Dear, ni bukan kali pertama kan??

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semuanya. Thanks admin kalau kau up kan cerita aku ni. Aku tak tahu nak mulakan cerita aku ni macam mana. Kisah ni berlaku masa aku belajar di sebuah kolej swasta di sebuah negeri. Kisah ni terjadi 5 tahun lepas. Kenapa aku boleh teringat kisah ni? Mesti korang pelik. Ini sebab aku ternampak FB orang yang akan aku ceritakan lepas ni. Automatik semua benda yang jadi pada malam tu berulang kembali bagaikan DVD Player memutarkan ceritanya. Malah memang segar kat ingatan aku kejadian malam tu.

Nama aku Lin. Tahun ni usia aku 32 Tahun. Aku ada seorang kawan. Aku panggil dia Kecik. Bukannya apa. Sebab orangnya kecik. Aku rasa tinggi dia 143 cm je kot. Dia ni, boleh tahan gak social budaknya. Tapi aku tak kisah sebab dia jenis tak kacau dan takkan menyusahkan orang lain. Independent Lady aku gelarkan. Dia akan buat apa saja perkara yang dia nak buat. Kau buat hal kau, aku buat hal aku! Itu prinsip hidup dia.

Masa belajar dulu, kami menyewa apartment 3 bilik. Aku dan Kecik sebilik. Kitaorang ambik bilik Master Room. Kecik ni bukanlah anak orang senang. Tapi dia jenis pandai cari duit poket sendiri. Aku? Memang anak orang senang. So, tak kisahlah duduk bilik Master Room. Lagi satu sebab kenapa Kecik sanggup bayar lebih duduk bilik Master Room, adalah kerana dia hisap rokok. Dalam rumah kitaorang, dia memang smoking. Cuma aku sorang je tahu. Ladies-ladies yang lain, tak tahu yang dia hisap rokok.

Cukup-cukup aku intro pasal Kecik dan aku. Kisah ni terjadi masa cuti seminggu. Aku dan Kecik memilih untuk tak balik kampung masing-masing. Kitaorang ada plan baik punya masa tu. Masih segar dalam ingatan aku, pada malam kejadian aku dan kecik ada plan masing-masing. Aku pergi dating dengan pakwe aku, Kecik pulak aku dengar dia kata ada PP (Private Party). Malam tu, aku nampak Kecik bersiap cantik sangat. Pertama kali seumur hidup aku nampak dia make-up. Baru aku tahu, Kecik ni cantik sangat. Dan aku sebagai perempuan pun, jadi cair bila tengok muka dia bila di make-up.

“Kau pehal pandang aku tak berkelip-kelip!”, suara petir Kecik mematikan lamunan aku. Aku cuma mampu sengih je. Dan malam tu, Kecik pakai nightdress warna merah yang pada mata aku terlalu seksi. Mujurlah kitaorang dah tinggal sendiri. Bukan hostel kolej. Kalau tak, memang tak dapatlah kecik nak pakai pakaian macam tu keluar. Selesai bersiap, Kecik sempatlah hisap sebatang rokok. Aku nampak dia leka berSMS. Kejap-kejap HP Nokia Sabun dia berbunyi.

“Kau balik pukul berapa?”, tanya aku pada Kecik.

“Not sure! Tengok mood. Kalau aku nak balik, aku balik. Kalau tak, aku check in je. Asal? Kau nak bawak pakwe ko balik?”.

Sebab tulah aku suka dengan Kecik. Dia memang tahu apa yang aku fikirkan. Sebab tu aku tak lokek duit dengan dia. Aku perasan Kecik bangun dan mencapai beg tangannya sambil senyum-senyum tengok handphone dia. Aku pun ikut dia bangun sekali. Nak tengok gak siapa yang pick up minah ni sampai senyum tak lekang dari bibir.

“Kau ada duit tak?”, tanya aku pada Kecik.

“Erm. Ada.”, Jawabnya. Dan aku tahu dia menipu.

Aku segera masuk semula ke dalam bilik, aku hulur pada dia 2 keping note RM50. Dia menolak. Katanya tidak mau terlalu terhutang budi. Aku cakap, aku yang banyak terhutang budi pada dia. Aku desak dan desak, akhirnya dia mengalah. Aku hantar dia kat pintu. Masa tu aku memang terkejut gak lah. Bukan calang-calang orang kawan minah tu. Naik Skyline. Aku tengok keluar seorang lelaki wajah alah-alah Mat Salleh campur Melayu dari dalam kereta. Siap bukak pintu kereta sebelah penumpang lagi. Aku sempatlah lambat dekat Kecik sebelum dia pergi.

Baru aku nak melangkah masuk bilik air, telefon aku berbunyi.

“Sayang, kita makan dekat ******** dulu ye. Pastu kita lepak kat pantai.” Kata pak we aku. Aku pun setuju jelah.

Masa berlalu dengan pantas. Masa tu jam menunjukkan 12.30 malam. Aku ngan pak we aku masih lagi melepak dekat tepi pantai sambik dok tengok budak-budak Satria berkumpul. Entah macam mana, mata aku terpandang sesusuk tubuh yang aku kenal sangat. Dengan nightdress merahnya. Dia duduk menghala ke pantai.

‘Kecik buat apa kat pantai ni?’ aku berbisik.

Aku cuma perhati aje gerak geri si Kecik. Kejap dia duduk atas batu tepi pantai, kejap dia berdiri. Kejap dia toleh ke belakang. Kejap dia tengok pantai. Kata nak pergi PP. Takkan PP kat pantai kot. Aku tengok jelah apa yang si Kecik ni buat. Dia masih merenung pantai. Nasib keadaan dekat pantai tu cerah, so boleh aku perhatikan gerak geri dia. Mana tahu dia terjun dalam laut.

“Sayang, you dengar tak apa I cakap?”, tanya pakwe aku.

“B cakap ape? Maaf sayang leka tengok Kecik…..”, aku baru nak tunjuk dekat pakwe aku tempat Kecik tadi. Tup-tup dia dah tak ada.

“Kecik? Mana?”, soal pakwe aku.

“Sayang salah tengok kot B. B cakap apa tadi?”, kata aku.

“B cakap, malam ni nak tidur hotel tak?”, katanya sambil menggeleng-gelengkan kepala.

“Tak payah. Kita balik rumah sayang je. Kecik tak balik malam ni.” Jawab aku. Mata aku masih lagi melilau mencari Kecik.

Pak we mengangguk-ngangguk kepala. Dia kemudian bangun dan pergi ke arah budak-budak Satria yang tengah melepak. Pak we aku ni peramah sangat orangnya. Lagipun dia pernah memiliki Satria sebelum dia tukar kereta Honda. Dan sekali lagi aku ternampak Kecik. Cuma kali ni dia berada di hujung tembok tempat aku duduk. Dia pandang aku dan senyum. Aku senyum baliklah dan lambai dia suruh datang dekat aku. Dia geleng kepala. Kemudian dia memandang ke laut semula. Aku pun cadang nak pergilah dekat Kecik.

Baru aku nak bangun, telefon aku berbunyi. Aku tak tengok pun skrin telefon dan terus menekan butang hijau.

“Hello beb! Esok aku tak balik tau. Aku balik lusa. Aku dengan geng-geng aku turun KL malam ni. Lepak kat Jalan P Ramlee. Ni pun dah dekat Senawang.” Kata Kecik membuat jantung aku rasa berhenti.

Dengan pantas aku menoleh ke tempat aku terpandang kecik tadi. “Dia” dah tak ada kat situ. Aku terduduk. Aku cuma mampu jawab okay je masa Kecik telefon aku tu. Aku terus pergi dekat pak we aku dan ajak dia balik. Pak we aku pun, turut jelah. Lagipun dia dah kepenantan drive dari KL. Aku diam membatu je dalam kereta. Aku tak tahu nak bagi reaksi aku. Aku ambik telefon, terus aku menghantar SMS dekat Kecik.

***Beb. Aku nampak kau dekat pantai **** tadi. Kau pasti ke kau dah gerak ke KL?

Tak lama kemudian, handphone aku berbunyi.

***Haaa?? Pergi KL? Mana ada aku pergi KL. Aku sekarang ni dekat Resort XXXXXXX lah. Kan aku ada PP malam ni? Jadah apa aku nak pergi KL.

Dan sekali lagi aku bagaikan nak menangis. Aku terus bukak Call Log handphone aku. Kali terakhir Kecik call aku adalah petang semalam. Aku terus menangis teresak-esak. Pak we aku terkejut. Dan aku tak tahu apa jadi lepas tu. Sebab aku rasa aku menangis sampai aku pengsan. Itu je apa yang aku ingat. Bila aku sedar, aku dah dekat rumah sewa aku. Kecik dan kawan lelaki dia yang mix tadi pun ada. Apa yang Kecik kata, pak we aku call dia bagitahu diaorang tepi jalan. Pak we aku tak boleh nak drive sebab aku menangis-nangis hysteria. Serius, aku tak rasa aku hysteria. Apa yang aku rasa, aku cuma menangis teresak-esak je.

“Kau pehal boleh jadi macam ni?”, tanya Kecik.

Aku tengok muka dia dalam keadaan yang masih takut-takut. Aku risau itu adalah “dia” yang sama ada di pantai tadi. Aku sentuh lengan dia. Dia kerutkan dahi. Okay. Ni confirm Kecik yang betul. Aku pun ceritakan apa yang aku nampak dari mula sampai Z. Pak we aku kata, dia memang perasan aku lambai-lambai tangan dan tersenyum. Aku tengok muka Kecik macam terkejut.

“Kau pasti kau nampak aku?”

“Aku pasti 100% beb.”

“Dear, ni bukan kali pertama kan?”, kawan Kecik, Faiz namanya bersuara tiba-tiba.
Kecik mengangguk. Aku dah musykil. Bukan kali pertama? Apa yang bukan kali pertama? Kecik pandang muka aku.

“Tunggu kau dah stabil, aku ceritakan.” Hanya itu jawapan Kecik.

Tiga bulan lepas peristiwa tu, aku berhenti belajar kerana aku dapat tawaran belajar subjek yang aku paling minat. Kecik pulak, aku dengar dia pun berhenti belajar pada semester ke -5 kerana ayah dia meninggal dunia. Untuk pengetahuan korang, sampai sekarang Kecik tak ceritakan apa yang dimaksudkan oleh Faiz, “Ni bukan kali pertama kan?”. Aku dah add Kecik. Dia dah accept dan aku dah tanya balik pasal kejadian tu. Sekarang ni aku tunggu dia balas. Katanya dia ada kat Sabah sekarang. Ikut suami dia. Tu jelah cerita dari side aku.

Cerita pak we aku pulak, dia terpaksa berhenti tepi jalan sebab aku hysteria dan aku kacau dia memandu. Aku main stereng kereta sampai kitaorang hampir terbabas. Sebab tu dia berhenti. Aku pengsan sebab dia azan dalam kereta dan pasang Surah Yassin. Dan kemudian setelah aku pengsan, dia terus call Kecik untuk datang ke rumah sewa kitaorang. Itu jelah yang pak we aku ceritakan. Aku harap, Kecik balas pm aku dekat FB. Aku nak tahu apa maksud kata-kata Faiz tu. Oklah. Sekian cerita aku. Sorry lah semua kalau tak seram.

Ps: Nama-nama dalam cerita ni telah aku ubah. Demi menjaga aib kami. Dan maaf, aku tahu dulu aku banyak buat dosa. Alhamdulillah, aku dengan pak we aku kekal hingga ke sekarang (OTW nak ada anak). Thanks admin kalau cerita ni dipilih untuk di up kan. Assalamualaikum.

.

Lin Sophyllea
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

16 comments

    1. kah kah..bila kena sampuk baru teringat nak Allah,nak azan,baca Yasin….bagus jugak hantu tu kacau, elak dari penulis ni buat dosa..so kena berterima kasih kat hantu tu

  1. Apa pun kau buat..itu urusan kau dgn Tuhan..
    Tapi, apa yg aku nak katakan petnuliasan kau memang terbaik.. Jalan cerita yg menarik dan mudah di fahami…
    Kalau ada pengalaman lain boleh la kau sambung…..

  2. Apa pun kau buat..itu urusan kau dgn Tuhan..
    Tapi, apa yg aku nak katakan penulisan kau memang terbaik.. Jalan cerita yg menarik dan mudah di fahami…
    Kalau ada pengalaman lain boleh la kau sambung…..

  3. Akk ghase yg Bukan Kali Pertama tu mksdnye yg ape penulis alami nmpk jelmaan Kecik tu bkn kes pertama…
    Mesti dh penah ade org2 lain sebelum ni yg penah jumpe jelmaan Kecik tu gak…

  4. tu le BEROMEN lagi..buat jahat lg kate pakwe ko tu peramah la baik la…
    chait…talam dua muka..haha..mendapat

  5. Apa2 pun penulisan kau ni best..Alhamdulillah akhirnya kau dah berubah dah kahwen dah pon…jdkan setiap pengalaman buruk kita yg lepas sebgai satu pengajaran✌

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.