#CikguCun – Hantu Cantik Terbang Ke Konvokesyen Ku Di Putrajaya

#CikguCun – Hantu Cantik Terbang Ke Konvokesyen Ku Di Putrajaya

Salam semua, terima kasih kepada Admin publish cerita aku (konfiden ni publish kahkah). Cerita ni pengalaman sebenar yang dialami oleh aku. Aku terpanggil nak cerita sebab kawan aku ni fanatik page ni dan dia paksa aku tulis pengalaman aku untuk tatapan korang kat sini. Cerita ni adalah hasil karya pertama aku. Jangan nak kecam sangat teknik penulisan aku ni. Kecam pun aku tak kesah. Bukan korang bayar aku pun. Nak cerita gaya penulisan best pergi beli beli novel seram kat MPH haha.

Nama aku Radin (mesti la bukan nama sebenar) seorang cikgu. Aku ni lelaki #CikguCun tu bukan cun cantik tu maksud dia tapi ade la gelaran special aku dapat masa kat sekolah dulu. So korang jangan bayangkan aku cun berjihab bagai ye. Aku ni cikgu taf ngan hensem jugak la hahaha. Habis je belajar aku terus posting kat satu kawasan pedalaman di daerah xxxx di negeri Kelantan dalam sekitar tahun 2010. Panjang pulak intro. Baiklah, aku teruskan pengalaman cerita seram (seram la bagi aku) aku.

Hari pertama posting kt sekolah tu aku terus diberikan satu rumah kira macam kuarters untuk cikgu tinggal sebab sekolah ni nun jauh di pedalaman. Rumah aku dapat tu dah lama ditinggalkan dan tak didiami. Masuk je dalam rumah aku tengok rumah tu agak kotor dengan habuk semua. Aku pun kemas la apa yang mampu. Kejadian seram tu terus start hari pertama aku jejak rumah tu memang benda tu dah tak sabar kot nak tunjuk dia dok situ.

Malam tu lepas aku dah kemas dan buat apa yang patut aku pergi mandi. Keluar je dari bilik air aku tengok pintu rumah terbuka. Pintu rumah ye bukan pintu bilik. Aku dah rasa tak sedap hati tapi husnuzon je lah lupa nak tutup kot tadi. Aku tutup pintu tu balik pastu siap-siapkan diri. Keluar dari bilik lepas tu aku tengok pintu tu terbuka lagi. Ok, yang ni kasar gurauan dia. Tak lawak langsung main bukak pintu rumah ni. Memang bagi hint nk halau aku keluar ke apa ni.

Lepas kejadian tu aku terus keluar rumah tenangkan diri kejap. Pergi sembang-sembang dengan pakcik guard kat situ. Masa sembang-sembang tu:-

Aku: Pakcik, rumah saya duduk tu ada apa-apa ke?
Pakcik guard: Ada apa maksud kau ni? Takde apa pun kt rumah tu. Kenapa?
Aku: Ohh yeka, takde apa pakcik. Saje je tnye (segan lg nk cite takut memang takde apa tapi alam hati boleh rasa pakcik guard tu macam nak sorok sesuatu ke apa).

Lepas sembang-sembang tu masuk lah aku ke dalam rumah tu balik. Dalam rumah tu aku rasa memang tak best je. Rasa diperhatikan dan kadang kejap meremang bulu roma. Aku ni dari kecik pernah lah rasa benda mistik ni sebab dulu family aku pernah kena sihir buatan orang yang dengki. Malam tu nak tidur awal pun tak boleh sebab rasa lain macam. Pastu aku call la mak aku saja nak sembang-sembang dengan cerita sekali la apa yang aku rasa kt rumah ni. Tengah sembang-sembang tu tetiba mak aku cakap:-

Mak: Kalau rasa tak sedap hati tumpang lah tidur kat rumah sape-sape kat situ.
Aku: Takpe lah mak, takde apa-apa rasanya. Lagipun dah lewat ni (dh tengah malam masa tu).
Mak: Ok lah kalau macam tu. Tapi kalau rasa tak sedap hati ke tak selesa ke tumpang lah tidur tempat lain ye.
Aku: Baiklah mak.

Pelik pulak mak aku ni tetiba cakap macam tu. Malam pertama tu aku tidur jugak lah kat rumah tu walaupun rasa semacam je. Esoknya, waktu tengah hari macam tu mak aku call:-

Mak: Macam mana semalam?
Aku: Ok je mak, tapi lewat jugak lah baru dapat tidur.
Mak: Mak nak cakap sesuatu ni, semalam mak nak cakap tapi risau pulak kamu takut bila mak bagitahu.
Aku: Kenapa mak? Apa yang mak nak bagitau?
Mak: Semalam masa tengah bercakap dengan kamu, mak dengar bunyi bising kt dalam rumah tu macam ramai orang. Mak ingat ade ramai orang dalam rumah tu tapi mak memang tahu kamu duduk sorang je.
Aku: Ohhh yeke mak, memang saya dok sorang je mak. Takde sape pn dalam rumah ni.
Mak: Mak tahu, tapi yang paling mak seriau nye ade bunyi suara orang cakap “keluar, keluar, keluar”. Benda dalam rumah tu nak suruh kamu keluar la kot. Tak suka ada orang dok tempat dia. Itu yang mak suruh kamu tidur tempat lain kalau rasa tak sedap hati.
Aku: Saya takde dengar apa pun mak. Boleh tahan jugak keras rumah tu. Meremang dh bulu roma saya ni dengar mak cakap macam ni. Nasib baik tak bagitau semalam. Mahu nya saya lari pecut 100 meter mak.
Mak: Kamu buatlah apa yang patut. Mintak tolong sesapa yang pandai benda-benda ni.
Aku: Ok, baik mak.

Habis je perbualan tu memang aku rasa lagi tak sedap hati lah dengan rumah tu. Dah tak mampu dh aku nak husnuzon dengan rumah puaka tu. Selepas hari pertama tu ade lagi lah kejadian-kejadian lain. Setakat pintu terbuka, dengar macam orang bercakap, main tutup lampu tu macam dh biasa lah. Kalau kawan-kawan aku call pastu tanya sapa kt sebelah atau kat rumah tu sebab bunyi bising orang bercakap tu pun dah biasa bagi walaupun takut juga sebenarnya. Tapi aku buat bodoh je dengan harapan benda tu hilang sendiri. Kawan-kawan aku cakap aku ni hati kering boleh lagi dududk rumah tu. Aku takde lah berani mana pun sebenarnya, balik rumah je aku terus pasang ayat-ayat al-quran hahaha.

Kejadian lain yang agak ekstreme berlaku lagi bila aku cerita kat pakcik guard tu keadaan rumah aku sekarang. Pakcik guard tu ada ilmu sikit-sikit pasal benda-benda macam ni. Dia pun datang rumah aku untuk tengok kan apa yang patut. Masa dia datang tu dia tengok la dalam rumah aku tu. Pastu dia jumpa satu kuali kecik lama dah macam artifak gitu. Pakcik guard tu dengan selamba cakap ni bekas makanan benda tu ni pastu dengan selamba lagi terus ambil buang. Lepas je kejadian dia pergi buang kuali kecik tu. Malam tu terus kena kacau tapi bukan aku lah. Rumah sebelah aku budak kerja kantin yang kena. Dia cerita tengah malam tu dia bunyi pintu rumah dia kena cakar pastu dengar suara mintak air. Seram nak mampus kot nasib lah tak cakar pintu rumah aku haha. Pakcik guard tu pun satu hal konfiden giller dia pergi buang kuali kecik tu macam tu je haha.

Kejadian seterusnya kat rumah puaka tu yang aku tak akan lupa bila suatu malam tu aku nak tidur. Tengah-tengah baring nak tidur tu. Tetiba aku dengar ade suara kat sebelah aku:-

Benda tu: Cikgu, cikgu duk diam-diam ye. Nak test cikgu.
Aku: Memang diam tak mampu nak jawab apa la. Giler kau benda tu siap panggil aku cikgu lagi kot. Haha. Pandai pulak ko hormat guru ye. Sopan hantu ni. Tapi series tak lawak langsung ye masa tu. Aku pasrah dan redho je bila dengar tu. Nak test apa la aku fikir masa tu. Jangan bagi soalan kimia sudah lah.

Lepas je benda tu cakap, terus aku rasa ada benda peluk aku dari belakang. Masa tu aku tengah baring mengiring. Perghhh.. dapat dakapan kemas dari benda tu. Aku memang statik la tak bergerak apa pun. Ada la dalam 2 3 minit baru la dilepaskan dakapan mesra itu. Masa tu aku rasa jantung aku dah kat bawah katil dah. Kalau aku pakai fitness band mase tu aku rasa heart rate aku time tu 300 kot. Memang benda tu betul-betul nk test aku punya jantung kot. Sesungguhnya test yang dia bagi tu lagi susah nak dihadapi daripada exam SPM. Kalau suruh aku jawab test paper kimia pun aku sanggup lagi daripada kena peluk tu. Memang kasar gurauan benda tu. Malam tu aku tidur agak lewat tunggu jantung aku kembali ke degupan normal.

Peristiwa seram paling epik kat rumah puaka tu bermula apabila suatu hari tu aku takde keja pergi la selongkar bilik stor kat rumah tu. Di sini lah punca kenapa benda tu marah dan ikut aku sampai ke Putrajaya hahaha. Aku saja la tengok apa yang ada. Dalam tu ade congkak yang memang nampak lama dan antik. Pastu ada cermin lama tergantung kat dinding dan kain kuning dalam almari. Aku ni pun boleh tahan sengal pergi amik cermin dengan kain kuning tu bawak masuk bilik aku. Cermin tu aku letak dalan bilik memang sebab aku nak guna. Cermin tu sangat pelik sebab nampak macam berkabus macam kau hembus nafas kat cermin tu tapi cermin ni kau lap bagai tak hilang ok kabus tu. Aku dah sental pun tetap degil tak hilang. Cermin tu sebenarnya tengok pun aku dah rasa seram dah macam cermin puaka dalam cerita snow white tu tapi aku buat bodoh je. Malas nak pikir banyak benda-benda macam ni.

Untuk pengetahuan korang, sekolah aku mengajar tu adalah sekolah pertama aku di posting lepas belajar. Aku punya konvokesyen belum lagi masa tu dan akan di buat di Putrajaya. Pergi lah aku ke Putrajaya untuk majlis konvokesyen aku tu. Masa konvokesyen tu macam biasa lah jumpa kawan-kawan belajar dulu. Kawan-kawan yang baik dengan aku memang tau lah pasal keseraman dan kepuakaan rumah aku ni. Masa sembang dengan diorang semua tu diorang semangat lah tanya aku apa lagi cerita seram kat rumah tu.

Tengah sembang tu tetiba ada sorang kawan aku ni nama dia Bard (yang mana aku tak berapa rapat pun) tanya soalan macam pelik dan lain macam:-

Bard: Dekat rumah ko tu ade 2 pasu bunga kan?
Aku: Ya.
Bard: Rumah ko ade tiga bilik dengan satu stor kan?
Aku: Ya.
Bard: Dalam bilik stor tu ade cermin, congkak dengan kain kuning kan?
Aku: Ya, macam mana kau tahu? (series pelik sebab aku tak pernah cerita kat sesapa pun details rumah aku ape tah lagi kat dia sebab memang kitorang tak rapat pun).
Bard: Dalam bilik kau duduk tu ade perempuan cantik rambut panjang. Bilik sebelah kau tu ade jin botak bertocang duduk .
Aku: Macam mana kau tahu benda-benda ni? (Aku dah seram campur pelik dah masa ni).
Bard: Benda tu tak suka kau amik cermin dia dan alihkan kain kuning dia dalam bilik stor tu (gaya masa dia cerita tu macam marah semacam).
Aku: Oohh.. Yeke (masa ni aku tak tau nak respon apa dah)

Perbualan tu pun macam mati dan tergantung kat situ sebab masing-masing lepas tu sibuk dengan family bagai semua. Tapi aku tetap tak puas hati sebab macam mana dia boleh tau semua benda kat rumah aku tu. Sebelum selesai majlis konvokesyen tu aku cari Bard tu dan nampak dia dekat parking kereta. Aku pun pergi la jumpa dan cuba nak tanya dia kenapa dia boleh tahu semua tu. Tapi tergantung lagi sebab ada kawan-kawan aku yang lain datang dan kami sembang sekejap dan masing-masing terus balik.

Lepas kejadian di Putrajaya tu aku memang tak puas hati lagi pasal tu sebab tak sempat tanya kawan aku tu macam mana dia boleh tau pasal rumah aku. Dalam 2 minggu lepas tu baru aku call dia. Aku terus call:-

Aku: Helo, aku ni Radin. Apa kabar?
Bard: Ye, Radin. Aku baik je.
Aku: Aku call kau ni nak tanya pasal sikit ni pasal hari tu kat Putrajaya.
Bard: Aku pun dah lama nak call kau sebenarnya tapi tak dapat-dapat (aku rasa dia call no lama aku yang memang takde line kt sini). Aku pun ade benda nak bagitau kau jugak ni. Masa aku kat Putrajaya tu sebenarnya aku pun tak tau apa jadi dengan aku. Memang aku tak sedar sangat.
Aku: Maksud kau? Kau tak sedar macam mana tu?
Bard: Aku memang tak ingat sangat apa jadi masa tu. Kalau kau nk tau lepas dari kita jumpa tu aku pergi jumpa ustaz berubat. Ustaz tu bagitau aku benda dari rumah kau tu masuk dalam badan aku masa kat Putrajaya tu.
Aku: Ohh yeke, patut lah kau tau semua benda dalam rumah aku. Aku dah pelik kenapa semua benda kau tau dalam rumah tu.
Bard: Lepas kejadian tu memang aku jadi tak berapa betul sikit. Benda tu macam melekat kat aku kot. Ustaz yang rawatkan aku tu cakap benda yang kacau aku tu perrempuan cantik yang duduk dalam bilik kau tu.
Aku: perghhh, biar betul (masa ni aku dah meremang tak tau rasa macam mana dah dan aku kagum dan terharu sama sebab gigih dia terbang sampai ke Putrajaya melawat konvokesyen aku haha).
Bard: Aku dah ok sekarang. Dah takde gangguan dah.
Aku: Ohh, baguslah macam tu.

Lepas aku call si Bard tu baru la aku faham semua tu. Sampai ke Putrajaya Ok dia ikut aku semata-mata nak sound aku huhuhu. Aku dapat tau jugak si Bard tu macam ade belajar benda-benda mistik ni kot itu yang dia dipilih jadi medium kepada makhluk perempuan cantik tu kot masa kat Putrajaya. Tapi kesian kat dia sebab lepas kejadian tu dia kena pergi berubat sebab benda tu macam dah melekat kejap kat dia. Daripada apa yang aku diberitahu oleh orang yang pandai benda-benda mistik ni pasal kat rumah aku ni. Kat rumah ni ade jin botak bertoncang, Perempuan cantik dengan budak kecik. 3 ekor semuanya, ramai ok housemate aku sebenarnya hahaha.

Lepas kejadian tu ade je lagi gangguan-gangguan lain tapi aku dah macam terbiasa semua tu. Aku pun dh buang semua barang-barang puaka yang aku cakap jumpa kt bilik store tu dan since lepas tu gangguan masih ada tapi tak lah ekstreme macam dulu dan lama-lama makin kurang. Setakat itu saja cerita aku dulu untuk penulisan pertama aku ni. Kalau ade sambutan aku sambung cerita-cerita lain lagi kt sekolah aku tu. Banyak lagi kejadian lain selain kat rumah aku tu. Biasa la sekolah pedalaman. Student-student aku yang ada saka bagai ni pun dah biasa aku tengok. Budak-budak gaduh sebab saka sama saka berlawan pun ada. Giler seram kot kalau tengok huhu. Ok yang tu aku cerita next kalau ada kesempatan. Terima kasih kerana membaca. #CikguCun

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

#CikguCun
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

19 comments

  1. hantu pon pandai panggil cikgu..hebat..
    lg 1…aq engt benda tu terbang kat atas bumbung ke ape ke…rupenye terbang naik flight..hahhaah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.