CrynathicPhobia : Deep Web dan Emosi

Terima kasih kepada Fiksyen Shasha dan para pembaca sekalian. Cerita yang akan aku kongsikan ini bukan lah kisah hantu atau mistik. Tapi ianya sangat menyeramkan pada aku.

Sebelum aku mula bercerita, aku ingin memperkenalkan diri aku secara ringkas, aku sangat obses dalam dunia teknologi pelayaran web. Aku gemar membaca kisah-kisah penggondam dan cara-cara mereka menterbalikkan teknologi dalam dunia perisian. Sehingga suatu hari aku terbaca tentang deep web/dark web dari satu artikel mengenai kewujudan data tersembunyi. Menurut data analisis, pelayar yang sedang kita gunakan sekarang adalah surface yang menyediakan ruang hanya 4% sahaja. Tetapi 96% lagi wujud didalam deep web/dark web yang saiznya melebihi 50ribu zetabyte. Termasuk fail sulit FBI, konspirasi CIA, dokumen yang dirahsiakan ketika perang dunia pertama dan kedua atau beberapa laman web yang sangat sulit dan tidak akan terpapar di surface web.

Aku mula mencuba dengan mengikuti beberapa langkah untuk mengakses deep web. Setelah berjaya, aku mula mencari beberapa link berkaitan artikel Area-51 yang kononnya wujud sebagai bekas tapak pendaratan UFO dan tempat ujian bom.

Ketika aku leka mencari artikel berkaitan, aku disapa oleh satu link “random recommended” yang tertulis “For the new user on Deep Web, take a look before you go more furthur, theres no way to turning back.” Aku sebagai pengguna baru, merasakan apa yang ingin disampaikan oleh link tersebut mungkin akan membantu aku untuk mencari artikel-artikel yang aku inginkan.

Aku klik pada pautan tersebut, terpapar satu lagi mesej tertulis “If you continue, you will involved in 1962 secret documentation lab test on subject 43 warehouse no.2” dan aku secara tidak sengaja tertekan “continue”. Video berdurasi 3 minit 42 saat memenuhi ruangan dekstop dan tidak ada button close window. Yang ada hanya video yang memenuhi ruang skrin dekstop aku. Terlihat seorang wanita berambut panjang dibogelkan, rambutnya diikat pada tiang dan badannya tergantung. Datang dua orang lelaki berpakaian makmal menghampiri wanita tersebut. Seorang lelaki memegang gergaji kayu, seorang lagi lelaki memegang seperti satu alat gas. Lelaki yang memegang alat gas itu menekup mulut wanita berkenaan beberapa saat dan secara tiba-tiba wanita itu ketawa. Ketawanya seolah-olah tidak dapat dikawal.

Aku mula syak itu mungkin nutrious gas atau gas ketawa. Manakla seorang lelaki lagi mula memotong leher wanita berkenaan. Tetapi wanita itu terus ketawa sehingga badannya terjatuh kebawah & kepalanya masih tergantung, dalam keadaan urat lehernya terburai, aku lihat masih ada sisa-sisa ketawanya. Memang sangat menganggu emosi aku, tapi aku seolah terpaku, badan menggigil dan hanya diam melihat ujian ngeri yang dilakukan pada seorang wanita. Setelah habis video itu, terpapar satu lagi mesej berbunyi “want to see more? Fill the form on link below” aku rasa sudah cukup dengan apa yang aku lihat, aku tutup website itu dan cuba teruskan dengan mencari artikel yang aku inginkan. Aku terjumpa satu link berkaitan Area – 51 yang tertulis “Black Hole Area – 51”. Aku klik pada pautan itu, apa yang ada hanya binary code. Aku copy binary code itu dan paste pada notepad. Untuk pengetahuan semua, ketika menggunakan deep web, kita dilarang menggunakan browser lain, kecuali browser yang disediakan khas untuk deep web. Jika kita langgar undang-undang ini dan pihak berkuasa antarabangsa dapat mengesan kita, mungkin kita akan diburu seumur hidup kerana terlalu banyak rahsia yang kita tahu melalui deep web. Dalam deep web, aku tidak jumpa apa-apa link yang boleh menyerjemahkan binary code yang aku copy paste tadi. Jadi aku keluar dari deep web, restart computer, dan mula google untuk encrypt binary code yang aku copy tadi. Selepas berjaya encrypt, mesej ringkas yang aku dapat dari binary code tadi hanyalah “You have seen enough”

Aku tidak faham apa yang dimaksudkan, aku terus delete file notepad yang mengandungi binary code tadi. Keesokannya apabila aku buka komputer, aku lihat di dekstop aku ada file notepad yang tertulis “Secret_Docu_Sub44.txt” disebabkan ianya berformat text, jadi aku tak perlu risaukan virus dan terus buka notepad tu. Dalam notepad tu tertulis “You wanna laugh?” Aku terus teringat video wanita yang digergaji lehernya hingga putus tetapi masih ketawa. Aku terus padam notepad tu, keesokannya file itu muncul semula di desktop aku. Ianya berlarutan selama seminggu. Aku ambil pendekatan drastik dengan format komputer aku. Semuanya kembali normal. Deep web/dark web bukan tempat berseronok.

Ps: Aku tidak akan bertanggungjawab jika ada pembaca yang mencuba untuk memasuki deep web/dark web dan mengalami gangguan emosi.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

R3D_M3G4
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

51 comments

  1. Baca kisah video durasi 3 minit 42 saat pun dah cukup meracun fikiran aku, inikan nak search further. Nauzubillah himinzalik.

  2. apa bnda la yg kau buat nih… kau tau tak hacker dr deep web ni blh ceroboh camera pc ko dengn mudah… so setiap gerak geri dan muka kau pun dpat dikesan.. thats why semua camera pc dan hanphone aq.. aq tutup guna selotep berwarna tu bila aq x guna… korg yang baca pun klw blh tutup la juga.. sdgkn org yg cuba hack wechat pun boleh tersnap muka dia bila dia trsalah bagi password (yang ni ada caranya la)… klw x silap mark zuckerberg pun buat bnda sama.. tutup semua camera pc dia guna selotep sbb dia dh bnyk kali kena hack.

    1. Webcam..org biasa pon bleh hack…bnde tu senang…
      ape yg org cerita pasal deep web…bnyak x betul…aku sendiri dh msok deep weeb& dark weeb..klau nk ikut kn…dark web lgi bahaya…tpi aku elok je smpai skrg..x de masalah pon

  3. Prnh cb step by step nk surf deep weeb dkt hp. Tp xberjaya. Gna nord vpn dgn tor/onion tu. Lps give up. Asalnya mmg interested dgn cerita2 pelik2. Lg2 bila khairul yoi slalu share psl deep web sblm dia aktif kempen anti produk timbang kilo. Nt la, ada msa aku try lg. Mgkn sb hp aku dlu line 3g ja, so jd slow.

  4. seramnyaa . Bendaa pelik pelik cenggini janganlaa dicubaa .Tak pasal pasal kitaa darii nak suka suka cuba terus jadi bendaa lain😄

  5. Deep web x de apa lah..aku dh msok..x sama lgsong mcm org cerita…(dark web/deep web/marianas web) semua sama
    Sapa nk msok boleh..x de masalah…biasanya video yg savage ni kene pakai bitcoin..deep web/dark web ni x bebas sngat

      1. Aku boleh ajar…tpi bukan senang…klau nk cri apa2 dlm tu ada link dia…deep web tak bebas mcm google…search trus keluar..

    1. apa yang kau masuk tu basic je bro.. ingat senang2 ke masuk dunia internet gelap ni klau pakai phone & computer basic yg ada kat pasaran skang.. intel i3? i5? i7? RAM 5GB? RAM10? TOR BROWSER?? hahahhhah tak semudah ckap nak akses ke lapisan dalam mariana web tu bro. minimum pun quatum pc baru dpat terjah beberapa sisi gelap internet ni

  6. deep web ngn dark web sama le?pernah tbaca ckp deep web lain drpd dark web..tp lt deep web tu mmg mcm2 bnde y xmasuk dek akal ada..n kt situ ramai set2 mafia,polis berkeliaran…mcm2 trading dorg bt kan including drugs,trade organ etc..bnde2 xelok ler..mcm video2 child abuse cth DD..scary jgk nk masuk sana..

  7. apa yang kau masuk tu basic je bro.. ingat senang2 ke masuk dunia internet gelap ni klau pakai phone & computer basic yg ada kat pasaran skang.. intel i3? i5? i7? RAM 5GB? RAM10? TOR BROWSER?? hahahhhah tak semudah ckap nak akses ke lapisan dalam mariana web tu bro. minimum pun quatum pc baru dpat terjah beberapa sisi gelap internet ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.