Depoh Kontena

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca dan terima kasih banyak kepada admin Fiksyen Shasha jika cerita ini tersiar. Nama aku Lan (bukan nama sebenar) dan aku bekerja di sebuah depoh membaiki kontena. Di sini aku ingin ceritakan satu pengalaman yang agak seram bagi aku dan harap korang pun terasalah juga seramnya. Kalau tak, maaflah ye. Maaf juga kalau kasar bahasanya.

Kisah yang pertama ni adalah kisah rakan sekerja aku, Aman. Company kami beroperasi 24 jam tapi untuk operasi malam hanya untuk pemeriksaan keadaan kontena. Operasi membaiki kontena hanya pada waktu siang. Lebih kurang pukul 12 malam, Aman berjalan ke tempat QC menjalankan tugas memeriksa kontena, kononnya nak cari member untuk berbual sebab department Aman hanya menugaskan seorang setiap shift.

Ketika sampai di sana, Aman ternampak Aris sedang khusyuk membuat kerjanya seorang diri. Tanpa curiga, Aman pun sembang dengan Aris sambil Aris buat kerja. Siap janji nak buat program pada hari cuti. Setelah hampir pukul 1, Aman pun mengajak Aris ke kantin sebab dia dah mula lapar tapi Aris enggan, mahu habiskan kerja katanya.

“Wahh. Rajin betul ko malam ni? Salah makan ubat ke apa?”, gurau Aman. Aris hanya menyambut dengan senyum sinis. Aman pun ke kantin seorang diri. Dalam perjalanan, dia terserempak dengan Kai dan Erul.

“Wei Kai, Erul. Korang pergi melantak tak mengajak. Pastu sedap je korang tinggal Aris buat kerja sorang2″, kata Aman.

“Jadah kau, Aris mana kerja hari ni. Dia AL 2 hari”, jawab diorang. Terdiam juga si Aman. Masa dia cerita kat aku kisah ni pun muka dia pucat je. Dia ni memang penakut, dah lama minta nak kerja shift siang saja. Malam tu dia memang dia terkena. Memang sah2 si Aris tu cuti, pergi holiday dengan family. Bila cerita pada si Aris, boleh pulak si Aris ni melawak.

“Kira menjadi lah ilmu aku tu, aku tak datang pun orang nampak aku ada”, Aris cakap sambil gelak.

Rasa nak penumbuk je muka Aris. Tapi kami tak hairan pun, di tempat kerja kami memang ada pelbagai penampakan dan kisah. Pernah juga pemandu jentera kami hendak ambil kontena yang dah di stack kan, maksudnya kontena tu letak bertindih sampai 5-6 biji. Satu kontena hampir 10 kaki tinggi. Ketika pemandu kami hendak ambil kontena pada ketinggian 5 kontena, elok je ‘kak pon’ bersidai kat atas tu. Penat terbang agaknya. Laju2 dia pergi parking terus balik. Memang tidak lah dia nak kerja lagi malam tu, tak pasal2 ‘kak pon’ teman dia buat kerja sampai pagi.

Pernah juga tukang cuci kontena, dia dah siap basuh, nak keluar je dari kontena tu dia nampak kaki. Guys, bukan kaki orang biasa, ok. Macam kaki gergasi camtu, dia nampak paras lutut je. Dengan hitam berbulu lagi. Mc terus 3 hari. Kesian.

Kisah kedua ni aku alami sendiri. Tapi aku tak nampak, cuma dengar. Alhamdulillah. Hehehe. Tahun 2012 juga, aku bekerja malam minggu. Malam minggu memang tak ramai yang kerja, tak sampai 10 orang pun. Dalam pukul 2 pagi camtu, aku pergilah cari port nak baringkan badan. Di bangunan utama ofis aku ada sebuah bilik locker merangkap bilik tidur time rehat. Kedudukan bilik ni kalau nak masuk kena lalu pintu utama tandas. Korang bayangkan 1 ruangan berbentuk huruf T, tandas dan bilik mandi kat bahagian huruf T yang melintang tu, bilik locker kat bahagian T yang menegak.

So, sampai di sana aku ternampak Wan sedang tidur, kat bahagian sebelah dalam di sebalik locker2 yang tersusun. Aku pun tarik alas tidur baring sebelah Wan. Tiba2 Wan tegur aku, minta kejut dia lagi setengah jam. Aku ok je, sebab aku pun tak plan nak tidur, nak baring je. Cukup masa, aku pun kejut si Wan. Dengan malas dia bangun pastu menonong je keluar. Tiba2 aku dengar bunyi paip bilik mandi. Kawan2, aku bagitau korang ni, shower kat tempat aku ni air memang kuat. Memang syok nak mandi. Tapi bukan mandi pukul 2 3 pagi, sejuk gila kot. Kebetulan malam tu hujan.

“Kulit biawak ke apa Wan ni, boleh pulak dia mandi”, aku bermonolog sendiri dan buat tak tau je.

Malam esoknya time jumpa Wan, aku sound lah dia sedas, “ilmu ape ko pakai, boleh pulak malam tadi ko mandi”.

“Bila aku mandi?”, Wan tanya dengan muka hairan.

“Malam tadi lah, lepas aku kejut kau suruh sambung buat kerja”, bidas aku.

“Mana ada aku mandi. Aku terus balik lah. Kan hujan malam tadi, balik cari bini lagi bagus”, Wan balas dengan makin pelik muka dia.

“Yerla, mungkin budak department lain mandi kat situ kut”, balas aku.

“Dah lah, Lan. Tak payah tidur situ lagi”, Wan cuba ingatkan aku. Tapi aku takde lah fikir bukan2 dan aku tak fikir Wan nak mainkan aku. Aku masih plan nak lepak sana malam nanti time rehat.

Tepat pukul 1 pagi, aku pun pergi ke bilik locker merangkap tempat tidur tu. Kali ni aku sorang sebab Wan tak nak join. Aku pun malas nak ajak orang dah, tak nak. Tapi malam tu bilik tu memang rasa lain. Kita boleh rasakan kalau ada orang lain bergerak dalam bilik kita kan? Macam kau tengah lepak bilik kau, kalau member kau tengah buat kerja, gerak sana sini kau boleh terasa dia ada walaupun kau tutup mata. Macam tu lah aku rasa.

Tiba2 aku dengar bunyi orang mandi. Lagi!! Pelik juga aku rasa, sebab dah dekat 2 tahun aku kerja situ, tak pernah lagi yang buat kerja gila mandi pukul 2-3 pagi. Aku teruja juga rasa nak tau siapa gerangannya. Aku pun mengengsot ke arah pintu, dan baring mengiring menghadap pintu. Bilik2 mandi hujung sekali, so kalau ada orang nak ke arah atau keluar dari bilik mandi memang lalu bilik locker.

Lama juga aku tunggu, memang kulit buaya betul yang mandi ni. Dalam 15 minit camtu bunyi air pun berhenti, pastu dengar macam lap badan camtu. Aku tunggu dalam 10 minit tak lalu2, aku pun bangun lah nak pergi check bilik mandi tu. Ada 4 bilik semuanya. Satu2 aku tolak pintu and guess what? Memang takde orang pun! Bilik mandi tu pun kering je, takde bekas orang guna. Terkedu juga aku sekejap. Kemudian dengar bunyi nafas kat telinga aku. Pehh, meremang terus. Mencicit aku keluar dari situ. Nasib baik dia takde buat follow up, kalau tak, dengan aku pun tak boleh nak kerja malam lagi.

Orait guys, sampai sini je cerita aku. Moga terhibur.

Lan

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

6 thoughts on “Depoh Kontena”

  1. takde suspen langsung…
    Tanpa curiga(spoiler), Aman pun sembang dengan Aris sambil Aris buat kerja.
    Apapun, ceta ok…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.