DENDAM SI DIA

Assalammualaikum kepada semua pembaca FS . Ini merupakan kali ketiga aku berkongsi di ruangan ini selepas ‘Mudahnya Kau Berubah’ dan ‘Hantu TV’ . Kali ini aku ingin bercerita tentang kisah yang terjadi pada diri aku pula.Terima kasih jika cerita ini disiarkan. Aku nak mintak maaf kalau cerita ni tak seram.

Kisahnya berlaku dua bulan lepas, sudah hampir lima bulan lebih aku bertunang dengan seorang lelaki yang aku kenali kerana dulu dia pernah bersekolah di sekolah yang sama dengan aku. Aku bagi nama tunang aku ni sebagai Ryan .Sebelum aku kenal dengan Ryan, aku bercinta dengan lelaki yang aku beri nama, Fahim. Sudah hampir 6 tahun aku bercinta dengan Fahim, dia terlalu mengongkong hidup aku. Segala apa yang aku buat semua salah di mata dia, dia terlalu kuat cemburu sehingga aku menjadi rimas.

Tapi disebabkan perasaan sayang, aku tahankan saja demi dia. Aku teramat sayangkan Fahim sangat.
Tapi pada suatu hari ni, aku dapat tahu dia tidur dengan perempuan lain. Aku dapat tahu daripada perempuan yang dia tiduri itu, perempuan itu sendiri menunjukkan gambar-gambar mereka bersama.

Tika itu Allah sahaja yang tahu betapa hancurnya hati aku bila orang yang aku sayang buat aku begini. Sedangkan aku sendiri langsung tak pernah beri dia sentuh badan aku mahupun lelaki lain. Dia pula semudah itu kerana nafsu.
Selepas itu, aku terus telefon Fahim lalu memarahi dia sambil menangisi apa yang dia lakukan itu, aku cakap dengan Fahim hubungan kami cuma setakat ini sahaja. Tapi Fahim tak boleh terima semua itu. Dia berkali-kali meminta maaf, dia kata dia terlalu sayangkan aku dan tak mahu aku tinggalkan dia. Tetapi hati aku terlalu sakit, melihat muka dia pun aku tak mampu.

Fahim sedaya upaya cuba memujuk aku kembali kepada dia. Puas aku block dia di facebook, whatsapp dan sebagainya namun dia tetap berusaha mendapatkan aku kembali. Selepas itu, aku cuba hiburkan hati aku untuk melupakan dia, aku install instagram, di situlah bermulanya perkenalan aku dengan Ryan selepas Ryan chat aku di insta.

Kami berkawan selama 2 bulan, dan dia mengajak aku berjumpa. Aku pun tidak keberatan untuk berjumpa dengannya memandangkan aku memang kenal dengan dia dan juga ahli keluarganya. Rumah Ryan juga memang berdekatan dengan rumahku. Selepas berjumpa, kami terus berkawan hampir 4 bulan dan dia menyatakan hasrat untuk masuk meminang aku dan selepas keluarganya merisik aku ,kami mengambil keputusan bertunang pada 22/10/2017.

Selepas majlis pertunangan, aku memuat naik gambar-gambar pertunangan aku dengan Ryan di facebook. Keesokkan harinya aku mendapat panggilan telefon dari nombor yang tidak aku kenali. Aku terus menjawab panggilan itu, rupanya Fahim yang menelefon aku . Dia memaki hamun aku dan berkata : “Kau tak boleh dengan lelaki lain Bella!! Kau milik aku! Kenapa kau bertunang dengan lelaki lain?! Kau ingat Bella, kau takkan selamat!”

Aku pelik bagaimana dia boleh tahu pertunangan aku itu sedangkan aku sudah block dia di facebook. Aku pelik lalu aku bertanyakan dia tentang hal itu. Rupanya sebelum ini dia meminta kawannya untuk add aku di facebook agar dia mudah untuk memerhati apa aku buat di facebook. Aku tidak menghiraukan ugutannya.

Pada suatu hari, hari isnin aku ke office untuk menjalankan kerja aku seperti biasa. Aku terpaksa balik lewat hari itu untuk menyiapkan tugasan aku. Ketika itu, aku seorang sahaja yang berada di office. Selepas aku selesai menyiapkan kerja, aku berdiri di tempat parkir kereta ingin menelefon kawan serumahku untuk mengambilku pulang ke rumah. Tiba-tiba, ada satu kereta menuju dengan laju ke arahku dan berhenti betul-betul di tepiku, dan dengan tidak semena-mena aku terus ditarik oleh seorang lelaki dengan begitu pantas.

Aku cuba melepaskan diri, tapi lelaki itu menekup mulutku dan selepas itu aku tidak sedarkan diri. Dan apabila aku tersedar, aku tak tahu aku berada dimana ketika itu. Aku terkejut melihat Fahim di sebelahku, matanya terpejam, tidur mungkin. Aku terus menjerit dan meronta untuk melepaskan diri. Fahim terus bangun dan menamparku. Aku merayu padanya minta dilepaskan, dia bertalu-talu memaki aku kerana bertunang dengan lelaki lain. Sekejap-sekejap dia menjerit kemudian menangis, sudah berapa hari aku dikurung entah dimana pun aku tak tahu,sepanjang itu aku dibelasah. Dia memujuk aku berkahwin dengannya, tetapi aku berkeras tidak mahu.

Dia terus keluar dari bilik itu, dan tidak lama selepas itu aku Nampak dia sedang memegang stapler yang agak besar. Kemudian dia sambil memaki-hamun aku, dia memegang kakiku dan stapler di bahagian tapak kakiku berkali-kali. Ketika itu aku terasa amat sakit, seperti aku akan m**i hari itu. Dia stapler kedua-dua dua belah tapak kakiku. Fahim langsung tidak menghiraukan tangisan aku tika itu. Dia cuma tersenyum puas dan berkata, “Ni baru sikit yang kau rasa Sayang. Lepas ni kalau kau degil, lagi teruk aku buat. Susah sangat ke nak terima aku balik? Aku dah cakap aku sayang kau, aku tahu salah aku, masa tu aku Cuma nak seronok je dengan perempuan tu. Tolonglah sayang, kita kahwin ye?“

Aku memandang Fahim sinis dan menendang-nendang Fahim sekuat-hati kemudian dia menarik aku sehingga ke toilet, tuhan je tahu perasaan aku ketika itu dilayan seperti binatang. Semasa di toilet aku dicampak ke dalam tab mandi dan menghentak kepala aku berkali-kali ke dinding. Aku cuma mampu menangis dan merayu kerana badan aku sudah terlalu lemah untuk melawan selepas dibelasah beberapa kali. Terasa d***h pekat mengalir di atas kepala. Dia membuka air, pancuran air itu membuatkan luka yang ada pedih yang teramat. Semakin lama, aku semakin lemas. mahu bangun pun aku tak kuat. Kerana tangan aku terikat. Begitu juga kaki. Sudah agak lama dia tinggalkan aku di toilet, kemudian dia muncul di muka pintu toilet lalu berkata “lepas ni kalau degil lagi, aku cungkil mata kau. Takpun b***h je bagus, puas hati aku. Aku menangis tersedu-sedu kerana takut. Dia dukung aku dan campak aku atas katil. Dia pergi ke suatu sudut, menunjukkan satu bekas kecil, tapi aku tak tahu apa benda tu, Nampak macam air ke minyak ke aku tak tahu lah, pastu dia cakap “kau Nampak ni, lepas ni kalau kau tak dengar cakap aku, lebih dari ni aku buat,kau tak boleh lawan aku Sayang.” Aku pelik kenapa dia tunjuk benda tu, dan dalam tersedu-sedu aku tanya dia perlahan “apa benda tu?” Fahim tersenyum sinis lalu berkata “kalau kau nak tahu nilah benda yang akan buatkan kau sentiasa sayang kat aku. Tapi aku tak tahu kenapa kau boleh tinggalkan aku. Benda ni kenapa bangang sangat, dah tak menjadi pada kau. Ehh Ba** Si** lah *%#$#^@$!!. Aku tunjuk benda ni supaya kau ingat, kalau kau tak pilih aku juga, kau masih degil. Lagi teruk dari ni aku boleh buat. Aku boleh buat kau sakit terseksa, aku boleh buat kau gila, dannn aku boleh buat kau m**i.”

Nantikan episode yang seterusnya. Aku nak je habiskan cerita ni, tapi tak larat sangat. Sebab aku dah penat nak sambung cerita aku ni yang panjang berjela, kerja kat office ni berlambak. Sebenarnya aku nak cerita pendek je. Tapi kalau cerita pendek korang pulak tak faham nanti. Janji aku dah selamat, Cuma masih dalam proses berubat, sebab kerja si Fahim tu lepas aku berjaya melarikan diri dari dia, teruk dia buat aku.Tapi aku percaya, aku akan sembuh tak lama lagi. Sebab takda yang lebih berkuasa selain Allah. Allah yang lebih berkuasa atas sesuatu. Aku harap aku akan sembuh cepat, sebab kesian tunang aku prepare untuk kahwin kitorang raya nanti. Aku nak uruskan masih tak kuat lagi badan ni. Untuk korang semua, maaflah ya. Aku cerita yang ni dulu. Untuk sambungan cerita ‘Hantu TV’ yang pasal Rina dan Alia tu aku tak sempat nak taip lagi. Kadang-kadang nak sambung, tapi masa tu lah badan aku buat hal. Ni pun nak sambung lagi cerita aku ni tentang gangguan-gangguan yang aku kena pulak. Adoiiii banyak nya aku hutang korang ni. Maaf sangat ye. Doakan aku sembuh cepat.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Shashabella

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

36 thoughts on “DENDAM SI DIA”

    • buat jugak police report lpas larikan diri tu, tapi aku sendiri tarik balik report tu ,sbb mak dia dtg merayu kat aku dia tak boleh anak dia takde. aku yang sedih tgok mak dia camtu. ikotkan tunang aku, mmg nak je sumbat dia masuk dlm. skrg pun tunang aku cri dia merata, sbb buat aku sakit sampai mcam ni. tp tak jumpa.

      Reply
      • Dia dh berlaku sgt kejam dgn Bella. Xk mustahil dia blh ulangi lg dn juga blh buat kt org lain. Jiwa dia sakit. Seeloknya biarkan dia di penjara. Kt penjara blh dpt bantuan pemulihan. Ttg emaknya, Bella patut ckp kt emak Fahim, anaknya lbh selamat dikurungan. Dlm penjara blh belajar agama (itu yg Fahim kekurangan) & ada juga diajar kemahiran. Ini Fahim pun tah ke mana. Xk juga berada disamping mak dia. Bella berkorban kerana kasihan dgn mak Fahim tp Bella sendiri bila2 masa blh jd korban.

        Semoga Allah jaga keselamatan Bella. Aamiin

        Reply
  1. Sakitnya hati baca.. harap Fahim tu kene tangkap dgn hukuman gantung sampai m**i.. sebab dy sangat membahayakan untuk orang lain.. Tak boleh terlepas..

    Reply
  2. take your time untuk sambung cerita ni yea. Bila ada masa free atau awak dah ok sikit baru sambung. jangan buat share cerita ni jadi satu beban. Get well soon!

    Reply
  3. Untuk keselamatan ko, keluarga ko n tunang ko sendiri.. ko pegi buat police report lagi sekali.. nanti kalau jd apapa, takder nyer mak si fahim tu dtg nk menolong ko.. ko kena fikir keselamatan ko dulu sblm ko fikir psl tk sampai hati bagai.. org mcm fahim ni, dia tk dpt kenakan ko, org2 yg ko syg akan jd mangsa.. mudah2an Allah lindungi ko, kluarga ko n org2 yg ko syg dr manusia mcm fahim ni.. Amin..

    Reply
  4. be strong beb.aku igt aku je dpt laki saiko.rupenya awk lg trk kna..semoga kuat beb.ya allah xtau nk rse cmne kaki kna stepler.memula bce nmpk mcm selotep bila ulang lah di stepler nya kaki awak.ya allah cube kaki die kt buat cmtu xke meraung..

    Reply
  5. pada adik2 yg dpt ex tunang ex bf ex laki yg samdol dan pendendam…lebih sekiranya jgn la terlalu mewar warkan bertunang ke apa di FB ya….sebab sikap anda sendiri yang mengundang makhluk spesis psiko jadi sakit hati dan membalas dendam…tak semua ex ex didunia ni bersifat move on…tolong la ubah sikap…sebab bila dah terjadi spt ini jenuh pulak nak berubat sana sinikan? masa…duit…semua terbuang percuma aje…jadi beringat2 la ya terutama kaum hawa yg terlalu excited semua benda di FB atau Insta…jaga2 la ada mata pendendam yg memerhati gelagat anda…moga adik diatas sihat dan dapat menikah dgn mudah…binalah pendinding diri anda dan kuatkan amalan2…org spt Fahim takkan berhenti selagi dia tak tobat atau masuk dalam…dia akan tetap menghantui anda sampai m**i selagi dia tak leh move on…

    Reply
  6. Bella, kamu pon kenapa lurus bendul sgt kata xnak terus masa dia tgkap..
    Licik la sikit..belakon.
    Manusia gile macam tu kena diakalkan.
    Nasib xkena…tu..kena stapler je
    Cmnepun alhamdulillah kamu selamat..

    Reply
  7. ishh…nsib bek ko dpt lari,klu kau tak dpt,aku rsa mmg kena dah kau dgn dia..silap silap jari kaki tangan kena p****g…uisshhh..selisih

    Reply
  8. x dpt sy nk imagine mcm mn rasanya kamu menanggung derita kaki d stepler tu, huhu sy pun dawai kokot baru masuk jari tgn dh menangis sakitnya ampun, huhu apalagi kamu yg dstepler kakinyaaaa huhuhuhu

    Reply
  9. Bila ko ckp tapak kaki kena stapler,…i feel u babe, sbb aku pernah terpijak ubat stapler.. terasa ngeri. Damn ngeri… kaki aku pn terasa kecut. ahahaha

    Reply
  10. Ya Allah kejam nya. Pe pun kalau free atau dh ok nnti smbung ye. Sy doakn awk sihat balik insya Allah. Kalau boleh report la polis, die psiko sgt tu,mmg bahaya. Takut die akn buat pkara sama balik lain kali.

    Reply
  11. majoriti nak aku sambung crite .pi lantak lah org yg ckap aku buat crite rekaan tu .yg rase nye aku .pape pun pd yg nak aku sambung ,sabar ye ,masih menaip lg ,pnjang nau cerita .hahaha

    Reply
  12. kenapa x save je dulu. dh save nt taip. bila habis baru publish. sb spoil mood gila la kalau tgh2 baca eh eh tiba2 ckp nk sambbung tak kira la ape alasan sekalipun…

    Reply
  13. Jika fiksyen bgtau le tu fiksyen. Kalo ianya kisah benar apasal x repot polis. Ingat menipu tu adalah hutang yg pasti akan diperkira dihadapan Allah swt kelak. Jd jangan buat hutang x tentu pasal. Ok.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.