Categories: Kisah Seram

Cintaku Matinya Aku

Tikk..tikk..tikk..
Bunyi jarum jam bergerak jelas kedengaran. Ismail masih merenung ke luar jendela. Hatinya masih terasa celaru rindu, kisah hidup bermain dalam akal fikirannya. Rindu kepada seseorang yang tidak pernah dilihat dengan mata kasar.
“Apa lagi yang kamu renungkan tu Mail? Sudah pukul 1 pagi ni, tidurlah” Tiba-tiba ibunya muncul di belakang.
“Tiada apa ibu, saja menikmati udara malam ni” jawab Mail tanpa menoleh, yang sebenarnya dia cuba menyorokkan tangisan kecilnya.
“Ibu kenal sangat anak ibu, jika kamu ada benda nak diluah, kongsilah bersama ibu” siibu cuba memujuk anaknya.

Suasana menjadi sunyi kembali, Ismail tidak menjawab pujukan ibunya. Dia terlalu sukar untuk terang dan luahkan kepada sesiapa. Apabila melihat Ismail terus berdiam, ibunya mulakan langkah untuk keluar dari bilik anaknya itu. Namun sewaktu kaki ibunya baru melangkah di luar bilik.

“Ibu percaya tak dengan cinta?” Tanya Ismail tiba-tiba. Membuatkan kaki ibunya terhenti dari terus melangkah, dan terus memusingkan tubuhnya menghadap Ismail yang masih merenung ke luar jendela.
“Mestilah ibu percaya, jika tidak! Bagaimana kamu terlahir” Jawab ibunya.
“Tetapi bagaimana dengan cinta yang kosong ibu?” tanya Ismail lagi.
“Maksud kamu?”
“Cinta pada sesuatu yang tidak di ketahui kewujudannya?”
“Kau mencintai, tetapi tidak tahu dengan siapa?” ibu Ismail cuba memahamkan situasi anaknya.
“Lebih kurang begitulah ibu” Jawab Ismail lagi.

Ibunya terdiam tidak mampu berkata apa-apa. Dia tidak mampu untuk menjawab soalan anaknya itu. Dengan perlahan si ibu mengucapkan selamat malm sebelum berlalu meninggalkan Ismail yang masih dalam dilema.
‘Manusia tidak akan paham apa yang aku rasakan ketika ini’ Ismail bermonolog sendirian. Dia menutup tingkap biliknya lalu terbaring merenung siling bilik. Jiwanya terasa amat sakit, jika ingin diluahkan dia sendiri tidak tahu. Rindu, sayang, dan keliru bercampur baur ketika itu. Kelopak mata Ismail mulai berat dan perlahan-lahan tertutup. Sunyi, sepi tiada lagi resah jiwa, tiada lagi rindu bergelora.

“Ismail, marilah” terdengar suatu suara lembut memanggil namanya.

Huhhhhh!
Ismail tersentak dari tidur, pantas dia melihat jam di dinding. “Eh! Pukul 8:00pagi dah!” Ismail menjerit dalam hari. Tiba-tiba Ismail terpaku, kini dia makin terkejut apabila melihat biliknya berubah. Dilihat pula cadar dan katil, ternyata benar! ‘aku dimana!’ Ismail bermonolog sendirian. Jendela bilik di buka perlahan, ‘Astagfirullah…’ Ismail terkejut apabila melihat pemandangan diluar sangat indah. Di hadapn matanya kini taman Flora dan fauna yang amat unik. Haiwan-haiwan seakan jinak, malah tidak lari apabila melihat Ismail.

“Ibuu.. Oh Ibuuuu” jerit Ismail memanggil ibunya untuk bertanya kejadian yang berlaku. Sebenarnya dia sendiri dalam keadaan panik, teruja, takut malah gembira.

Tiada sahutan dari ibunya, lantas dia berlari membuka biliknya untuk keluar. Sebaik pintu terbuka Ismail terpaku, masa bagaikan terhenti. Dihadapannya kini ada 3 orang wanita, Seorang berusia dalam lingkungan 20an manakala lagi dua wanita berusia anggaran 40an. Dua lelaki bertubuh agak besar juga ada di hadapan Ismail.

“Isma sudah bagun?” tiba-tiba seorang gadis berumur lingkungan 40an itu menegur.
“Isma?” Ismail sedikit pelik,lalu menoleh kebelakangnya.
“Kenalkan ini Atrima, mereka datang untuk berjumpa kamu” Ujar gadis itu lagi.
“Mana ibu saya? Siapa kamu semua?” Ismail mula ketakutan. Jantungnya mulai berdegup kencang.
“Nampaknya kamu sudah lupa, jawab salah seorang lelaki di hadapan Ismail.
“Lupa? Saya hilang ingatan ke?” Bentak Ismail semakin takut.
“Marilah ibu tunjukkan semuanya” Balas wanita tadi.

Ismail berjalan perlahan menghampiri mereka, sambil matanya melihat keadaan ruang tamu itu. Indah dan cantik seni binanya, diperbuat dari kayu dan corak kayu itu jelas kelihatan. Unik mempersona!.
Ismail duduk berhampiran mereka, dia masih dalam terpinga-pinga bagai orang bodoh mengikut arahan.

“Kamu lihatlah wajah Atrima ini, pasni kamu akan kenal” kata wanita yang mengelarkan dirinya ibu.

Ismail melihat gadis di hadapannya, gadis muda itu membuka purdah selendangnya dan melemparkan senyuman kepada Ismail.
Ismail melihat wajah Atrima lalu jantungnya berdegup kuat, kepalanya menjadi pening dan melayang. Perasaan cinta dan rindu itu kembali semula.

“Isma bila isma akan datang jumpa Atrima lagi?” tanya Ritma
“Nanti Isma datang, tapi Isma kena beritahu keluarga Isma dahulu” balas Isma lembut.
“Bilaa?” Ritma bersuara manja.
“Umur Isma 25 nanti ya”
“Janji?” tanya Ritma
“Janji!” balas Isma sambil melemparkan senyuman.

Atrima bangun kemudian menarik tangan Isma supaya mengikutnya. Isma hanya akur lalu bangun turut mengikut. Dari bejalan kini langkah Atrima semakin laju dan seakan berlari anak.

“Cepatlah Ismaa” Ritma menjerit manja sambil berlari anak.
“Nak kemana?” Tanya Isma dalam larian mengejar Ritma.

Tiba-tiba Atrima berhenti dari berlari, langkahnya jadi perlahan dan akhirnya berhenti. Isma turut berhenti dari berlari dan berjalan perlahan menuju ke Atrima.

“Ada apa Ritma?” Tanya Isma apabila melihat dihadapannya hanya ada rimbunan pokok.
“Lihat tu!” Balas Ritma sambil menunjuk ke arah rimbunan pokok di hadapan mereka.

Perlahan-lahan rimbunan pokok itu hilang bagaikan gabus dan kini dihadapan Isma jelas sebuah pemandangan dari atas gunung yang tinggi.

“Waahhhh cantiknya!” Balas Isma sebaik melihat hijauan pokok.
“Inilah hujung sempadan negara kita” balas Ritma sambil duduk di atas tanah.

Isma turut duduk bersama, mereka bergelak tawa dan bergurau senda sebelum tiba-tiba kedengaran tangisan Ritma. Isma menoleh ke arah Ritma, dia tergamam melihat gadis itu menangis. Tetapi dia hanya mampu diam melihat sahaja.

“Isma ambil ni,” Tiba-tiba Ritma menghulurkan sekuntum bunga cempaka dan sebentuk cincin bertatangkan batu merah.
“Waa, cantik. Terima kasih!” Isma mengambil pemberian Ritma lalu terus menyarung ke jarinya.

Isma memandang wajah Ritma, air mata Ritma di kesatnya. Tidak sanggup dia melihat gadis itu menangis.

“Ritma” Ismail menyebut nama Atrima. Semua yang ada ketika itu tersenyum. Nampaknya Ismail sudah ingat kembali.
Ismail melihat gadis cantik di hadapannya kini. Air mata gadis itu mengalir laju melihat Ismail.

“Isma sudah lupakan Ritma ke?” Sayu suara Atrima bertanya.
“Maafkan Isma” Jawab Ismail, sambil menyentuh wajah Ritma.

Suasana di rumah agam kayu itu menjadi sayu.

“Jadi bagaimana sekarang?” tanya lelaki yang duduk di belakang Atrima.
“Terpulang pada Isma” jawab wanita yang duduk bersama Ismail.
“Bagaimana apa? Saya tidak faham?” Ismail menoleh ke arah wanita itu.
“ Perkahwinan kamu bersama Atrima” Jawab lelaki dibelakang Ismail.
“Baiklah, Saya setuju” Jawab Ismail tenang.

Mendengar persetujuan dari Ismail. Maka segala persiapan dan tarikh ditetapkan, Majlis besar-besaran di buat. Cinta Ismail pada Atrima sangat dalam, sehinggakan dia tidak berfikir panjang. Malah ingatannya pada Ritma sudah kembali membuatkan dia semakin sayang dan cintakan Ritma.

“Ismaill…Ismaill…. “ Sayup kedengaran suara Ibunya memanggil. Barulah Ismail terfikir tentang keluarganya.

Ismail melilau memandang sekeliling, Dia berlari keluar dari rumah agam kayu itu.

“Ibuuuuu…” Ismail menjerit.

Atrima turut berlari keluar dari rumah dan mendapatkan suaminya. Lalu dia berkata.

“Abang pulanglah, tetapi jangan lupakan Ritma di sini”
“Abang tidak akan lupakan Ritma” Balas Ismail sambil tangannya menyentuh pipi Ritma.

Suasana semakin berubah, keadaan semakin gelap dan akhirnya tiada apa yang mampu dilihat oleh Ismail. Hanya sesekali terasa pipinya bagai ditampar.
‘Aduhh’ Ismail mengaduh apabila tersadar. Dirinya sedang terbaring di katil. Manakala ibu dan ayahnya sedang duduk di kiri dan kanannya.

“Eh! Kenapa ibu?” Tanya Ismail apabila melihat dia dikelilingi ibu dan ayahnya.
“Kau tu! Tak reti bangun ke!” Kata ayahnya.
“Baru pukul 3 pagi” jawab Ismail apabila menjeling ke arah Jam di dinding.
“Jam 3 pagi, tapi hari ni dah satu hari berlalu!” Jawab ayahnya lagi.
“Haaaaa!” Ismail mencapai Handfonenya untuk melihat tarikh.
“Subahanallah..” Ismail terkejut apabila melihat sudah 1 hari berlalu.
“Bangun! Makan lah nasi goreng ibu dan ayah ada beli dekat dapur tu” pesan ibunya sambil berlalu pergi.

Ismail duduk termenung memikirkan apa yang dilaluinya. ‘Arghh Atrima’ bisik hati Ismail. Jantungnya berdegup kencang, perasaan rindu itu mula datang.
Semenjak dari kejadian itu Ismail telah kematian hatinya. Cintanya pada Ritma sangat dalam sehinggakan tiada lagi cinta kepada manusia.

“Ishhh.. sampai macam tu sekali ye cinta si Ismail” Tiba-tiba anak buah aku bersuara.
“Haaa, Cintaku Matinya Aku’, itulah yang terjadi kepada Ismail” jawab aku kepada anak buah ku.
“Lahh.. Jadinya Ismail tidak berkahwin la ye pak ngah?” tanya anak buah aku lagi seorang.
“Tak, Sampai sekarang”
“Macam Pak Ngah la ye?”
“Eh mana ada, pak ngah sebab belum jodoh” Jawab aku sambil bangun untuk bersiap solat maghrib.
“Alaaa Pak Ngah, cerita lah lagi. Macam mana Ritma leh jumpa Ismail?”
“Nanti Pak Ngah cerita ye, ingat korang. Jangan suka main terjah je hutan belantara. Dah pergi siap-siap kita solat sama” pesan aku.
“Baikklah!.. Nanti malam ni cerita lagi ya”

Aku hanya melempar senyuman. Riang mereka, gelagat mereka tidak ubah seperti anak Isma dan Ritma. ‘Arghh apa aku mengarut’ bisik hati aku.

By : Lawliet L

@Lawliet
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Editorial Department

View Comments

  • @Lawliet, cerita ini memang menarik tapi bagi saya gaya penulisan agak abstrak. Saya resah memikir siapa Ismail, siapa Pak Ngah, siapa Aritma dan nasi goreng yang dibeli pada pukul 3 pagi. Tapi yang paling saya ingin tahu ialah ini cerita benar atau hanya nukilan ilham? Bagaimanapun, penulis memang pandai menggunakan bahasa dan saya suka kalau penulis terus berkongsi kisah ini. Saya yakin semua persoalan akan terjawab dalam kisah seterusnya. Syabas, teruskan bercerita dan terima kasih.

    • Sebenarnya Pak Ngah adalah diriku yang menceritakan kisah Ismail dan Aritma.. terima kasih kerana sudi membaca.. kisah ini adalah rekaan yang terhasil dari kisah yang diceritakan seseorang kepada ku..

      maafkan saya jika bahasa yang digunakan tidak menarik dan sesuai.. terima kasih kepada semua yang sudi membaca kisah ini

  • Ad 1 game ni yg boleh buat sesiapa pon takut n berlari lintang pukang di mana sahaja siang or malam.
    Cara nya kqlqu 0r4ng p3r3mpuan nk main game ni, pqkqi purdah n jubah hitam,bawak beg bersama,time kt mall or airport angkat beg tu tinggi-ii pastu berlari ke arah orng ramai sambil jerit (AllahHuakbhar!) auto sesiapa yg berada di sekeling akan berlari lintang pukang
    Bagi untuk lelaki pon sama jugak pakai kopiah and jubah putih(buat perkara yg sama diatas)
    Selamat mencuba!

  • Sebenarnya Pak Ngah adalah diriku yang menceritakan kisah Ismail dan Aritma.. terima kasih kerana sudi membaca.. kisah ini adalah rekaan yang terhasil dari kisah yang diceritakan seseorang kepada ku..

    maafkan saya jika bahasa yang digunakan tidak menarik dan sesuai.. terima kasih kepada semua yang sudi membaca kisah ini

  • insyallah akan ada sambungan, cuma tidak di janjikan bila. akan saya ceritakan sambungannya.. terima kasih semua

  • insyallah akan ada sambungan, cuma tidak di janjikan bila. akan saya ceritakan sambungannya.. terima kasih semua

  • jalan cerita ok.. tp mcm pelik sikit la part ismail dah tak bangun sampai sehari tiba2 mak ayah kejut2 mcm tu utk bangun, pukul 3 pagi? dah tu takde pulak risau ke apa sbb tak bangun.. tiba2 suruh pegi mkn nasi goreng, pukul 3 pagi??

    hmmm

  • assalamualaikum, jujur sy tertarik dgn cerita dan jalan cerita yg menarik dan juga saya teringin nak tahu kisah selanjutnya.. bila sy bce, sy boleh imagine keadaan situasi tu.. juga sy ada sdikit sbyk story benar yg menarik dgn dunia mistik.. dan minta maaf terlbih dahulu jujur nye sy mengambil sdikit sbyk dari jln cerita tp ada ubah suai jln cerita nya dan di jd kn as novel di apps wattpad.. jika ada apa2 info email sje sy.. tq

Share
Published by
Editorial Department

Recent Posts

Kepala Berguling!

Terima kasih kepada team FS dan jemaah pembaca FS. Kali ini aku nak kongsikan cerita pengalaman salah seorang sahabat aku.....…

5 hours ago

BAWAK BALIK KAWAN

Terima kasih kepada admin sebab publish cerita ni. Cerita ni bukanlah cerita yang terlalu menyeramkan tetapi lebih kepada untuk berkongsi…

15 hours ago

Bayang Hitam Misteri

Assalamualaikum semua. Aku nak kongsikan pengalaman aku sendiri yang bagi aku seram juga bila diingat semula.. Aku perempuan & berumur…

21 hours ago

HANTU JERANGKUNG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nama saya Ariana(bukan nama sebenar) dan berumur dalam lingkungan 20-an. Peristiwa ini telah hampir setahun berlalu.…

2 days ago

Silat Pusaka Batin

Assalamualaikum pembaca FS.Aku dikenal sebagai Nia. Seni silat di dalam masyarakat melayu sangat tidak asing lagi. Majoriti orang mlayu tulen…

2 days ago

BELAAN DATUK

Assalamualaikum buat semua pembaca tegar Fiksyen Shasha. Untuk pengetahuan semua ini merupakan penulisan aku yang pertama kali si FS. Tetapi…

2 days ago