Dengar dan Rasa

Assalamualaikum. Hai. Lepas baca pasal cerita2 dekat FS nih aku mula rasa nak share hal yang pernah aku alami ni dekat orang lain. First time aku nak bercerita pasal kisah aku ni dekat orang sebab selalunya aku ni seorang yang agak pendiam. Cukuplah korang yang baca ni kenal aku sebagai Z. Aku ni dulu budak asrama dekat sekolah menengah. Aku ni dulu banyak jugak kenal manusia yang tak berapa nak baik. Maklumlah budak-budak.

Kisah ni bermula masa aku mula-mula jejak kaki kat asrama tahun 2014. Baru jugaklah kisah aku nih. Aku duduk dorm 2 dan katil aku no 6 asrama puteri. Kali pertama aku jejak kaki dekat asrama sekolah tu aku excited, tapi tetiba aku rasa macam ada yang tak kena dengan asrama tuh. Hari kedua aku duduk, aku dah mula dengar macam-macam pasal asrama nih. Penampakanlah, bunyi orang bejalan waktu malam atas bumbung asrama lah, orang menyanyi lagu Suriram dalam toilet (padahal tiada sesiapa pun) dan selimut kena tarik tiap malam. Yang tu semua senior yang banyak cerita. Aku pun belum tentu nak percaya. Sebelum tuh, FYI aku ni penakut. Nak pergi dewan makan waktu supper pon 10 orang teman. Padahal boleh je pegi sendiri sebab dekat je.

Tapi satu malam tu entah macam mana, aku boleh pulak tergerak hati nak pegi dewan makan tu sorang-sorang. Duduk dekat meja makan sorang even ada kawan yang ajak duduk sekali. Lepas makan macam biasa la budak asrama rutin harian lepas makan kena cuci pinggan dengan cawan lepas makan.

Lambat jugaklah aku keluar dari dewan makan tuh. Aku ingat lagu aku student kedua sebelum last keluar dari dewan makan sampai makcm cik tu pon tegur aku dan tanya kenapa aku lambat sangat. Aku jawab “saya penat kot”. Yang tu ja aku jawab lepas tu terus aku blah nak balik asrama. Aku cepat2 blah naik bilik study kemas buku untuk kelas besoknya. Lepas tu aku study sikit dengan kawan aku sedorm dan sebelah katil aku untuk kuiz english esoknya tuh.

Tepat pukul 1 baru kitaorang nak naik. Sebelum naik wajib singgah toilet untuk buang apa yang patut. Maklumlah, penakut sementara ada kawan baik aku buang dulu sebelum tidur. Lepas pergi toilet, kitaorang nak naik ke dorm. Tengah elok naik tangga aku rasa macam ada angin lalu depan aku dengan kawan aku. Aku heran macam mana boleh ada angin sedangkan pokok tak begoyang, kertas tak terbang. Tapi aku buat tak tau ja dulu lepas tu tengah sedap nak sampai tingkat 3 pintu tempat letak towel dengan baju2 lembap tebukak tetiba. Dah la pintu tu betul2 depan tangga yang kitaorang tengah naik tuh. Lepas tu aku dengan kawan aku cuak la sebab kitaorang ja masa tuh. Aku dengan kawan aku terus berpaling arah tengok bawah dan jalan tegesa-gesa masuk dorm.

Tapi, sebelum sampai dorm kitaorang dengar bunyi duit syiling jatuh 3 kali kat belakang kitaorang. Apa lagi pecut la gila. Lepas sampai dorm terus naik katil baca doa yang patut. Ayat kursi dengan 3 Qul. Mulut aku tak berhenti baca ayat kursi sampai aku terlena. Tapi, aku terjaga pukul 3 pagi. Aku tengok kawan aku pun terjaga. Dia cakap macam tak sedap hati. Kitaorang rapatkan badan dan baca apa yang patut. Tengah2 baca bunyi duit syiling makin lama makin banyak dan makin lama makin dekat. Macam ada yang sengaja jatuhkan.

Tiba-tiba pintu dorm macam ada orang cakar. Aku dengan kawan makin kuat baca ayat-ayat pelindung diri. Kawan2 yang lain still tidur tak ingat dunia. Yang kiaorang tengah mengeletar satu badan. Benda tu terus ganggu kitaorang. Bunyi orang baling batu kat tingkap, cakar pintu & jatuhkan duit syiling. Sampai subuh kitaorang tak tidur. Aku still tak boleh move on dengan hal malam tuh. Lepas semua bangun kitaorang besiap dan berkumpul aku terus cerita dekat ketua asrama,cikgu dan of course senior. Diorang cakap asrama tu memang ada benda. Benda yang jadi kitaorang malam tuh memang benda yang luar biasa sebab tak penah lagi orang kena kacau sampai mcm tuh sekali.

Diorang pesan jangan duduk bilik study lebih dri pukul 1 pagi. Sebab ada student pernah nampak benda dekt tong sampah cari pad yang still ada darah (aku straight to the point). Dekat asrama tuh memang ada ponti,poco dan kum. Lepas dengar macam tuh kitaorang tiap malam tidur lepas supper.

Sejak malam tu jugak kitaorang setelkan kerja pada waktu siang. Sapa tak takut kalau jadi macam tuh. Aku pon ketar badan sampai 3 hari. Tapi pertengahan 2014 aku keluar asrama atas sebab2 tertentu. Dan lepas aku keluar kes histeria makin bnyk jdi. Eloklah aku keluar. Aku ni memang tak layak nak duduk asrama lama2. Mintak maaf lah kalau cerita ni tak seram aku cuma tertanya kenapa benda tu kacau kitaorang sampai demam panas kawan aku. Sebelum habis satu ja aku nak pesan. Sebelum buang pastikan cuci betul2 jangan bagi ada kesan dan pastikan bersih dan tak dibuang di tempat yang salah. Sebab kawasan kotor dia suka. Jaga diri ya. Dia tetap ada walaupun dunia lain?

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Zulai

9 comments

  1. kat asrama mana2 pun kebiasaannya ada kes histeria ni.

    yg jenis terpekik melalak, yg jenis x jaga kebersihan, bising malam2, dan etc.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *