Assalamualaikum warga pembaca setia Fiksyen Shasha. Terima kasih kepada admin FS andai kiriman kali ini disiarkan. Intro aku tak lah terlalu Panjang. Cukup aku kenalkan diri sebagai Umi. Dah berkahwin, anak 4 orang, tinggal di Negeri paling selatan di semenanjung Malaysia. Aku bekerja dengan syarikat besar di Negeri tersebut. Tahun ni baru masuk 7 tahun aku bekerja di sini. Kisah yang akan aku ceritakan kali ni pengalaman aku berkhemah di sebuah resort yang terletak di laluan utama ke Pulau Sibu. Tak perlulah aku reveal tempat tu. Cukup setakat itu clue yang aku berikan.
Perkhemahan tersebut adalah anjuran sebuah NGO sukarelawan yang aku sertai beberapa tahun lalu. Sebenarnya takdelah macam camping sangat. Tiada khemah didirikan. Cuma menginap di dorm yang telah disediakan. Semasa hari pertama (pendaftaran), kumpulan aku tiba lewat dari kumpulan yang lain. Sampai di tempat berkumpul (resat), kami terpaksa duduk di bahagian barisan paling hadapan. Normal orang kita suka memenuhkan ruang belakang dan tinggalkan barisan kosong di hadapan. Takut kena soal agaknye. Kelakar. Kalau kepercayaan Cina, semasa persembahan Opera Cina, barisan hadapan akan dikosongkan untuk memberi ‘hantu-hantu’ duduk menyaksikan persembahan. Semasa mendengar taklimat program, aku terhidu bau bangkai yang sangat kuat. Sampai hidung aku bersin berkali-kali tanpa henti. Akibatnya, aku mengalami selesema serta merta. Bukan aku sahaja yang bersin. Mamat belakang aku pun aku dengar dia bersin berkali-kali. Aku assume dia pun bau jugak. Tapi, mulut aku ni sangat gatal. Tegur perkara tersebut.
Aku bertanya kawan sebelah aku,
Aku : Weh ko ada bau bangkai tak? Kuat gile bau.
Kawan : Mana ada lah akak ni. Kita tak de bau apa2 pun… (Kita = panggilan saya/aku utk orang Negeri aku dan Negara jiran.. )
Pelik nya.. Tak kan lah aku yang sebenarnya berbau bangkai???
Bau tersebut sangat sengit hingga memeningkan kepala otak aku. Aku bersangka baik sebab aku ni adalah orang yang positif. Mungkin kawan sebelah aku memang tak bau. Aku perhatikan sekeliling kawasan perkhemahan (Dorm Penginapan). Tak ada pulak aku Nampak apa-apa bangkai haiwan. Misteri~~~
Tiba pembahagian tempat penginapan. Wanita dari kumpulan aku cuma 2 orang. Kami ditempatkan di dalam dorm yang paling hujung sekali berdekatan belukar, connection ke pantai. Dorm tersebut dibahagi 2 bahagian dan jadi 2 bilik dengan 2 pintu. Maknanya, satu bangunan dorm tersebut ada 2 bilik. Sebenarnya ianya 1 bangunan dorm, tapi dibahagi menjadi 2 bilik. Sebab bangunan dorm lain semua ada 1 pintu je. Haaa… faham tak ekk… Harap korang faham la ekk… Dalam bilik aku ada 5 katil double-decker. Aku pilih katil paling depan selangkah je dari pintu keluar-masuk. Selepas berkenal-kenalan dengan penghuni bilik tersebut yang dari kumpulan lain, aku ke bilik air yang terletak di hujung bilik berkenaan. Aku pelik ada lopak air besar depan pintu bilik air.
Aku bertanya pada kawan baru aku dari kumpulan lain tu. Sebab dia orang pertama ada dalam bilik semasa aku dan kawan aku masuk. Mas nama dia.
Aku : Mas, lopak air apa ni?
Mas : Tak taula. Baru perasan. Ada paip bocor tak…
Aku periksa pili sinki, tiada yang bocor. Mulanya aku anggap mungkin cleaner baru basuh bilik air pagi tadi. Tapi rupanya bukan. Sebab apa aku cakap bukan? Sebab masa aku dlam tandas, aku nampak banyak tahi cicak dalam mangkuk tandas dan sekeliling pili air. Geli-geli aku pegang pili nak buka air. Sabar jelahhh… Eh, tapi air apa pulak berlopak depan pintu bilik air ni ye? Wallahu a’lam. Misteri~~~~
Selepas selesai semua, kami diminta berkumpul di resort untuk makan tengahari. Sepanjang perjalanan melalui pantai (ikut jalan connection ke pantai sebelah dorm aku tinggal) untuk ke resort, aku sakit kepala sebab effect sinus aku (peristiwa bersin tadi). Selepas lunch, kami diberi taklimat tentang acara keesokan hari iaitu Explore Race Menyelamat. Dah nama pun NGO sukarelawan, kena la ada kemahiran menyelamat. Semua berjalan lancar sehingga petang. Taklimat terakhir tentang Explore Race Laut. Kepala aku makin berdenyut. Air start meleleh melalui hidung. Oh, ya lupa nak mention. Aku mengikut perkhemahan tersebut bersama suami tercinta. Jadi kami adalah pasangan suami isteri di dalam program tersebut. OK, sambung. Suami aku ke pasukan medik untuk minta Panadol dan ubat selesema dan ubat allergic. Aku telan time tu jugak sebab tak nak ada masalah keesokan hari. Yelah, datang perkhemahan, tapi tak dapat join aktiviti. Tak best, kan….
Selepas habis taklimat, kami bersurai dan balik ke dorm masing2. Aku bergerak dulu tinggalkan kawan dari kumpulan aku. Aku namakan dia Milah la ye. Sebab tadi aku dah telan ubat, kesannya dah start masa aku dengar taklimat terakhir. Waktu tu hari dah rembang senja. Lagi 10minit akan masuk waktu Solat Maghrib. Ketika Milah sedang menaiki tebing pantai, tiba-tiba kaki dia cramp. Macam kena simpul biawak tu. Terkapai-kapai dia seorang diri. Ini dia cerita pada aku. Adalah sorang dua yang tertinggal termasuk budak medik. Mulanya rawatan kecemasan diberikan berkali-kali, namun cramp nya tak juga hilang. Datang sorang mamat berjanggut ntah dari kumpulan mana membantu dengan menolak tapak kaki sambil membaca-baca (mampak mulut terkumat-kamit). Barulah cramp tersebut hilang serta merta. Tapi still sakit lagi. Milah pun berjalan pulang ke dorm dengan kaki terdencot-dencot.
Aku pulak pada ketika kejadian sedang dalam perjalanan balik ke dorm. Sampai di belukar (connection ke pantai), aku nampak langsir tingkap dorm aku diselak beberapa kali. Aku assume budak yang last keluar tak tutup kipas atau air cond. Tapi tekaan aku salah. Bila pintu dibuka, aku orang pertama yang masuk. Kipas tidak bergerak, aircond juga switch off. Aku ke bilik air, lopak air telah tiada.
Aku tanya pada yang Milah,
Aku : Milah, perasan tak, lopak dah tak ada. Bila masa pulak cleaner masuk dorm kita ni?
Waktu tu aku tak perasan Milah baru lepas melalui detik cemas diserang cramp kat tepi pantai.
Milah : (termengah-mengah jalan dencot2)..Ntah la kak…huhhh…
Aku baru perasan keadaan Milah, bertanya,
Aku : Ko kenapa Milah?
Milah : Kaki kite cramp la kak. Sakit ni haaa betis nih…Nasib ada mamat janggut tolong baca2 tadi… (sambil buat muka kesian)
Terus aku terlintas dalam otak, misteri lagi. Aku terus capai tuala dan mandi. Nak masuk Maghrib dah. Milah masih urut2 betis. Bukan aku tak nak tolong, tapi, dalam situasi perkhemahan kami, dengan pusat berkumpul dan dorm jauh dalam 1.5km, aku perlu kejar masa. Selesai solat, baru aku dapatkan Milah.
Aku : Milah, ko boleh tak esok ni? (Pertandingan Explore Race)
Milah : Boleh kot kak. Tapi, nak jalan kaki pegi makan malam ni. Takut nanti makin teruk plak banyak jalan.
Aku : Eh, takkan ko nak stay dorm sorang2?
Aku dan Milah pandang sekeliling dorm.
Akhirnya Milah mengalah ikut kami jalan kaki sambil aku ajar dia senam stretching otot yang tersimpul tadi. Selepas makan malam, kami diberikan taklimat lagi tentang pertandingan esok. Selepas itu kami berbincang strategi kami untuk pertandingan esok. Berlatih segala ikatan simpulan yang dah berkurun tinggalkan. Jadi bengap balik..Hehehe…Kami selesai jam 23:30. Esok kena bangun pagi2 untuk PT. Kami pun balik ke dorm. Tapi kali ni kami menaiki kenderaan kompeni yang kami gunakan untuk tunda bot. Sampai dorm, kami solat, dan tidur. Tak banyak cerita lagi.
Esoknya pagi2 aku orang pertama bangun. Aku dengar di sebelah kiri aku (tingkap) macam ada orang bernafas kuat serta aku perasan bayang seperti orang sedang berdiri di penjuru yang ada tong sampah. Oh, ya lupa nak cerita. Penghuni dorm aku ada 3 orang yang tak solat, datang bulan. Terus otak aku yang separuh sedar ni mengiyakan bayangan tersebut adalah hantu yang suka darah haid. Eh, ntah kenapa aku terfikir macam tu. Serius, otomatik. Tapi, aku tak seram atau takut. Aku bangun, dan perhati betul2 bayangan tersebut. Eh, dah tak ada. OK, fine. Aku abaikan, sebab banyak lagi nak kena buat hari tu. Semua tu tergantung misteri & seram~~~
Selepas semua aktiviti hari tu berjalan lancar, kami pulang ke dorm pada jam 18:30. Malam tu kami ada Tahlil dan BBQ Dinner. Ikut itinerary ada karaoke. Tapi, hard drive diorang rosak. Tak daaptlah aku nak men’sumbangkan’ suara aku ni..Hahaha..OK, kitorang balik dorm jam 22:00. Esok adalah majlis penutup. Majlis rasmi yang dirasmikan oleh Dato’ Chairman Syarikat ternama di Negeri tersebut. So, kami pun perlu memakai baju rasmi NGO Sukarelawan tu. Balik dorm, iron baju dan tidur. Malam tu aku tak lena tidur. Mungkin kepenatan aktiviti pada siang hari. Pukul 04:00 aku terjaga. Aku rasa badan aku lenguh sangat. Waktu tu aku mengiring ke kanan menghadap dinding. Semasa aku hendak tukar posisi terlentang, tiba-tiba badan aku jadi berat. Lumpuh. Ya, aku ditindih. Aku tak nampak apa yang tindih. Aku menjerit dalam hati. Memang lupa segala ayat dan surah. Lidah aku jadi keras. Rasanya macam 10minit macam tu, aku kumpul segala tenaga melepaskan keluhan sambil menyebut ALLAH. Barulah aku rasa bebanan tersebut hilang. Dalam masa yang sama aku menyebut kalimah ALLAH, Milah yang berada di hadapan katil aku mengigau bercakap dengan kuat. Aku terus bangun dari perbaringan dan duduk dia atas katil. Aku pandang Milah. Mukanya berkerut-kerut. Budak sebelah katil Milah pun bangun. Terkejut agaknya dengar Milah mengigau dengan suara yang kuat. Pelik, tak pulak dia terjaga dari tidur. Kalau aku termengigau, kompom terbangun. Heheh…Milah…Milah…
Aku memang tak dapat tidur balik. Aku decide bangun terus. Masa masuk bilik air, aku perasan lopak air tu ada balik. Aik, memang aku tak faham langsung la kejadian ni. Aku malas nak layan, terus masuk tempat mandi. Mandi awallah. Nanti kalau mandi lambat, air yang keluar dari pili kecik sangat. Sebab semua dorm yang ada kat situ berkongsi 1 tangki. Siap mandi, belum azan Subuh, aku solat sunat dulu. Masa tengah ralit lipat telekung, kawan yang lain pun bangun, siap2 nak mandi. Masa bersiap nak pergi PT, aku tanya Milah.
Aku: Milah, ko ngigau apa tadi. Kuat betul macam kena kejor hantu.
Milah : Kak, kite mimpi hantu kak. Kite masuk satu stesyen tu, kena berhadapan dengan hantu tu. Kite baca Yassin tadi tu kak. Agaknya takut sangat, tu yang terkeluar suara kuat.
Aku pulak diam je. Sebab waktu yang sama aku diganggu, Milah pun mimpi hantu. Aku biarkan dulu semua tu. Selepas selesai raptai acara penutup, kami balik dorm untuk berkemas-kemas. Nak balik dah. Alhamdulillah sangat. Lepas semua dah siap, barulah aku buka cerita daripada hari pertama jejakkan kaki ke kawasan perkhemahan tersebut kepada 3 orang ahli dorm yang lain dan juga Milah. Diorang dah cuak2. Sebab salah sorang budak tu cakap dia memang rasa tak sedap hati masa jejakkan kaki masuk dalam dorm. Kejadian lopak air depan bilik air pun kami bincangkan. Sampai lah kejadian aku dan Milah diganggu serentak. Aku semasa separuh sedar, Milah semasa sedang mimpi. Namun, semua tu atas kehendak Allah. Mungkin juga mereka yang menggangu kami tu semua adalah penghuni lama dalam dorm tu. Yelah, bilik kosong terbiar lama. Sesekali je orang guna. Apa pun, kami pulang dengan selamat. Ada jugak salah sorang dari kumpulan aku cakap, mungkin masa Milah cramp kat tepi pantai waktu senja tu, Milah terpijak rumah jin ke…sebab tu tiba-tiba kaki Milah cramp..Heheh…klaka kan….tapi, hati2 semua ya…mereka memang wujud. Mungkin jugak betul, Milah terpijak sesuatu. Masa mamat janggut tu baca-baca baru kaki Milah OK. Kan pelik..padahal budak medik dah tolong cara yang sama banyak kali, tak jugak hilang cramp nye.
Dan, mungkin jugak masa aku baru sampai tu, yang aku terhidu bau bangkai tu, salah satu gangguan jin jugak. Sebab orang lain tak bau pun. Sampai migraine dan selesema aku dibuatnya. Yang aku tau, mamat belakang aku yang bersin sama2 dengan aku tu alami demam sepanjang perkhemahan.
Maaflah semua, aku tak dapat describe keseraman rupa hantu dalam cerita aku. Sebab aku tak malang sangat untuk nampak sosok muka2 seram hantu ni. Aku cuma nampak bayangan, objek2 bergerak dan angin2 je. Aku pun berharap Allah pelihara aku daripada berdepan dengan ujian berdepan makhluk jin ni. Cukuplah aku dihidangkan dengan kejadian2 pelik dan misteri sahaja. Sebab aku tak ingin pun nak jumpa mereka.
Disclaimer : Nama, tempat dan situasi sebenar diolah menjadi ringkas. Kepada yang rasa berkenaan dengan cerita ini ianya mungkin hanya kebetulan sahaja.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Xbest cter ney mls nak continue 😒
jangan macamtu tak baik.
Mulut tu gatal sangat nak tegur dah kenapa
Kalau pergi kem ke memang kena hati ii sebab taktau tempat tu camna . Kalau saya , apa2 sekali pun mesti tak cakap pelik2 or tegur apa2 . 😁😅
tengah makan roti coklat tiba2 terbaca part tahi cicak…terus hilang selera .lol xD
kompom la tu terpijak sesuatu sampai cramp
klu pegi tempat yang lame xberpenghuni mmg la mcm tuh.. 1 lg pegi tmpt2 mcm tuh mulut tuh xpyh tegur ape2..
Boring.. Cerita hantunya sikit je.. Tapi banyak cita apa buat kat sana
best xpulau sibu cube share
Aku baca sampai habis walaupun tak seram sangat. Rasanya dah tak ramai yang hantar cerita ke sini sebab tu admin main luluskan saja cerita dan terbitkan cerita yang sama berulang kali dengan tajuk berlainan :-s
betol.skrng byk cite y megarut n berulang…
dekat email pn dah takde masok cite…
boleh la ceritanye…tapi aku rindu la nak bace cerita sambungan dari pengemis buana, abe krambit dgn sambungan akhlaken….boleh tak tahu mana pergi cerita2 tu…
misteri lopak air tu sampai ke sudah x tau ape dia ek?mmg misteri..
kt mna skli pun mulut tuh jaga. jgn puaka sgt. kah halamakk
kawan aku psycho bila nak sambung eh?? berbulan2 aku tunggu dari tahun lepas.
Jangan mudah menegur, jaga bahasa dan tutur kata, apa pun yang berlaku berbalik kepada Allah S.W.T kerana dia sebaik baik pelindung
hem….
2/5
not bad…jlan crita pdat…yg kurang tang seram tu je😶😶
tpi tu la lumrah alam sllu nya kita akn mnegur dlu sblom pikir btol tak bukan pkir dlu sblom mengor huhu
Hati hati lain kali
cter ok la tp mcm byk describe psl ur xtvt je pahtu asik guna waktu 24 jam pening nk cuba kira balik.
Lopak tu neelopa ke ape..
bole tahan la..agak mendatar..
gigih baca habiskan. dari awal sampai akhir hint jee semua. baru nak seram tak jadi sebab tak tahu pencerita cuba nak sampaikan apa,. hikss. keep it up.