#ceritaNasa – Dendam (Full story)

#Thriller #kisahfiksyen #pengajaraniktibar

Salam admin, salam pembaca, salam satu Malaysia, terima kasih sudi baca!

Helmi menunduk. Air yang mengalir dari rambut melurut ke wajah, dagu dan menitik semula ke sinki. Air paip masih terbuka, dibiarkan dengan sengaja. Dia mengeluh berat, menutup wajah dan meraup rambut beberapa kali. Kedua tangan menggenggam sinki. Dia mendongak melihat wajah di cermin hadapan, tersenyum sinis, menutup mata mengenangkan semula perbuatannya.

“Helmi… tolong jangan bunuh aku…” Rayu Salleh. “Aku minta maaf. Kita dah lama berkawan baik.”

Helmi sekadar mengangguk tersenyum. “Lamaaaa…. kita kenal cukup lama, sebab tu kau boleh gunakan kesempatan yang ada untuk meniduri isteri aku!” Satu alasan dan fitnah secara sengaja dalam mencari alasan pembunuhan.

“Astagfirullah… tak pernah sampai ke situ pun Helmi.” Sekali lagi Salleh merayu. Kedua matanya ditutup dengan kain dan tangannya terikat, tidak dapat bergerak. Duduk diatas kerusi, sudah dua hari di situ tidak boleh melepaskan diri. Helmi mengambil hadiah yang siap dibungkus oleh Salleh lalu dibuka, dia ketawa melihat hadiah itu. Barang tersebut dibaling. Kedua bahu Salleh terangkat serentak apabila barang itu terhempas ke lantai.

“Helmi…. lepaskan aku…” Suara Salleh kedengaran bergetar. Ketakutan menyebabkan dia hampir menangis. Helmi berjalan berlegar di sekeliling. Ketawa tidak semena-mena. Tertoleh-toleh kepala Salleh cuba mengesan bunyi.

“Orang akan cari aku Helmi…” Rayu Salleh. Di kala ini Helmi menarik kolar baju lelaki itu, berdiri tegak berhadapan, membuka pembalut matanya. Menyerlahkan wajahnya sekarang yang sedang berserabut. Tiba-tiba Helmi menangis.

“Aku cuba sayangkan Zura…. tapi aku tak boleh… Kenapa? Apa kelebihan korang semua? Apa kurangnya aku dulu? Sebab aku bodoh ke? Sebab aku miskin?.”

Salleh hanya menggeleng. cerita lama yang tidak boleh untuk diubah, satu kisah yang dia sesali menyeret kemana dia sekarang. “Aku minta maaf…. Kita duduk berbincang dulu soal ni ya… kau bertenang dulu.”

Helmi hanya menggeleng, lantas pisau panjang yang dipegang ditikam di perut Salleh, memusing dan mengunci tikaman. Jeritan Salleh satu kejayaan baginya. Salleh jatuh melutut, namun Helmi hanya ketawa sakan. Pisau ditarik dan dia mengelar leher lelaki itu kejam. Salleh jatuh tersungkur, tidak ada lagi suara tidak ada lagi rayuan. Helmi berpuas hati, dia ketawa terbahak-bahak.

Pintu bonet belakang ditutup dan Helmi menolak kereta Salleh ke dalam gaung. Tayar bergolek dan kenderaan itu jatuh menjunam melepasi dedaun dan pokok sehingga terhempas di tanah, meletup menghasilkan bunyi yang kuat. Helmi menyilang tangan dihadapan wajah apabila bahang api itu terasa, sesudah puas, dia segera berlari dan meninggalkan kawasan tersebut.

DENDAM !!! – TIDAK ADA YANG UNTUNG MELAINKAN RUGI SEMATA-MATA!!

“Abang…..” Zura mengetuk pintu bilik air. Lama benar suaminya di dalam. “Abang lama lagi ke? Dah dekat setengah jam dah.” Zura mengetuk lagi, tidak ada jawapan. Panggilan telefon yang diterima sebentar tadi menyebabkan dia tidak keruan. Jika betul, sudah tentu ini pembunuhan kedua yang berlaku di tempat kerjanya. Dan setiap kali pembunuhan itu berlaku, dia adalah orang terakhir yang berjumpa dengan mangsa.

Pintu bilik air dibuka kuat, mematikan lamunan Azura tadi, cepat-cepat dia memandang suaminya. “Abang… Salleh bang… Salleh eksiden!.” Namun Helmi tidak pula menunjukkan yang dia berminat. Hanya mengangguk dan berdiri tegak, berkerut wajah seperti tidak mengenali Salleh.

“Salleh!! Kawan kita masa sekolah dulu… abang ingat tak?!.” Marah Zura sedikit meninggi suara. Kali ini barulah Helmi mengangguk dan mencebik. Zura mendapatkan suaminya, duduk besebelahan. “Mak dia called tadi, cakap yang Salleh eksiden, kereta dia jatuh gaung dan terbakar.”

Helmi berdehem beberapa kali. Lantas membelai rambut isterinya lembut. Melihat isterinya menangis, Helmi memeluk wanita itu erat di dada sambil mencium dahi. Menenangkan sedaya upaya. “Kita ziarah dia nanti.” Helmi membuat keputusan, namun hatinya lega. Dia memujuk supaya isterinya bersabar dan menganggap itu semua dugaan.

Hari ini Zura disoal siasat berikutan dia adalah orang terakhir yang bercakap dan berjumpa dengan Salleh sebelum lelaki itu mati. Zura memberi penerangan penuh tanpa menyembunyikan apa-apapun maklumat. Malah kematian Zubir sebelum ini juga seolah berkaitan apabila dikatakan Zura adalah orang terakhir yang berjumpa dengan kedua lelaki itu. jarak waktu pembunuhan yang sangat dekat, iaitu selang sebulan. Walaupun dikatakan kedua lelaki itu terlibat dalam kemalangan, tetapi kedua cara kematian adalah sama. Bedah siasat mayat menunjukkan ada bekas tikaman pada perut dan kelaran pada leher mangsa. Jadi polis mengesahkan ianya kes bunuh.

“Mangsa ada masalah dengan sesiapa ke sebelum ini?.” Tanya inspektor Shah. Zura menggeleng kepala dan hanya mengatakan yang Zubir dan Salleh itu merupakan kawan nya sejak dari sekolah. Tidak ada masalah di tempat kerja dan memang rapat sejak dari dulu. Selepas habis keterangan barulah Zura diberi pulang.

“Pelik!!.” Zura menghempas pintu kereta. Menoleh ke arah suaminya di sebelah.

“Apa yang peliknya?.”

“Kenapa mereka nak dibunuh? Padahalnya mereka tu tak ada masalah pun dengan sesiapa.”

“Sayang… kita tak tahu pun siapa Zubir dan Salleh tu di luar. Entah-entah ada masalah dengan ah long ke, mana-mana orang ke…” Terang Helmi besemangat. “Tak payah fikir sangatlah ya. Lagipun sekarang ni, tak ada siapa lagi yang nak ganggu kita.”

“Ganggu kita?.”

“Errrr…. maksud abang. Dah bebas dari pertuduhan membunuh diaorang. Pihak polis tak boleh ganggu kita lagi.” Jawab Helmi teragak-agak. Zura hanya tersenyum memegang jari jemari suaminya.

“Zura sayang abang…” Balas Zura sambil memicit manja hidung lelaki itu. Namun Helmi tidak pula tersenyum, dia melepaskan pegangan tersebut dan terus memandu. Zura sudah lali dengan suaminya, kadang-kadang dingin dan kadang-kadang romantik.

Sudah sebulan kematian Salleh namun Zura masih lagi tidak behenti dari berfikir tentang lelaki itu. Iman memujuk Zura di ruang tamu. yang membuatkan Helmi marah adalah setiap kali Iman datang, Zura adalah orang pertama yang akan dia jumpa berbanding dirinya. Iman itu meskipun sepupu kepada Zura, hatinya tetap membentak marah. Helmi mendengus kencang. Dia masuk ke dapur, menyediakan air untuk kedua mereka. Helmi mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.

“Julap….” Dia tersenyum. Lalu dibancuh sekali dalam air teh tersebut. Banyak diletak, sambil mengacau air, sambil matanya melirik ke arah ruang tamu depan melihat Iman menyerahkan beberapa barang kepada Zura. Dia menyudahkan bancuhan meletakkan sudu ke dalam sinki. Meninggalkan tanpa dibasuh.

“Ni designnya.” Iman menyerahkan pendrive. Sepatutnya itu tugas Salleh namun memandangkan Iman juga tahu selok belok bidang grafik, tugas itu disudahkan olehnya sejak kematian Salleh. Bekerja dalam syarikat grafik, kesemua mereka memainkan peranan yang berbeza. Syarikat itu ditubuhkan oleh ayah Zubir dan Zubir mengambil rakan baiknya untuk bekerja bersama, iaitu Zura, Iman dan Salleh bagi memudahkan urusan.

“Dah lama kita berkawan, sedih bila seorang demi seorang pula meninggalkan kita.” Sahut Azura sambil menyimpan pendrive tersebut.

“Dah ajal Zura….” Balas Iman.

“Macam berturutan pula kan?.”

Helmi berdehem beberapa kali sambil membawa dua cawan kehadapan. “Iman, sayang… jemput minum.” Pelawanya. “Berbual dari tadi sampai dah pukul 10malam dah ni…” Sedikit perli dalam ketegasan. Zura membeliakkan biji matanya agar Helmi bersikap sopan. Bukan dia tidak biasa dengan kehadiran Iman. Helmi kemudian ketawa mengambil gambar yang dibawa oleh Iman diatas meja. Satu persatu gambar diperhati. Ya.. gambar Zubir, Iman, Salleh dan Zura. Gambar yang sama dimiliki isterinya.

“Gambar waktu sekolah ni kan?.” Tanya Helmi serius tidak pula tersenyum. Iman hanya ketawa bertepuk tangan.

“Ya! Kami dulu kawan baik. Tapi dua dah tak ada…. tinggallah aku dan Zura.” Jawab Iman selamba. “Dan syarikat tempat kami kerja ni kepunyaan ayah Zubir.”

Helmi hanya mengangguk dan mencebik, seraya mendongak memandang mereka berdua. “Minumlah…” Pelawanya sambil merenung gambar tersebut kembali.

ZURA mengerekot menahan sakit perutnya, masuk kali ini sudah berapa kali dia ke tandas. Helmi berdiri di depan pintu tandas, mengetuk perlahan memanggil isterinya. “Sakit lagi ke sayang….” tersenyum sinis, hatinya puas!! Dia berdiri berpeluk tubuh sambil memandang kukunya yang semakin panjang. Zura membuka pintu bilik air dan membongkok.

“Tak tahulah makan apa tadi bang….” Dia menarik tangan suaminya agar turut berbaring di atas katil. “Minta maaf ya bang… malam ni saya tak sihat pula.” Rayu Zura sambil mencium pipi Helmi. Dia sangat sayangkan lelaki itu. Helmi tersenyum memujuk dan mengajak isterinya berehat.

“Abang sapukan minyak eh?.” Manja Helmi melayan isterinya, dan untuk seketika mereka bergurau senda sebelum Zura meminta kebenaran ke tandas semula.

ENCIK Ghazali menyerahkan beberapa dokumen untuk disiapkan, turut bersama adalah orang baru yang menggantikan tempat anaknya dan Salleh. Selepas perbincangan dilakukan barulah kesemua mereka meminta diri untuk beredar. Encik Ghazali tersenyum ke arah Azura yang baru sahaja hendak pergi.

“Zura happy belated birthday!.” Ucap Encik Ghazali. Maaf sebab terlalu memikirkan pasal Zubir sampai saya terlupa soal hari jadi awak. Kami pun tak buat apa-apa untuk menyambut awak.” Dia bersuara sayu.

“Birthday? Bila hari jadi saya?.”

“Owh… haritu saya teman Salleh beli hadiah untuk awak katanya, untuk hari jadi awak. Saya ingat hari jadi awak bulan lepas.”

“Hari jadi saya lambat lagi encik.” Zura tersenyum. “Salleh sengaja lah tuuuu….”

“Jadi awak dah ambik hadiah tu? Cantik betul kuali yang dia belikan, katanya supaya awak rajin memasak untuk Helmi.”

Zura ketawa sakan. Tidak sangka pula jika Helmi mengadu kepada Salleh, nasib baik sahaja tidak diadu kepada Iman, jika tidak tentu sahaja Iman mengejek. Sudahlah dari kecil Iman suka benar menyakat. Zura meminta diri kerana waktu rehat mereka tidak lama. Encik Ghazali sekadar mengangguk dan meminta diri.

“Sedap tak sayang?.” Tanya Helmi. Suka dia melihat isterinya makan dengan penuh beselera. Tengah hari itu mereka makan di restoran berdekatan, lagipun termpat kerja mereka tidak jauh.

“Mana-mana pun sedap asalkan makan dengan abang.” Tawa zura. “Owh ya! Saya ajak Iman sekali tadi bang. Sebabnya dia ada sesuatu untuk kita.” Tawa zura, namun tidak bagi Helmi, senyumanya termati serta merta, wajahnya mencuka.

“Abang ok? Abang tak suka ke? Kalau abang tak suka, saya suruh Iman datang lain kali je.”

“Eh! Tak adalah sayang, abang cuma ingat kerja abang yang berlambak.” Balas Helmi acuh tidak acuh. Dia menyambung makan. Tidak lama kemudian Iman datang membawa dua tiket untuk kedua mereka.

“Percutian ke Thailand koh lipe untuk korang berdua. Happy anniversary pertama!!! Semoga dapat anak cepat!. ” Iman gembira. “Tiket ni hadiah aku untuk korang.”

“Errr…. tapi lambat lagi kan?.” Zura jadi hairan. Rasanya tidak sampai setahun dia berkahwin, baru tujuh bulan.

“Thank you!.” Jerit Helmi gembira, cepat memotong. Dia menoleh kearah isterinya. “Kenapa nak tolak kalau orang dah bagi.” Melihat suaminya gembira, Zura tidak peduli tentang tarikh, baginya setiap hari adalah hari untuk mereka. Zura ketawa melihat Helmi yang tidak sudah-sudah senyum. Soalan dari mana Iman mendapat tahu hari ulang tahun perkahwinannya pun sudah lupa untuk ditanya.

HARI ini cuti bagi Helmi namun tidak Zura. Helmi menyediakan sarapan dengan sangat romantik. Memasak dan menyanyi kecil menyediakan masakan untuk isterinya sebelum ke tempat kerja. Zura turun kedapur dengan berpakaian tidur. “Masak apa bang!!!.”Jerkahnya dari belakang.

“Special!.” Jawab Helmi selamba sambil membasuh segala pinggan yang kotor. Zura menghampiri dapur,melihat kuali yang sedikit unik, tidak pernah dibeli sebelum ini. Dia meraba dan memegang setiap inci, memang dia tidak pernah ada pun kuali tersebut di rumah.

“Hari jadi saya lambat lagi encik.” Zura tersenyum. “Salleh sengaja lah tuuuu….”

“Jadi awak dah ambik hadiah tu? Cantik betul kuali yang dia belikan, katanya supaya awak rajin memasak untuk Helmi.” Kata-kata Encik Ghazali terngiang-ngiang.

“Sayang!! Nak makan tak? Pergi mandi…” Helmi memeluk belakang isterinya sekaligus memeranjatkan Zura yang sedang mengelamun. Dia hanya mengangguk dan berlalu dari situ. Dia tidak makan banyak pun, tidak berselera, sesekali menoleh ke arah Helmi yang sibuk bercerita tentang kerjanya. Dia menoleh ke arah kuali di dapur itu semula. Bermacam-macam perkara terzahir dari benak minda. Sedaya upaya cuba disingkirkan. Hatinya tetap bertegas tidak mungkin perkara lama berulang…

“Sayang…” Tegur Helmi. “Kenapa ni? Tak sedap ke?.” Tanya Helmi melihat isterinya bermuram.

“Kenapa abang tak makan?.”

“Abang suka tengok sayang makan… selalu Zura sediakan abang sarapan, hari ni biar abang buat untuk sayang…” Pujuk Helmi menyuruh isterinya menghabiskan sarapan, tidak mahu isterinya belapar nanti.

“Err… saya dah lambat nak ke tempat kerja ni. Nanti Iman tunggu pula sebab kami ada meeting hari ni, kertas kerja pada saya.” Zura menghabiskan air dan segera bangun mengemas meja. Melihat kuali tersebut hatinya berdebar. Tidak tahu kenapa, namun nalurinya tidak senang.

“Tak nak bawa sarapan ke? Abang masak lebih ni. Boleh makan dengan Iman.”

“Tak apa… Iman cakap dia dah belikan tadi, semua dah disediakan di sana.” Zura berpaling dan tersenyum. Dia mencapai beg. “Owh ya! Saya tak sabar nak pergi honeymoon tu, nanti jangan lupa abang ucap terima kasih pada Iman sebab dia sanggup aturkan untuk kita semua tu.” Jujur Zura akui. Dia memeluk dan bersalam dengan suaminya sebelum pergi.

Helmi melambai sebaik pemergian isterinya. senyumannya termati. Dia menghempas pintu rumah. “Iman… Iman… Iman….” Dia menendang semua barangan di dalam rumah tidak semena-mena, habis beselerakan makanan yang dihidangkan di atas meja. “Aku masak kau tak makan, kau tunggu juga si Iman!!!!.”

Zura duduk termenung, jenuh otaknya berfikir. Selepas habis meeting tadi dia makan beramai-ramai. Makanan yang telah disediakan oleh Iman seperti yang disuruh oleh Encik Ghazali untuk semua staff. Melihat bosnya berlalu Zura mengejar dari belakang. Encik Ghazali berhenti dan menoleh.

“Maaf encik, saya cuma nak tanya, macam mana Salleh tahu hari jadi saya bulan lepas pula?.”

“Helmi yang cakap! Dia ada datang berborak dengan Salleh dulu. Masa nak beli hadiah tu kebetulan saya ada di tempat yang sama, jadi Salleh ajak saya teman dia. Lepas tu saya terus tak jumpa dia, dan tahu-tahu dia meninggal sebab kemalangan.” Encik Ghazali mengeluh , namun dia dongak tersenyum. “Awak tak jemput saya pun ke rumah ada majlis makan-makan?.”

Sekali lagi Zura terkejut. “Errr.. suami saya cakap macam tu ke?.” Encik Ghazali mengangguk, dia tidak berkecil hati pun walaupun jemputan itu hanya untuk Salleh. Dia sekadar memerli sahaja. Tidak lama itu dia meminta diri dan berjalan melepasi koridor tersebut. Runsing Zura memikirkan. Namun hatinya semakin banyak tertanya-tanya.

“Tak kan lah sebab dulu tu, Helmi masih berdendam…..” Dia malas berfikir lagi. Zura berjalan ke ruang kamar pejabat. Mencari Iman. Dia perlu mengetahui sesuatu. Namun Iman tiada. Apabila ditanya orang sekeliling, mereka menyatakan Iman keluar ke suatu tempat namun tidak dinyatakan. Puas Zura menelefon, namun tetap juga Iman tidak menjawab. “Mana dia ni!!.” Zura jadi tidak sedap hati. Dia segera keluar dari pejabat mencari sepupunya.

Iman menghentikan keretanya di luar sebuah pondok usang. Dia berjalan perlahan meniti kayu dan terlihat Helmi berdiri tidak jauh dari luar pintu rumah. Iman berlari anak. “Kenapa nak jumpa di sini?.”

“Zura tahu ke aku yang suruh kau belikan tiket ke Thailand tu?.” Tanya Helmi sambil menyalakan sebatang rokok. Iman sekadar menggeleng, menoleh sekeliling rumah dan kawasan. Agak sunyi dan dia tidak selesa.

“Sejak bila kau merokok ni?.” Tanya Iman. Namun Helmi sekadar tersenyum. Menghembus asap rokok tersebut, menoleh ke arah Iman. Sekejap-sekejap matanya dikecilkan apabila asap rokok memenuhi wajah.

“So! Mana duitnya? Aku dah belikan tiket ni pakai duit aku dulu. Kau janji nak bayar.” Namun Helmi masih lagi tersenyum merenungnya. Menyedut asap rokok sambil menghembus ke arah lelaki itu. Iman benar-benar tercabar. Dia memang tidak pernah bersetuju pun Zura berkahwin dengan Helmi, namun kerana untuk menjaga hati terpaksa dia turutkan, berbuat gembira adalah cara terbaik agar Zura tidak berkecil hati.

“Mana duit aku!.” Tengking Iman. Dia sudah puas berpura-pura selama ini.

Helmi mengeluarkan duit lantas dibaling ke arah Iman. Dia menyambung kembali rokoknya. Sikapnya yang biadap itu tidak menyenangkan langsung! “Sepatutnya Zura tu berkahwin dengan Salleh bukan kau!!! Kau tak layak!!.” Iman berlalu pergi.

“Hurmmm dia pun dah mati kan…” Garau suara Helmi berbicara. Iman sedikit hairan namun dia tidak peduli, mahu cepat balik.

“Kau ingat dulu… waktu kau ajak aku ke sini?.” Tanya Helmi, lantas berdiri dan bersandar. Iman terhenti dan menoleh.

“Masatu…. kau tipu aku. Kau cakap nak sambut hari jadi Zura di sini, tapi kau, Zubir dan Salleh pukul aku, kau buli aku, kau kurung aku, kau hina aku, kau layan aku macam sampah! macam-macam kau buat…. Aku anak yatim, korang kaya… apa aku boleh buat pun….” Helmi tertawa lagi.

“Apa kau merepek ni!!” Marah Iman. Dia tercengang, perkara tersebut telah berlalu hampir 15 tahun. Helmi mengeluarkan gambar yang ditangkap oleh mereka suatu masa dulu, di pondok yang sama. Gambar Iman, Zubir, Salleh dan Zura. Gambar yang sama Iman bawa pada malam dia berkunjung ke rumahnya. Gambar itu di koyakkan dan dibaling.

“Kau ikat aku dekat pondok ni dan kau bergembira di luar bergambar bersama. Dengan Zura! Dengan Salleh dan Zubir!!!.” Pekik Helmi. “Kau kurung aku dua hari di sini!!!!.” Terangkat kedua bahu Iman kerana terperanjat akibat ditengking. Helmi duduk kembali menghabiskan rokoknya.

“Kenapa korang benci aku??? Apa salah aku???.”

Iman benar-benar terkejut. Dia terdiam tidak bercakap. Memang Helmi adalah mangsa buli mereka dulu, dia sering diketepikan dalam setiap keadaan. Malah kerana dia agak lambat dalam pembelajaran dia tidak pernah mendapat perhatian dari mana-mana kawan. Namun itu semua telah berlalu. Walaupun bertahun Helmi bertahan, apabila meningkat dewasa mereka telah pun meminta maaf. Malah perkara tersebut telah dilupakan. Ya! Hanya dia yang melupakan, tapi bukan Helmi.

“Kau yang bunuh Zubir dan Salleh???.” Tanya Iman teragak-agak, tidak percaya dengan perubahan lelaki itu yang tiba-tiba. Helmi sekadar ketawa dan mengangguk bertepuk tangan.

Sebuah kereta berhenti mengejut, menyebarkan debu-debu tanah di sekitar. Kedua kakinya dihempas ke tanah, Pintu ditutup kuat dan Zura berlari dari situ. “Abang!!!. Abang!!!.” Zura cepat menuju ke arah pondok berkenaan, Tidak semena-mena dia terbatuk batuk teruk dan langkahnya longlai. Nafasnya lelah. Zura bangun dan berdiri tegak semula. Tidak tahu kenapa tiba-tiba pandangannya kabur.

“Abang….” Panggil zura perlahan, hidung dan batuknya berdarah. Namun dia kuatkan dirinya untuk pergi ke arah pondok tersebut. Dia tahu mereka berdua ada di situ.

“Kau gila ke Helmi!!!.” Marah Iman, mendepa tangan.

“Ye!! Memang aku gila!!! kau ingat aku nak lepaskan macam tu je ke??!.”

“Zura isteri kau!!! Isteri kau Helmi!!!!.”

“Well…..Aku masih tak boleh lupakan perbuatan dia.” Senyum Helmi sambil bersiul kecil. Kedua mereka terdiam tidak bercakap. Hanya dengusan nafas yang membuak menahan amarah jiwa.

“Kau akan mati dan Zura aku akan bunuh di Thailand supaya ianya kelihatan seperti kemalangan seperti mana Zubir dan Salleh… itupun jika dia tak mati hari ni.”

“Kau buat apa pada Zura!!!.” Tengking Iman.

Tidak menjawab, Helmi mengambil sebatang kayu, berlari mengejar. Lintang pukang Iman berlari tidak cukup kaki. Meminta tolong. Akhirnya dia tersungkur dan Helmi menghentak kayu tersebut di belakang kepalanya sehingga pengsan. Tubuh itu diseret dan dibawa kembali ke pondok tadi, diikat dan dilakukan seperti mana zubir dan Salleh sebelum ini. Sebilah pisau panjang dipegang dan Helmi ketawa menyeringai.

Azura berjalan terhuyung hayang, memegang kepala. “Kenapa pula ni???.” Sesekali dia berhenti memegang dada. Mengurut serta bernafas semahunya. Dia muntah. Dan muntahnya berdarah lagi. Zura menggigil resah.

“Kenapa ni??.” Tangisannya kedengaran kerana terlampau takut. Perlahan-lahan Zura melangkah, dari jauh kelihatan pondok tersebut mengecil dan kabur. Dia berjalan memapah dahan pokok, sehingga hampir dengan kawasan yang dituju. Nafasnya semakin lelah.

Sebaik tiba, pintu ditolak kasar dan kelihatan mayat Iman sudah terbaring di lantai. Zura segera mendapatkan sepupunya, mengendong kepala lelaki itu. sekali lagi dia terbatuk dan darah bersembur dari mulut. Zura memegang bibir dan hidung, dia mendongak memandang Helmi sambil menangis memeluk Iman.

“Cepat racun tu bertindak?.” Tawa Helmi, dia meletakkan cecair itu dalam sarapan dan minuman isterinya pagi tadi, namun Zura tidak makan banyak, rasanya cukup untuk menyakiti dalam tempoh sekarang. Tidak lama itu Zura terbaring di lantai, bernafas lemah. Matanya terbeliak memandang ke atas. Helmi mendekati dan membelai Zura perlahan.

“Aku benci kau Zura… aku benci kau dan kesemua mereka.” Ucap Helmi berbisik sambil melirik ke arah gambar tersebut. Susah payah dia mengambil hati Zura untuk mengahwininya hanya semata-mata untuk melihat mereka semua mati di depan mata.

Di luar, anggota polis sudah memenuhi ruang pondok. Sebaik mendapat laporan dari Zura, anggota polis cepat bertindak, namun zura terlebih dahulu ke tempat kejadian. Pintu di tendang dan Helmi masih lagi memeluk Zura dalam dakapan. Membelai rambut wanita itu lembut sambil menyanyi kecil.

Buli bukan satu perkara main-main! Tegas dan cukup jelas!! Berapa ramai mereka di luar sana yang masih tidak boleh berganjak dari pengalaman silam? Kalau dah namanya manusia, keputusan itu kadang kala menyebelahi kejahatan!! Buli diletakkan di bawah kesalahan jenayah. Dan sehingga sekarang laporan keatas kes buli boleh dilihat dari sekecil institusi iaitu sekolah sehingga di tempat kerja.

“Orang yang kuat bukan yang banyak mengalahkan orang dengan kekuatannya. Orang yang kuat hanyalah mereka yang mampu menahan diri di saat marahnya.” (HR. Al-Bukhari no. 6114). Assalamualaikum.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

ceritaNasa
N.A.S.A
rate (4.93 / 28)

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

328 Comments on "#ceritaNasa – Dendam (Full story)"

avatar
Inspnurul
rate :
     

Ya Allah . Ak ufham perasaan helki bila dipinggirkn olh kwan2

minah

kesian is3 dia… tapi xboleh nak salahkan helmi juga sbb dia kne buli, so mungkin dia pn dh de sakit mental.. huhuhuhu…

IzzaPauzi
rate :
     

Best story kak nas.. sy mmg follow sume story kak nas.. Kak nas dah jd salah sorg fav writer sy.. Kalo nmpk citer kak nas kluar, skip dulu citer lain.. Teruskan berkarya.. kipidap.. ??

CeritaNasa

Hahaa tq.. i buat yg terbaik utk uolls noqqq

SilentReaderFS

terbaik kak ?? iolss follow rapat2.. Cepat2 up story baru ye..

CeritaNasa

Klo mcm tu cium pipi knan sikit hahhh

SilentReaderFS

Pipi kanan je, pipi kiri skali laaa.. Hehehe ??

#bukangengkunyithaliaserai

Harith
rate :
     

Jangan biarkan kehidupan anda diselubungi dendam….

diandiyana

best best best!!!

Nurul Medina

Wow !! Bestt.. semua kerana dendam.. banyak lak baca cerita berdasarkan dendam !

CeritaNasa

Musim beb… tpi memang banyk pon kisah berkenaan dendam ni..✌??

Balqis
rate :
     

Buli membawa padah.

CeritaNasa

Banyak sgt kes buli skaranh

Luna Ex Faz
rate :
     

Okay nais story.

CeritaNasa

Tq lunaaaa

LUNA

You ni Camellia kan? Why letak nama I dan jadikan luna ex faz? Mabuk ketum ke ape?

Sorry writer I nak komen pasal cerita you ternampak pulak si pentiru I ni.

2 writer walaupun fiksyen tapi I sangat layan! ?

Daus

dia ni dari smalam kepala dia biol si camellia ni…. dok tiba2 kecam orang… lani nak menyamar jadi awek faz pulak…

mira edora

NI KISAH BENAR KE ?

Kris

bestla cerita #kakNasa…kongsila lagi

Kadang ii terfikir pulak, puas ke balas dendam…
tak mendatangkan sedikit keuntungan pun..
Meskipun dia berdendam ber’sebab’
tapi sebab tu tak menghalalkan cara..
lagipun time dia kena buli tu masa zaman kanak ii\remaja..
bila dah besar ,da matang kita boleh berfikir secara waras n rasional kan..
bunuh tu bukan jalan penyelesaian tp jalan ke neraka wei…
memang rasa sakit hati tu akan muncul setiap kali terkenangkan peristiwa gelap tu..
tapi bila da besar tu anggaplah tu history utk djadikan teladan kpd anak cucu
lagipun tu semua time budak ii…si pembuli tu pun budak ii yg baru nak up..
kalau ada anak kena buli , nasihatkan diorang ”jangan berdendam” dan jadila pemaaf..
dan bagitau tindakan sebetulnya… ibu bapa pula janganla jd penghasut suruh anak ii balas balik kpd pembuli tu…tu maknanya kita dah pupuk sikap balas dendam dlm diri anak ii…saya dpt lihat ibu bapa zaman sekarang yg berada di sekeliling saya esp my family suruh anak pukul balik budak yg pukul dia…tak patut tak patut…tapi kalau nak balas dendam, ”kejayaan ” adalah cara terbaik…tunjukkan kejayaan korang kpd si pembuli tu…itu adalah balas dendam yg terbaik..

#2cents

kuih celorot
rate :
     

best

jendy diana
rate :
     

waaaahhhhh..thumbs up..
bercerita sambil mengaitkan dgn isu semasa.. veeeeryyyy good

Budak Biasa
rate :
     

Aku amat faham perasaaan Helmi kena pinggir dengan kawan-kawan dia sebab aku pun macam tu jugak kena pinggir. But, Alhamdulillah dorang dah minta maaf dan aku pun maafkan

Cik Bunga

eeerrrr….x silap aku, ni page cter seram…mmg menarik cter ko..tp..mcm x kena je ade kat page ni..hhmmm…

Si gemuk

?

wpDiscuz