Depressi

Asalamualaikum dan selamat sejahtera semua warga FS. Terima kasih admin kerana siarkan kisah saya iaitu WUJUD. Kali ini saya kembali lagi dengan kisah yang benar terjadi dalam kehidupan saya. Ini bukanlah kisah seram tetapi pengalaman yang saya alami, seperti biasa saya akan gunakan AKU untuk mudah difahami semua.

Kisah ini berlaku selepas setahun aku tamat sebagai pelajar STPM. Waktu ini aku sudah berpindah dan duduk di kuarters pendidikan dengan keluargaku di daerah Bintulu. Pada hujung tahun 2015 aku kerja disalah sebuah restoran francais yang baru buka pada masa itu. Biasalah sebagai pekerja baru banyak yang kena belajar dan ini peluang aku untuk mencari wang saku untuk melanjutkan pelajaran dihari kelak. Walaupun penat tetapi diriku ini gagahkan jugak untuk memikul kerja yang diberikan. Aku mempunyai rakan karib iaitu Jenifer (bukan nama sebenar) yang lebih tua dariku. Ditempat kerjaku ini mempunyai dua orang penyelia, seorang lelaki dan perempuan dan bertugas mengikut shift. Paling menarik sekali mereka merupakan pasangan dan sudahpun bertunang. Penyelia lelaki iaitu Sir Am (bukan nama sebenar) sangat tegas dan digeruni setiap pekerja mahupun lama atau baru termasuk aku. Berbeza dengan Miss Ain sangat baik orangnya, sebab itu aku dan Jenifer senang dengan sikapnya.

Masuk tahun 2016 aku semakin selesa bekerja di restoran tersebut dan boleh dikatakan shift aku memang kebanyakkan dibawah Sir Am. Tetapi bila bertugas dibawahnya, aku boleh nampak yang Sir Am ni baik orangnya, tegas itu biasalah supaya pekerja lain lebih cepat melakukan arahan beliau. Aku dan Jenifer juga menjadi rapat dengan Miss Ain sehinggakan pergi dan balik kerja dia yang menjemputku, aku hanya menurut sahaja. Bulan Februari menjelang, disebabkan perayaan tahun baru cina semakin dekat, permintaan customer sangat padat. Semua pekerja memang sibuk yang amat masa itu, yang paling jelas aku nampak Sir Am. Muka dia nampak tidak terurus, penat sekali agaknya. Aku juga pelik sebab kebelakangan ini Sir Am ini menjadi pendiam, jarang sekali ini fikirku sebab tiap – tiap hari akan ada pekerja yang kena maki dengannya.

Aku dan Jenifer ada juga bertanya kepada Miss Ain tetapi jawapannya penat agaknya dengan kerja dan sibuk uruskan anaknya, ya Sir Am duda anak seorang iaitu lelaki yang berusia dua tahun pada masa itu. Tahun baru cina menjelang dan restoran memang tutup agak lambat. Semenjak dari hari itu Sir Am memang diam sahaja dan banyak bersendirian, yang peliknya dia nampak kemas dengan rambut yang dulunya panjang sudah d******g kemas. Muka yang dulu bengis tanpa senyuman kini tampak tenang. Aku ingat lagi ada satu hari ini Sir Am mengajak aku dan Jenifer makan satu meja dengannya, pelik memang pelik sebab setahu aku tidak pernah seorang pun pekerja berani mahupun duduk satu meja dengannya. Aku dan Jenifer pun iyakan sahaja, disini aku boleh nampak dari raut mukanya yang Sir Am memang ada masalah tetapi aku diamkan sahaja. Malam itu Miss Ain mengajak aku ke restoran ada hal sikit katanya, aku menurut sahaja dan disebabkan aku malas nak masuk kedalam aku hanya menunggu dan bersandar dibahagian belakang kereta Miss Ain yang diletakkan dibelakang pintu dapur restoran. Sedang ralit memandang telefon pintar, Sir Am menegurku. ” Fad aku nak minta tolong kau ni ” katanya, ” Oh Sir, minta tolong apa tu ” balasku, ” nanti kau tengokkan Miss Ain ya, kau tolong aku jagakan dia boleh? Sebab aku percayakan kau seorang yang boleh jaga dia kalau aku tak ada nanti. Aku pelik dengan katanya itu, ” kenapa Sir cakap macam tu, Sir nak pergi mana ” tanyaku, ” tak ada lah nak pergi mana, saja minta tolong kau bolehkan ” aku hanya anggukkan sahaja dan Sir Am berkata lagi, ” lagi satu kau tolong tengokkan restoran kita ini, sebab aku tahu budak- budak lain lagi suka kalau aku tak ada, nanti kau jagakan eh restoran ini dan tolong Miss Ain. ” Aku terdiam sahaja tanpa menyahut soalannya itu dan melihatnya berlalu mendapatkan kekasih hatinya. Selepas lama menunggu dengan persoalan yang diberikan tadi akhirnya Miss Ain mengajak pulang dan Sir Am berpesan lagi ” Fad ingat ya pesan aku tadi, hanya kau yang aku harapkan ” sambil tersenyum. Aku hanya anggukan sahaja dan membalas senyumannya itu.

12.03.2016 tepat pada hari Jumaat ya. Aku ingat lagi tarikh itu, dengan sekelip mata sahaja semua berubah. Sedang sibuk melayan customer sambil tangan membuat kerja, kami yang bekerja untuk shift pagi pada jumaat itu dikejutkan dengan berita yang Sir Am dikejarkan hospital. Dan paling mengejutkan Sir Am didapati menggantung diri dalam biliknya. Tanganku menggigil, tidak mungkin Sir Am berbuat begitu dengan menggantung dirinya. Telefon aku berbunyi, panggilan daripada Miss Ain memberitahu bahawa Sir Am sudah pergi buat selamanya, dari corong telefon aku hanya mendengar raungan tangisan sahaja tanpa sedar aku juga mengalirkan airmata. Apa semua ini kata hatiku seakan tidak percaya, aku teringat semula pesan Sir Am semalam, aku tidak menyangka bahawa itu adalah pesanan terakhirnya. Hari itu restoran terpaksa tutup awal dan kami dimaklumkan untuk bergegas ke rumah arwah kerana keluarganya sudah membawa jenazah balik ke rumah. Di situ, aku mendapatkan Miss Ain yang menangis sampai keadaannya tidak terurus. Selepas keadaan tenang aku mendapatkan Jenifer yang berada diluar rumah, dia menceritakan apa yang belaku sebenarnya. Pagi itu, Sir Am menyuruh ibunya mengejutkannya tengahari nanti untuk menunaikan solat jumaat. Ibunya bergegas naik untuk mengejutkannya, bila dipanggil tidak menyahut, ibunya segera membuka pintu dan didapati anaknya sudah menggantung diri.

Beberapa minggu kemudian selepas arwah pergi, Miss Ain memang tampak murung. Daripada anti rokok menjadi perokok, sampaikan dalam satu hari itu berkali-kali dia merokok. Aku sudah berkali menegur tapi dia berkata ini sahaja yang membuatkannya tenang. Memang betul apa yang arwah beritahu bahawa pekerja lain lagi suka kalau dia pergi sebab aku boleh nampak dan dengar dari perbuatan dan mulut mereka sendiri. Mereka memberitahuku bahawa arwah ada membela, dan belaannya yang membunuhnya. Mereka juga pernah ternampak arwah bercakap seorang diri, kadang- kadang ketawa wallahualam.

Kisah ini sampai bila- bila aku ingat, yang aku tahu arwah mengalami depresi yang teruk bukan membela seperti yang diperkatakan. Alhamdullilah Miss Ain sekarang sudah kembali ceria dan dia menetap di Sabah. Aku sudah berhenti di restoran itu atas sebab tertentu. Aku pernah ternampak arwah, masa itu aku membuat closing dan yang terakhir keluar. Aku nampak arwah disebalik kaca pintu menuju tingkat atas, aku hanya nampak sekilas selepas itu lenyap daripada pandanganku. Aku hanya ingin memohon maaf kepada arwah, aku tidak dapat menjaga restoran seperti yang diminta atas sebab tertentu.

Ini pengalaman aku, mohon maaf sekiranya kisah ini bukan kisah seram. Aku menyesal sebab tidak tahu bahawa arwah mengalami depresi yang teruk. Aku harap kisah ini boleh diambil pengajaran, jika ada antara ahli keluarga atau sahabat anda yang mengalami depresi, bantulah dia. Jangan jadi seperti kisahku ini, aku hanya mampu sedekahkan Al- Fatihah kepada arwah.

AL- FATIHAH.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Kuntum

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

18 thoughts on “Depressi”

  1. kasihannya.. walaupun takde unsur seram dlm cter ni tp pengajaran blh diambil utk kita semua lbh ambik berat kat org sekeliling.

    boleh plk tiba2 ade penampakan sekilas arwah, dari takde unsur suspen eh tetiba ade gak huhu

    senoga roh arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman walaupun kematiannya sebegitu.

    Reply
  2. Sedih pulak baca.. ya depression penyakit yang amat bahaya. Depa perlukan perhatian lebih. Dan doc je yang tau cara trbaik ubati mereka. Kalau tak tangani tu yang sampai b***h diri.

    Reply
  3. Perkara dh trjd.. memadailh kita yg masih hdup mngambil pljrn dr pngalmn insan lain.. Ya Allah Ya Rahman… Rahmatilah kami semua.. Dan jauhknlh kami semua dr jln org2 yg fasik… Amin…

    Reply
  4. bagi saya ini kisah misteri dan seram.. saya faham sebab ianya kisah yang hampir sama dengan bekas kawan sekolah saya dulu.. dy gantung diri sebab depressi..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.