Dendam Penghuni Laut – Episod 3

DENDAM PENGHUNI LAUT – EP3

III – PELESIT

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca setia Fiksyen Shasha. Sekian lama nya aku berhenti dari berkongsi cerita kisah hidup aku. Setelah dari kisah anak kak Som, aku teruskan dengan kisah adik lelaki aku – Hasz

Pada waktu kejadian yang dialami oleh anak Kak Som, setiap insan yang berdampingan dengan aku menjadi sasaran mereka apabila kehendak Ratu Gustika tidak dapat memiliki aku sebagai salah seorang hamba atau anak murid didikan nya untuk dia menurunkan ilmu sakti nya kepada aku.
Hasz merupakan satu-satunya anak lelaki dari 4 beradik. Sememangnya beban yang dipikulnya amat berat untuk menjaga kami 3perempuan. Walaupun kakak aku sudah berkahwin namun menjadi seorang adik lelaki adalah memastikan kami perempuan berbahagia tak mengira dimana kami berada. Oleh kerana rasa sayangnya terhadap kami, dia sering memikul beban itu tanpa berkongsi dengan kami.

Sebelum Kak Som datang bertandang kerumah kami, aku sering kali melihat telingkah Hasz agak berbeza dari sebelum nya. Seorang yang penyayang menjadi pemarah. Sering ketawa menjadi serius. Pada mula nya aku rasakan mungkin itu perubahan hormon boy to man. Jadi aku hanya membiarkan sahaja perilakunya.

Sehinggalah setelah selesai perjuangan kami m******h Ular penjaganya Ratu Gustika yang telah mengganggu anak Kak Som. Perubahan sikap Hasz semakin kasar dan kurang ajar terhadap aku dan Mamy. Oleh kerana minggu tersebut Daddy terpaksa outstation, hanya aku,Mamy dan Nono sahaja berada dirumah, aku meminta Hasz untuk menemani kami bertiga dirumah. Pada mulanya, Hasz agak keberatan menemani kami, oleh kerana Mamy memaksa, dia turut akur.

Malam menjelma, bilik aku dan Hasz bersebelahan sahaja. Memandangkan rumah kami rumah low cost, setiap perbualan hampir dapat didengari sekiranya suasana agak sunyi. Malam tersebut, aku agak tekun bermain game Mobile Legends (Legend 1 – 3STAR) setelah solat Isya, konsentrasi aku terganggu apabila aku terdengar suara orang bercakap-cakap dibilik Hasz. Agak riuh ibarat seperti orang sedang berpesta. Dengan gelak tawa dan perbualan yang agak kurang jelas aku dengari.
Aku memutuskan untuk mengetuk pintu bilik Hasz dan meminta izin untuk masuk. Namun tiada balasan darinya. Aku nekad untuk membuka pintu bilik dan suasana gelap. Hasz terbaring memeluk bantal peluknya nyenyak tidur. Aku menghampiri Hasz dan mengusap bahu nya dengan lembut .

“Hasz.. bangun … dah solat Isya tak?’’

Hasz mendengus dan menolak tangan aku dan memaling badannya.

Aku bingkas bangun dan mengemas biliknya yang agak bersepah dengan pakaiannya dilantai, alat permainan PS tidak ditutup, meja nya yang tidak berkemas. Bau bilik nya agak harum, berkemungkinan kerana ambipuer terpasang. Namun dalam keharuman itu, aku terhidu juga bau yang kurang enak namun tertutup oleh bau wangian bilik. Semasa aku mengemas meja biliknya. Hp adik aku berlampu dan satu notifikasi pop-up.

‘’Baby masih tidur?’’ – text WhatApp

Terbuntang mata aku membaca text tersebut. Setahu kami sekeluarga, adik aku ni seorang yang pemalu dan tak berminat dengan CINTA. Ramai juga perempuan yang kecundang waktu nak usha adik aku ni. Sampaikan aku pernah terima text dari perempuan yang ugut aku untuk jauhkan diri dari Hasz. Wahal aku kakak dia.

Perasaan aku memunjak ingin tahu siapa gerangan wanita yang mampu tawan adik aku. Aku buka Hp dia. (PS easy to know – birthday date). Aku buka gallery kot-kot ada lah gambar perempuan tu dengan adik aku. But aku tak jumpa apa pun. Aku cari no perempuan tu – Tisha. Belum sempat aku nak hafal nombor telefon dia, Hasz sempat merampas HP nya dari tangan aku.

‘’Engkau apasal baca mesej aku hah perempuan?’’ – Wajah Hasz agak bengis.

Aku terkejut dan terkaku. Adik aku yang paling manja dengan aku panggil aku dengan panggilan macam tu? Siap panggil aku ‘ENGKAU’ ?. Mahunya nak aku tampar je budak ni.

‘’Eh.. sejak bila kau kurang ajar ni dengan aku?’’ – aku cekak pinggang.

‘’Kau buat apa sini? Kau nak apa?’’ – Hasz semakin menyinga.

‘’Aku tolong kemas bilik engkau lah.. bilik bersepah macam sampah’’

‘’Kau tak perlu nak pura-pura perduli tentang aku lah, aku tahu jaga diri. Kau sibuk lah dengan urusan kau lah perempuan gila’’. – Hasz duduk di tilam nya sambil melihat HP.

‘’Engkau ni kenapa? Solat pun tak. Tidur dari petang tadi. Tak reti nak spend time dengan family dah ke? Angau bercinta ke budak?.’’ –

‘’Hoi perempuan, kau cemburu ke dengan aku? Sukahati aku lah nak bercinta ke nak berasmara ke, bukan dengan engkau pun S**L’’

Kemarahan aku semakin memunjak apabila pertama kali aku dengan adik aku menyumpah aku dengan perkataan kurang senang.

Paaappppp – Tamparan singgah dipipi Hasz. Aku semakin menggila. Bukan hanya tamparan hinggap dipipi adik aku. Aku sepak terajang dia. Namun dia hanya ketawa dan menjerit.

‘’Lagiii … Hah .. Pukul aku lagi .. Laggiii !!!’’ – menjerit kegembiraan

Mamy yang terdengar pertelingkahan kami segera meleraikan kami berdua, Mamy tarik pergelangan tangan aku untuk keluar dari bilik Hasz. Waktu itu, aku melihat senyuman di sebalik wajahnya yang bengis dan aku terpandang Lembaga hitam dibelakang tubuhnya. Aku diam dan mengikut Mamy keluar dari bilik tersebut. Dan sewaktu aku keluar dari bilik itu, suatu perasaan tenang menerjah kearah aku. Aku kemudian tersedar dari kemarahan yang memuncak. Tubuh yang panas dek bertekak tadi kembali sejuk.

Aku beristighfar.

Aku menangis dalam pelukkan Mamy. Ya. Tangisan seorang kakak yang manjakan adiknya. Tak pernah lagi aku pukul adik aku, apatah memarahi mereka dengan nada yang tinggi. Lebih hancur hati aku, adik yang dulunya menghormati aku menyumpah aku dengan perkataan tidak elok dan memanggil aku dengan panggilan KAU.

Hampir seminggu aku mengelak dari bertembung dengan Hasz di rumah, sepanjang waktu tersebut pelbagai cerita yang aku dengari dari Mamy dan Nono mengenai sikap Hasz. Makan nya lahap seperti 3orang yang makan. Tidak terurus dan berpakaian selekeh. Tidak mahu solat dan sering menjerit memarahi seseorang sendirian didalam biliknya. Oleh kerana Cik Ngah turut outstation Bersama Daaddy, Mamy hanya mampu memasang surah-surah bacaan Al-Quran. Hasz tidak senang duduk dirumah. Setiap senja dia akan keluar dari rumah duduk di buaian beranda rumah sehingga Isya berlalu barulah dia akan Kembali masuk ke dalam. Sepanjang diluar rumah, dia akan humming sambil tersenyum sendiri memandang kelangit. Apabila azan berkumandang, dia akan memakai headphone sambil bersenandung.

Sehinggalah pada malam aku keluar melepak dengan member aku. Aku terserempak dengan Hasz dan kekasih nya – TISHA.

Kami tidak bertegur-sapa, tetapi Tisha datang menghampiri aku dengan senyuman sinis dan menegur aku dengan ramahnya. Sedangkan itulah pertama kali aku berjumpa dengan nya. Lebih memeranjatkan kami lima sekawan. Pakaian Tisha agak menjolok mata, dan wajahnya agak berumur berbanding aku. Dalam erti kata lain, wajahnya agak kusam walaupun dengan pemakain make-up yang tebal tapi masih tidak mampu menutup wajahnya yang sudah berusia. Bau arak dan rokok agak kuat mampu kami hidu dari tubuhnya.

‘’Hai kak .. buat apa sini?’’ – Tisha berdiri didepan aku.

Hasz hanya berdiri disudut tiang lampu melihat Tisha menegur aku. Wajahnya agak kalut dan seakan takut.

‘’Kau siapa?’’ – Aku berkasar.

‘’I bakal adik ipar u.. hahhaah’’ – sambil membelai rambut nya yang kerinting.

‘’Tak pernah pulak aku dengar yang aku ada bakal adik ipar. Kau mimpi ke?’’ – Aku berdiri berhadapan dengan Tisha.

Aku dapat rasakan sesuatu yang tak elok pada perempuan tersebut. Aura yang dibawa nya agak kelam dan kusam. GELAP. Tiada cahaya. Aku dapat hidu sesuatu yang agak tajam pada diri Tisha. Aku siap siaga membuat perlindung diri.

‘’Nanti U akan tahu lah, I Tisha. Bakal adik ipar kesayangan U. Atau dalam erti kata lain, adik U akan jadi milik I buat selamanya.’’

‘’Dalam mimpi indahmu lah agak nya yerr .. kau tu pakai adik aku enjoy jer zaman muda remaja dia. Nanti pandailah dia buang engkau.’’ – Kerana mulut badan binasa. Aku siap berperang.

Aku titipkan bacaan Surah Ta-Ha ayat 1-5 (3x)

Aku berjalan menuju kearah Hasz. Aku tinggalkan rakan-rakan aku dengan Tisha. Aku tak hendak terus berada disana bersemuka dengan Tisha. Aku tahu, Hasz seakan-akan menjerit meminta bantuan aku. Selesai bacaan Surah tersebut aku tiup kearah Hasz dan memimpin tangan nya, aku bawa masuk ke dalam kereta dan berlalu dari tempat tersebut. Dari luar kereta aku melihat Tisha tersenyum duduk di meja kami, manakala rakan-rakan aku turut berlalu pergi.

Dalam sepanjang perjalanan kami berdua pulang ke rumah, sedikit sebanyak dugaan perlu aku tempuhi. Bau wangian kemenyan menusuk kehidung aku. Hasz ketawa kecil. Memandang luar. Selang beberapa waktu, suara wanita berdendang lagu jawa. Mungkin hanya perasaan aku atau suara tersebut datang dari mulut Hasz. Namun aku perhatikan bibirnya tidak bergerak. Duduk tegak memandang kehadapan.

Aku mula rasa ada sesuatu yang belum selesai antara aku dan kerajaan nya Ratu Gustika. Dendam nya semakin mendalam apabila satu persatu perjuang nya rebah menunduk tersungkur kalah dalam menentang kami. Kini, aku faham. Sasaran seterusnya adalah adik aku. Hasz. Dan aku tahu, kali ini, perjuangan ini amat sukar untuk aku lalui sendirian. Aku tahu, kali ini bukan level aku untuk berdepan dengan Tisha.

Sewaktu melihat Tisha, aku melihat sesuatu yang agak kotor dan bengis didalam nya. Hitam pekat penuh d***h. Aku dapat rasakan aura yang mampu buat aku merasa gentar untuk berdepan dengan nya. Oleh itu, aku membuat keputusan untuk membawa Hasz pergi dari tempat tersebut. Jauh dari Tisha.

Aku sempat menghubungi Mamy, untuk mengundang Hj. Man kerumah kami, kerana ada sesuatu yang hebat tak mampu untuk aku tempuhi sendirian. Sebetulan juga, hari tersebut Daddy dan Cik Ngah sudah pulang dan kami sememangnya bersetuju untuk mengubati Hasz.

Diperkarangan rumah, aku membawa Hasz untuk masuk kerumah. Aku pimpin Hasz dari keluar kereta untuk masuk ke rumah. Hasz cuba menyentap tangan aku untuk meleraikan genggaman tangan aku tapi belum sempat Hasz melepaskan diri, aku terus menjerit meminta pertolongan Daddy dari dalam rumah. Mereka segera bergegas menahan tubuh Hasz dan menariknya masuk ke dalam rumah.

* * * * * *

Bacaan Ruqyah bergema memenuhi ruang tamu rumah kami. Hasz duduk bersipuh berdepan dengan Hj. Man. Mata nya tertutup rapat. Sambil mulut nya berkumat kumit membaca mantera dalam bahaja jawa kuno yang tidak kami fahami. Aku dan Mamy meneruskan bacaan surah pilihan membuat pendinding diri. Cik Ngah dan Dady berdiri di belakang tubuh Hasz, mengunci setiap penjuru titik tenaga batin nya agar tubuh Hasz tidak diambil alih oleh *DIA*.

Atap rumah kami berbunyi seperti nya ada ramai orang berpijak dan berlari-lari. Peralatan didapur sepertinya berantakkan apabila bunyi pinggan mangkuk pecah , kuali dibaling ke lantai. Ruang tamu yang sejuk mula terasa panas. Itu hanya dugaan buat kami agar tidak focus dengan bacaan surah dan emosi terganggu untuk meneruskan perjuangan ini.

Tubuh Hasz terbaring kaku dilantai seolah-olah terapung seinci tidak mencecah lantai rumah. Senyuman muncul dari bibir nya, wajahnya seolah-olah berubah merupai wajah lain. Seri mukanya hilang kelam, dengan senyuman sinis di bibirnya perlahan-lahan Hasz menoleh ke arah aku yang berada di kiri nya. Walaupun mata Hasz terpejam, namun telinga nya masih mampu meneka arah suara aku.

“Kak, maafkan aku.. tolong aku !!” – jeritan halus teriakkan suara Hasz menerjah ke gegendang telinga aku.

Sekilas itu jua aku pejamkan mata dan suasana mula berubah.

Aku kini berada di alam separa sedar Hasz. Di kiri aku Azil berdiri megah bersedia dalam posisi tempur. Didepan kami, Hasz terbaring disamping nya ada seekor pelesit (serupa belalang tapi tubuhnya lebih nipis dan berwarna hitam pekat sehinggakan aku sendiri pun tak Nampak dimana kedudukan mata binatang tersebut).

“Siapa kau?.. apa yang engkau mahu dari adik aku?”

“Tuan aku inginkan keluarga kamu berantakan.. itulah tujuan aku kesini” – bergema suara garau pelesit itu memecah keheningan suasana.

“Atas alasan apa tuan mu membenci kami?”

“Kerana Ratu kami inginkan kamu. Namun engkau telah menolak permintaan nya, oleh kerana barisan hadapan telah rebah. Maka kami seterusnya akan meneruskan perjuangan ini sehinggalah engkau merasa lelah dan mengalah.”

“Apakah engkau tidak tahu? Menduakan Allah S.W.T itu satu kesalahan?”

“Tuhan kami adalah Ratu.”

“Lepaskan adik aku Tisha. Aku tahu kau yang berselindung di sebalik penghantar kau.”
Kabus menjelma dibelakang pelesit dan adik aku, Tisha muncul dengan senyuman sinis nya.

“Tinggi juga ilmu budak ni yer, patutlah Ratu nak sangat dengan engkau. Siap dengan haiwan belaan harimau putih. Hebat-hebat keturunan engkau ni. Tapi sayangnya, engkau jer yang ada belaan, adik beradik kau tak ada perlindung. Jadi mereka lah yang akan merana untuk engkau”

Dalam kemegahan Tisha berbicara, aku siap menitipkan surah perlindungan :
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Kursi
3. 3 Qul (Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq, Surah An-Nas)
4. Doa Nabi Yunus AS
Doa daripada firman Allah SWT:
لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Maksudnya: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri”.
(Surah Al-Anbiya’ : 87)

“Tisha, lepaskan adik aku.” – Aku memberi signal kepada Azil agar bersiap sedia.

Seiring dengan itu, suasana suram itu jelas kedengaran Azan berkumandang, dan itu signal nya bahawa pertempuran antara kami akan bermula. Azil berlari dan terus menerkam pelesit hitam tersebut dengan rakusnya.

Aku membuka bunga dengan selendang emas (pemberian Ibu Raisha) di tangan kanan aku bersedia menahan setiap serangan dari Tisha. Sememangnya Tisha merupakan wirawati berpengalaman dengan pertarungan seperti ini. Sedangkan aku hanya budak yang baru belajar.

“keturunan aku memang bencikan keturunan kau Liza !”

Aku hanya terpinga-pinga tidak memahami apa yang dimaksudkan Tisha.

Ingatlah wahai pembaca Fiksyen Shasha – perkara yang perlu kita elakkan semasa perlawanan adalah bertindak dengan kemarahan dan melulu menjadi punca kita kalah.

Dalam gerakan melulu Tisha, aku mampu merebahkan tubuh Tisha. Dengan laugan Allahuakbar (3x) aku libaskan selendang aku ketubuh dan wajah Tisha.

Wajah dan tubuh Tisha mula kehitaman dan kemerahan, Tisha meraung kesakitan. Tubuhnya seperti cacing kepanasan berpusing-pusing tanpa hala tuju. Dalam sekelip mata tubuh Tisha dan pelesitnya terbakar tanpa api menjadi debu.

Aku memandang kearah Azil dan mengucapkan terima kasih. Azil berlalu pergi, aku segera mendakap tubuh Hasz.

Aku bukakan mata dengan perlahan dan kelibat Mamy ditepi aku. Hasz dalam pelukkan Dady.

* * * * * * * * *

Kehidupan kami Kembali seperti sedia kala. Gelak tawa kami memenuhi ruang tamu rumah. Senyuman manis kakak bermain dengan Udin mencuit hati kami. Nono dan Hasz suka menyakat udin dengan mainan nya. Mamy dan Dady duduk memerhati gelagat anak cucu. Aku, hanya memerhati mereka, kerana mereka perlukan perlindungan aku. Dalam kelalaian aku, ada senyuman sinis terukir menandakan dugaan seterusnya akan datang ke dalam keluarga kami dan hanya menunggu masa.

Dan sewaktu itu, masih terngiang2 lagi kata2 Tisha di telinga aku, dendam apa dari keturunannya dengan keluarga aku. Aku ingin berjumpa dengan Tisha, tapi dari maklumat yang aku perolehi. Tisha sudah pulang ke kampung halaman nya selepas beberapa hari yang lepas dari peristiwa tersebut.
Masih banyak rahsia keluarga aku yang aku tak ketahui.

Semoga dilain hari, aku masih mempunyai kudrat untuk ceritakan tentang kisah kehidupan aku. Kini, satu persatu rahsia kisah lampau nenek moyang aku mula aku terokai. Ratu masih tidak mengalah untuk menjadikan aku anak didik nya. Maafkan aku sebab lambat untuk update kisah aku, masih ada beberapa perkara yang buat aku sendiri tidak dapat untuk mempercayainya. Inikah pulak para pembaca.

Diepisod seterusnya, aku akan kongsikan kisah adik bongsu aku, yang menjadi sasaran mereka setelah tewas mengganggu anak Kak Som dan Hasz.

Liza
14/10/2020…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Liza

1 thought on “Dendam Penghuni Laut – Episod 3”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.