Detektif D9 ( CERITA DALAM CERITA)

Thank admin. (CERITA INI TIDAK SERAM CUMA MISTERI)

Abu: hari hari kena tiaw tak boleh tahan juga weh. Datang bulan ke apa jantan tu. Angin je bulan ni.
Aku: rilek ah, maybe dia pun kena tiaw dengan orang atas dia. Tapi cam tak fair pula kan. Dia kena, dia lepas dekat kita.
Abu: memang tak fair ah. Lahai kalau dulu aku study hard. Sekarang aku dah jadi IGP. Aku boleh marah orang. Orang tak boleh marah aku hahahahahahahahaha. Sukenye aku haha.
Aku: kennot go ah kau punya berangan bodoh.palui.

Krekkkk* pintu ditolak
“tuan” aku dan abu berdiri sambil bersuara. Abu kelihatan begitu susah menelan air liurnya sendiri.
BIG BOSS: apa yang ketawa ngekeke sampai keluar dengar?
Aku: tak ada apa boss, abu..berangan nak jadi IGP.

“HAHAHAHAHAHAHAHAHA”. Berdekah suara ketawa big boss dalam opis aku. “HAHAHAHAHAHA” sekali lagi dia sambung ketawa. “ ha ha ha “ Aku dan abu turut ketawa kecil, bagi meraikan mood ceria big boss yang mungkin sudah pulih. “Diammmmmmm” big boss jerit sambil menjegilkan matanya. Aku dan abu kembali tegakkan badan. Rasa macam patung kedai pakaian pula. Tadi bukan mood ceria tapi kuanghajor ketawakan berangan orang. “pap” bunyi fail tebal diletakkan di atas meja.

“Selesaikan yang ini dulu, mamat masuk”. Big boss mengarahkan seorang lelaki yang menunggu diluar untuk masuk. Kami bersalam dengan mamat dan dia mengambil fail di atas meja dan buka satu persatu satu fail kes.
*HAHAHA ketawa besar
*HA HA HA ketawa entiti lain
*hahaha ketawa biasa

Mamat: okay, ramai orang datang balai untuk buat report benda yang sama. Pengawai penyiasat pun dah dihantar dan tak banyak yang dia dapat. No fingerprint ,dan tiada kesan rumah di pecah, mungkin diorang semua professional. But its okay, kita pun ada professional right ?. Dan yang paling pelik, semua buat aduan kehilangan wang saja. Semua ada dalam fail. And apa apa awak boleh call saya. Number ada di dalam. Terima kasih. Any question ?

Kami hanya mengelengkan kepala. Mamat dan big boss keluar dari opis. Belum sempat p******g kena pada span kerusi yang lembut dan enak, sekali lagi pintu dibuka. “ this case need to be solve first! Make it faster! Got it?” big boss bersuara di pintu. “Got it boss” jawab abu, aku hanya anggukan kepala. Big boss pergi tinggalkan kami berdua. Abu bangun dan membelek belek fail di atas meja.

Kami sampai di kawasan perumahan yang didakwa selalu di pecah masuk, malam ini juga kita riki (intipan). Aku dengan abu dan beberapa anggota lagi, masing masing berpasangan berpecah buat intipan dikawasan tersebut di dalam kereta.

Aku: anyone see something?
“belum ada apa apa” suara anggota yang lain bunyi dari talkie.
Abu: alright, buka mata korang, aku lebih rela berjaga dari kena buka telinga dengar bebelan.
Abu: weh, cantik kan rumah tepi kita ni. (abu menunjukkan rumah disebelah tempat kami parking kereta)
Aku: ha’a cantiklah not bad.
Abu: teringin aku. Duhai.. nasib isteri aku okay duduk flat haha. Nasiblah sapa suruh kawin dengan aku haha.

Aku scroll lagu di dalam phone dan malas nak endahkan si abu. “ malam bulan berendang berwarna biru..dicermin kali..mata air memancar mengilap mata yang lama kabur..” bunyi suara dari speaker phone aku. Abu pusing ke arah aku, mungkin lagu yang aku buka menarik perhatian dia.

Abu: weh..lagu lama,lagend ni. kau minat lagu lama eh ?
Aku: bolehlah, aku tak berapa ngam dengan lagu sekarang. Pelik pelik lagu.
Abu: owh tapi lagu ni best.
Aku: memang ah. Aku dari dulu kaji lagu ni. tapi aku tak jumpa lagi maksud disebalik lagu ni. lirik lirik dia bukan tahap aku punya nak kaji ni.

Belum sempat lagu tadi dimainkan habis, aku sudah tukar ke lagu lain. Abu sekali lagi pusing ke arah aku. Dengan wajah tak puas hati dia melihat aku.

Abu: kau stop kejap lagu.
Aku: asal ? ada apa apa ke ? (aku tutup lagu dan melihat keadaan sekeliling)
Abu: tak ada apa apa, kau yang ada apa apa sekarang ni.
Aku: asal aku pula ?
Abu: aku dah lama dah nak tanya kau, aku dah lama usha tau, kau memang jenis tak reti dengar lagu kasi habis ke apa ?
Aku: lah.. ini pun nak jadi isu, serius pula tu. Aku memang macam ni dari kecil. Lagu aku mainkan sampai takat mana aku nak dengar je. lepas tu aku tekan next lah. Dan kalau lagu tu aku baru dengar dan best. Aku ulang lagu tu sampai aku muak. Nasiblah berapa hari pun. Kalau tiga hari baru muak, tiga hari tu lah aku ulang lagu sama.
Abu: pelik pelik kan kau ni. banyak lagi benda pelik ada dekat kau ni.
Aku: banyak lagilah kat luar sana yang dengar lagu macam aku. Kau je tak jumpa.
Abu: arghhhh kau memang pelik.

“pammmmmm” bunyi benda jatuh diatas bumbung kereta. Aku dan abu pantas keluarkan pistol masing masing dan keluar dari kereta lansung menghalakan pandangan ke atas bumbung kereta. Tiada apa di atas bumbung kereta. Kosong. Seperti biasa. Kami memerhati keadaan sekeliling dulu untuk make sure yang kami berada dalam keadaan selamat. Baru kami simpan semula pistol. Aku masuk kembali ke dalam kereta, begitu juga aku. Abu melihat jam ditangannya. Lalu dia ambil talkie.

Abu: kawasan korang ada apa apa ke ?
“Setakat ni semua terkawal” balas dari anggota lain.

Abu pusingkan kepalanya ke arah aku. Dia tunjukkan jam ditangannya. Jam di tangan abu menandakan pukul 4 pagi. dah berjam jam kami disini. Tiada apa pun. Lalu kami putuskan untuk pulang ke opis. Tinggal dua anggota saja yang masih dikawasan itu untuk meneruskan misi riki meriki bukan risik merisik ea. Aku ambil talkie “apa apa pun korang jangan keluar dan jangan bocorkan Identiti korang. Kalau ada apa apa lapor terus ke kami atau terus ke bilik gerakan. Faham ?“ kata kata akhir aku sebelum abu masukkan gear dan beredar dari situ.

Keesokan petang;
“weh, kau tidor ke ?“, tanya abu yang masuk kedalam opis aku tanpa mengetuk dahulu pintu opis untuk memberitahu yang dia memang kurang diajar sejak kecil. Grrrrrr.
Aku: aku tengah berfikirlah. Kau jangan fikir mata yang tertutup bererti tidur. Sedangkan mata yang terbuka pun belum tentu melihat tau.
Abu: wahh ayat kau. Apa yang kau fikirkan ?
Aku: aku tengah fikir..

Sekali lagi pintu dibuka, kali ini bukan anggota kurang ajar. Tapi big boss yang perlu diajar untuk ketuk dahulu dan masuk. Big boss masuk dan angkat sekeping fail, lalu diletakkan di atas meja dan keluar tanpa mengatakan apa apa. Namun wajahnya cukup memberitahu yang dia sedang marosss. Aduh tekanan macam ni. macam mana nak kerja kalau tekanan. Aku bangun dan ambil fail yang diletakkan tadi. Berkali kali aku baca kertas yang aku pegang sekarang.

Aku: abu, kau perasan tak number rumah yang kau cakap cantik semalam ?
Abu: number rumah dia 42.
Aku: kan. 42. Ni, kau tengok baca.

Wajah abu kelihatan hairan selepas membaca apa yang aku bagi dekat dia sebentar tadi.

Abu: kita duduk sebelah rumah dia kot semalam. Takkan rumah dia kena pecah. *SAYA SIMPAN DUIT DI DALAM AL-QURAN DAN KEESOKKAN HARINYA SAYA DAPATI DUIT SAYA HILANG. JUMLAH DUIT YANG SAYA HILANG SEBANYAK 4 KEPING NOTE 100 BERJUMLAH RM400. Dah kenapa dia simpan duit dalam Al-Quran ?
*keratan dari salinan report.

Aku hanya mampu gelengkan kepala. Aku ambil lagi satu fail yang big boss bagi semalam. Aku belek satu persatu kali ni. atas meja penuh dengan salinan report. Selepas aku teliti semua benda. Aku panggil abu tengok.

Aku: kau perasan tak apa yang perasan ?
Abu: apa bende ?
Aku: cuba kau tengok hari, masa dan kawasan rumah. Kawasan yang sama.
Abu: ha’a kawasan sama. Satu taman. Hari dan masa. Kenapa ?

Aku tidak terus menjawab soalan abu. Abu yang masih kebingungan terus bersuara.

Abu: hey, bagitahu lah apa benda yang misteri sangat.
Aku: yaya okay. Aku faham kau lembab. Tak apa rilek, chill. Kat luar sana pun ada juga yang lembab lembab macam kau ni. so kau tak yah risau eh. Ramai lagi lambat pickup.
Abu: hoi, kalau terus kau cakap apa benda yang aku tak perasan tu. Aku rasa kau tak perlu rugikan suara kau cakap yang aku ni lembablah.
Aku: diam ah palui. Cer kau tengok hari yang sama dan masa yang tak lari jauh. Lepas kawan ni, kawan ni pula buat report. Macam ikut turn. Macam diorang pakat untuk datang buat report sekali. Dan masing masing buat report selepas tiga hari mereka sedar bahawa duit mereka hilang. Lepas tu yang hari ni semua terus report bila sedar kata duit hilang. Masalahnya semalam kita ada dekat sana. Dan tak ada pun yang berlaku kan ? first report semua menyatakan duit yang hilang dalam dua keping. Dan hari ni semua cakap 4 keping pulak duit hilang. Ini tak normal ni. report tak banyak. Mula mulanya mereka datang ke balai sekali dengan pengerusi rukun tetangga kawasan itu, buat aduan tentang masalah kehilangan duit. Aku ada call mamat sebelum ni. dia yang cakap. Nasib dia pandai kawal keadaan. Dia minta supaya orang awan jangan kecoh kecoh dan dia cakap yang pihak polis akan buat siasatan dengan segera. Dan kalau ada berlaku kehilangan lagi, datang balai dan buat report jangan sesekali ambil tindakan sendiri. Itu pasal penuh fail atas meja aku sekarang. (sambil tengok abu dan tersenyum paksa). Nasiblah diorang tu pun setuju dengan mamat dan pengerusi rukun tetangga tu.

Abu anggukan kepala tanda faham.

Abu: complicated ni.
Aku: weh, kau ingat tak ustaz yang tolong kita 9 bulan lepas.
Abu: ha’a.
Aku: cer kau try call dia. Mana tahu dia boleh tolong kita.
Abu anggukan kepala dan terus keluarkan phone menghubungi ustaz. Berkali kali dia mendial number ustaz namun tetap saja tiada jawapan.
Abu: aku syak dia ni m**i, kena tokak dek saka tiga ekor tu. Tak jawab pun.

“Dring dring” phone abu bordering, tertera nama ustaz. Muka dia agak takut untuk menjawab panggilan itu.

Aku: angkat jela, kau takut pula ? tadi sedap kata kat dia.

Abu dengan berat menjawab panggilan tersebut dan ustaz maklumkan yang dia ada di kampung. Ada urusan di sana. Abu terangkan semuanya kepada ustaz, namun ustaz cakap yang dia tak boleh tolong sebab urusan di kampung penting. Tapi ustaz cakap yang dia ada kenalan di sana, dan ustaz akan suruh kenalannya menemui kami. Alhamdulilah nasib kami baik. Abu ada minta number, tapi ustaz tak bagi, or mungkin tak sempat sebab terlalu sibuk dekat sana. Laju sangat dia letakkan phone. Tapi okaylah janji ada yang nak menolong.

Malam tu sekali lagi kami riki di kawasan perumahan tersebut. Jam sudah masuk 2 pagi. Tiada apa apa yang kami jumpa lagi. “HAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAHAHA” abu ketawa didalam kereta sambil melihat screen phonenya.

Aku: weh, asal kau ?
“AHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA” tiada jawapan balas tapi dia sekali lagi ketawa.
Aku sudah mula hairan.
Aku: weh, kau dah kenapa ? apa yang lucu ?

Abu pusingkan kepalanya melihat aku dengan tajam. 30 saat dia renung aku. Mata ke mata. otak aku dah fikir macam macam. Nasib abu pusingkan semula pandangannya ke screen phone.

Abu: kau menganggu konsenterasi aku untuk ketawa tau. Ni haa, friend aku sorang ni, tapi aku tak kenallah. Dia post moment. Caption dia. “ kenapa kau gemuk, aku kurus ? “.
Aku: apa yang lucu nya ?
Abu: ni haa. Cer tengok kesian kawan dia yang bambam tu. Kurang ajar punya kawan. *abu tunjukkan gambar yang dipost oleh friend wechatnya.
Aku: serius tak lucu tapi Tagunekan member dia tu. Kau komen kat post dia.
Abu: nak komen apa ?
Aku: kau komen macam gini. “ dia gemuk sebab mak dia masak sedap. Kau kurus sebab mak kau masak tak sedap” hahaha. Lepas tu kau hestek KauJelesMakDiaMasakSedap. Patut di ajar orang macam gini.
Abu: done. hahaha
Aku: orang rumah okay ke sorang sorang kat rumah ?
Abu: dia okay. Not a problem lah. Sebelum kawin aku dah cakap. Kalau kawin dengan aku, kawin sekali dengan tugas aku.
Aku: wah, berjalan juga otak kau eh.
Abu: haha, harey kau. Weh dia reply komen. Dia cakap “nakal eh, saya tengok awak pun kurus. Oh mungkin Isteri awak pun masak tak sedap. Kan ? hihi”.

Abu yang tadi bercakap sambil ketawa terus berubah muka jadi lain.

Abu: kuanghajar betul, kau lah ni. suruh komen, ayat kau kan. Aku kena balik. jap. Eh tapi ayat kau kan? kira dia balas dekat kau lah.
Aku: erghhh aaaakuu tak ada isteri. *sambil gelengkan kepala.
Sekali lagi wajah abu berubah 360 darjah.
Abu: kejap, memang aku delete ah budak ompuan ni. puaka betul mulut.

Abu pusing ke arah aku bila dia sedar yang aku ketawa kecil. Terus aku diam bila mata dia merenung tajam ke arah aku. 20 minit senyap sunyi di dalam kereta. Tiada sorang pun bersuara. Mata kami hanya focus di kawasan sekeliling.

Abu: weh weh, tu tu. Apa benda tu.

Aku tengok ke tempat yang abu tunjukkan. Benda yang ditunjukan seperti api. Ya api, api yang sedang terapung apung di udara keluar dari sebuah rumah selang tiga biji dari rumah yang kami parking kereta. Abu ambil talkie namun dengan pantas aku pegang tangannya. Dia pusing pandangan ke arah aku. Aku gelengkan kepala.

Aku: benda ni tak normal, jangan kecoh. Biar kita kita je.

Abu angguk tanda mengerti. Lalu kami decide untuk ekori benda tu ke mana dia pergi. Kami ikut guna kereta..dalam lima minit ikut benda tu tiba tiba pandangan kami kabur dan bila jelas semula benda yang kami ikut tadi dah hilang. Puas kami round untuk cari benda tu. Hampa. Memang dia hilang. Ada sebuah surau di kawasan itu tapi agak dalam kedudukannya dan sunyi sangat. Aku suruh abu masuk ke dalam surau untuk rehat. Dah kebas buntut asyik duduk je. kami keluar kereta dan duduk di bonet depan. “ehem ehem” satu suara garau menyapa. Kami berdua pusing serentak ke arah datangnya suara itu. seorang lelaki berjubah hitam, serba serbi hitam. Aku namakan dia hitam ea haha mudah nak tulis.

Hitam: saudara berdua perlukan pertolongan ?
Abu: yah, kami sebenarnya..

Aku Tarik tangan abu cepat cepat dan kami jalan 10 langkah jauh macam tu.

Aku: kau gila ke ? nak bagitahu dia ?
Abu: eh asal lak. Dia Tanya kita perlukan pertolongan kan ? cerita jela mana tahu dia boleh tolong. Lagipun dia nampak baik.
Aku: sebab dia nampak baiklah aku tak percaya. Kalau dia jahat, kita tak perlu nak berhati hati. Dah memang kita tahu dia jahat. Orang baik baik ni lah kau kena hati hati. kita tak tahu dalam diam apa niat dia ?

Abu terdiam sejenak menghadam apa yang aku cakap. Lalu dia anggukan kepala tanda faham.

Hitam: saya AJK surau ni. saya tiada niat apa apa. Cuma ingin membantu saudara berdua. Janganlah takut. Saya tahu apa masalah saudara berdua. Apa yang saudara ikut tadi ialah jin. Jin yang dibela. Dan dia di hantar untuk merisik rumah rumah di kawasan ini. Sebelum menghantar toyol untuk mencuri wang penduduk di sini. Dia hilang sebab dia sedar akan saudara berdua mengikutinya. Toyollah yang mencuri duit penduduk disini.

Aku dan abu: toyol ?
Hitam: ya toyol. Di sini dahulunya kawasan kampung. Dulu ada seorang pembela toyol untuk mencuri duit duit penduduk kampung. Orang kampung marah bila dapat tahu. Dan mereka berramai ramai pergi menyerang dan mahu membakar rumahnya. Namun setelah mereka sampai. Rumah sudah kosong, tiada penghuni. Rumah dia ada di kawasan hujung taman ini. Di dalam hutan sedikit. Mungkin sekarang dia kembali setelah dia tahu orang orang kampung dahulu sudah tiada. Semoga ini membantu saudara. Oh ya hati hati saudara..dia bukan saja membela toyol dan ilmu dunia nya juga boleh tahan. Assalamualaikum..
Aku dan abu: waalaikumussalam..

Aku tengok abu, abu tengok aku. Dua dua muka berfikir. Aku pusing tengok pintu keluar. Terkejut aku tengok hitam dah lepas jauh. Sedangkan dia jalan kaki. “ lajunya jalan” kata aku dalam hati. aku pusingkan kembali tengok abu. Abu masih kehairanan, mungkin dia sedang memikirkan pasal hitam. Macam mana hitam boleh tahu tentang semua perkara.

Aku: abu cuba kau tengok dia jalan laju gila.

Aku pusing ke pintu keluar sambil tangan menunjukkan ke arah hitam berjalan tadi. Sekali lagi terkejut bila aku tengok hitam dah tak ada. Jalan tu kosong. Tangan yang tadinya menunjukkan ke arah jalan terus naik ke atas kepala. Menggaru garu kepala yang tidak gatal. Kali ini aku pula yang gantikan abu. Aku pula yang kehairan..tiba tiba abu bersuara.

Abu: toyol ? apa yang kau tahu tentang toyol.
Aku: aku pernah dengarlah jela. tak tahu banyak, yang aku tahu dia mencuri.
Abu: habis sekarang macam mana ?
Aku: siasatlah, kita pergi tengok tempat yang hitam cakap tu.
Abu: kau percaya ka ? pelik pula aku tengok dia. Entah entah dia yang bela. Dia nak game kita ke apa ke kita tak tahu. Kalau betul dia, dia macam nak cabar kita ni.
Aku: tunggu kawan ustaz lah ?
Abu: tak ada sapa sapa datang pun. Ustaz pun aku dah cuba call tapi tak jawab pun. Sibuk betul dia. Itulah haritu aku nak minta number kenalan dia. Kalut sangat dia letak phone. Tak apa yang dia buat.sibuk sangat.
Aku: macam ni, kita jumpa ali. (ali aka C dalam (B***H DIRI OR D*****H) )

Abu masuk dalam kereta dan kami balik opis. Panggil ali keluar, kami masuk semula dalam kereta dan beredar ambil angin sambil discuss.

Abu: ali, apa kau tahu tentang toyol ?
Ali: toyol ? kenapa dengan toyol ?
Abu:ada kena mengena dengan apa yang kita siasat sekarang ni.
Ali: toyol ? toyol ni mencuri lah.
Abu: yes, jawapan yang sangat bernas dan sangat membina. Terima kasih tuan ali. Adik aku pun tahu toyol tu mencuri. Ceritalah kat kami lebih terperinci lagi. kau kan ada ilmu sikit sikit. So aku rasa kau tahu.
Ali: toyol ni banyak jenis. Banyak spesis dia. Yang aku tahu, orang kena puja bayi yang m**i baru dan nanti akan jadilah toyol. Dia ni patuh akan tuan dia. Segala benda kau boleh suruh tapi dah jadi kebiasaan, orang cuma suruh toyol ni mencuri je..
Abu: jap, dah kalau toyol ni kerja dia mencuri je. kenapa tak disuruh curi duit dekat bank ? kan banyak apa duit dekat sana.

Ali terdiam, berfikir sejenak untuk soalan abu.

Ali: aku bukan bela toyol, mana aku tahu. Sekarang kau nak dengar aku jelaskan atau tak ?
Aku: jap, kau sebut pasal bank. Aku teringat satu cita, dulu ada sorang pegawai bank. Kerja mencuri juga dia ni.
Ali: macam mana tu ? takkan orang bijak pandai pun mencuri.
Aku: ha sebab dia bijak, cara dia pun bijak sikit.
Abu: macam mana dia punya kerja ?
Aku: setiap akaun bank. Dia akan ambil satu sen dari setiap akaun. Nampak tak cara dia. Mana orang nak perasan satu sen. Satu sen orang jumpa pun buang je.
Ali: dah tu macam mana dia kantoi ?
Aku: ha ini lah beza dulu dengan sekarang, dia ni pandai bab tu, tapi dia tak pandai cover, dia beli rumah, kereta. Orang syak dia ni lain lah. Jadi ada lah orang siasat dia. Last kantoi. Dulu lain, nampak mewah je terus siasat. Sekarang ni lain. Rasuah sana sini. Rasuah dah macam benda kebiasaan pula kat Malaysia.
Abu: betul. Aku respect jepun. Jepun punya orang gila gila. Kena tuduh baru, terus letak jawatan. Belum terbukti lagi. tapi dia memang tak ambil rasuah. Dia letak jawatan sebab dia rasa malu bila kena tuduh rasuah. Gila kan blah sana. Kantoi rasuah b***h diri terus. Ey tapi betul ke apa kau cakap tadi ?
Aku: entah.
Abu: apa maksud kau entah?
Aku: cikgu aku yang cerita pasal pegawai bank tu. kalau dia tipu aku. Aku tipu koranglah. Tapi aku rasa betullah dia cita.

Wajah abu dan ali sedikit berubah. (haha pasai kat hang. Aku mana nak kaji benda ni. Waktu tu aku masih dengan seluar hijau kaki kecil, tie kontot dan paling rare baju lepas luar.)

Aku: ali kau sambung balik cerita, dah terpesong kita ni.
Ali: kat mana tadi ?
Abu: orang suruh toyol ni mencuri je..
Ali: haa yaya, dia boleh buat macam macam, tapi dah benda paling mudah curi je. itu pun bukan benda senang. Dia ni bukan bijak mana pun. Selalunya tuan dia akan beritahu siap siap kat mana kat mana orang simpan duit. Dan bila dia pergi, dia akan cari dekat tempat tempat yang tuan dia cakap. Dan toyol ni dia tak curi semua duit. Selalunya dia akan ikut cakap tuan dia. Kalau tuan dia suruh ambil dua keping, dua keping jela dia amik. Contoh macam duit kau ada tiga keeping 100. Dia akan ambil dua keping saja duit kau, jadi dia tinggalkan 100 lagi untuk kau. Ikut pada tuan dia suruh lah. Kalau dia masuk rumah orang yang tak berapa. Kalau ada rm10 pun. Rm10 pun dia ambil. Tengoklah berapa keping tuan dia suruh.
Abu: betul ke apa yang kau cakap ni ali ?
Ali: ini apa yang aku tahu lah. Lain orang lain jawapan. Lagi pun banyak spesis toyol ni. kan aku cakap tadi banyak spesis.
Abu: okay, sekarang kau tahu tak nak tangkap toyol ni ?
Ali: orang cakap letak kacang hijau bagi dia leka. Dia suka main, bila dia main. Dia akan lupa pada perintah tuan dia. Masa dia main tu kau pergilah tangkap.
Abu: kau biar betul ali ? bukan main main ni.
Ali: aku tak tahu lah, tangkap tuan dia lah, kenapa nak tangkap toyol ? nak dakwa toyol dekat makamah ? berbuih mulut hakim nanti.
Abu: ish bodoh kau ni.

Lepas tu semua senyap..entah kenapa tiba tiba ja diam mulut seakan terkunci..dulu dulu orang cakap malaikat lalu. Entahlah..tapi nasib dia lalu. Kalau dia singgah jemput. Senyap selamanyalah..kalau senyap selamanya moga moga terselamatlah di sana. Jangan kena rembat sudah. Sama sama kita berdoa moga dijauhkan dari azab kubur. Tiba tiba..
Abu bersuara.

Abu: ali.. kau mesti ada cerita cerita hantu kan ? ceritalah dengan kami. Bosan lohh.
Ali: kau mulut. Jalan dah la semacam je aku tengok.
Abu: ala tak ada apa lah. Ceritalah ali
Ali: aku malaslah, kalau kita bercerita pasal dia. Dia lagi suka. Tak nak lah aku.
Abu: alaa kau ni. gossip pepagi ni best.
Aku: kau dengar cita ? meh aku cerita.
Abu: haa cerita cerita..

Aku: ni masa aku nak balik kampung. Masa ni ada dekat kawasan gurun. Masa sampai situ. Ummi aku ni ha. Dia pergi cakap “ kat sinilah orang kata duk jumpa perempuan kebaya merah tu.” Lepas tu semua senyap. Okaylah lepas gurun. Sembang macam biasa baliklah. Masa sampai kampung dah lewat senja. Lepas tu dekat kampung ada. Kereta kemalangan langgar orang m**i. Kereta ni orang hantar untuk baiki. Masa ni pakngah aku dekat kampung, jadi dia buat bengkel kecil kecil macam tu. Kereta tu diorang nak bagi mandi bunga apa semualah. Lepas langgar orangkan. Tapi aku tak amik kisah sangat. Aku malas nak percayalah bab bab mandi bunga semua ni. macam mengarut jah.

So masa senja tu, ummi aku ni pergi turun bawah.dia nak buang air kecil. Lansung mandi sekalilah dah alang alang. Bilik air dekat luar masa ni. Dia naik balik, dalam masa 7.40 lebih macam tu lah. Tapi dia lain. Dia senyap. Kami ada dekat ruang tamu, tiba tiba dia datang duduk. Tapi senyap. Kami Tanya apa pun jawab. Pakngah aku dah pelik. :epas tu pakngah aku bangun. Dia masuk balik, keluar dengan bawa rantai macam manik manik tapi besar macam berlian warna putih. Masa dia berjalan nak pergi dekat ummi aku..tiba tiba ummi aku meracau. Dia baring atas lantai. Terus golek golek kiri kanan macam orang tak betul jak. Dia jerit jerit. Lepas aku ambillah adik kecil aku. Yang lain pakngah dengan ayah aku pergi pegang ummi.

Tok aku pun ada dah waktu ni. Tak jadi orang tua tu nak solat. Dia datang baca baca apa entah. Lagi mak aku meracau. Pakngah aku pun sama. Dia libas libas rantai manik tu dekat ummi aku. Menjerit jerit dia. Lepas tu makin lama makin meracau teruk. Terus diorang suh aku pergi panggil ustaz. Ustaz ni dok tak jauhlah. Dalam 10 minit sampai lah jalan kaki. Tapi aku ambik masa lima minit je. hebat tak aku ?
Abu: wuish macam mana kau buat ? lima minit je ?

Aku: sebab aku lari haha. Gila kau. Kau tahu jalan nak ke rumah dia tu. Kena lalu semak semak sikit. Lepas semak kena lalu atas jalan bendang. Jalan bendang yang kecil kecil kau tengok macam denai tu. Haa atas tulah aku jalan. Bendang tu aku kena redah adalah dalam 250 meter jauhnya. Malam tu akulah juara larian. Aku pakai kain dah masa tu. Aku angkat kain aku, aku ikat dengan pinggang. Macam orang Thailand pakai dulu. Macam tu lah aku. Cuma aku tak bawa parang. Kalau aku bawa parang memang jadi pahlawan Thailand.

Lepas aku panggil dia tu. Dia terus keluar. Nasib dia solat dekat rumah waktu tu. Malangnya dia suruh aku balik dulu. Dia pergi naik moto. Aku kena lalu jalan tu balik. benda samalah aku ulang masa aku datang tadi. Aku lari macam kena ligan. Padahal aku sorang je. haha. Sampai rumah, aku bagitahu diorang ustaz on the way. Semua duk pegang ummi aku lagi. aku tengok je dia. Aku tengok dia, dia jeling kat aku. Tapi aku steady jela. Sebab aku dah jemu kena jeling dengan dia. Haha lagi pun tu ummi aku. Bukan dia berubah wajah or apa apa. Cuma dia kena rasuk je.

Lepas tu ustaz sampai. Dia kasi salam dan masuk dalam rumah. Dia masuk berdiri depan pintu terus ummi aku ketawa “HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAAHA”.. “DIAM”. Ustaz tu jerit dekat dia lepas tu ustaz tu datang dekat, dia minta izin untuk pegang kaki. Aku tengok dia picit anak jari kaki ummi. Menjeritlah dia. Lepas tu ustaz tu tengok pakngah aku. “ mie, bawa mai paku mie.” Ustaz tu minta paku. Paku tu ada saiz dia. Berapa inci tah aku tak ingat dah. Pakngah aku pergi ambillah. Lepas dia kasi dekat ustaz. Terus dia baca baca..lepas tu cucuk paku tu dekat bawah tumit ummi aku. Lagi menjerit dia.

Ummi: sakit sakit woii….
Ustaz: sakit keluarlah.
Ummi: tak nak aku. Hahahaha aku nak main je haha. Sakit lah woii
Ustaz: sakit keluar. Balik tempat asal kau.
Ummi: hahaha aku tak nak.

Ustaz tu tekan kuat lagi paku dekat kaki ummi aku tu. Ummi aku menjerit macam orang kena bakar.

Ummi: sakit sakit.. sakit woii..
Ustaz: kan dah cakap. Sakit keluar.
Ummi: sakit sakit.. baik aku keluar.
Ustaz: betul nak keluar?
Ummi: betul betul. Aku sakit. Aku nak keluar.
Ustaz: baik, keluarlah.

Lepas tu dia senyap..ustaz pun senyap. Semua senyap. Ustaz pun dah tarik balik paku dekat tapak kaki ummi aku tu. Keadaan jadi sepi. Aku tak tahu kenapa. Tapi ustaz tu tak pandang tempat lain. Dia tunduk tutup mata. Aku tak tahu dia buat apa. Tapi aku tengok tangan dia pergi balik dekat kaki ummi aku, terus dia cucuk sekali lagi.

Ustaz: main main kau eh ? nak keluar tak ?
Ummi: sakit bodoh.. bodoh bodoh. Manusia bodoh kau. Sakit.. Aku tak nak keluar hahahaha arghhhh sakittt..
Ustaz: sapa bodoh ? kau tak nak keluar ye ? kenapa masuk dalam dia ?
Ummi: saje ah aku tumpang. Kacau saje kau.
Ustaz: aku tak kacau kau. Kau yang kacau dia. Dah pergi balik tempat asal kau.
Ummi: sakitlah bodohhh. Ye ye aku keluar.

Aku: Keadaan sekali sepi, ummi hanya menunduk ke bawah mukanya ditutup dengan rambut…sampailah orang azan isyak. Selesai azan ustaz minta diri untuk pergi masjid. Lepas tu pakngah aku tanyalah, “ ni dah okay ke ?”. Ustaz tu pusing balik tengok kami. “ itu orangnya. Dia dah pergi masa azan tadi. Tak ada apalah. Dia saja ikut balik. ada tertegur dekat mana kot, dah saya minta diri dulu ye. Assalamualaikum.” “ waalaikumussalam, terima kasih ye”. Lepas tu aku bangun nak tutup tingkap. Kau tahulah tingkap rumah kampung. Kena sua kepala sikit baru boleh capai lock dia kat luar. Kalau tak lock nanti angin tolak pula. So masa aku sua kepala aku tu. Aku nampak sorang budak pucat, keadaan dia macam orang baru lepas kemalangan. Renung tajam tengok aku.

Perghh cepat cepat aku tutup tingkap. “ tak ada apa, syaitan je tu, nak perdaya kau, rilek rilek. Steady” kata hati aku. Lansung aku terus pergi bilik. Nak tidur. Bilik tu pula ada almari solek. Jadi ada cerminlah. Mata aku sedia pandang cermin tu. Aku takut kalau aku pusing tempat lain nanti dan aku tengok cermin balik tiba tiba ada benda lain ke. Tapi tak boleh tidur pula. Last sekali aku londeh kain aku. Aku pergi tutup cermin tu. Puah. Biar hantu tu tengok boxer love love aku ni. *jaga jaga dengan cermin haha.

Abu: habis dah ?
Aku: dah tu ? kau nak dengar cerita hantu or kisah hidup aku ? ke kau nak aku cerita aku pergi terjun bendang orang tangkap ikan apa semua ke ? ikut belakang mesin padi semua ? aku kacau orang perempuan balik mengaji semua ke ? apa lagi kau nak dengar ?
Abu: lah. Marah pula. Cakaplah dah habis.
Aku: aku dah cerita. Korang pula buka ceritalah.
Abu: malas aku.

Aku berenti lampu merah. Terus aku pusing tengok abu. Kurang ajar. Kedekut suara.

Aku: hoi, kau nak cerita pun kedekut ye.. kongsi sesama ah cerita mana aci kalau aku je yang…
Lidah aku kelu. Mata aku tepat memandang satu tulisan jawi dari luar. Walaupun aku tak pandai Bahasa jawi. Tapi aku tahu tu van jenazah. Aku tatap lagi van tu. Last brader driver tu pusing tengok aku. Dia senyum. Aku balas balik senyuman tu. Abu dan ali juga masa. Sampaikan lampu hijau pun tak ada sorang yang perasan, sampailah van tu jalan baru aku perasan lampu dah hijau.

Aku: mana aci aku cerita sorang. Korang pun kena share juga. *aku sambung balik bebel aku. Kisah ?
Abu: yela yela aku cerita. Cerita ni pasal sorang brader kerja kilang. Malam tu dia OT. So dia sampai rumah lambat. Rumah dia ni rumah pangsa. Dia duduk tingkat atas sekali. Masa dia sampai, dia cakap yang dia macam rasa seram sejuk masa dekat parking motor tu. Tapi dia abaikan, penat kata kan. So dia pun naik jelah rumah. Masa masuk dalam. tiba tiba………

Abu: dia terbau busuk. Busuk sampah. Busuk sangat. Dia pergi cek dekat dapur. Tiba tiba…. Lah ada sampah. Dia terlupa buang pagi tadi. So dia bungkus bungkus sampah tu. Nak biarkan pun tak boleh sebab busuk. So dia nak pergi buanglah. Bawah tu je tong sampah. Tapi tong sampah tu memang scary sikit. Belakang tong sampah tu hutan. Kau tahulah kan sampah. Orang main buang je. segala benda ada situ. Mungkin tempat dialah kot. Brader ni pun turunlah. Sampai tangga last sekali..dia pun pusing nak ke longgok sampah. Masa dia jalan tu. Dia jalan menunduk. Elok sampai je depan longgokkan sampah. Dia angkat kepala dia sambil hayun sampah yang dekat tangan dia. Tiba tiba..masa dia hayun tu.
Baru dia sedar ada sekor lembaga hitam. Dalam tong sampah. Dan sampah yang dia baling tu terkena pada kepala lembaga hitam tu. Brader ni apa lagi. dia terus pusing nak lari. Tapi apakan daya. Masa dia pusing, benda tu tepat depan dia. Mata merah, muka berulat. Sambil tangan dia pegang pad perempuan. Dia jilat jilat pad tu depan brader ni. last sekali lembaga tu jerkah brader ni depan depan muka. Dia sedar esok pagi bila orang kejutkan dia masa orang nak pergi kerja tapi lalu untuk buang sampah sekali. Dia pengsan dekat tong sampah tu haha. Baik tidur dengan sampah atas rumah. Sama ja. Haha.

Ali: macam tu je ?
Abu: ha a lah. Lepas tu dia tak pernah lalu dah ikut tong sampah tu. Kalau dia balik lewat pun. dia akan masuk dari pintu satu lagi. tangga pun dia naik yang satu lagi juga. haha.
Aku: aku pun pernah dulu. Ada sekali. Aku terbau juga. tapi bukan bau busuk. Aku bau perfume yang ex aku guna. So aku pergilah cek. Takkan dia ada dalam rumahkan. Aku pergi pergi tengok.. lah tong sampah. Hahahaha.
Abu dan ali: bodoh kau, hahaha buat suspen ja.

Aku berenti simpang. Ada kereta lalu. Tiba tiba dekat simpang dia belok tak bagi signal. Abu dah usha sampai ke belakang ikut kereta tu. Last dia pusing ke aku.

Abu: kau kejar dia weh. Kurang ajar.
Aku: lah nak buat apa ? bukan keja kita saman orang.
Abu: aku tahulah. Aku nak sekolahkan dia sikit. *sambil tumbuk tumbuk tapak tangan dia.

“tuk” bunyi aku masukkan gear. “mpphh mmmmm ceritttttttt..mmmmpphh tuk mmmmpphhhhhhh”
“mmmmm” *bunyi reverse

Abu: berhenti berhenti.. polis polis. * sambil tunjuk ID.
Aku: abu kau nak buat apa ?
Abu: kita buat macam nak periksa ja. Aku sekolahkanlah kejap agi.

Kereta diberhentikan hadapan kereta murid abu. Kami keluar sambil tunjuk ID. Abu pergi dekat cermin.

Abu: ic lesen cik.
Abu: nak kemana ni ? dari mana ?
Murid abu: nak balik rumah cik.saya dari kedai makan lepak lepak dengan kawan kawan. Saya ada buat salah ke ?
Abu: eh tak ? kita nak buat pemeriksaan je. kalau cik tak kisah boleh bukakan bonet. Dan sila keluar ye cik. Sila bagi kerjasama.

Abu berjalan ke ali. Dia suruh ali talkie cek rekod orang tu. Ali jalan masuk dalam kereta. Aku pergi dekat abu. Abu bukakan lampu suluh. Dia pergi cek bonet dan tempat duduk belakang, dalam laci dashboard pun dia cek. Tak cukup dengan itu. alas kaki pun dia angkat. Betul betul nak cari salah dia ni. haha. Aku hanya berdiri sambil hisap rokok dan tengok tengok driver kereta tu. Takut takut dia buat apa apa yang tak diingini ke apa ke. Ali datang balik. bagi ic dekat abu.

Ali: clear.
Abu anggukan kepala.
Abu: cik, cik tahu salah cik apa ?
Driver tu hanya mengelengkan kepala.
Abu: masa cik belok tadi. Cik ada bagi signal tak ?
Muka driver tadi berubah. Tertunduk tunduk.
Murid abu: maaflah encik, saya dah terbiasa.
Abu: uyo terbiasa. Lepas ni cik kena biasakan diri untuk bagi signal. Batang signal tu bukan chopstick ye. Saya tahu manusia ni suka berahsia. Sampaikan nak masuk simpang pun dia nak rahsiakan dengan orang lain. Lepas ni jangan berahsia lagi ye cik. Bukan top secret pun. hm beautiful is nothing without brain..
Muka driver tu dah merah. Haha abu abu.
Abu: sebut cik, beautiful..
Abu dan murid abu: is nothing without brain.
Abu: yah. Good. Nak ic dan lesen. Balik elok elok. Jangan selalu balik lewat dan belajar hormati orang lain di atas jalan raya. Kebanyakan kemalangan dekat Malaysia ni bukan sebab kelajuan. Tapi sikap pemandu dekat Malaysia ni. sikap kita sendiri cik. Faham ?
Murid abu: faham tuan. Terima kasih ye tuan.

Dan dan abu control macho dan anggukkan kepala ke arah pemandu tu. Celake dia.

Abu: sorry sebab ganggu masa cik.
Murid abu: eh taklah.

Lalu dia masuk ke dalam kereta..undur dan lambai tangan ke abu. Abu sekali lagi control macho dan melambaikan juga tangannya. Lepas kereta tu dah hilang dari pemandangan. Dia pusing tengok kami dengan riak wajah berlagak.

Abu: dia panggil aku tuan..haha dia panggil aku tuan. *sambil angkat kening dan tengok aku dan ali.

Aku dah rasa muak. Terus masuk kereta. Hidupkan enjin. Berlari abu terus masuk dalam kereta. Dalam kereta still tersenyum senyum.

Ali: korang nak dengar cerita aku ke ?
Abu: ha kau ada cerita ke ? ceritalah.

Ali: okay aku cerita. Cerita ni pasal jalan. Jalan ni baru buat sebab diorang buat perumahan situ. Jalan tu ramai guna. Sebab jalan tu jalan dekat untuk ke sekolah or ke mana mana jela yang lalu situ. Kawasan tu dulu hutan. Satu malam ni. ada orang nak pergi kerja. Dia naik moto. Jalan ni lurus je. Cuma ada satu selekoh. Dia ni jalan jelah tiba tiba masa dekat selekoh tu dia tak belok. Tapi dia straight. Terus langgar tiang signboard bongol dihadapan. Jatuh tiang tu. Kami pergilah tengok. Berlubang kepala dia sebab terkena buku tajam dekat papan signboard tu. Lubang tu atas sikit je dari mata.

Bila tanya dia dia cakap tak ingat apa apa. Ambulance datang ambil dia. Lepas tu bila tiang tu dah siap pacak semula. Sorang lagi budak nak balik rumah tibia juga. sama tempat dia. Tiang tu pun jatuh juga. sampai dua kali jadi. Peliklah kan. Last diorang nak tahu apa yang ada dekat situ. Diorang bawa bomoh mana entah. Kau tahu bomoh tu cakap apa. Dekat tiang tu ada sorang nenek bongkok. Wajah hitam dan semuanya hitamlah. Dia yang ubah pandangan mata orang, bagi nampak jalan tu lurus je. jadi bila orang tak belok. Orang akan langgar tiang tu.
Semua diam..

Abu: lagi ?
Ali: itu jelah.
Abu: lah itu je.

Aku diam je sebab tengok depan.. aku macam nampak ada orang tepi jalan.

Aku: abu.. cuba kau tengok depan. Tak silap mata aku. Aku rasa orang tu. Tapi apa dia buat situ.
Abu: haa memang orang. Perempuan. Panjangnya rambut dia. Eh berentilah mana tahu dia ada kecemasan ke ?

Aku bagi highbeam dari jauh. Memang orang. Terus dia lambai lambai tangan seolah olah suruh kami berhenti. Aku dah bagi signal ke tepi. Tiba tiba..

Ali: jalan je. jangan berenti. Tu bukan orang.
Abu: kau biar betul ali ?
Ali: betullah. Jalan je. tu bukan orang. Kan aku dah cakap tadi. Bila kita sembang pasal dia. Lagi dia suka. Tengok sekarang jadi apa. Jalan je.
Disebabkan ali dah cakap macam tu. Jadi aku pun jalan je lah. Tapi aku slow sikit bila sampai dekat dia. Kami tengok dia dari dalam kereta. Cantik…tiba tiba dari tepi ya Allah. Muka terkoyak koyak..berdarah semua. Terus aku tekan paddle minyak. Aieeee..tiba tiba
Phone abu berdering.

Abu: ya pendi. (pendi salah sorang anggota yang riki kawasan perumahan)
Abu: diorang jumpa something.

Aku buka double signal…Cerittttttttttttt… Terpusing kereta bila aku terus buat pusingan. mmmmmpphhhhhh…..mmmpppphhhhhhhh…vuuuuuussss…mmmppphhhhhhhhh vussssssssssssssssssssss meluncur laju kereta waja hitam, bercermin gelap melalui jalan yang gelap ke tempat lokasi di malam hari yang gelap. Okay malam memang gelap, tak ada malam yang cerah haha. Gelap pun gelaplah, lagipun kalau tanpa kegelapan kita takkan dapat melihat bintang yang indah seperti saya dan awak haha. (vussssss tu bunyi kereta membelah angin. Sila bunyikan sekali ketika membaca. Baru anda jadi orang keempat di dalam kereta haha)

Tiba tiba ada yang mengejar kami dari belakang. Bukan hantu tapi URB. “tot tot” bunyi hon motosikal. “ berhenti tepi cik, berhenti tepi”. Salah seorang dari mereka menjerit ke kami sambil tangan di lambai lambai suruh kami berhenti. Aku bukakan cermin sisi abu. Aku keluarkan ID.
“anggota anggota.”
URB tadi datang dekat. Dia tengok ID yang di tunjuk oleh abu.

URB: nak escort ke ?
Abu: eh tak apa. Tak payah tak payah jen. Go back to your work.
URB: bereh. Elok elok.
Abu: ha a ye ye. Terima kasih jen. Jaga jaga ada benda lain dekat jalan ni.
URB: haha.. dah biasa dah. *sambil tangan tutup visor helmet. Dan perlahankan motosikal sambil bagi isyarat jari “good”.

Aku tutup cermin sisi abu dan terus tekan paddle lagi. “Hmmmmmmmmmmpppppphhhhhhhh…..hmmmmpppppphhhhhh..”
Dah masuk dalam kawasan perumahan.

Abu: weh slow slow, orang semua dah tidur dah. Karang kena baling batu. Sapa nak bayar cermin kete.

Kami parking kereta dan aku jalan kaki ke kereta pendi. “Tuk tuk tuk” aku ketuk cermin kereta pendi. Cermin dibuka.

Aku: mana ?
Pendi: aku dengan mail nampak benda kecil kecil masuk ke dalam rumah depan ni.
Aku: kau sure ke ?
Pendi: yela, aku dengan mail kot. Aku tak nampak dia keluar lagi.
Aku: dia masuk dari mana ?
Pendi: ini yang luar biasa sikit, dia masuk guna dinding.
Aku: huh ?
Pendi: dia tembus dinding tepi tu and then aku tak nampak dah apa jadi. Yang aku sure dia tak keluar lagi.
Aku: okay. Kau stay sini je.

Aku jalan balik ke ali dan abu. Aku terangkan apa yang pendi bagi tahu. Tiba tiba abu terus jalan ke tempat yang di katakan pendi benda kecil masuk tadi. Aku dengan ali mula mula tengok saja pergerakan dia. Tapi lepas dia bersungguh sungguh jalan pergi sana. Jadi aku pun ikutlah dengan ali dari belakang. Satu langkah demi satu langkah. Makin lama makin dekat. Tiba tiba…….

Abu: weyyyy.. haram ***** ( melompat ke belakang setapak.)

Masa abu sudah dekat dengan tempat yang dikatakan pendi, benda kecil tu tiba tiba keluar.

Ali: abu, tu toyol abu.

Ali jerit dari belakang. Abu mula buka langkah. Kedudukannya seperti mahu melompat kearah toyol itu. abu mulakan langkah pertama. Dia berjalan setapak mendekati toyol. Namun toyol itu lari, abu pun mula mengejar dan terus melompat seperti orang menangkap ayam. Dan dia bangun dengan senyuman di wajah. Dia pegang toyol seperti pegang ayam, bila kau dah lompat dan dapat bila kau bangun. Haa macam tulah abu sekarang. Abu mula berjalan mendekati kami di belakang. Lagi dua langkah sampai dekat kami tiba tiba toyol tu hilang. Melilau mata kami mencari. Abu masih lagi dengan gaya yang tadi. Namun di tangan sudah kosong. Wajahnya terpana sambil melihat ke tangannya yang kosong.

Aku: mana dia hilang ali ?
Ali: aku tak tahu, mungkin tuan dia panggil balik.
Aku: yaka ?

Tiba tiba sekali lagi toyol tadi muncul. Abu dengan pantas sekali lagi lompat ke arah toyol tersebut. Belum sempat abu mendarat toyol sudah hilang. Muncul di tempat lain dengan ketawa dekat kami. Muka abu kemerahan mungkin kerana marah di ketawakan oleh toyol. Sekali lagi abu lompat namun seperti tadi. Belum abu mendarat, toyol sudah hilang. Sekali lagi dia muncul di belakang abu setelah abu bangun. Tapi kali ini ali menahan abu dari membuat lompatan lagi.

Ali: sudahlah, bukan macam tu cara nak tangkap dia.
Abu: habis tu macam mana ? kau duduk saja ja.
Aku: habis takkan kitaorang nak join kebodohan kau.
Abu: arghhhhhhh..diam ah
Aku: tak takut pula kau kali ni ?
Abu: aku bukan tak takutlah. Tapi telinga aku dah panas kena tiaw disebabkan budak kerdil tu. S*** betul.

Mata kami masih melilau tercari cari di mana pula toyol tadi nak munculkan diri. Tapi sayang. Dia sudah tidak munculkan diri. Mungkin kerana abu sudah tidak mahu menangkapnya. Biasalah benda ni. lagi kita ikut lagi dia suka main main. Entahlah aku bukan bomoh.
Kami berjalan kembali ke kereta setelah lima minit menunggu namun tiada apa apa yang muncul. Semasa berjalan kami dengar suara ketawa dari kereta pendi. Abu dan aku pergi tengok apa yang lucu sangat sampai ketawa tak berhenti.

Abu: hoi, kau padam pendi. Kurang ajar betul kau.
Pendi: hahahaha. Rilek ah. Lucu kot tengok kau lompat lompat.
Abu: aku tak main main pendi. Kau padam.
Pendi: hahahaha

Muka abu sekali lagi merah. Cepat cepat aku suruh dia jalan ke kereta.

Aku: kau jalan jalan. Aku suruh dia padam.

Abu jalan ke kereta tapi lepas setiap dua langkah dia akan berpaling ke belakang, tengok pendi didalam kereta.

Aku: pendi. Kau padam sekarang.
Pendi: eh rilek ah. Melawak je kot.
Aku: kau memang tak tahu beza lawak dengan aib ke ? kau padam sekarang. Lepas tu kau pergi balik ah. Kita tunggu esok. Tengok masih ada aduan atau tak.
Pendi: yela yela aku padam.
Aku: kau padam tau. Jangan main main. Dia marah benar tu.
Pendi: ye aku padam.

Setelah pendi menunjukkan yang dia padam video yang dirakamnya tadi. Aku terus berjalan ke kereta kami. Aku masuk dalam kereta. Muka abu masih lagi merah. Sambil menyapu nyapu tangannya yang luka kecil akibat melompat di atas tar.

Aku: dah ah. Dia dah padam dah.
Abu: kurang ajar betullah.
Aku: rilek ah. Biasalah tu. Orang Malaysia. Orang Malaysia memang macam tu. Kau kena faham.
Abu: faham hotak kau lah.
Aku: aku pun kena. Dah la chaw chaw. Pergi balik sapu ubat luka kau tu haha.

Aku hidupkan enjin kereta dan terus balik ke opis. Dan kami balik ke rumah masing masing. Aku buka kunci pintu masuk belum sempat buang kasut. Kasut simpan di dalam, letak diluar nanti ghaib. Jadi magic tiba tiba hilang. Aku letakkan kunci di atas meja. Aku tunduk nak buka tali kasut tiba pintu kena ketuk. Sapa pepagi ni datang ? Aku dengan penat semua malas fikir terus pergi buka pintu. Syurrrrrrrr..angin masuk ke dalam rumah. Selalu orang kena angin rasa sejuk, tapi angin ni panas. Aku dah mula pelik, cepat cepat aku tutupkan balik pintu tapi tak kunci lagi.

Aku pusing nak ke rak kasut. Terasa lain macam, macam diperhatikan. Padahal aku sorang je kat situ. Aku jalan setapak tapi dengar dua kali tapak kasut berjalan..seolah aku berjalan dua langkah. Mustahil. Muka terus berubah cuak. Aku pandang sekeliling..”HA HA HA HA HA HA HA HA. TAKUT ?” ha mana mana mai ni suara. Terus terduduk aku, terkejut. Kejap je duduk, terus aku bangun semula keluar pistol, aku perhatikan sekeliling kawasan ruang tamu rumah.

Tak ada sapa pun. “ CARI SAPA ? HA HA HA HA” . terus aku halakan pistol ke arah datangnya suara tu. Kosong juga. tak ada sapa sapa. Main main betul. “HA HA HA HA HA. TAKUT ? TADI BERANI NAK TANGKAP ANAK AKU. SEKARANG TAKUT ? HA HA HA HA”. “ sapa kau ? bila aku tangkap anak kau ? keluarlah tunjuk diri. Main banyak kau. Sini keluar. Tunjuk diri”. Aku jerit terus. marah waktu ni. Orang penat penat dia kacau. Mata aku masih lagi focus dan tercari cari suara sesuatu tu. Sesuatu sangattttt. Plukkkk. Kaki aku kejung. Mata aku keras. Urat saraf seakan tak berfungi. Makin lama makin dekat. Satu susuk tubuh badan keluar dari lorong ke dapur yang gelap.

Susuk tubuh sesuatu tadi ialah aku sendiri. Tapi satu badan dia pucat. Berjalan mendekati aku dengan senyuman sinis di bibir. Matanya tajam merenung kearah aku. Aku kalihkan pandangan ke bawah. Tak mahu aku terus merenung ke mata dia. Kaki aku dah terasa boleh berjalan. Selangkah demi selangkah juga aku undur ke belakang. Tangan aku meraba kunci di atas almari. Nak dijadikan cerita. Kunci terjatuh ke belakang meja. meja aku ada ruang sikit di belakang dan kalau apa apa jatuh memang kena ubah dulu meja baru boleh ambil. So kau ghaser? Sempat ke ? dia masih lagi dengan senyuman sinis dibibir terus berjalan mendekati aku. Aku semakin dekat dengan pintu. Terus aku simpan pistol, aku pusing dan bukakan pintu terus lari keluar tak tutup semula pintu. Malam tu tiket free untuk penyamun. Sila sila lah. Pintu pagar depan rumah pun belum kunci tapi ini bukan masa dia nak pergi buka pintu pagar tu dengan penuh sopan santun.

Aku lari terus lompat pagar. Seolah olah aku kena kejar tuan rumah. Terbalik ni. Aku lari ke arah pasar. Pasar dekat je dengan kawasan rumah. Dan waktu waktu macam gini memang dah ada orang. Tempat dah penuh orang bekerja. Aku rasakan dekat sanalah tempat selamat. Aku lari ke sana. Belum aku sampai pasar ada lori kecil keluar dari simpang nak menuju ke pasar juga rasanya. Lori tu bawa slow. Memang slowlah sampai aku boleh ada dekat sebelah dia dengan hanya jogging. Aku ketuk pintu lori tapi dia tak berhenti pun. Dengan keadaan macam tu, aku tak pikir panjang dah. Terus aku capai tempat buka pintu lori tu. Aku Tarik. Okay pintu tak lock. Terus aku lompot naik. Driver lori uncle cina terkejut bila aku lompat masuk lori dia. Terus dia capai stereng lock hala ke muka aku, tapi dalam masa yang sama dia capai stereng lock aku pun capai glock. Stereng lock dekat kepala aku, glock pun dekat kepala dia. Sekarang lu cakap mana lagi power. Dia lepas stereng lock ke bawah. Muka dia berubah lain. Serius lucu, tapi sekarang bukan masa nak ketawa.

Uncle: apa lu mau ? berapa duit ? jangan tembak.

Aku rasa yang keadaan dah selamat. Dia takkan pukul aku dah kot. Terus aku simpan glock. Dia tengok pelik sebab aku simpan gun.

Aku: jalan saja uncle. Laju sikit. Saya kena kejar. Saya bukan penyamunlah. Im a cop. *sambil tunjuk ID. Muka dia nampak pelik. Sesuatu bermain difikirannya maybe.

Uncle: polis ada pistol meh sudah balik ? polis kena kejar kah ? bukan lu kejar olang. Olang kejar lu ? mabuk ka lu ?

Aku: saya unit special sikit apek. saya selalu kejar orang. Masalah sekarang ni, yang kejar saya bukan olang. Tapi hantuuuuu.. *sambil tangan aku naikkan seperti mahu mencakar.

Uncle: huyoo.. ala betui ka ?

Aku anggukan kepala berkali kali sambil tarik nafas dengan laju disebabkan penat berlari. Larian tadi kalau bawa dalam ujian larian UTK, aku rasa aku lepas. Aku rasa jela. Biarlah aku nak rasa. Kau kalut je.. aku nampak air mineral water yang tak buka lagi dekat bawah tempat letak kaki. Tapi terperosok ke dalam sikit. Aku tunduk nak ambil botol tu. Tiba tiba “cireettttttttttttt…” uncle brek lori kecil dia dengan mengejut.

Uncle: sikalang lu cakap. Lu hantu ka olang ?

Aku pelik dengan soalan. Terus lupakan niat nak capai botol air. Aku bangun duduk macam biasa balik. masa aku bangun tu aku tengok blah uncle ni. dia tengok aku dua tiga kali.

Aku: apa pasai uncle ?
Uncle: lu hantu ka olang. *lagi sekali dia tengok depan.

Aku pusing tengok juga. jelmaan aku ada dekat depan. Jarak dalam sepuluh langkah dari lori. Berjalan macam tadi sambil senyum sinis. Tak penat ka senyum hmm.

Aku: I olang uncle. Lu jangan kena kencing sama dia. Itu setan. Jalan jalan. Langgar langgar. *laju aku cakap.
Uncle: mana satu ni ?
Aku: jalan lah uncle. Jalan. Hantu tak perlu pistol untuk b***h orang. Jalan! Jalan! Langgar itu setan!

Terus dia tekan clutch masukkan gear. Lori meluncur laju. Lori kecil tadi sudah on v-tech. Makin dekat dengan jelmaan aku dekat depan. Lori terus langgar jelmaan setan tadi. Tapi macam tak ada apa apa. Kosong. Macam kami tak langgar apa apa pun. Normal je. tiba tiba aku teringatkan abu. Terus aku keluarkan phone call abu. “Tut tut tut tut..”

Abu: wey. Asal ?
Aku: kau ada mana ?
Abu: aku otw nak balik. Dah dekat dah. Kenapa ?
Aku: jangan balik rumah. Jangan balik! kesian orang rumah nanti. Patah balik! patah balik!

Ceritttttttttttttt…….. bunyi brek kereta. Argghhhh…errghhh..aaaaaaaa…rrrrrr
Aku: kau dengar tak abu ?
Argghhhh…errghhh..aaaaaaaa…rrrrrr
Aku: abu ? wey abu ?
Abu: eerrrrrgghh ada benda cekik aku wey. Arghhhhhh…. Arghhhh.. * cekik tengkuk korang dan cakap dialog tu. Macam tu lah aku dengar.
Aku: abu kau tahan kejap. Aku pergi.
Aku: uncle lu mau pergi mana ?
Uncle: I mau pergi ambil barang.
Aku: ya wa tau wa tau. Dekat mana ?
Uncle: dekat London. *London bukan nama sebenar haha.
Aku: ha. Laju sikit meh. Lu tinggal I tepi jalan. *tempat dia nak pergi memang lalu kawasan rumah abu dan dah tak jauh dah.
Uncle: itu tadi hantu melayu ka ?
Aku: tah, bukan rasa nya. Kenapa ?
Uncle: habis itu hantu mana punya ?
Aku: hantu Malaysia.
Uncle: apa pasai hantu Malaysia ? Malaysia ala hantu ka ?
Aku: ya, ada. Kalau itu hantu melayu. Lu tak boleh tengok meh. Melayu saja boleh tengok. *sambil senyum tawar cuba gurau untuk tenangkan diri.
Uncle: hoo dahsyat hoo hantu melayu Malaysia. Hantu cina lompat lompat saja. Lu taruk duit dia sula tala kacau.

“hahaha” ketawa kecil melayan telatah apek. Aku rasa Benda ni ikut kepercayaan kita je. nak bagi akidah kita terpesong. Kalau dia muncul jadi Dracula, kat Malaysia ni. sapa nak takut ? kan ?

Aku: sini sini masuk sini .. itu itu. berenti sana. Berenti sana.

Ciretttt..lori kecil brek dibelakang kereta abu. Aku letak duit minyak atas dashboard. Aku buka pintu.

Aku: terima kasih apek. Sana ala luit. Jangan cerita olang meh.

Aku nampak dia anggukan dari dalam dan jarinya buat isyarat seperti zip mulut. Aku tutup pintu lori dia. “pam” begegar lori kecil dia. Terus aku lari ke kereta abu. Aku nampak seperti tangan dia tengah tahan sesuatu tapi aku tak nampak apa apa. Aku cuma nampak gaya dia cuba melawan untuk tidak membiarkan tangan ghaib tu cekik dia. “agrhhhhhhh panas panas” “panas”. Abu jerit dari dalam kereta. Terus aku melulu tarik badan dia. Kuat aku Tarik sampai terjatuh kami berdua ke tanah.
“Allahuakbar..Allahuakbar… suara azan subuh dari surau taman berdekatan. Aku tengok abu dari tadi dok sapu sapu pipi dia. Pipi dia jadi kemerahan. Bila dia makeup ? selesai azan. Aku terus Tanya abu.

Aku: asal pipi kau ?

Abu tadah tangan dan menyapu muka nya. Oh doa lepas azan. Ah biarlah darurat ni. terlupa. Tak wajib pun. Lepas dia sapu muka dia. Terus dia pusing tengok aku. Aku nampak muka dia seperti menahan kesakitan.

Aku: asal kau ?
Abu: pipi aku. Pipi aku rasa panas. Aku rasa macam kena jilat tadi. Masa dia jilat terus aku rasa panas pipi. Sekarang aku rasa pedih pula.
Aku; kejap lagi okay la tu. Kot. Hantar aku balik. aku tak tutup pintu rumah.

Abu tengok aku pelik. Baru dia perasan yang aku hanya bawa baju dengan seluar je.

Abu: pintu rumah tak tutup ? eh asal ? macam mana kau ada sini ?
Aku: nanti aku cita lah. Panjang..

“pam pam pam pam” bunyi ketukan dari dalam bonet kereta. Kami pandang sesama sendiri, lantas bangun. Abu pergi ke bonet,aku standby dekat tepi dengan glock. Aku anggukkan kepala. Terus abu berjalan ke pintu kereta dan tekan button untuk buka bonet. Bonet terangkat sikit. Tapi tak buka semua kalau kita tak buka sendiri. Mata aku tajam memandang ke arah bonet. Abu datang dan buka perlahan lahan. Kosong. Sekali lagi kami pandang sesama sendiri. Aku simpan glock. Kami jalan dan bersandar di body kereta. Abu keluarkan rokok lalu dihulurkan pada aku sebatang. Kami hisap rokok sambil bersandar dan melayan perasaan masing masing. Fuh..its just a bad day..not a bad life.

Abu: tadi cakap pintu tak tutup. Nak balik ke ?
Aku: biarlah. Dah nak pagi dah pun. penyamun dah tidur.
Abu: pula ? suka hatilah.
Aku: abu..
Abu: ya.
Aku: kau tidur rumah aku dulu buat sementara waktu ni.
Abu: kenapa pula ?
Aku: aku syak dia marah kita sebab tadi kita nak tangkap anak dia.
Abu: tadi dia ada juga cakap macam tu. Tapi aku tak faham. Anak ? bila kita jadi penculik ?
Aku: tadi apa yang kita buat ?
Abu: nak tangkap toyol durjana tu.
Aku: itulah anak dia kot. Mungkin dia anggap toyol tu anak dia. So kau rilek rilek rumah aku dulu, tak payah balik rumah lagi. jangan libatkan orang lain dalam masalah kita. Bagitahu isteri kau. Dia fahamlah nanti.
Abu anggukan kepala.
Abu: so now what ?
Aku: kita tunggu esok. Aku ada idea. Call orang rumah kau. Bagitahu dia. Nanti dia fikir apa apa pula. Ompuan ni overthinking. Kang dia fikir kau ni dah m**i kena tembak ke apa ke haha. Terus cari jantan lain. Hahaha.
Abu: hahaha. jap agik sampai rumah kau aku mesejlah dia. Mulut kau boleh go juga eh. Haha Tak adalah m**i. Hampir m**i adalah. Haha. Born to fight..
Aku dan abu: trained to kill..ready to die..but never will

Kami berpandangan sesama sendiri dan tersenyum puas sambil ketawa kecil. Haaha ha ha hahaha. Abu bukakan pintu kereta dan lansung aku berjalan ke pintu penumpang dan kami balik ke rumah aku dan berehat. Keesokan petang di opis.
“Tuk tuk tuk”
Aku dan abu pusing ke arah pintu. Ali hanya suakan kepalanya di pintu.

Ali: big boss nak jumpa. Now!
Aku: okay. Thank.
Ali: both of you.

aku dan abu pandang sesama sendiri lantas bangun dari kerusi.

Aku dan abu: okay.
“tuk tuk tuk.”

Big boss: masuk!
Abu: ada apa tuan ?
Big boss: apa perkembangan kes ? korang tunggu berapa lama lagi ? huh ? sampai benda ni jadi lagi teruk. Berapa lama lagi nak ambil masa ?
Abu: TUAN. KAMI MANUSIA JUGA TUAN.. APA TUAN FIKIR NAK SETEL…
Aku: wohohoo.. chill.
Aku: sir, with all due respect. Im sorry about that. We need time. Bagi kami masa sikit lagi. Jangan pressure. Kami tak boleh kerja bawah tekanan. Benda ni tak semudah petik jari. Kalau boleh kami pun nak setel cepat cepat. Hari hari mentality kena dera pun tak boleh juga, tak nampak luaran tapi makan dalam… sorry sir. Anything else ?
Big boss hanya gelengkan kepala.
Aku: thank you sir.

Kami keluar dari opis big boss dan terus ke kereta seperti yang dirancang semalam. Abu setuju untuk ikut idea aku.

Abu: sini kunci keta.
Aku: hey hey.. kita naik estima.

Estima hitam bercermin gelap meluncur laju ke tempat yang telah dirancang. Kami perlahankan kenderaan setelah masuk ke kawasan perumahan. Kami bergerak menuju ke tempat yang hitam katakan sebelum ni.

Aku: berenti depan tu depan tu.
Aku: okay buka bonet depan. Keluar keluar keluar..open your eyes.

Aku dan abu keluar.. kami buka bonet depan kereta.. seolah olah kereta rosak. Abu cek enjin kereta dan aku buat seperti sedang call someone. Tiba tiba abu bersuara.

Abu: ada orang datang sini.

Aku tengok ke arah yang disebut abu. Sorang lelaki 30an berjalan dari dalam rumah yang terletak didalam semak samun sikit. Boleh dikatakan hutan kecil. Laju dia berjalan datang ke arah kami. *aku namakan dia orang.

Orang: kereta rosak ke ?
Aku: ha keto punoh..abe duk sini ko ?
( ha keta rosak. Abang duk sini ka ?)
Orang: ha duk dekat rumah yang korang cari tu lah. Hari tu kawan awak lalu lalang sini. Hari ni awak pula. *sambil tersenyum sinis memandang kami
Aku: huh ? tok pehe kito.
( huh ? tak faham kita)
Orang: mari saya tengokkan kereta.
Aku: abe bule beki ko ?
( abang boleh repair ka ?)
Orang: apa apa pun boleh. . *sambil tersenyum sinis memandang kami

Tiba tiba enjin kereta hidup dengan sendiri. Terkejut aku dengan abu.

Aku: eh guano bule hidup lalu..bisa ni.
(eh macam mana boleh hidup terus. Hebat ni)
Orang: tu dah hidup. Jalanlah.
Aku: erghh kito bena tok tahu mano jale sini.
(kita sebenarnya tak berapa tahu jalan sini)
Orang: bukan awak duk lalu selalu jalan ni. duk nampak kerap ada sini waktu malam. . *sambil tersenyum sinis memandang kami.
Muka aku dan abu dah lain waktu ni. tapi kami control juga.
Aku: takut ore lain.
( orang lain kot)
Orang: kenapa pula orang lain, bukan geng korang ke yang bersepah kat taman sana. Ni kenapa duk cakap Kelantan.bunyi macam patani dah. Cakap sini je. . *sambil tersenyum sinis memandang kami
Aku: eh kito asal alik siye. Sebab tu kecek pelet siye.
( eh kita asal siam. Sebab tu bunyi macam patani)
Aku: meta abe, ado ore tepo nim.
( kejap abang, ada orang call)

Aku angkat call.

Aku: eyy..mencaipa keluduoii.. er er kap kap. Kap pong. * aku simpan balik phone dalam poket.
( kau tak payah sibuk cari maksud. Aku hentam ja. Janji ada kap. Kap pong tu ja yang betul. Maksud dia baik tuan kot haha aku ada belajar bhasa negeri lain. Tapi tak la sempurna sebab tu bunyi lain sikit tapi kalau pekena orang bodoh dia makan je. haha mampus ah.phone tadi pun tak ada orang call pun. action ja. Faham kan ?)
Orang: yang tu.. * cepat cepat aku p****g percakapan dia.
Aku: hok ni saing kito. Dio tokleh kecek sini.
(yang ni kawan saya. Dia tak boleh cakap sini.)

Aku jeling dekat abu. Terus dia angkat tangan macam sembah. “ kap ” lalu anggukan kepala. Orang tu hanya senyum sinis melihat abu. Masak kali ni.

Orang: ni buat apa lagi dekat sini ? enjin dah start. *dia senyum sinis semacam seolah olah dia tahu yang keta tak rosak pun. tunggu lama lama. Oh nak tembak saya ka ?( sekali lagi senyum sinis sambil melihat kami berdua.) eh lupa, mana boleh. Saya tak ada pistol kan ? lagi pun saya tak serang awak berdua pun kan ?. *setiap kali dia habis bercakap dia akan senyum sinis sambil mata melihat kami berdua.
Aku: ghapo abe kecek nim ? kito tok pehe.
( apa yang abang cakap ? kita tak fahamlah)
Orang: oh. Kalau tak tembak. Mesti nak tangkap saya kan ? oh sila lah sila. Ops..tapi tak ada bukti. Macam mana nak dakwa nanti kan ? hmm susahkan kerja? Korang tak serik lagi ke semalam ? hem ? awak nak langgar budak saya lagi ke ? awak pula nak kena jilat lagi pipi ? panas tak ? *di akhiri dengan senyum sinis tapi kali ni matanya tajam merenung kami berdua.

Abu meraba raba pipi dia. Ha sudah. Dia buat hal.

Aku: eh abe dok bobel ghapo dio nim.. timo kasih lah tulo..gilo ko dio ni. *aku buat muka pelik pandang dia.
( apa abang merapu ni. terima kasihlah tolong.gila agaknya dia ni.)

Aku jalan setapak dan hulurkan tangan untuk bersalam. Masa dia sambut tangan aku. Cepat cepat aku tarik balik tangan aku, muka aku merah menahan sakit, tapi aku cuba control macho lagi. Tapak tangan dia panas. Panas sangat. Dia nampak muka aku menahan kesakitan..terus dia senyum lagi sambil pandang tepat ke anak mata aku. Terus aku pusingkan badan menuju ke kereta sambil tangan aku hayunkan kepada abu. “ pai pai” aku cakap dekat abu. Nasib dia faham isyarat tangan aku. Terus dia masuk ke dalam kereta. Dan kami beredar dari situ. 200 meter jauhnya kami tinggalkan tempat tu. Terus aku ambil talkie.

Aku: amir masuk.
Amir: yup.
Aku: mir, kau jangan keluar dari situ. Just tengok tengok guna bino je. apa apa lapor terus. Aku harap korang tak kantoi. Dan jangan pergi dekat rumah dia. Orang berilmu ni kadang dia ada kawasan dia. Kalau luar dari kawasan dia. Ilmu dia tawar. Apa yang aku dengarlah. Orang lain berbeza. Tapi mungkin dia salah sorang, orang yang macam tu. Aku pun tak pasti benda ni. aku dengar dengar macam tu je. aku harap tak ada apa apalah. Steady brother.
Amir: berita terima. Amir out.
Aku: amar masuk.
Amar: yow.
Aku: kau pun sama. Jangan keluar dan jangan lagak hero. Sini bukan tempat dia. Suspek kita bukan calang calang. Kau usha je amir yang kat depan kau. Kau backup dia. Faham ?
Amar: got it.
Aku: sek kito jange pecoh!

Mereka berdua nilah yang aku suruh keluar keluar tadi. Abu berenti saja kereta, mereka terus keluar dari pintu tepi estima. Dan bersembunyi di dalam semak samun di sebelah lagi untuk intai rumah yang didakwa hitam yang membela toyol. Kami kena sahkan dulu apa yang di cakap oleh hitam adalah benar. Kang serbu serbu, tak betul masak ler. Mereka dilengkapi dengan pakaian dan peralatan untuk persembunyian senang cakap. Amir dekat depan. Amar 50 meter jauh dari belakang amir. Diorang ni pasang mata je. Amar aku letak untuk backup amir. Apa apa jadi dekat amir, amar ada belakang.

Diorang ni lah backup plan aku. Kalau tak kantoi pun plan keta rosak. Tapi berapa lama sangat boleh duduk situ dengan alasan kereta rosak. Tak sangka pula dia datang tadi. Kawan kawan yang dia cakap lalu lalang situ. Diorang tu kami hantar untuk intai kawasan sekeliling sebelum ni. kalau tak intai macam mana nak tahu keadaan dekat sini. Gagal merancang merancang kegagalan- malique. Sekarang betullah cakap hitam. Ilmu dunia dia boleh tahan. Persoalan sekarang ni. Kalau dah hitam tau, kenapa tak hitam uruskan je dia ni. Aduh. Yang penduduk sini pergi balai buat report apahal ? Kami balik opis buat persiapan. Tak nak aku tunggu lama lama. Psiko betul.
Aku masuk dalam opis dengan abu.. ali pun ada sekali duduk di atas sofa dengan abu. Abu membuka bicara.

Abu: wey. Kau rasa tak sejak kebelakangan ni. aku rasa macam di perhatikan.
Aku: adalah juga. tapi tak pernah jadi apa pun. aku abaikan jela.

Abu anggukkan kepala.

Aku: okay sekarang kita bincang benda yang penting dulu. Bab bab diperhatikan ke apa ke letak tepi dulu.
Abu: macam mana ali ?
Ali: okay, aku try.
Abu: aku ? bukan kita ?
Aku: ha`a kenapa mesti kau sorang ? bukan kita ? kita satu unit tau.
Aku: ha kita satu unit. Satu team. Kerjasamalah.
Ali: team ? ibarat satu team bola yang hebat tapi player dia kaki bangku.

Muka aku dengan abu berubah 360 darjah dengar ayat kiasan dari ali.

Aku: nak kata, kata. Jangan kias. Kias ni makan dalam dari sembur terus.
Ali: kau boleh buat apa abu ? kau nak lompat lompat lagi macam malam tu. Itu nasib toyol. Kalau hantu yang ngeri ngeri lain. Apa jadi dekat kau ? jerit dan diam. Kaku tak buat apa apa.
Aku: betul kata ali. Aku setuju
Ali: kau pun sama je dengan dia. Idea je banyak. Hampeh. Jumpa diam. Diam diam dan diam. Blur tak tahu apa. Macam hantu yang bapak amoi hantar tu. Apa kau buat ?
Aku: ergghh aku baca bismillah dalam hati je.
Ali: haa dah tu. Biar aku jela yang try.
Abu: kita ikut jela wey.

Aku anggukan kepala tanda setuju.

Ali: suspek kita macam mana ?
Abu: suspek kita aku tengok bukan calang calang. Tapi muda lagi.
Ali: apa maksud kau muda lagi.
Abu: aku tengok macam 30an lagi. tapi hebat.
Ali: biar betul kau ? takkan umur 30an dia dah banyak ilmu ilmu dunia yang sesat tu.

Aku ambil talkie.

Aku: amir masuk.
Amir: amir masuk.
Aku: amir. Suspek kita dalam lingkungan berapa ?
Amir: suspek dalam lingkungan 30an.
Aku: ada apa apa yang mencurigakan ?
Amir: setakat ni tak ada lagi. anything else ?
Aku: no.
Amir: amir out.

Ali anggukan kepala tanda percaya suspek dalam lingkungan 30an.

Ali: tapi kenapa tak boleh tunggu kawan ustaz ?
Abu: kita dah tak ada masa. Ustaz aku dah cuba call berkali kali. Tapi tetap tak jawab.
Aku: malam ni kita bukan polis. No warrant no gun. Tapi jangan kecoh. Kita diam diam je. Antara kita je ni.
Abu: kenapa pula ?
Aku: kau kita jadi polis pun untuk apa ? nak tangkap dia ? macam mana nak dakwa dia ? bukti apa kau nak pakai ? cukuplah toyol tu kita tangkap buang. Janji tempat tu dah tadak pencuri kerdil tu. Macam mana cara dia ali ? kau sure tak nak kita tolong.
Ali: nanti kau tengok. Aku pun dengar dengar je. tapi apa salahnya kita cuba.

Hari sudah semakin gelap. Kami masih lagi dalam opis. Menunggu detik yang tepat untuk bertindak. Tiba tiba..talkie berbunyi.

Aku: go for bad!
Amir: aku rasa penyamaran kami dah terbongkar.
Aku: ada apa apa yang mencurigakan ke ?
Amir: yes. Tadi masa kami perhatikan dia. Aku nampak dia keluar rumah dan masuk ke dalam pondok kecil tepi rumah. Lama dia dalam tu. Masa dia keluar. Dia berhenti berjalan dan pusing tepat ke arah aku. Dia tengok aku. Seolah olah dia tahu yang aku ada situ sedang perhatikan dia. Jelas aku nampak dari bino mulutnya senyum sinis ke arah aku.

Aku letak talkie dan bangun sekali dengan abu dan ali lantas kami keluar dan pergi ke tempat parking kereta.
Mmmmmmmmpppppphhhhhhhh…….mmmmmmmmmphhhhhhhhhhh…mmmmmmmppppppphhhhhh……….
Abu berhentikan kereta di tempat tadi. Aku keluar dan pergi ke tempat persembunyian amir dan amar. Aku panggil amar datang ke amir.

Aku: selain dari tu ada apa apa lagi ?

Mereka gelengkan kepala.

Aku: dia ada dekat dalam rumah ?
Amir: tak ada. Aku tak nampak dia masuk rumah lagi lepas dia keluar dari pondok. Aku nampak dia senyum ke arah aku dan terus berjalan ke belakang. Lepas tu kami dah hilang dia.
Aku: okay. Korang masuk kereta dan terus balik opis.
Amir: eh kenapa kami di kecualikan pula dari ops ni ?
Aku: tak ada ops. Malam ni kami jadi cowboy.
Amir: maksud kau ?
Aku: tak payah tahulah ? dah pergi cepat. Diam diam.
Amar: kau sure ke ?
Aku: yah. Yang pasti nanti kita tutup kes ni.

Amir dan amar anggukan kepala dan kemas peralatan mereka lansung berlari ke kereta. Kami datang tadi dua biji kereta. Kereta satu lagi ali bawa. Setelah amir dan amar meninggalkan kami. Aku terus berjalan mendekati abu dan ali.

Ali: macam mana ?
Aku: sekarang cun. Dia tak ada rumah. Mari kita tangkap toyol dia.
Ali: korang ingat pesan aku. Jangan ganggu aku nanti. Apa yang aku buat. Jangan tegur. Tengok sudah. Paham?
Aku: faham boss. Hari ni kau jadi leader ye.
Ali: perli aku eh ?
Aku: eh tak la. Respect. Kita bukan polis sekarang. Kita nak tangkap hantu. Jadi kau yang berilmu sikit. Jadi kau lah leader.
Ali: apa apa jela. Kita baca doa dulu.

Kami semua tadah tangan ikut ali. Apa yang dia baca aku tak tahu. Tak dengar pun. Maybe dia minta untuk berkati usaha kami malam ini. Amin. Kami mulakan langkah. “krekkk..” bunyi pintu dibuka oleh abu. kami masuk mencari mencari di setiap bilik. Kali ini untuk bilik yang terakhir. Ali anggukkan kepala dan aku bukakan pintu. Bilik yang penuh dengan kain berwarna kuning. Penuh dengan peralatan bomoh. Setiap penjuru dinding ada kepala tengkorak binatang. Binatang apa tak tahu. Maybe kerbau or lembu. “ dekat luar weh” suara abu datang dari luar. Entah bila dia keluar dari rumah.

Kami tutup balik semua pintu supaya tak ada tanda tanda yang rumah dia dimasuki orang. Kami keluar menuju ke abu. Masuk dalam pondok kecil yang terletak di tepi rumah. Kami masuk ke dalam dengan bantuan lampu suluh untuk menerangi tempat yang begitu gelap itu. Pondok yang kosong dipenuhi dengan daun daun kering lantai. “prak prak” bunyi abu terpijak ranting kering. Dari mana datangnya ranting ? aku suruh abu undur semula dengan perlahan lahan. Kami tunduk dan meraba raba dikawasan yang ali tepijak tadi. Kami rasakan seperti ada sesuatu. Jadi kami punggahkan daun daun kering dikawasan itu. Nasib abu agak baik hari ni kerana dia pijak ranting yang masih di atas tanah. Jika dia jalan lagi selangkah sudah tentu dia terjerelus masuk ke dalam lubang yang muat untuk satu badan manusia normal. Rupanya daun kering dan ranting kayu digunakan untuk menutup lubang besar. Abu mahu terjun masuk ke dalam tapi ditahan oleh ali.

Abu: kenapa tak bagi aku masuk ? aku nak masuk untuk melihat apa yang ada di dalam.
Ali: jangan. Aku rasa ini rumah toyol.
Aku: huh ? dalam lubang ?
Ali: ya. Dalam lubang. Tuannya selalu akan korek lubang untuk buat tempat persembunyian toyol.

Kami cuba suluh ke dalam tapi lubang itu agak dalam. dan kami tak nampak apa apa yang mencurigakan di dalam. entah macam mana aku tertekan button off lampu suluh. Jadi lubang itu gelap semula dan secara tiba tiba kami nampak ada dua titik berwarna merah. Seakan akan sepasang mata berwarna merah sedang melihat kami. Kami asyik melihat mata berwarna merah itu dan secara tiba tiba..

“ cari apa ? cari anak aku ke ?”

Kami semua pusing ke belakang lantas mendengar suara itu. aku kenal suara itu. itu suara tuan rumah ini yang siang tadi kami jumpa.

Orang: hahaha. Jumpe ke ?
Orang: berani kau orang ye ? tak boleh tangkap aku. Datang nak tangkap anak aku. Mana lagi dua ? kenapa bertiga je ? mana yang siang tadi menyorok dalam semak tu ? nanti Tanya dia. Dia ingat lagi tak senyuman manis aku bagi dekat dia tadi. Hahahahaha.

Kami semua dah tak tahu nak buat apa. Dah la buat kesalahan, serbu rumah orang tanpa waran, sekarang terperangkap pula disini. Bala apakah kali ini ? ali berjalan ke depan satu langkah tinggalkan kami dibelakang.

Ali: kau sudah tua. Sudah masanya kau bertaubat.
Orang: hahahahaha. Rupanya kau nampak ya. Siapa kau ? ternyata kau tidak sama dengan tolol tolol dibelakang kau tu.

Muka abu kemerah merahan bila digelar tolol ? aku masih lagi tertanya Tanya maksud ali ? tua ? siapa yang tua ? tiada sorang orang tua di sini pun.

Orang: cepat..katakan siapa kau ? mari lah bersama dengan aku. Kita kumpulkan harta bersama. Hidup senang. Berkuasa. Apa kau mahu ? kau dapat. Marilah bersama aku wahai sahabat.
Ali: tak mudah untuk aku percaya tipu daya syaitan seperti kau.
Orang: hahaha jadi ? kau mahu berlawan ? ilmu kau bukan taraf aku wahai orang muda.

Dialog mereka berdua membuatkan aku dan abu semakin bingung.

Ali: kau tidak berkuasa apa apa pun. janganlah bercakap seperti berada di atas langit sedangkan kau masih berpijak di atas tanah.
Orang: hahahaha.. kau mungkin belum tahu. Marilah kita beradu kuasa. Jika kau kalah. Kau akan jadi murid ku. Setuju ?

Cepat cepat aku Tarik tangan abu dan ali, lari ke pintu keluar. Orang itu masih lagi berdiri dipintu tidak bergenjak walaupun sedikit malah senyum kepada kami. Aku orang pertama yang akan rempuh badan dia. Semakin dekat untuk kena badannya aku lonjakkan lagi badan aku supaya rempuhan menjadi semakin kuat. “aduhhhh” “arghh” tiba tiba kami terjatuh ke tanah. Memang kami jatuh diluar. Tapi sepatutnya kami akan rempuh badan orang itu dahulu. Tapi kenapa rasa macam kami menembusi badannya lalu kerana aku lonjak terlalu kuat. Membuatkan aku jatuh ke tanah diluar pondok. Aku pusingkan badan ke atas. Orang itu masih lagi di pintu seperti tadi. Dan dia pusingkan badannya ke arah kami. Dia ketawa melihat kami jatuh ke tanah.

Tiba tiba dia berjalan ke arah kami. Pantas kami cuba untuk bangun, untuk undurkan diri dari lelaki misteri yang cuba mendekati kami. Kami juga berjalan setapak ke belakang bila dia setapak ke depan. Setapak demi setapak akhirnya badan kami terasa seperti terkena sesuatu dibelakang. Kami pusing ke belakang. Ya Allah. Menggigil lutut aku dan abu. Cuma ali yang masih tampak biasa. Mulutnya terkumat kamit. Entah apa dibacanya. Belakang kami ada seorang tua yang sangat tua. Dia bongkok. Dan sorang lagi perempuan. Badannya tua. Tapi mukanya muda. Tiada satu kedutan pun di kulit wajahnya. Wajahnya juga cantik. Wajahnya mampu membuat kaum lelaki tertarik tapi kenapa kulit badannya penuh dengan kedutan seperti berumur sudah melebihi 80an.

Orang: hahahahaha. Itu kawan aku. Perempuan itulah yang korang ekori itu hari. Lelaki tua itulah yang ke rumah kau detektif.

Secara tiba tiba orang tua itu menjelir jelir lidahnya.

Orang: lidah itu juga menjilat pipi kau. Katanya suka dengan pipi kau. Dan mungkin dia nak lagi.

Sekali lagi orang tua itu menjelir jelir lidahnya dan menjilat jilat pipinya sendiri. Rupanya lidahnya boleh dipanjangkan. Abu kelihatan jijik sekali bila melihat orang tua itu berbuat demikian. Dia memegang pipinya sendiri. Ali masih pejam mata dan mulutnya terkumat kamit. Makin lama makin laju pergerakan bibir ali. Makin laju pergerakkan bibir ali makin berubah ubah muka dua hantu yang di depan kami sekarang. Nampak perubahan bila kulit mukanya merekah dan jatuh ke bawah tanah. Makin laju pergerakkan bibir ali makin banyak kulit mereka berdua jatuh bawah dan akhirnya hanya tinggal isi dan d***h. D***h d***h diwajahnya menitis nitis ke bawah tanah. D***h d***h yang menitis kebawah tanah terus bertukar warna menjadi hitam, bukan lagi merah. Sungguh ngeri wajah mereka berdua bila yang ada hanya isi dan d***h d***h yang meleleh. Dan adakalanya mereka menjilat jilat d***h yang ada diwajah mereka.

Orang: takut ke ? tak kot kan ? kalau takut mana mungkin datang ke sini seolah olah ilmu penuh didada.

Berdesing telinga dengar kata kata yang keluar dari mulut orang tu. Oh tuhan turunkanlah pertolonganmu. Ali masih lagi terkumat kamit..makin lama makin laju. Semakin dia terkumat kamit semakin berubah ubah wajah dua ekor hantu di depan kami. Menjadi lagi parak. D***h makin banyak. “arghh ahuk ahuk ahuk” tiba tiba ali terbatuk dan keluar d***h dari mulut dan hidung dia. Kami papah dia. Terdengar suara seakan bisikan dari mulut ali.

Ali: aku tak kuat dah. Ilmu hitam dia terlampau kuat.
Abu: kau dah tak boleh jangan paksa diri ali.
Aku: ya jangan paksa.
Ali: sekarang macam mana ?
Aku: kita ikhtiar jela. Ada peluang kita lari.
Ali dan abu anggukkan kepala. Aku dan abu cuba buka langkah pertama untuk lari. Namun belum sempat kaki memijak tanah. Dua ekor hantu tu juga sekelip mata hilang dan muncul ke arah yang kami nak larikan diri. Ah kami terperangkap. Blur blur. Apa nak buat sekarang. “HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA” terbahak bahak ketawa dari orang itu bila melihat muka kami yang runsing tidak tahu berbuat apa.
“assalammualaikum saudara.”

Kami alihkan pandangan ke arah suara itu. hitam. Hitam yang memberi salam. Aku cuma jawab di dalam hati. ali dan abu juga mungkin sama. Aku tak dengar pula mereka menjawab. Hitam tersenyum melihat kami. Kenapa dia senyum disaat begini ? apadia ada kena mengena dengan orang itu ? apa dia juga suka melihat kami dengan keadaan begini ? bertubi tubi soalan menerjah di fikiran aku. Ali dan abu juga kelihatan hairan. Beribu ribu soalan yang tiada jawapan. Suka sungguh bermain teka teki. Hitam masih lagi senyum seperti tadi. Pakaiannya juga sama seperti pertama kali kami jumpa dia disurau.

Hitam: rehatlah saudara. Jika penat usah dipaksa. Parah nanti jika berdegil.
Aku: macam mana kau ada disini.
Hitam: aku sentiasa ada dengan kamu semua sejak pertama kali kita berjumpa. * senyum
Aku: kenapa ? patutlah aku rasa seperti sedang diperhati. Adakah itu kau ?
Hitam: usah bertanya sekarang. Tiada apa yang kau perlu tahu. Mari kita selesaikan sekarang semuanya.

Aku terpana ? apa maksud nya ? aku tidak pernah ada urusan dengan hitam. Ya Allah. Kenapa bala yang turun bukan pertolongan mu ya Allah. Tolonglah hamba mu yang tersepit sekarang ni tuhan.

Hitam: saudara apa nama ?
Abu: siapa ?
Hitam: bukan saudara *senyum
Abu: habis ? kenapa kau melihat aku ?
Hitam: saya tidak melihat saudara. Saya melihat orang yang dibelakang saudara. * senyum

Kami bertiga pusing ke belakang melihat orang itu. mukanya kali ini sungguh bengis. Kenapa ?

Orang: bukan urusan kau. Kenapa kau mahu tahu ? aku tidak punya urusan dengan kau. Pergi!
Hitam: tidak mengapa jika tidak mahu memberi tahu. *senyum. Saya ada urusan yang besar dengan saudara. Saudara sudah sesat. Tapi saya bukanlah tuhan untuk menghukum saudara. Pulanglah saudara. Pintu masih terbuka luas. Saudara juga sudah berumur. Mungkin tidak lama lagi akan pergi mengadapnya.

Setelah hitam berkata demikian baru aku teringat, ali juga ada berkata yang sama. Aku mahukan jawapan. Aku mahukan jawapan.

Aku: maaf, apa maksud kau dia sudah berumur.
Hitam senyum..

Hitam: mata kita banyak menipu jadi jangan percaya jika hanya melihat. mari ikut saya baca.

Kami ikut apa yang hitam baca. *disensor.

Hitam: gunakan jari keliking kamu sapukan dimata.

Kami hanya ikut apa yang dikatakan hitam. Aku bukakan mata setelah aku sapu jari aku dimata. Terkejut aku bila tengok orang itu bukanlah lingkungan 30an tapi sudah menjangkau 80an. Kulitnya penuh dengan kedutan. Ada juga yang luka dan bernanah. Diwajahnya ada satu luka yang tidak kering. Kelihatan ulat ulat penuh bermain dikawasan luka itu.

Abu: biar betul apa yang aku nampak ?
Aku: betullah kot. Kan aku cakap. Mata yang terbuka belum tentu melihat.
Orang: apa urusan kau ? mengapa mahu mengacau aku ? sedangkan aku tidak pernah menganggu kau ?
Hitam: saudara sudah menganggu umat umat islam di sini. Saya juga ada hak untuk menegur saudara sesama islam saya. Marilah saudara ikut ke kampung ku. Kita ubati luka luka mu. Buanglah segalanya. Mereka sudah lama dengan saudara. Tiba masanya akan memakan diri. Tengoklah keadaan saudara sekarang. Marilah bersama saya. Kita kembali je jalan yang benar. Mari saudara mari.
Orang: tidak. Aku tidak mahu.
Hitam: marilah saudara. Kita kembali sementara pintu masih terbuka.
Orang: tidak. Baik kau beredar sebelum aku hancurkan kau.

Hitam hanya senyum mendengar perkataan yang keluar dari mulut orang itu. kami bertiga hanya menjadi penonton.

Hitam: baiklah. Saya akan beredar.

Nah. What ? beredar ? habis kami ? orang itu macam mana ? datang macam nak tolong sangat. Lepas tu nak beredar pula. Cis.

Orang: silalah berambus. Tapi tiga ekor ini aku punya.

Wajah hitam yang tenang dan masih senyum dan wajah orang yang bengis itu kami tatap berselang seli. Apakah hitam sanggup tinggalkan kami ?

Hitam: bukan sekarang maksud saya. Saya akan beredar setelah urusan saya dengan saudara selesai.
Orang: apa yang kau mahu selesaikan dengan aku ?
Hitam: sekali lagi saya beri peluang supaya saudara berlembutlah hati dan ikutlah saya pulang ke jalan asal. Saya akan bimbing saudara. Mari wahai sahabat ku.
Orang: sudah berkali kali aku cakap. Tidak akan pernah meskipun aku di ambang maut. Sudahlah ada baiknya kau berambus saja.
Hitam: saya juga sudah cakap. Saya akan beredar setelah urusan selesai. *senyum
Hitam: baiklah memandangkan saudara sudah menolak pelawaan saya. Ada baiknya kita selesaikan saja apa yang patut. Pertama sekali mereka bertiga ini.

Huh ? kami ? kenapa dengan kami ? apa kau mahu makan kami ? b***h kami ? apa ? apa ? mahu jadikan makanan jin jin kamu ? d***h sudah tiada lagi di kepala. Pucat lesi wajah kami bertiga. Aku menegur wajah mereka pucat. Mereka pula mengatakan benda yang sama pada aku. Apa nasib malang kami memang sama. Apa akan tamat riwayat kami malam ini ? argh tidak. Sudahlah aku masih punya dosa. Belum sempat taubat sudah terpisah nyawa dari jasad aku. Aku.. aku..aku..

Hitam: mereka tidak berdosa saudara. Janganlah libatkan mereka sekali. Saudara yang salah.
Orang: hahahahaahahaha. Apa kau pikir orang jahat tahu tentang betul atau salah ?

Perkataan yang dikeluarkan hitam. Apakah dia dipihak kami. Syukur tuhan. terima kasih. Jika benar hitam kau hantar untuk tolong kami. Wajah kami kembali sedikit tenang. Namun tidak aku percayakan semua pada andaian. Hitam juga penuh misteri, mana mungkin senang senang saja percaya.

Hitam: ini urusan saya dengan saudara. Bukan mereka.
Orang: ah siapa kau mahu mengarah aku ?
Hitam: baiklah saudara. Maafkan saya.

Hitam gerakkan tangannya seperti melempar sesuatu..namun di tangannya hanya kosong “pom” badan orang tua tadi terpelanting ke belakang dan jatuh ke tanah. Orang tua itu terbatuk batuk dan keluar cecair berwarna hitam.

Hitam: maafkan saya saudara. Saya tidak berniat mahu mengasari saudara. Saya terpaksa. Maafkan saya.

Aku pelik dengan cecair hitam yang keluar dari mulut orang tua itu. apakah benda itu ?
Aku: apa cecair warna hitam yang keluar itu ?
Hitam: ilmu hitamnya wahai anak muda.
Aku: itu ? kenapa berwarna hitam ?
Hitam: dia sudah lama mengamalkannya dan sudah jauh tersesat dari jalan yang benar. Apa saudara juga ingin belajar dengan dia ? *senyum dekat aku.

Aku hanya gelengkan kepala bila di Tanya soalan sebegitu. Gila agaknya dia ni. Muka aku ada sedikit terkejut bila ditanya sedemikian. Wajah yang sedikit terkejut dilihat oleh hitam lalu dia hanya tersenyum melihat aku. Seolah olah merendahkan aku. Tunduk ke tanah aku, malu. Orang tua yang rebah tadi bangun semula sambil menyapu nyapu bajunya yang kotor akibat jatuh tadi. Dimulutnya masih tersenyum. Kenapa ? apadia masih tersenyum disaat begitu ? penuh misteri orang orang yang berilmu ni.

Orang: haha.. hebat juga kau. Tapi tak mengapa. Aku tidak ada urusan dengan kau. Aku hanya berurusan dengan mereka bertiga. Tidak manis bila kau masuk campur.
Hitam: apa yang saudara mahu ?
Orang: aku tidak mahu berlawan dengan kau. Aku tiada urusan dengan kau. Tinggalkan kami disini. Aku mahu uruskan mereka bertiga. Oh kau boleh datang semula untuk uruskan jenazah mereka nanti hahahahahaha.
Hitam: kenapa saudara tidak mahu berlawan dengan saya ?
Orang: aku tidak ada urusan dengan kau.
Hitam: kita adakan saja urusan antara kita. Tidak susah.
Orang: aku tidak mahu. Kalau kau sayangkan nyawa kau silakan berambus dari sini. Tadi aku cuma belum bersedia. Sebab itu aku tumbang. Jangan kau fikir yang kau kuat.
Hitam: saya tidak pernah berfikir saya kuat saudara. Saya cuma terfikir, apakah saudara ini takut untuk berhadapan dengan saya. *senyum
Orang: cisss, bedebah kau ? berani berani saja merendahkan aku.

Haa. Psiko juga.. hitam pun. nampaknya perangkap sudah terkena. Terjadilah urusan antara mereka berdua.

Hitam: ke tepilah wahai anak muda.

Kami cuba untuk jalan ke tepi sikit namun dihalang oleh dua ekor hantu ni lagi. Sekali lagi hitam angkat tangannya seperti tadi namun belum sempat dia lempar kan entah benda apa, aku tak nampak pun tiba tiba ja ada respon dari pihak lawan sampai terjatuh bagai orang tua tu tadi. Dua ekor hantu tadi terus terbang mengelilingi kawasan itu di udara. Kami yang sudah tiada halangan cepat cepat pergi ke tempat selamat. Kami tertiga berdiri tepi pokok belakang hitam. Dua ekor hantu tu masih lagi bertebangan di udara. Kenapa dia tak kacau hitam eh ? soalan yang bermain difikiran waktu itu. Aku abaikanlah janji dah selamat.

Aku tengok hitam dan orang tua tu. Masing masing terkumat kamit mulut sambil menutup mata. Lama juga mereka berdua terkumat kamit dan nampak jelas kelihatan wajah mereka berdua adakalanya mengerang kesakitan. Mungkin mereka sedang berlawan secara batin. Aku tengok diudara balik. hantu sudah tinggal satu. Mana satu lagi pergi ? mana dia mana dia ?
Aku tercari cari juga di mana dia menghilang namun tetap tak jumpa. Aku pusing tengok ali.

Aku: ali, mana dia pergi ? cuba kau tengok. Tinggal satu je ha kat atas tu.
Ali: eh, mana aku tahu. Kau nampak abu?

Abu hanya diam. Aku tengok dia tundukkan kepala ke bawah. Mungkin penat agaknya. biarkanlah. Aku pun dah malas tercari cari. Baik aku tengok hitam lawan. Kali ini ada kesan luka di lengan orang tua itu. seperti kesan calar. Tiba tiba angin bertipu kencang. Pokok pokok yang disitu seperti mahu tumbang di tiup dek angin. Dan dengan sekelip mata angin tadi hilang serta merta. Tiba tiba.. sekali lagi muncul tapi kali ini sepertu ditujukan kepada orang tua itu. kuat sangat angin yang membantai orang tua itu namun dia masih berdiri tapi mukanya berkerut menahan sakit dan luka dilengan bertambah seperti garis garis selepas dibantai oleh angin tadi. Macam mana dia boleh berdiri tegak lagi setelah dibantai dengan angin yang kuat tadi. Angin yang seperti dikawal oleh seseorang dan ditujukan kepada orang tua itu. aku rasa itu kerja hitam. “ergggghhhhh arghhhh..” bunyi itu datang dari tepi kami. “prakk..prakkk…” bunyi seperti tulang dikepak.

Aku dah rasa lain macam. Bunyi tu dekat sangat. Abu tak dengar ka ? aku kalih ke arah abu. Ali pun ikut sama. Kami tengok abu masih lagi tunduk ke bawah. “arghhh..arghh”. sah. Bunyi tu dari abu. Tiba tiba dia jelirkan lidah. Menjilat pipinya sendiri. Mana mungkin manusia normal punya lidah sepanjang itu. aku dan ali masih terpaku melihat apa yang abu buat. Tiba tiba “krakkkk…” abu pusingkan kepalanya ke arah kami dengan matanya merah, tajam merenung kami. Apa pula dah ni. abu pun kena sawan bab* ka apa ?. ali pun diam tidak terkata apa. Mungkin dia masih lagi sakit atau penat. Aku pegang bahu ali. Ali anggukkan kepala tanda faham. Kami berundur setapak, terus abu menerkam seperti harimau kelaparan. Terjatuh ali dek diterkam oleh abu. Terjadi pergelutan antara mereka. Haa sudah. Sawan bab* dah tahap kronik. Apa aku nak buat ?

Aku dah blur sekarang. Apa aku nak buat. Kalau tengok dengan mata kasar. Itu bukanlah kekuatan normal abu. Mesti ada sesuatu yang terjadi. Adakah hantu yang sekor tu dah masuk ke dalam abu ? apa nak buat ni ? terlintas di fikiran untuk Jerit panggil hitam. Eh tapi nama dia apa ? aku tak pernah Tanya pun ? apa aku nak panggil dia ? ahhhh.

Aku: saudara… oi saudara. Sini oi sini.

Hitam pusing melihat aku. Alhamdulilah.

Hitam: pegang dia pegang dia saudara. Jangan biarkan dia mengganas. Ikat dia.

Huh ? pegang ? macam mana ni ? pegang ? benda yang mudah, tapi diwaktu macam ini, tak semudah kata. Cepatlah sel sel otak berhubung. Cepat! Cepat! Pop. Terus aku lompat macam harimau kelaparan juga terkam kearah abu. Aku Tarik abu ke tepi. Ali sudah bebas tapi aku pula jadi mangsa. Seperti aku duga. Ini bukan kekuatan normal abu. Tangan aku yang digunakan untuk pegang tangan dia, hanya dengan sekali libas terlepas pegangan aku. Aku pula sekarang bergelut dengan abu. Cepatlah otak berfikir berfikir. Ali ? mana ali ? entah aku tak tahu apa jadi dekat ali. Aku sampai tak ada masa untuk tengok ali, bila abu sering kali cuba untuk cekik aku. Ali tolonglah aku ali. Kataku dalam hati. tangan abu aku tahan dari mencekik aku. Kuat sungguh tangan dia. Aku semakin lemah.

Semakin dekat tangan abu dengan aku. Tiba tiba abu jelirkan lidahnya. Makin lama makin panjang. Makin sampai di tengkuk aku. Aduh panas panas. Sungguh panas lidah abu bila terkena pada kulit tengkuk aku. Panaslah woi. Aduh tolonglah. “pakkkkk”. Abu berhenti dari cuba untuk cekik aku dan lidahnya digulungkan kembali menjadi pendek dan kembali ke dalam mulut bila badannya di pukul dengan kayu oleh ali. Malangnya kayu yang patah tapi abu cuma berhenti dari cuba mencekik aku. Abu pusingkan pandangannya mengadap ali. Ali masih terkejut melihat kayu yang patah ditangannya. Abu bangun dari aku. Mungkin dia nak terkam ke ali pula apabila ali memukul belakangnya tadi. Ali tidak terkam kali ini tapi dia berjalan sambil tengkuknya ke kiri dan kanan seperti orang mengeliat. “prakk prakk “ bunyi tulangnya. Lantas aku bangun. “krakk..krakk” aku gari tangan abu. Cepat cepat aku jatuhkan dia.

Aku: ali sini. Tolong aku. Mana gari kau ? cepat ali pegang kaki dia.
Aku: angkat dia ali angkat. Satu dua tiga.

Kami angkat badan abu yang mengelupur seperti ikan yang berada didarat. Kami bawa dia dalam lima langkah ada satu tiang besi yang entah di gunakan untuk apa. Tapi sekarang tiang besi satu ni akan jadi penjara buat abu. Aku ambil gari ali. Aku garikan di tengah tengah gari aku yang di tangan abu. Dan satu lagi ruang aku garikan di tiang besi tersebut. Harap harap gari ni kuatlah. Janganlah putus dek kuasa luar biasa abu ni. abu masih lagi menggelupur mahu melepaskan diri. Aku dan ali berundur setapak demi setapak. Lima langkah jauhnya kami dari abu sekarang ni. aku membongkok sambil kedua tangan di lutut. Nafas begitu cepat, turun naik turun naik. Begitu juga dengan ali. Abu masih tetap sama. Masih menggelupur mahu lepaskan diri. Tiba tiba dia berhenti dan terus merenung ke arah kami.

Aku cepat cepat berdiri dari membongkok. Kena sedia ni. entah apa pula nak datang. Seram sangat cara mata dia merenung kami. Tiba tiba…. Lidahnya yang keluar. Menjilat jilat pipi dan wajahnya. Sambil mata merenung tajam ke arah kami. “ Allahhuakbar…” “pommm” cepat cepat aku dan ali pusing ke arah hitam. Kami nampak kepulan asap yang boleh tahan tebalnya naik ke udara. Dan meninggalkan kesan seperti tanah itu dibakar. Tanah itu menjadi hitam. Tapi.. kemana orang tua itu. kemana dia ? eh ke mana lagi sekor hantu yang diudara tadi ? kenapa hanya hitam saja yang ada. “hoi, asal aku kena gari ni ?” itu suara abu. Kami pusing ke arah abu. Abu tengok kami dengan wajah yang penuh tanda Tanya.

Abu: asal kau gari aku ?
Ali: kau ke abu ? kau dah sedar ke ?
Abu: aku la ni. sedar apa nya ? cepatlah buka. Asal aku kena gari ?

Ali berjalan mendekati abu. Cepat cepat aku tahan. Aku gelengkan kepala ke ali. Ali melihat ke arah abu.

Abu: weh, kau dah kenapa ? asal ni woi ? aduhh.
Aku: sorry bro. aku dah penat. Kalau kau tipu kami macam mana ?
Abu: tipu ? tipu apa ? aku tak fahamlah weh.
Aku: aku akan buka. Tapi lepas dapat pengesahan pakar dulu.
Abu: weh, aku tak gila lah.
Aku: bukan pakar gila. Maksud aku orang yang lebih arif tentang ilmu batin.

“bukalah, itu dia.” Suara hitam kedengaran dari belakang. Kami pusing ke arah hitam. Hitam anggukkan kepala. Terus ali berjalan ke arah abu. Ali bukakan gari. Abu bangun menyapu nyapu seluar dan bajunya yang kotor. Ali datang dan berikan gari aku semula. Cepat cepat aku simpan. Nanti abu tengok masak aku. Selesai abu menyapu nyapu seluar bajunya lalu dia datang ke kami.

Abu: aku tertidur je pun. tu pun nak gari.
Ali: huh ? tidur kau cakap…

Aku jeling ke ali. Ali faham dan tidak meneruskan kata katanya. Abu kelihatan hairan.

Abu: apa kau nak cakap tadi ?
Ali:erghhhh..
Aku: kau tidur tadi buas. Mamai kau bangun menari nari. Jadi ali garilah kau. Kami sibuk lawan hantu, jadi takut kau menari terus masuk dalam hutan susah.

Abu terkejut dengan penjelasan aku..dia garu garukan kepala dia dan akhirnya dia ketawa kecil.

Abu: sorrylah aku penat dan aku tak sedar waktu mana aku tertidur. Aku memang buas hehe.
Hitam: hahahaha *senyum sambil gelengkan kepala.

Hitam ni dari awal jumpa muka dia sentiasa tenang dan tak pernah lekang bibir dengan senyuman. Aku pun nak senyum juga. bibir yang tak pernah kenal erti luka maka ia sentiasa tersenyum :’) sembang sembang sampai terlupa apa yang terjadi sebentar tadi.

Aku: di mana orang tua itu pergi ?
Hitam: usah risau, dia tak akan kembali.
Aku: maksudnya apa ?
Hitam: dia sudah lari bila kalah. Dan ilmunya juga sudah saya tawarkan. Dia sudah luka parah tak mungkin mampu bertahan lama. Terserah pada ilahi.

Aku anggukan kepala walaupun kurang faham waktu itu.

Ali: toyol ?
Hitam: oh lupa. Toyolnya masih ada di dalam.
Abu: mari mari kita tangkap dia.

Abu berjalan dengan laju sekali..kami semua ikut dari belakang.bila abu sudah dekat dengan pintu pondok. Hitam bersuara.

Hitam: tunggu saja disini. Saya panggilkan dia keluar.

Kami semua kehairan. Panggil dia keluar ? bolehkah ?
Hitam pejamkan mata dalam 20 saat dan bunyi daun kering dipijak didalam pondok. Ahkirnya toyol tadi keluar tunjukkan rupa. Abu kelihatan marah bila dia nampak toyol itu depan mata. diangkat kakinya tapi

Hitam: haish, janganlah kamu menganiaya makhluk tuhan, saudara.
Abu: tapi..
Hitam: dia juga makhluk tuhan.

Abu letakkan semula kakinya namun diwajahnya jelas kelihatan masih marah. Hitam panggil toyol itu datang dekat.

Hitam: janji dengan aku. Kau akan masuk ke dalam hutan sedalam dalamnya dan duduklah disana. Jangan mencuri lagi. aku tiada hak untuk menghukum kamu.

Toyol: tapi..

Kami semua terlopong.

Aku: apa dia boleh bercakap ?
Hitam anggukan kepala.

Hitam: kuasanya. Menakjubkan bukan ?
Aku: biar betul ?
Hitam: apalah sangat ni. istana balqis pun jin boleh pindahkan dalam sekelip mata, dah izin dia.

Kami hanya anggukkan kepala.
Hitam: tapi apa wahai anak kecil ?

Toyol: aku tidak mahu kemana mana. Tangkaplah aku. Masukkan aku ke dalam botol dan buang di tempat yang jauh dari orang. Aku tidak mahu lari, aku takut ada orang datang tangkap aku dan jadikan aku hambanya. Aku tidak mahu mencuri. Manusia yang berajakan harta sanggup menikam d***h daging sendiri, apalah sangat jika kena redah hutan rimba untuk mencari harta dengan cara yang salah di sana.

Wajah abu berubah bila mendengar kata kata toyol itu. hantu tak jahat. Manusia yang hantu sebenarnya. Tak sampai hati pula nak tangkap haha.

Hitam: ikutlah aku. Kau duduk dekat kawasan aku. Aku jamin tiada manusia akan sentuh kau.

Toyol tadi anggukan kepala. Terkumat kamit mulut hitam. Toyol di depan kami hilang sekelip mata.

Abu: eh kemana dia menghilang ?
Hitam: dia tinggal di kawasan saya. Janganlah kamu risau.

Abu anggukan kepala dengan wajah yang kehairanan begitu juga aku.

Abu: terima kasih tolong kami.
Aku: saya juga.

Ali hanya anggukkan kepala dan senyum ke arah hitam. Hitam juga tersenyum.

Hitam: terima kasihlah pada dia. Dia yang tolong kita.

Kami anggukan kepala. Sungguh mulia hati ini orang. Siapa dia ? masih wujud manusia sebegini.
Abu: baiklah saudara. Saya mahu masuk ke dalam mahu tengok tengok. Assalamualaikum

Hitam anggukkan kepala.
Hitam: baiklah waalaikumusalam.

Aku pergi dekat sikit dengan hitam lalu aku bisik dekat telinga dia. Abu sudah berjalan di depan sikit. Tapi dia berhenti setelah ali berhenti berjalan bila melihat aku pergi dekat hitam. Tapi tak rasa abu boleh dengar apa yang aku nak bisik ni. dia agak jauhlah. Bolehlah aku kutuk kutuk dia.

Aku: sebenarnya apa yang terjadi dekat dia ?
Hitam: oh, dia dimasuki jin yang kamu fikir hilang tu.
Aku: ohh.. maksudnya kawan saya dah tak suci ke ? haha
Hitam: haha..kamu ni.
Aku: dia dah sembuh sepenuhnya ke ?
Hitam: alhamdulilah dia dah sembuh, jangan risau. Sebaik saja tuan dia kalah tadi maka dia pun dah bebas. Dan entah lari ke mana.
Aku: macam gitu.. tapi kenapa yang sekor tu asyik dekat atas je. tak buat apa apa pun.
Hitam: oh, sebenarnya tuan dia ego. Dia berasa dia kuat. Jadi dia nak uruskan sendiri. Cuma dia suruh yang sekor tu je hura harakan kamu bertiga. Dia nak kamu m**i.

Tertelan air liur aku mendengar.

Hitam: hahaha. Usahlah risau, semuanya dah berakhir. Syukur dia berkati usaha kita. *senyum
Aku: yeye..syukur. baiklah saudara. Terima kasih banyak ea. Dan maaf jika saya ada terkasar or apa apa. Dan maaf juga sebab hari tu. Bukan saya sangka buruk cuma berwaspada.
Hitam: tak apa, saya faham polis. *senyum
Aku: haha baiklah, saya pun nak masuk ke dalam kejap. Tengok tengok diorang.

Ali bukakan lampu suluh ikut abu dari belakang. aku berikan isyarat menggunakan jari kepada hitam yang aku ingin ikut mereka. Hitam anggukkan kepala dan aku berjalan tiga langkah membelakangi hitam. Eh, siapa nama dia. Aku belum tanya lagi. Aku pusing kembali ke belakang..

Aku: apa nama ?……. eh saudara…saudara…

Mana dia pergi. Mustahil dia dah berjalan pergi sebab aku tak nampak apa apa pun..sedangkan aku baru jalan tiga langkah tinggalkan dia. Bingung aku sekali lagi.. lama juga aku terpana di situ. Masih tercari cari kelibat hitam. Ke mana dia menghilang. Suka sungguh orang berilmu ni main main. Biarlah. Aku sudah pun ucapkan terima kasih dan semua ni pun dah selesai. Tak ada apa yang perlu difikirkan lagi. Bahu aku ditepuk dari belakang.

Abu: asal weh ?

Aku pusing ke belakang. Ali dan abu sudah keluar dan semua peralatan sudah ditangan ali. Mungkin mereka sudah siap untuk balik.

Aku: tak ada apa. Nak balik dah ke ?
Ali: dah tu. Kau nak tidur sini ?
Aku: hahahaha.. aku pula jadi toyol.
Aku, ali dan abu: hahahahahahahaha.

Kami tinggalkan tempat itu dengan segara. Tersenyum sepanjang perjalanan. Lega semuanya dah selesai. Hari sudah makin cerah. Kami singgah di warung tepi jalan dulu untuk sarapan dan baru balik ke opis untuk mengemas dan pulang ke rumah. Aku tengah rehat rehat di dalam opis sambil main phone sebelum terus balik ke rumah. Abu masuk dan duduk ditempat biasa dia selalu duduk.

Abu: buat apa ? chat ahmoi Sarawak ke ?

Aku letakkan phone atas meja. Nak bersembangkan.

Aku: sapa ?
Abu: alaa tu…amanda.
Aku: taklah.
Abu:asal pula ? bukan kau minat ke ?
Aku: dia dah berpunyalah.
Abu: lah. Macam mana pula tu ?
Aku: masa mula mula aku chat, aku tak tahu pun dia dah berpunya. Dia pun layan aku. lepas tu aku nampak gambar lelaki dekat cover photo dia. Dia baru tukar agaknya. aku baru tahu dia dah berpunya, jadi aku stoplah chat dia.
Abu: betul ke ? entah entah diam diam kawin. Haha
Aku: lah. Kau tengok sendiri haa haa.. tak percaya sangat.

Aku tolak phone ke depan sikit. Untuk buktikan kesungguhkan aku. Tak sangka pula abu pergi ambil betul betul.

Aku: hey hey. Sini. Aku buka.

Aku ambil phone semula dan aku bukakan siap siap. Abu ambil semula phone dan kepalanya diangguk angguk. Dan tak lama lepas tu dahinya berkerut.

Abu: awak pernah tengok matahari timbul tak ?
Abu: pernahlah juga. sekali je. kenapa ?
Abu: macam itulah cahaya harapan muncul setelah awak reply chat saya.

Cepat cepat aku nak rampas phone tapi abu bawa lari.

Abu: uyoo.. sweetalker kau ni. baru aku tahu ooooo haha.
Aku: chat lama lah.. aku suruh kau tengok cover photo, bukan scroll chat.
Abu: ada lagi.
Abu: demam eh ? asal tak pergi hospital
Abu: em em demam. Malaslah. Ramai orang.
Abu: aih, nasib jauh. Kalau dekat siap.
Abu: kalau dekat kenapa ?
Abu: kalau dekat orang dah bawa ambulance pergi ambil dia.
Abu: ehek ehek ehek. Kelakalah dia ni haha. Nak lagi..
Abu: HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

Huu melampau. Sabar, tercabar..tenang, tercalar sudah. kali ni memang aku lompat terus dari meja. Nak pergi rampas phone di tangan si durjana.

Abu: alah berkira haha. Macam tulah cahaya pengharapan muncul dalam hidup saya. * sambil terjelir jelir mengejek aku.
Aku: kurang hajar kau eh.
Abu: dah tu cena ? frust nonggeng ah. Aku syorkan kau dengar lagu judika. Rindu setengah m**i. Eh kau jangan nangis pula. Patutlah aku tengok murung je sejak dua menjak ni haha.
Aku: asal aku nak kena menangis pula ?
Abu: yela, kecewa. Tak dapat apa yang kita nak.
Aku: tak semua kita nak, kita dapat.
Abu: eleh cakap senanglah.

Aku diam sekejap dalam 30 saat. Abu masih lagi tersengih sengih seakan akan mengejek aku.

Aku: dulu waktu kecil kecil, kanak kanak Ribena gitu, aku suka jam. Aku suka kumpul. Satu hari tu ummi aku tak nak belikan. Banyak dah dekat rumah, katanya. Bila aku tak dapat, aku menangislah. Tapi lepastu aku nampak ada budak yang lain tak ada tangan doh. Sejak pada tu, aku dah tak nangis bila tak dapat sesuatu yang aku nak.

Abu terdiam dan terangguk angguk mendengar.

Abu: eh tapi apa salahnya kau try ? mana tahu kot dapat.
Aku: eh kau ada call ustaz. Maklumkan dia pasal kes kita. Cakap dah setel. Tak payahlah suruh kawan dia datang.

Abu tunjukkan jarinya ke aku sambil tersengih sengih

Abu: pandai kau eh haha. Kejap aku call orang tua ni. harap harap dia angkatlah.
“tut tut tut”

Abu: waalaikumusalam ustaz.
Aku: buka loudspeaker buka loudspeaker

Abu bukakan loadspeaker dan letakkan phonenya di atas meja.

Aku: ustaz. Tak busy ke hari ni ?
Ustaz: haha kamu perli saya ke ? hari tak. Petang karang busy. Maaflah ustaz tak sempat angkat call korang. Ustaz nak call semula pun takut kamu busy. Jadi ustaz tunggu jela kamu call. Bila tak busy ustaz angkatlah.
Aku: ohh.. ni kami call nak cakap yang kes kami dah setel dan ustaz tak payahlah suruh kawan ustaz datang jumpa kami.
Ustaz: eh, dia cakap dekat saya dia dah jumpa korang dekat surau pagi tu. Takkan dia nak menipu saya. Kamu jangan main main.

Aku dan abu terpana mendengar apa yang ustaz katakan. Hitam ? hitam tu kawan ustaz kah ?

Ustaz: hello..hello ?
Abu: yaya ustaz, ada ada.
Aku: apa nama dia ustaz ?
Ustaz: zulkarnaen. Ada kan dia pergi jumpa kamu dekat surau ?
Aku: ye ada ada ustaz. Tapi dia tak ada cakap pun yang dia kawan ustaz.
Ustaz: oh. Maaflah dia memang begitu. Suka menguji orang. Tidak suka menolong terus. Memang cara dia. Dia nak tengok dulu manusia tu nak usahakan atau tidak. Sebab katanya manusia ni bila dah diberi kesenangan dia dah tak nak bersusah payah. Dan dia dari alam lain. Sebab tu ustaz tak bagi kamu number phone. Haha.
Aku: hahaha. Kau dengar ali. Kita kena game. Haha line kita tak campur sekali dengan alam sana. Nanti kita buat number dari alam sana. Apa apa boleh hello. Kalau ada phonelah dekat sana. Haha

Tapi betullah kata dia. Manusia bila diberi kesenangan dah tak mahu berusaha. Dia lupa yang kadang kala kita kena merasa sakitnya disengat lebah dahulu sebelum merasa manisnya madu. Hmm nasiblah bank keluarkan kad dulu baru duit. Tidak mesti ramai yang tertinggal kad bank.

Abu: hahaha. Ustaz pun memang niat nak kenakan kitaorang ke apa ?
Ustaz: haha ustaz tak tahu apa apa. Ustaz Cuma panggil dia dan beritahu korang perlukan pertolongan. Dia cakap boleh. Ustaz bagitahulah tempatnya opis kamu. Mana ustaz nak tahu dia ada plan lain haha. Tak apalah janji dah selesai. Bukan dia apa apa kan korang pun. Baik orangnya. Anak ketua kampung di sana. Tengoklah benda ni dah selesai pun dia tak beritahu ustaz. Ni kalau tanya mesti jawapan dia “ tak ada apa yang perlu diberitahu ayah cik”. Bila tanya kenapa pula. Mesti dijawabnya “buat benda baik elok diam diam”.

Aku: ha baik sangat orangnya. Ucapankan sekali lagi terima kasih dekat saudara zulkarnain kalau ustaz ada berhubung dengan dia nanti. Ustaz pun terima kasih kenalkan kami dengan dia yang penuh dengan misteri haha. Tapi macam mana ustaz berhubung dengan dia ?
Ustaz: haha baiklah. Sama sama. Adalah cara kami haha.
Abu: okaylah ustaz, kami pergi dulu. Nak balik tidur daaaa. Haha assalamualaikum.
Ustaz: baiklah. Moga selamat semua. Waalaikumusalam.
Aku dan abu: terima kasih.

Abu tengok aku. Aku angkatkan kepala. Tuhan dah tentukan semuanya. Call ustaz berkali kali tak jawab sebab busy dengan urusan di kampung. Hari ni call sekali je dah jawab. Rupanya tuhan nak ajar supaya berusaha.

Abu: dah jum kita balik. aku nak jumpa bini aku ni huhu. Haha.
Aku buka laci untuk ambil barang..
“tuk”.
Abu: weh Natasha amanda chat kau ni.
Aku: mana mana ?
Aku: kau tipu aku. Ni maxis hantar mesej.
Abu: haha jadilah at least ada juga yang hantar mesej dekat kau. Haha

Terus aku simpan phone dalam poket. Aku tutup balik laci. Aku nak keluar balik tidur. Tiba tiba..”krekk” big boss masuk dengan muka seriusnya dipagi hari sebegini. Big boss merenung kami berselang seli.

Big boss: good job. Saya tak kisah macam mana awak buat, janji dah tak ada aduan. Good job sekali lagi. Oh ya dan maaf kalau saya terlalu over hari tu. Saya ada masalah peribadi sikit.
Abu: tuan, dengar sini. Masalah peribadi jangan campur dengan urusan kerja. Paham ? * nada tinggi
Terdiam aku dengan big boss bila abu berkata kata demikian.

Abu: hehe. Maafkan saya ye. Saya ada masalah peribadi sikit.
Big boss: ohh..kamu perli saya ye abu ? hahahahaha. Baik baiklah..hahahahaha

Kami turut ketawa kecil sedikit kang over kena maki pula. Big boss pun keluar tiba tiba phone abu bergetar mesej masuk.

Abu: weh jum ah, aku balik dulu. Bini aku nak ajak pergi mana entah. Siap cakap lagi lima minit dia siap.
Aku: haha rilek ah, perempuan kalau cakap lima minit maknanya kau ada masa untuk ke Amsterdam, masuk ronda London kejap, lepas tu ke Moscow try try awek rusia dulu patah balik ikut sempadan Bangladesh baru masuk Malaysia balik. chill lah hahahaha
Abu: hahaha itu adat.
Aku dan abu : HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAHA.

THE END.
Cerita dah tamat okay. Dah tamat.
Hai jodoh ? haha sapa yang komen ni ? siapakah geranganya haha. Sila silalah tinggalkan id wechat anda haha. Ramai jodoh saya. Haha im kidding. Sorry pasal cerita sebelum ni terspoil mood nak baca anda dan saya tak tahu nak bercerita macam mana lagi nak bagi semua orang faham. I did my best. Thanks sudi luang masa baca, komen. Thanks semualah. Bacaan disensor sebab tak ingat hahahaha. Pengomen pengomen misteri teruskan komen ea haha. Lucu korang. Saya suke saya suke haha. Gerak lu..sembang banyak nanti orang maross…btw Thank you sudi komen, saya akan perbaiki dari masa ke semasa. Haha macam ahli politik dah. love you gaiss.. cinta satukan kita <3. Thank editor. Oh ya kalau ada duit hilang secara misteri pergi cari ustaz jangan pergi balai haha tak pun kau pergi je tangkap sendiri toyol tu.
-Mac amin-

mac amin

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 3.5]

80 thoughts on “Detektif D9 ( CERITA DALAM CERITA)”

  1. Selalu tunggu cerita-cerita misteri baru dari Mr. Detektif ni.. Tapi kali ni betul-betul panjang ceritanya. 3 jug air sunquick abis sambil baca ni..hihi..

    “awak pernah tengok matahari timbul tak ?”
    “pernahlah juga. sekali je. kenapa ?”
    “macam itulah cahaya harapan muncul setelah awak reply chat saya.”

    HAHAHAHA…nak ciaciacia ke mcm mana ni.. (gelak tak abis)

    Reply
  2. nampak je tittle detektif D9 ni campak semua menda..nak baca dulu mcm post yang sblm2 ni.. but scroll jap bawah.. oooh panjang no nk baca hari ni.. t japlah.. after work baru smbung baca… hahaha.

    Reply
  3. Umang aaiiiii…
    Dr kol 0700 hakak bace pastu benti jap kol 0800 buat bekpes…
    Kol 0930 sambung bace semule…
    Kol 1000 br siap kooo…

    Mac Amin…
    Fenomena Fattah Amin dh berlalu…
    Dtg plak fenomen Mac Amin…
    Tapi ini jam sudaa tukar laarrr…
    Hakak ghase ni fenoMENGAH weeeiii…
    Dengan panjangnye…
    Dengan berdebornye…
    Dengan lawaknye…
    Adeeehhh…
    M******h citer ko ni weeeiii…
    Oksigen…oksigen…

    Part yg dengor lagu lejen tu mse ko tukor lagu lain pastu Abu pandang muke ko tu, serius akk ingtkan lagu tu ade unsur mistik…
    Ghupenyer sie x puas hati dgn pe’el ko yg suke dgr lagu separuh jln…
    Hahahahahha…
    Tp akk pon…
    Klu tgh suke satu lagu tu, akn ulang berhari2 smpi bosan…
    Nasibler sape satu opis dlu, ekekekeke…

    Part xleh blah…
    “Aku faham ko lembab…”
    Kah kah kah…
    Siot punye kawan sgt berterus terang…

    Kesian Abu tu…
    Adakah pp die sgt mulus smpikan nasib die asyik kena jilat benda tu…???
    Aritu kes sebelum ni pn kena jilat gak kan yg sangkut kt siling tu…???
    Huhuhuhuuuu…

    Ending kali ni mmg akak suke sgt…
    Tingat zaman praktikal pastu zmn keje dlu…
    Akk mmg seorg yg sgt berterus terang sound setepek kt big boss ble kena pressure x tentu pasal camni…
    HA HA HA HA HA HA gelak hantu sat…
    Kirim salam kat Abu habaq dia “kita serupaaa~~~”…

    Reply
  4. yang dinanti2 dah muncul..gila kau dari pukul 9 smp pukul 1 duk baca baru habis..nampak x betapa slow2 den baca nak bagi fefeeling ada sekali dalam story encik detektif nih..hahaha..x sabar nak layan next next story dr encik detektif lagi..

    Reply
  5. br je menyebut2 dh xde ke cite detektif ni… panjangnyer cite ni tetiba terfikir betul ke detektif yg menulis or kembar RAM? eh camner ust 2 leh kwn dgn org sebelah sana?

    Reply
  6. tudiaa~ sikit punya pnjg crita, gigih pulun kasi settle, >.< cerita menarik ade msj msj yg tsembunyi yg bole di guna pkai, gittew~ ampun xde wechat, sbb kte bkn bdk wechat. hahahah =P

    Reply
  7. jin boleh pindahkan istana balqis dlm sekelip mata?bia betul..yg pindahkn istana balqis sekelip mata dari golongan manusia..bernama asif…level ifrit pon xmampu berbuat demikian..

    Reply
  8. hai lah abg d9..berkenan btl aku bace story kau..nk bekenalan boleh? nnti aku g hiking ley ko teman..sambil2 riki trek bersih ke x. ko mtk wechat id kannnn… silentrider89

    Reply
  9. Mac Amin…
    Daripada pukul 10 aku baca, ni pukul 12:45p.m. baru abis! Perghh!!! Citer kau padu gila bro!
    Kata-kata yang paling aku suka “Dia nak tengok dulu manusia tu nak usahakan atau tidak. Sebab katanya manusia ni bila dah diberi kesenangan dia dah tak nak bersusah payah.”
    Dalam sepanjang ayat kau Mac, itu yang paling win.
    Dari setiap baris ayat kau, setiap kali tu aku berdebar.
    ” (vussssss tu bunyi kereta membelah angin. Sila bunyikan sekali ketika membaca. Baru anda jadi orang keempat di dalam kereta haha)”, bukan je dari ayat tu, dari awal lagi aku dah berada dalam team ko.
    Menjiwai setiap watak, menjiwai setiap perkataan, sampaikan aku tak sedar, dah nak dekat 2 jam lebih aku membaca.
    Aku salute ko Mac Amin.
    Mac Amin ada pasukan yang terbaik. Terima kasih Abu, Ali, Amir, Pendi, Amar dan mana-mana yang tak disebutkan. Tahniah!!!!
    “TERBAIK TUAN!”

    Reply
  10. Terbaek la… bape kali benti… sambung… benti… sambung… benti… sambung…. mengah… tp best… abis jugak baca… dah agak dah HITAM tu org dr alam lain… ✌✌✌

    Reply
  11. Tak seram ko kata mac amin..paling seram part hantu tu jilat2 pipi abu..cehhh..aku terasa mcm pipi aku yg berlendir..?? baca sambil lap2 pipi…

    Reply
  12. woah!! akhirnya en detektif muncul.. sengih2 sy bce dlm lrt tadi.. nie bru blh komen.. masuk keje trus focus buat keje.. nnt citer lagi tau awak..

    p/s : sy x pasti nama awak btl2 AMIN atau x..tapi sy sentiasa mengAMINkan doa utk jodoh kita berdua… hahahahaha

    Reply
  13. saya baca dr breakfast smpai lunch sampai ke lepas zohor ni baru habis. punya la nak amik feel. terbaikk detektif! dah la suka tngok csi. hehehe

    Reply
  14. Dri semalam kol 10pm smpai kol 11pm aku bca..xhbis smlm smbng ptg td kt ofis bru hbis bca sbb nk tau kesudahan cter ni..huuuu..pjg gilerr cter..tp syokk…smpaikn fon bbnyi kt meja aku xjwab..pi mampuss la pcstomer kt luar tu nk kol..hahahahahaha.

    Reply
  15. Aku xmmpu bc smpi hbs mcm bc novel..aku suke cerita yang benar2..bukan rekaan..
    Kbai…

    P/s
    Xpyh rply email hack aku xdpt notificatio

    Reply
  16. cite ni mgu lepas sye bce.dr isnin smpi rabu tiap mlm. haha. dh mcm ape.ni ulangkaji bce lg. hahaha.. mmg best.berbaloi bce lelame. ?
    klu ade novel mmg kne bli ni.

    Reply
  17. abg mac amin.suka la baa cita abang..msti klau ttjumpa tajuk detektif d9 msti akn cpt2 settle kan keja..jahaha..pa2 pon..nah nak bagi id ni.lol

    id – syxhirxhhh

    Reply
  18. best2 cte abg polis ni…. first time comment kat FS… sblm ni jd silent reader je…

    abam polis… xde cte terbaru ke?

    btw.. cheq org utara jgk… ehem2

    Reply
  19. Adoii…nape la abam polis sweet cmni muncul kt fs ni…terganggu emosi…???…ape pon post la lg..xtau suka ke crita dia ka…suka ke abam polis..?

    Reply
  20. Serius mac amin still single? Ada chance nih. Heheh. Btw, awesome giler cite. Keep it up. Karang byk byk lg. Hehe

    -secretadmire-

    Reply
  21. Bro, gigih aku baca malam malam sambil tidokan anak. Hahahaa. Aku ada pengalam duit hilang tetiba. Menyirap aku. Aku tak rajin simpan duit bnyk dlm rumah tp time tgh pegang duit tu laa lesap sekeping. Hmm aku tak tunggu lamaa aku report kt pakcik suami aku, alhamdulillah rumah dah kena pagar. Kes ni mmg dah lali kalau orang kampung aku, tp alhamdulillah mak ayah aku tak pernah kena lagi. Semoga owner yg membela ni di sentuh hidayah Allah or di takdirkan berlawan dgn hitam@zulkarnain. Yuhuu.

    Btw, cite lu power bro. Penuh ayat ayat pengajaran. Bape banyak aku ss nak simpan buat note utk diri sendiri. Good job bro *tabik*

    Reply
  22. power laa cite niee , baru laa puas hati baca panjang lebar niee .. sorry laa baru baca , busy kerja ! hahahhaaha btw kita tak main wechat .. tinggal laa nama fb kat sini atau insta kee kann ??

    Reply
  23. nanti cerita lg ya [email protected] pkul 5 bca smpai 6.30 cerita nie mmg penuh dengan pengajaran..adakah waktu aytr yang dibacakan meminta pertolongan Allah dibukakan sensor atau guna ayat al-Quran untuk buka sensor..sekadar bertanya sebab pernah juga membuat perkara seperti ini.

    Reply
  24. lagipun kalau tanpa kegelapan kita takkan dapat melihat bintang yang indah seperti saya dan awak haha……cia cia cia betul ayat dia…

    Reply
  25. Makkkk aiiii banyak2 citer kat FS, ni la first saya baca stop makan bace balik makan lagi balik, restkan mata jap sambung bace balik 😂😂

    Tak jemu sikit baca penulisan saudara, alhamdulillah semoga dipermudahkan segala urusan saudara dan cepat ketemu sama jodoh. Aminnnn #LC

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.