha ?
EL umur ko berapa?
Baca CERITA EL 9. Hehehehehehe
“Asam Mangga jenama Jeedjard berharga RM5.00…”
asam mangga tak payah huruf besar sebab tu kata nama am. Jeedjard huruf besar takpe sebab kata nama khas dan ia merujuk kepada satu jenama
#justshawing
lagi satu, apa2 jenama mesti huruf besar
tak kisah jenama local, international, jenama baju ke atau segala apa jenama
walaupun jenama dah bankrup sekali pun
Instagram, Whatssap, FB… yang ni pun satu jenama juga
macam Jeedjard tu
walaupun jenama tu hauk ala2 hidup segan mati tak mahu tetapi kita kena juga letak huruf besar
So yg ni mcm mana – geng sajat atau Geng Sajat? Haha… jgn marah aaaa …. MG tanya je
Ni mesti makcik bawang ni. Kah!
halamakkkk geng sajat pun salah gakkk ghupenyee
TYPO LA KAK YULIE! KAHKAHKAH ? Burung pulak
Typo ko menyeremkan…
Tapi masih sesuai pd keadaan…
Hahahahahah…
Hahaha. Mesti la Burung BESAR, nama khas Geng Sajat,,,
Burung besar????
Curiga nih…
Hahahahahaha…
Huruf besar daaa…
Hahaha. Suka sangat ASAM tu!
geng sajat suke pelam asam boiii. same gak ngn kak yulie…. menyicah tak abeh2
Hakak seorg yg asam…
Peberet banget loorrrr…
Yg jeruk ker, yg fresh ke, semua sodap lak aaiii…
Amboi. mengandung ke? HAHA
Mengandungi…lelemaakkk…
Hahhahahaha…
Aku masuk kedalam bilik yang penuh dengan mainan. Hanya cahaya dari ruang tamu menjadi penyuluh yang menerangi sebagian kawasan bilik. Lego. Pistol. Bola sepak. Robot. Kereta kawalan jauh. Kapal korek. Lori. Semuanya bersepah di sekeliling lantai. Aku berjalan berhati hati takut terpijak mainan kebanyakkan dibeli oleh aku sendiri, dan duduk bersila di bucu katil kayu berwarna putih.
“Georgie Denbrough, wake up! If not, Pennywise the Dancing Clown will come!”
ala apa ni en.l
macam teka-teki la pulak..
habis tu en.man tutup ker bisnes dia??
lepas tu en.l tanyer sapa dekat mama en.l??
#curiouskillthecat
#KuchingAdaSembilanNyawa Hahaha. Tu teka teki untuk satu kisah.. tutup dah Business tu 🙂
erm kesian en.man..
kne tutup periuk nasi dia..
tp kan en.l nak tnyer Pennywise the Dancing Clown
macam dalam cerita Conjuring 2..
bila si husbend dia bawak balik mainan tu..
btl tak??
Yup! Tutup dah.
Tu cerita IT la. Hahaha.
hmm kedai Parents Rea pun dulu pernah kena kes mcm ni. Org selalu tak nampak kedai la, nampak kedai tutup la, tak jumpa la.. and ustaz yang kitorang jumpa pun ckp benda yang sama. bomoh siam orang tu guna. tak faham betul dgn segelintir org melayu ni. dari dok sebok bazir duit bayar bomoh sini sana + tambah dosa baik la kome ni pi belajar masak. kalau sedap confirm orang datang jugak kedai hang. hmm
hum.. tula. Bomoh Tailand ni, Ustaz pon tak nak lawan. ish. takut!
Nak tanya sikit part ni.
Berenti kat RnR , macam mana tiba2 lepas tu ada scene masuk dalam bilik?
Ada terdelete perenggan ka?
Akak Skema tak boleh la kalu baca cite putus2 cam gini.
X lah! Means terus jump cerita dkt RnR hehe
ya Tuhan meremang bulu roma bila baca balik komen kat atas tu. rasa mcm hebat sangat
Komen Sajat sendiri ke apa ? Haha
aah…geng sajat kadang suke bajet pandai
Akk dpt rasa yg Geng Sajat ni bkn sebarangan org…
Acah2 bimbooo tp sbnrnye cerdik yg matang…
hahhahahh
kak yulie rasa geng sajat bimbo tu maksudnya cantik tp bodoh kan?
kiranya geng sajat ni cantik laaa kan??
woaaaa tak sangka dapat pengiktirafan drpd idola geng sajat Yang Mulia Tengku Dato’ Sri Paduka Kak Yulie.
harapnya dengan pengiktirafan daripada kak yulie akan terbukalah pintu hati abang EL (abang jugak lagi???), FazAhmad & termasuk lagi seorang kawan lama geng sajat iaitu Mika untuk terima geng sajat dalam hidup diorang.
Fuhhhh 3 sekaligus untuk geng sajat kali ni
Amboi! TAMAK! Hahaha. sorang sudah la
Kuota die kan boleh 4org…
Heheheeheh…
kahkahkah kak yulie den menonggeng golak bilo kak yulie cakap kuota dio bulih ompek.. dalam diam sindiranmu menusukkk ke qolbuuu..
Akk x kata korg bimbo…
Tp akk kate korg ni buat2 bimbo sedangkan hakikatnye korg ni org cerdik pandai…
Klu org nk terbukak hati, xyah tggu lawo ke, pandai ke, asal berkenan di hati semua benda org tu akan nmpk kita cantik…
Tp klu dh benci, buat cemane pon org ttp pandang buruk…
Huhuhuhuuu…
Hahaha.
Hide n Seek ni. Akak pun tah2 ada PhD 😛
PHD universiti akk mmg xdooo…
Tp PHD Pizza Hut Delivery ai likeeeee…
Hehehehehe…
Hahaha…
Skali Kak Yulie bgi pesanan,
Haa hambik ko,
Kita stuju gan Kak Yulie…
Mmmuuaahh sikit?
Doktor Cinta kononnye…
Hahahahha poyooo…
Muah sikit2 xper…
Lebih2 nnt Geng Sajat jeleessss…
HAHA! Beli la take a away. dah setahun offer tak abis2! ?
Meh belanja akk…
Lai lai laaiii…
jangan la mintak abis offer tu.. anak koi suke bebeno kalo dapat pizza yang rm5 tu.. dio makan sorg jah.. xpadan ngan umo baru 4 tahun.. HAHAHAH!!
dah habis ke? Lama gila offer! dekat 1 TAHUN kot!
dear EL,if is true actually you had an “astral pro… is that u come to my dreams last saturday ..with u argue face?since I ask u for help…
jap jap sorry nyampukk….
“is that u come to my dreams last saturday ..with u argue face?since I ask u for help…”
awak ni cakap pasal apa?
si EL ni khadam ke sebenarnya?
gegirl keliruuuu
Apa maksud Khadam Geng Sajat ?
ME ? Hahahahaha. Really ? What in your dreams actually ?
not really actually, haha… just ignore buzy body people… he’s/she’s? hell no…but for sure.. He’s try so hard to pretend just like a girls(mcm bangang kan)..and he’s likes you EL..euuuuuuw… atukoii. . . btw EL. . . sa main2 ja bah tu psl mimpi.. xsngka menarik minat pembaca yg lain pulak… do I care bah kirim salam sama bff ko org sabah tu ya elllll….itu sj sy mo kasih tahu
he’s/she’s? are you talking abount geng sajat? Hahaha.
btw, main2 ke betul2 ni? Mengada la ?
haha EL..ko kasih ketawa kak yulie typo,nah ko ‘tengok’ ko pun typo dah… huahuaaa… lpas ni aku lagi yg typo sbb ktwakan ko…
about jd abount…
about my dreams, biarlh tu.. bkn mngada bah.. sini susah mo ckp… bg ko nombor hari tu pun xda ko call…huhu.. btw sdh kasih smp kah my regard dgn si gary…? aramaitii blng ya el…
Bkn die gelakkan akk typo, die gelak besor sbb akk betolkan typo die…
Tp memang lucu pon typo EL tu…
Mencurigakan…
Hahahahahha…
amboi! Minat Gray ka kala kau?
Hahaha
Tertypo BURUNG kak! Hahaha.
Jangan la
Benci clown???
Hahaha. Are you fobia ?
EL,
Nnti sambung lagi k,
Sedikit pembetulan tuk perkataanBandar Hilir tu,
Banda Hilir saja…
Xde huruf ‘r’ d belakang yer
Ok nor
Heee. Dh google word semua before published. Miss jugak Haha
Hihihi…
It’s ok EL,
Sbb kita asal sna,
Jgn mendoakan yg x baik udah,
Da laa kita minat mmbca karya EL nie…
Nnti sambung lagi k…
Hahaha. Tak tau pon rupa mcm mana org yg santau tu, tapi kedai dia mmg dekat2 situ je. huh..
Kat situ ada kedai nasi beriani,
Tp x pasti yg mane 1,
Xpe, nnti bole ushaa kat sdamare…
Kg Mak kita x jauh nau pun dri situ,
EL…
Mntk djauhkan laa dri benda2 alah nie
Bniaga sama2 laa, jgn ada hasad dengki
El,
EE Kenny tu awak ke?
Kenny ape ni ? Rogers ayam ? Haha
Its ok. Maybe orang lain kot.
Btw, nice story 🙂
Thanks 🙂
Jeng jeng jeeeennggg…
Hahahahhaha…
maybe kak yulie know something 😉
Hahahahahha…
Saspen plak…
Semalam mcm terbaca nama Yulie dekat FB. Jeng Jeng! ?
Kak Yulie di mana2…
Hahahahahah…
Takkan terbaca jer, proceed jelah…
amboi. Proceed? Betul la tu? Yea? ?
Iyoooo betollah tu…
Sorg jer nama YULIE SHURIDDIN kat Malaysia ni dik…
Hahahahahha…
HAHAHAAH! SIAPA TU? TAK KENAL !@@@!!!!
EL. Asal tak ramai komen sini? Aku tengok kisah #FazAhmad bapokkkkk ramai giler komen.
ape benda makcik bawang ni? soalan.
Semua tu bapok ke? Mcm mana boleh tahu semua tu bapok. LOL mendebarkan
bapak kot. Hahaha. kau bapok x Faz?
aku pun ade komen..
aku bukan bapok ehh..
aku gadis tulen..hahaha
maksud deh tu bapok tu bapakkkk ramai komen . bukan bapok geng susu sejat tu .
bapokk dia tu mungkin membawa maksud ‘punya’ klo xsalah koi la..
aku ada komen kat sana juga… dan ini da kira pitonah ni sbb aku bukan bapok..
senget lah korang ni. bapakkk lah. tapi aku slang kan sikit jadi bapokkk. ye ye. aku tahu korang lelaki dan wanita tulen. ??
*mata ke atas. tangan ke bahu*
? kau suka singkong. aku suka kejuuuuu. ???
hahaha..aku sja je tu nak cari pabelisiti murahan..
wau…khacak bergaya rupenye si Singkong & keju ni…
ko panggil aku makcik bawang? sob sob.
Bapoookkk tu maksud die BAPAK…
Kan org selalu sebut bapak besor giler…
Ni ade unsur Pahang sket kot soo sebot BAPOOK…
Bkn bapok pondan tu…
Aku kena stop baca fiksyen shasha. Sebab sejak2 aku baca ni. Aku jadi cepat takut dan terkezut. Padahal sebelum ni, aku bukan penakut sampai nak tido pon kena bukak lampu.
Hantu tau kalau kau baca pasal dia ?
Yeke ko ni??? Serius lah? Aku ni cepat pecaya tau. Huhu
Tak percaya ke? Kawan aku cakap, ala. Si pontianak tu 😛
Hantu tau laaa.
ye ke EL, jd kawan ko tu tau la kiteorg yg bace cite die ko tulis tu….? adesssss
dia tau la. aku cerita. Haha
Hihihi,
Usah dbiar kan dselubungi misteri gitu,
Wan Peah…
Alas bca jek, jgn smpai tmimpi2
Da nama fiksyen shasha kan
Kita suka drama Misteri Wan Peah yg fofular sketika dlu…
Ntah2 Wan Peah nie ada blakon gak dlm drama tu jgak kann…
Hihihi?
Peah ni nama Sofeah ke? Hahaha
Kesian Cik Man…
Dapat rasa kekecewaan Cik Man tu sbb dulu arwah abah pn selalu kena…
Memacam bisnes abah cube, setiap kali tu gaklah ade org x pueh hati buat memacam…
Akk harap org yg buat tu idopnye lebih tenang, jd jutawan, leh g haji setiap tahun taubat cuci dosa2…
Kak yulie, Mel first bace tajuk “manusia dan hasad dengki”, Mel rase nak nanges. Mel dalam situasi yakin tak yakin, percaya atau tak bila adik dan abah Mel pm Mel serentak. Diorang cakap Mel dah hampir sebulan kena santau.
Tapi sebab Mel banyak fikir, ‘xde apa la ni’. Mel jadi takut. Tak sangka, benda nak jadi. Sedih..
g berubat cepat!
Tengah dalam proses. Doakan ye.
AMIN!
Semoga cepat sembuh yer,Mel…
Nnti sambung laa citer lagi,
Kita suka tau
Terima kasih cik Nor tau sebab sudi baca. Inshaallah kalau ada masa Mel cerita lagi. Sebab risiko bercerita ni, mungkin ada ‘pihak’ yang jadi mata-mata xpuas hati. Risiko kat diri.
Tau tak ape!
Santau???
Maksudnye bkn gangguan alam tp mmg sengaja dihantar…
Nauzubillahuminzalik…
Cepat2 berubat Mel…
Ye kak yulie. Orang hantar. Abah cakap nak hantar ke satu famili. Tapi xdapat. Tempias kat Mel sorang je. Doakan Mel. Mel tak kuat.
sabar Mel..
tingkatkan amalan..
sis mesti kuat..
ai doakan mel selamat..insyaallah..
Terima kaseh. Sedih + terharu. (Sory tetibe plk dalam entry orang lain. )
InshaaAllah…
Allah meletakkan Mel pada kemampuan dan kekuatan Mel…
BE STRONG!!!
GO GO FIGHTER!!!
Allahumma aamin.
Memang kesian. tu la, nak macam mana. terima jela Ujian kan kak.
Allah datangkan semua tu supaya kita jd lebih dekat pada Dia…
Supaya kita lebih menghargai kesenangan yg bakal kita kecapi…
Hahaha. EL doakan dia cepat mampos! Hahaha. Abis jahat sangat
Ambooiii…
Betol punya marah ni…
Hahhahahaha…
Cian cikman.. Kebanyakan melay* gitu la, xboleh tgk kaum sendiri maju. Mula la nk menyantau. Terutama bab kedai mkn.
?????
Sory, teremo lak.
Memang! Padahal Islam tu. Sampai bila tah.!
Mcm xsiap je cite ni…Ape kesudahan kedai Encik Razman dan keluarga dia? Adekah semua baik2 belaka? (sgt concern ni…)
Haha. Cik Razman tau maksud EL, suruh tutup. Tutup tak bermakna kita KALAH 🙂
Okay tergantung sampai terfikir2 aku ni. Yg pasti ada sambungannya ke x ni
Xdo dah…
Abih dahlar tu…
Cik Man terima nasihat ustaz utk ttp bisnes tu supaya x mendtgkan kemudaratan yg lebih teruk…
Hahaha. EL ke Ustaz tu? 😛
EL model…
Heheheheheh…
HAHA! Model Superman ?
Mana ada sambung, pembaca MARAH nanti! Haha
Terasa HAHAHAHA
#brosentap
Hahahahhaha…
Suka baca cerita EL dan Mel. Always looking forward for yr new stories. Keep it up to both of you and the rest yg tulis cerita2 seram serta pengalaman masing2.
Thanks Julia 🙂
You’re most welcome EL..:) Lagi tunggu yr next stories.
Tq julia ats sokongan ?
You’re most welcome Mel..Saya sokong dgn semua di fiksyen shasha yg sudi bercerita pengalaman seram. Syabas
Huuuuuuu! <3
mula2 aku nak dengki.. tapi bila aku pikir2 balik yg aku ni mix.. jadi aku x bole dengki2..
Ko mix ape singkong?
Aku mix jgk..mix jawa..hahahaha?
mak melayu + bapa melayu = aku cina
hahaha
Cis! Kena tipu!
igtkan mix lelaki + perempuan = tersejat…
Jowo lanang / wedok? Hahahha
Jowo wedok..kulit sawo matang..idung pesek2..haaa..mmg jowo btl ni..Hahaha?
wedok? HAHAHA
Akk mix gaakkk…
Eceehhh taknak kalah…
akk mix apa kak.. haha
Mix…mix…
Emmm….
Mix laki+pompuan…
Klu x mane nk jadinye dik…
Hahahahah…
Akk jawa…
Jawa pure…
Indon mari…
Hehehehehhe…
hahaha..xde muka jawa pun kak yulie..
Abeh tuuu kalau muke jawa ko nk akk tepek tempe kat dahi ni br nk nmpk muke jawe…???
Hahahahaah…
Maybe x nmpk sgt sbb akk JAWA JERMAN koootttt…
Hahahaahaaa…
Sila jgn muntah ijooo…
haha.. aku korang tgk kaler purple ni pun da tau mix dracula 15%
Kak yulie..kalo jawa muka ade iras tempe2 sikit cm muka den ni haa..hahaha
Singkong ko jgn nk perasan..drakula konon..tgk nama ko pun tau ko mix indon..?
ta gune betol cikbambam.. singkong&keju tapi mix dracula.. ingat dracula x makan ubi ke? haha
aku syak ko ni drakula versi kampung2 gitu..
siap mkn ubi plk tu..haha..petai ko mkn x??
Kau nak dengki dengan sape S&K ? Hahahaha. amboi! Mesti hang elok kan? Mix kot 😛
aku nak dengki ngan kazen aku sebb dia da kawen haha aku belom.
Bawak betenang singkong..aku ade disamping ko..mari mereput bersama..huhuhu..?
dari kau nak mreput ngan aku baik kawen ngan aku.. hahaha
Opppssss…
Nampak gaya ade org melamar bunga di LAMAN FS ni…
Wooowwww…!!!!
pompuan mana blh kawen ngn pompuan..
aku bkn geng terung hokeyy..hahaha
jap..ko ni laki ke pompuan ni?
tolong jgn buat cikbambam konfius ye..hahaha
aku bru siap check balik tadi.. alhamdulillah aku laki.. mlm karang aku check balik surat kelahiran aku..kot2 dulu aku pompuan..
Mati2 aku igt ko pompuan..hahaha..nnt tlg cek semula..mn tau da tukar tibe2 plk ke..hahahaha?
sebab gravatar aku mcm pakai skirt kan tu pasal cikbambam ingat aku pompuan.. malam karang aku check lagi.. slalunya betukar kalau bulan penuh je.. da mcm serigala pula haha
Hahaha..ko mmg hebat..aku imagine ko pompuan sbb gmbr purple tu la..aku pun kene cek jgk mlm ni..kalo lain jantina blh la kawen..yahooooo?
hahaha.. kalau da confirm lain2 baru kita deal cincin haha
aku dah ada Geng Sajat! HAHA
singkong..da cek blm?hahaha
EL..sajat da beralih arah..die nk ngurat si rashitt plk tu..hahaha
cikbambam aku da check malam td.. pagi td pn aku check lg skali.. alhamdulillah semua masih sama.. haha
alhamdulillah masih sama..hahaha
ok..sahhh..
Jangan dengki, rezeki orang lain2. Ada yang kawin cepat. Dapat anak lambat. Ada yang kawin lambat, tapi hidup sampi umur 100 tahun. Awal dan Akhir orang berbeza beza ?
el aku pas cikbambam kat kau nak?..haha
oii..siap pas aku kt EL plk..
keji betul ko kan..hahaha
Alaa..nape cm tegantung je cite ko ni el..haha..aku pun x paham kenape mst ade perasaan dengki dlm bisnes org melayu..family aku ade bisnes mkn2 jgk..mmg selalu je kene kacau..
Aku xpenah dpt rasa nasi beriyani bt pahat yg hebat..ade tmpt best x?kalo ade sila share
#mixjawa
Mana ada tergantung. Habis dah. Tutup kedai. huhu.
Hahaha. Meh la Joho :p
#mixKorea
Bkn EL ade darah keturunan Superman ke…???
Tu tang dagu tu…
Tp setepatnye EL mix Superman+Khai Bahar koottt…
Hahahahahah….
AMBOI! Perasan je dagu kita ni
SUPERMAN a.k.a MAHAL!
HAHAHAHAHA. Khai Bahar ? Thanks kak! Akak orang ke 100 cakap EL mcm Kai. Tapi hakikatnya aku 10000 lagi KACAK ?
#mixKOREA
Hahaha..perasan btl si jawa ni..???
Selalunye yg ke100 tu dpt hadiah taauuu…
Bak sni hadiah…
Khai Bahar kulit jawa sket…
EL ni kulit kpop, posing pn ala2 kpopers…
Hahahhahaha…
Bukan perasan, FAKTA!
Hehehe
Kan, KPOP mana same dengan Jawa?
Kau kira berapa org ckp dagu kau macam SUPERMAN ? Hahaha
mesti la kira. Hahahaha
Ape penutup nye?hahaha..kirim slm kt pkcik razman..suh bkk kedai balik..nnt aku dtg..
Haha..aku asal bt.pahat..tp xpenah nye dpt mkn ns beriyani yg power..
#mixkorealasangattt
#jawasejati
asal BP tapi tak tau? Adoi ?
#MixKorea
Hahaha..lahir je sana..lepas tu aku merantau ke korea..anyeong haseyoo ?
#mixjawakorea
#mixmelayu
#manacincin?
amboi demand haha.. cincin ada ni..
#mixenough
100 agi mana ? Beli kasut ? Haha
Bakk ah cincin..ckp ajak kawen..nak cincin ade diamond besar guli tau..kahkahkah
haha tulang rusuk aku mcm da x bergetar pula lps baca tang diamond besar tu..
hahaha..ok kelaka..siap da x begetar da..hahaha
ok2..x jadik la..aku nak cincin tikam2 tu je..
cincin tikam2 ada tuk.. da b’getar balik da rusuk aku utk kau.. haha
Singkong Keju ada 10 K untuk hantaran je. Nak ? Haha
kau g mention 10k dah kenapa.. tukar pikiran cikbambam nnt.. haha skrng da ada 10.9k
hahaha..berapa2 je yg singkong ade..
aku terima seadanye..
okey..sweet x aku??kahkahkah
12.53 sama2 post komen.. nampak sangat jodoh itu d pihak kita.. haha
hahaha..kuat jodoh kite nampak nye..
ok..konfem la singkong..blh proceed cincin..
haha
Sorry. I memang REALLY REALLY not Jawa okey ?
#Jotos kang
Wong jowo oke opo.. Bred pit, tom krus, selena gojes wong jowo tu
Baru ada masa baca. Best el
Haha. Jangan baca time keje 😛
Erm..aku terasa…ok la..nk g smbung keje semula..hahahahaha
haha. tgh cuti pun
cerita terbaikk…. habis baca jer,baca2 komen kak yulie n geng sajat.. hahaha..
masa bca crita si EL ni mmg seram gak.. lps tu baca komen geng sajat..hlang plak seram tu.hahaha..
haha apa la kau.. aku nyanyi2 masa baca nama kau..
SAMA HAHAHAHAHA
hahahahahaha….. mari nyanyi sama2
hahahaha….nyanyi sambil menari tau. SK
Hahaha, Cerita aku kalah dgn komen Kak Yulie n Geng Sajat!
Alamaaakkkk…
Ampun pak, ampuunnn…
Kay pasni akk letak limit ble nk komen…
X pepasal dh caras story org…
Hakak is suke hover hover…
Seb bek die tak kate bace komen Kak Yulie lg seram dr cerita…
Klu x mmg akk yg kesereman jadinye kang…
hahahah….stiap crita msti baca komen kak yulie dngan geng sajat dlu..
boleh hlangkan stress kerja klau baca..haha.
Hahaha tapi Mel akn hilang stress baca baby shark doo doo doo doo !! ?? tak boleh baca normal. Dya nk jugak bunyi lagu tu?
coba mel baca baby shark doo doo doo tu smbil buat gaya skali..hahahaha
Bace komen akk ilang stress…
Klu jmpe depan2 mau meroyan ko nnt dik…
hahahaha… kak yulie. abis la kalau meroyan jmpe depan2.
memang lagi SERAM actually! Haha
Melayu dan hasad dengki berpisah tiada..
hum.. betul
MELAYU. BIASALAH. TAK BOLEH TENGOK ORANG LEBIH SIKIT. ADA JE BUSUK HATI NYA. TAIK BETOL. ???
??????????????????????????????
Setia menunggu cerita seterusnye..
hai adele..
Hai keju…
abang singkong..u jgn curang ye..
i marah ni..hahaha
hahah.. cikbambam maafkan abang singkong..abang khilaf td..
*bila da kena panggil abang ni..terasa bahagia pula.. haha
Hai cikbambam.. Jgn risau la, i xrampas u pny abam singkong tu.. Btw, i support both of u luv story.. Hahaha ???. Cincin da dpt ke cikbam..
dia da agree ngan cincin tikam je.. hahaha
Hahaha..blm dpt lg..tgu rombongan abg singkong dtg umah dlu..hahaha..???
#doakankamibahagia
#tilljannah
Wah….. Nanti jgn lupa ajak kami2 dalam geng komen fs ni makan nasi myk ye.. ??
#tilljannah hahaha
Ini win..
Akk jd pengapit cooppp…!!!
nnt cikbambam invite sume k..
tunggu ye kawan2..tema kaler pelangi tau..kahkahkah
kak yulie nk jdk pengapit eh?nnt cikbambam pm kak yulie kt fb k..
hahahaha
Kak yulie..baru nk jd pngapit gak.. Xpelaaa jd tetamu aje la kita
#cikbamnsingkongtilljannah
Ada 2 pengapit pun x pe kot.. Aku ok je.. Hahaha
#cikbamsingkong tp apakandaya jodoh sampai 2 hari je..
3 pengapit pun okey je..tema jgn lupe tau..kaler pelangi..hahaha
pelamin angan ku musnah..baru declare da clash..
baru nk bunga2 cinta dgn abang singkong..
hahahaha
Aik awat da clashh?? Cik bambam tu abg keju awk tu da ltk gmbr sndr.. Haha
#prayforthemtilljannah
X jd putus da adele.. Kita da smbng balik..
#thanksforprayforus
xla..x jadik clash..da sambung balik ni..
nampak x permainan cikbambam..kahkahkah
#tilljannah
Adeiii pening laa ngn keju n bambam nii.. Haha ok2 gud..
Makan nasi myk laa pas nii ye kawan2..
Thanks Adele, waiting from the other side?
Hehe #Hello
Erk… The other side… Haha
#janganbegitudong
Lagu Adele la awak Hahaha
Laaa el nii.. Len kali bagi laa penuh lagu tuu… Igtkn the other side tu alam sebelah sana dahh… Hahaha
Nama je Adele! Tapi tak tau. Hahaha
Aku follow je cite kau ni El… best cara kau bercerita ringkas & sng faham
Xsbr tggu cite berikutnye… jangan lupa upload lagi…
Hee. Thanks Izz. Style aku more to Real Live. Tempat, orang, kedai makan, sesetengah org x nk bagitau..Hahaha.
Best doh cite kau…sambung la..gile tak getar tulang SumSum aku
nape nama ko kemut??
huhuhu
Haahahaah…!!!!
entah la..maybe cite narik buat aku berkemut kot..hahaha
hahaha..ok..ko g la berkemut..hahaha
Haha. Nasib tulang sum sum!
ok la tu nok, kalau tulang lain,,tak ke pecah rusuk orang..hihihi
Hahaha. Janji hang kemut sorang2
Cerita ko kali ni ciput jee EL…Tapi komen…Peerrgghhh…Beratussssss….
Da ramai pengikut ni x nak buat novel atau Zine ke?wakakakaka
Ciput ? Kat word dah 6 pages! Tak suka Panjang sangat. Nanti org malas baca. Hahaha. Novel ? Bagi tajuk Idea. Haha
bila baca cite ko ni el mmg geram rasa nak g jumpa org yang ada hasad dengki ni….pasal hasad dengki ni lah sampai sekarang famili aku dapat susah ada je benda yang x kene datang…. pasal ni juga la aku berhutang dengan seseorang huhuhuhh belum dapat2 bayar…..
Lapar…
Lapaaarrrr…
Eh silaappp…!!!
Hutang…
Hutaaannggg…
Hutaanngggggg…
Hahahahahahah…
Tak baik kak! Haha
Akk ni klu menghantui mmg menyeremkan…
Hahahahhaha…
hahahha sabor eh…nant orang melanja bubur ayam
Bubur ayam…???
Ape ko pikir akak xde gigi…????
Hutang ? Kenapa? Tibai je orang macam tu. HAHA
Apid…
Ade org bekap nampak nk soh tibai plaakkk…
Eheeemmmm…
Mana ada backup! Hahaha
nak suh aku tibai…xleh menderhaka tu nanti el……aku jarang derhaka ni takut jadi tanggang
derhaka? dengan sape? Yang buat tu family kau ke?
Pasaal utang tu cite lain el…ssh sket nak cite kalau aku cite sah2 ko boleh gelak…
Hahahhahaha…
Mampu gelak jelaahhh…
cuba post dkt FS cite kau tu! Hahaha. Mistik kot
aku nak post tapi cite aku x pernah siap…..bila nak submit ada je benda baru jadi ….
HAHAHA! Benda lain tu cerita APID 2 la.. Hahahaha
ingatkan EL ni pompuan.. rupanya lelaki.. ke aku salah orang yang dia ada kawan boleh bercakap tapi dia perempuan ek?? hahahaha… jarang masuk baca kat fiksyen shahsa ni sebab keberanian aku siang jer, malam2 kecut aku.. tapi kalau muncul aku tak tau aku berani ke tak.. mintak simpang lah.. ok bye..
EL lelaki yg berdagu Superman iras Khai Bahar…
Die mmg ade geng telepati Cik Ponti…
Tapi seorg yg penakot klu tgk movie seram kt wayang, die akn kena kecam sbb buat org lain terkejut dgr die menjerit…
Hahahahahah…
Lariiikkkk…!!!
Superman? Khai Bahar? Telepati? Penakut? Kuat Jerit?
Amboi
Amboi Kak! Hahaha
Ehhh, salah ekk…???!!!
Haahahahaha…
Maaf la aku ni LELAKI! btw, Pagi ke Malam ke dia tau je 😛
El u ni single ke…???
I curious sbb even miss ponti ckp u ensem??
Btw u asal mana??
so far single lagi. Haha
Ponti tu rabun kot! ?
Laa rabunn ke.. nanti bagi kak Ponti cermin Mata.. haha
TAU X PE!
Xpe lah En Lan..
Mungkin benda ni x baik tuk kita tapi Baik disisi Allah s.w.t
Moga biz En Lan lepas ni meletop2x debaborrrrrrr 👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻
aku rasa komen lg panjang dr cerita ne lh EL hehe
Hahaha!
Tau x pe
Semua cerita kau memang BEST.. ???
Tapi aku geramm betol dengan org yg dengki ni. Umur makin tua x sedar sedar lagi. Kubur kata mari rumah kata pergii
Thanks Qis. Lama tak nampak komen Qis!
Apa nme ustaz tu?
Seram sjuk bce cite ko nie kat wad EL…
Oh! Nama dia tak ingat da. Hahha
Ish…pe yg ko ingt. Ingt awek je haha. Tp asal pndek je cite nie. Baru nk bukak kopok smbil bce story dh abs ?
sbb ni cerita Cik Man. Dia cerita takat tu je. Tak nak tambah2, nanti real story tu hilang. Hahaha, Kalau EL punya pengalaman panjang.
Ok2…lps nie wat cite panjang2 ye. Bru ade feeling nk bce smbil mkn kopok.
Panjang2 nanti tak ada orang nak baca. Haha
Abeh baca dah. Next story plak EL. EL, aku tunggu mu datang.
Hahaha. Tunggu jangan tak tunggu!
Kepuasan baca komen hampir sama mcm baca cerite…cuma komen aku scroll mcm xabis2..
Hahahaha.. meriah kan
“Aik. Tak ada orang dekat rumah ke? Kereta Camry ada, keluar pakai kereta kakak ke? Selalu Mama dah tunggu aku depan pintu bila tau anak dia ni nak balik” aku merungut seorang diri.
Perlu ke mention nama kereta camry tu? Adakah anda cuba menyampaikan sesuatu??
CARA aku menulis memang aku suka mention benda benda yang wujud dekat Malaysia. Jenama kereta, Nama tempat, Nama orang, Nama mall, KFC, McD, Starbuck, LRT, SMART TAG. Tu memang style menulis aku. Style novle. Kalau kau rasa aku nak berlagak kaya, ‘CAMRY’ tak kaya beb! Lain lah aku tulis MASERATI! Kalau kau nak fikir mcm tu fikir la, TERPULANG. Aku tak boleh buat nak puas kan hati semua orang ?
Abang EL kayaaaaaaaaa
kalau kaya tak kerja hari2 Haha
En Razman ni kedai dia kat taman soga ke dekat dgn hospital?
tau ke? hahaha
Of coz la tau sb org jati sana kot… ghupenya dah sepi kedai tu..
are you sure? tak salah kedai? Hahaha
Hehehe… agaknya la kot… jeng jeng jeng…
HAHAHAHA. Takot la aku.
Kita pun naik takot… takot nk balik bp.. hahahaha
BP ?
Batu Pahat??…..
ORG BP ke ?
Iya… lahir pun kat hospital berhantus itu…
MAna ?
Hospital batu pahat yg depan risda ler…
Are you sure ?
Sure… sebelum hospital pindah ke taman soga, kat situ ler hospital batu pahat…
salah ni. Kedai dia dkt KL hehe
Yang paling bahaya didalam hati manusia adalah hasad dengki.
Saja nak share. lecturer aku dulu dia umur da 40 tahun tapi dia tak kahwin, dia kata dia takde masa nak fikir pasal kahwin. Sebab dia taknak menyusahkan orang. Aku pelik, apa maksud dia, dia cerita dulu ada orang dengki dengan dia satu family, semua ahli keluarga dia kena santau kecuali ayah dia sebab katanya santau tu tak dapat tembus ayah dia (ayah dia orang alim tak pernah tinggal solat tahajjud). Jadi mak dia, adik beradik dia, termasuk dia sakit teruk sehingga mereka disahkan penghidap penyakit yang kritikal (yang kalau tak dirawat boleh bawa maut). Dia paling sedih bila mak dia meninggal akibat disantau dgn sangat teruk. Dia dah jumpa ramai ustaz tapi tetap tak boleh buang sebab benda tu dah terlalu banyak sampai bersarang dalam badan. Tapi dia redha, dia tak putus asa dengan hidup dia. walaupun sakit dia tetap kuat, aku nak menangis dengar dia cerita. Dia kata dia selalu spend duit dia pada buku dan ubat-ubatan dia yg diimport dari luar negara , harga sebotol kecil cecah ratus-ratus.
Dia selalu minta aku teman dia kat rumah dia sebb dia takut kalau dia sakit, dia pengsan ke apa, xde orang nak minta bantuan. Aku masuk toileit dia, aku tengok ada batu tutup lubang air, aku mula pelik juga kenapa ditutup lubang air ni. Lepastu aku keluar, dia tanya aku alihkan tak batu kat lubang air tu? Aku cakap aku alih tapi aku dah letak balik. Dia kata dia terpaksa letak batu kat lubang air tu sebab kala jengking, ular dan binatang berbisa selalu datang dari tempat-tempat tu. Dia kata binatang berbisa tu sebenarnya salah satu dari gangguan (santau). dia kata benda tu dah biasa ganggu dia, sebab tu dia selalu buat pendinding kat rumah dia.
motif orang tu hantar santau pada famili dia sebab orang dengki dengan keluarga pensyarah aku ni, sebab adik beradik dia antara orang-orang yg berjaya dalam kampung tu.
Kita tak pernah tahu kesalahan apa yang kita buat sampai orang dengki. Tapi bila kita dah dengki tu, kita sanggup musnahkan hidup dan masa depan orang lain. Famili pensyarah aku tak pernah niat nak balas dendam pada si pelaku (pensyarah aku tahu siapa yg buat), ayah pensyarah aku ni tak bagi anak-anak dia balas dendam atau hantar balik santau tu kat diorang, sebab dia percaya Allah uji tu pasti ada hikmah. Lagipun orang tu terlepas kat dunia je, dekat akhirat dia akan dapat balasan dia.
?
perangai org bniaga mmg mcm ni.
kdg2 terfikir kenapa la nk jatuh2kan perniagaan sesama kita.