Cicak?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca FS. Nama aku Eira (bukan nama sebenar) dan aku berasal dari Sarawak. Aku masih bersekolah di satu sekolah agama so segala salah silap tatabahasa maaf dipinta kerana PT3 pun belum lagi. Hehe. Dan aku jugak nak minta maaf sebab membahasakan diri aku sebagai ‘aku’.

Belakang asrama perempuan di sekolah aku ada gelanggang bola keranjang. Kalau dilihat dari asrama, sebelah kiri gelanggang bola tu ialah tasik, manakala sebelah kanannya terdapat 3 buah banglo berwarna putih di atas bukit. Antara 3 banglo tu, banglo yang paling besar adalah banglo yang paling dekat dengan asrama dan gelanggang bola keranjang. Di belakang 3 banglo tu, ada satu loji air di mana ia berada di atas bukit jugak, tetapi kedudukan loji tu lebih tinggi dari banglo. Belakang loji tu hanyalah hutan.

Setelah setahun lebih aku bersekolah di sana, macam – macam cerita seram dari senior – senior yang aku dengar. Biasalah tu kan, hidup berasrama memang tak lepas dari cerita seram. Macam-macam cerita yang aku dengar termasuklah asal-usul sekolah, kenapa ini jadi kawasan larangan, kenapa itu ini dan semuanya mesti terselit dengan cerita seram. Tapi aku tak percaya dengan cerita semua tu seperti orang m**i dalam almari pakaian, pelajar b***h diri dalam asrama dan sebagainya aku rasa itu semua karut. Bagi aku, selagi aku tak dengar atau tak lihat, aku takkan percaya.

Suatu hari sewaktu hujung minggu, aku, Cicak, Nofa, Zarina, Jojie dan Diana lepak sementara menunggu azan asar berkumandang. Aku masih ingat hari tu hari Sabtu. Cuma kami berenam saja yang berada dalam dorm tu pada hujung minggu tersebut (Lupa nak bagitau, dorm kami berada di bahagian belakang, maksudnya kalau tengok ke luar tingkap terus nampak banglo). Masing-masing bercerita tentang pengalaman sendiri yang menjumpai makhluk-makhluk ghaib. Tidak terlepas juga aku mem’promote’ page FS sebab mereka memang tercari-cari cerita seram. Haha.

Sedang kami berbual, tiba-tiba Nofa bersuara.

“Kitak orang, mok sik sebelum maghrib hari tuk, kita pergi loji dolok? Ni kita tauk nak, kita temu ‘kawan’baru,(Korang,Nak tak sebelum maghrib ni kita pergi loji dulu? Mana tahu kan, kita jumpa ‘kawan’ baru,)” kata Nofa lalu diiringi dengan hilaian tawanya.

“Kau tuk besar klaka jak pande. Nanggalah kelak, mun antu ya nego kita, mesti nya lok lari pegi suro, (Kau ni cakap besar je pandai. Tengoklah nanti, kalau hantu tu tegur kita, mesti dia dulu lari pergi surau,)” bidas Jojie diiringi hilaian tawa semua orang.

“Maok na takrang tuk pergi atas ya. Dah kes histeria rami-rami (ada masa lain aku cerita) macam taun lepas, sapa juak kenak? Kitak orang juak dianok warden, (Mahu betul korang ni pergi atas tu. Dah kes histeria ramai-ramai [ada masa nanti aku cerita)] macam taun lepas, siapa yang kena? Korang jugaklah yang kena marah dengan warden,” bantah Cicak pula.

“Aihh. Bukan selalu kita pergi kawasan larangan oh. Mun laki boleh pegi sia, kenak kita ompuan sik boleh? Mena sik? (Aihh. Bukan selalu kita pergi ke kawasan larangan. Kalau lelaki boleh pergi ke sana, kenapa kita perempuan tak boleh? Betul tak?)” kataku pula.

Semua orang setuju dengan kataku kecuali Cicak. Muka dia kelihatan resah.

“Apahal muka ko macam ya lak Cak? Kau tuk.. Sik da papa ya. Bak kata ustazah, ‘itu semua perasaan’ (Kenapa muka kau macam tu sangat Cak? Kau ni.. Takde pape lah. Bak kata ustazah, ‘itu semua perasaan’,) ” kataku lagi untuk meyakinkan Cicak.

Tiba-tiba, azan dari surau sekolah berkumandang menandakan sudah masuk waktu asar.

“Udah gik, alu nak layap gik tak orang tuk. Bangun gik, sembahyang asar. Plan petang tuk iboh lupak, kita kumpul lok kat dataran depan asrama pukul 6.00 petang. Sapa lambat aku kandangnya dalam banglo, (Sudahlah, leka pulak korang ni. Bangun lagi, solat asar. Plan petang ni jangan lupa, kita kumpul di dataran depan asrama pukul 6.00 petang. Siapa yang lambat aku kandang dia dalam banglo,)” kata Nofa sebelum berlalu pergi.

–skip–

Tepat jam 6.05 petang, aku pun pergi ke tempat yang telah dijanjikan. Waktu tu aku sudah siap pakai telekung. Kain telekung pulak aku sangkut kat leher. Begitu jugak dengan kawan aku yang lain. Diorang tengah duduk di atas dataran sambil makan-makan.

Aku hitung semua yang sudah berkumpul. Semuanya sudah ada. Tiba-tiba aku terlihat Cicak. Cicak duduk agak jauh dari kawanku yang lain. Dia sedang memerhatikan kami yang sedang berborak sakan dengan senyuman sinis.

“Apahal kau lambat gilak? Lamak da mek orang nunggu kau, kau agik juak nak senyum-senyum, (Kenapa kau lambat sangat? Lama betul kitorang tunggu kau, kau masih jugak nak senyum-senyum,)” marah Diana. Tak sabar katanya.

“Sorrylah. Jalan jammed kat tanggak tek, hehe. Macamlah ko sik tauk, seliparku licin bah, (Sorrylah. Jalan jammed dekat tangga tadi, hehe. Macamlah kau taktau, seliparku licin tau,) ” balasku dengan selamba. Senyuman dibibir memang tak pernah hilang.

“Eh laju gik. Rajin na nak bahas waktu tuk. Lajulah nait gik, kelak mun sik sempat, nangis. Bukan lamak gik masuk maghrib eh, (Eh cepatlah. Rajin betul nak berbahas waktu ni. Jomlah naik lagi. Nanti kalau tak sempat, menangis. Bukannya lama nak masuk maghrib ni,)” Celah Nofa. Dia sememangnya sudah lali dengan sikap melawan aku. Huahaha.

“Ceh, Aku bukannya manjak kedak kau,(Ceh, aku bukannya manja macam kau,)” omelku. Tapi cukup sekadar aku sorang je yang dengar.

Sepanjang perjalanan kitorang naik, memang tak lepaslah tegur itu ini, sana sini ada hantu lambai.

“Nora (aku)! Ada sik ko nangga orang dalam banglo besar nun? Nya ajak kita masuk sia. Hahahaha!! (Nora! Ada tak kau tengok orang dalam banglo besar tu? Dia ajak kita masuk sia. Hahaha!!)”kata Nofa kepadaku.

“Aihh.. Apa tunggu gik? Masuklah ko sorang. Hahaha! (Aihh.. Apa tunggu lagi? Masuklah kau sorang. Hahaha!)” balasku.

Dalam sembang-sembang, aku terlihat Cicak. Cicak masih jugak macam tadi, jauh sikit dari yang lain. Matanya memang tak lepas dari perhatikan kami.

“Cicak! Lajulah gik! Lambat na kau jalan. Dah macam antu gik ku tangga, (Cicak! Cepatlah! Lambat betul kau jalan. Dah macam hantu pulak aku tengok,) “kataku.

Cicak hanya tersenyum melihatku. Senyumannya, memang manis, tapi menyeramkan. Maklumlah, memang secara semulajadinya seram.

“Tek padah sik mok ngan. Dah ku madah, sik da mena kau padah sik, (Tadi cakap taknak ikut. Kan aku dah cakap, takde kau betul cakap ‘tak’) “kata Zarina, sambil tersenyum menang memandang Cicak.

Kami pun sampai ke loji. Jojie, Diana dan Zarina naik ke atas loji dengan menggunakan tangga yang sudah tersedia di tepi loji tersebut. Aku dan Nofa hanya duduk di bawah loji sambil menikmati pemandangan satu sekolah dari atas bukit. Ditambah pula dengan cahaya matahari terbenam, aku dan Nofa memang terpukau dengan kecantikan ciptaan-Nya sehinggakan tak perasan Cicak ntah pergi ke mana.

Allahu akbar! Allahu akbar!

Azan maghrib mula berkumandang. Kami pun decide nak pergi surau. Sewaktu kami nak turun, Jojie bersuara.

“Eh, kita 5 jakkah? Aku, Nofa, Zarina, Nora, Diana… Cicak! Ni Cicak? (Eh, kita 5 je ke? Aku, Nofa, Zarina, Nora, Diana… Cicak! Mana Cicak” Tanya Jojie.

Kami berlima serentak berpaling lalu pandang ke arah loji. Aku melihat Cicak duduk bersimpuh di tengah-tengah di bawah loji. (Faham ke tak. Hehe.)

Kami pun terus menuju ke arahnya. Dia tunduk, tetapi kami dapat melihat matanya masih merenung ke arah kami.

Hari dah semakin gelap. Masing-masing sudah resah memikirkan Cicak yang masih belum berganjak dari tempatnya.

“Cak.. Boleh sik jangan main-main? Aku tauk kau ada talent jadi antu tapi waktu tuk ibohlah nunjok bakat kau,(Cak, boleh tak jangan main-main? Aku tahu kau ada talent jadi jadi hantu tapi waktu ni janganlah kau tunjuk bakat kau tu,)” pujuk Zarina.

“Weh Nora, kenak aku rasa ‘nya’ bukan Cicak oh? (Wehh Nora, kenapa aku rasa ‘dia’ bukan Cicak?)” bisik Diana kepadaku.

Aku terus menampar lembut mulut celupar milik Diana. Mana taknya, mulut langsung takda insurans. Aku sekadar menjelingnya sebagai tanda menyuruhnya diam saja.

Tiba-tiba, kami tercium bau yang tersangatlah wangi. Bau apa aku taktau, tapi yang pastinya itu bukan bau perfume.

“Selalunya mun antu datang, bau bangkai nak? Tapi mun bau wangi, sapa yang datang? (Selalunya kalau hantu datang, bau bangkai kan? Tapi kalau bau wangi, siapa yang datang?) ” Tanya Jojie. Alahai budak ni pun satu, lurus bendul betul dalam hal-hal macam tu.

“Kau, mun mok mintak tampar, klaka gik kau sia!Mun sik tauk, iboh nak tegur papa! (Kau, kalau nak mintak tampar, cakaplah lagi! Kalau taktau, jangan nak tegur apa-apa!)” marah aku.

Pandangan aku beralih semula ke arah Cicak. Aku perasan yang muka Cicak semakin lama semakin berubah dan menjadi buruk! Matanya tajam merenung kami. Mukanya masam mencuka, seolah-olah menahan marah.

“Woi!! Cepat turun!! Cicak dirasuk!!” jeritku sambil laju mengatur langkah meninggalkan yang lain. Aku lari memang tak cukup tanah. Aku takut sangat masa tu. Dalam kepala cuma ingat nama Allah je, ayat-ayat lain semua dah lintang-pukang.

Kawan aku yang lain terus berlari setelah melihat aku tinggalkan mereka. Masing-masing menjerit kerana tak mahu ditinggal keseorangan di belakang. Haha.

Kami pun mengatur langkah ke surau. Semua pelajar yang berada di dalam surau sedang membaca Al-Mulk selepas solat Maghrib. Aduh, terlepas solat Maghrib! keluhku.

Sebelum kami nak sembahyang, kami melihat sekeliling di luar dan di dalam surau. Takut-takut kalau ada warden tengok kami, memang parahlaa nak jawab kami dari mana. Nanti tak pasal-pasal masuk kes disiplin sebab pergi ke kawasan larangan.

Alhamdulillah warden belum datang lagi. Tanpa lengahkan masa, kami pun ambil wuduk dan solat secara bersendirian di luar surau.

Setelah kami semua solat, kami pun masuk ke dalam surau. Baru nak melangkah masuk, tiba-tiba Nofa datang menghampiriku.

“Nora, macam ni ngn Cicak atas nun? Aku bingunglah takut apa-apa jadi ngannya, (Nora, macam mana dengan Cicak atas sana? Aku bingunglah takut terjadi apa-apa,)” kata Nofa dalam nada berbisik.

“Aku pun bingung juak tuk. Nya pun sama juak, kita kaliĀ² nunggahnya, nya agik juak rupa orang bodoh duduk kat dibah ya, (Aku pun bingung jugak. Dia tu pun sama, berkali-kali kita panggil, dia masih jugak macam orang bodoh duduk kat bawah tu,)” kataku pula. Kalau boleh aku dah taknak buka cerita pasal tu. No!!

Kami berlima duduk di dalam surau di satu tempat. Walaupun kami duduk bersama, tapi masing-masing sudah kehilangan suara. Mungkin masih trauma dengan kejadian tadi.

“Hey geng. Best pergi loji? ” Satu suara datang menyapa.

Serentak kami melihat tuan empunya suara tersebut. Terkejut beruk kami masa tu. Rupa-rupanya Cicak! Masing-masing menunjukkan riak wajah hairan kepadanya.

“Ci.. Cicak.. Bi.. Bila kau.. Tu.. Turun? “Terketar-ketar suara Zarina. Mukanya sudah pucat. Begitu juga yang lain termasuk aku.

“Turun? Turun dari sini? Aku nang dari pukul 5.30 petang tadik dah aku stay kat suro sebab nak study. Apahal?(Turun? Turun dari mana? Aku memang dari pukul 5.30 petang tadi dah stay kat surau sebab nak study. Kenapa?)” tanya Cicak.

Soalan Cicak dibiarkan sepi. Kami berlima hanya berpandangan satu sama lain. Sudah tahu jawapannya kenapa Cicak berkelakuan pelik dari mula lagi.

“Hey guys, what’s wrong?”tanya Cicak lagi. Dia langsung tak faham.

“Sik da papa. Cuma nak madah, kamek orang temu ‘kawan’ baru macam muka kau kat sinun tek. (Takde pape. Cuma nak cakap, kitorang jumpa ‘kawan’ baru macam kau di sana tadi.)” jawabku dengan selamba.

“Nora!” serentak Jojie, Nofa, Diana dan Zarina memukulku dengan hanger di kepala, lengan dan kaki.

Aku hanya ketawa melihat muka bengis mereka, especially Nofa. Padan muka! Tulah sape suruh celupar sangat! Kan dah kena! Hahahaha.

Ini berdasarkan pengalaman ku yang paling rare setakat ni. Setelah dapat kebenaran dari semua, aku pun berhasrat nak publishkan ke dalam page FS. Sorrylah kalau terdapat kekurangan dari segi penceritaan. Kalau dapat komen yang positif, nanti aku ceritakan lagi. Sekian.

-Eira-

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

6 thoughts on “Cicak?”

    • Cara awak komen tu menunjukkan “kebodohan diri sendiri yg sangat bangsat” kerana tidak dpt menerima perbezaan dan keunikan org lain… semoga awak insaf. Sedih amat dgn mentaliti awak. Racist much. Hmm… Ireland ye? Hahaha. Tragisnya sbb nama tu tak sesuai dgn awak. Bangsa Ireland bangsa membaca, sukakan ilmu, terbuka kepada perbezaan. Not like you. Lol

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.