Detektif D9 ( Lakaran )

Aku di tugaskan dalam misi penyamaran di sebuah kawasan perkampungan yang agak terpencil dari bandar. Aku di bawa seorang perempuan dengan menaiki kenderaan berasingan. Setelah sampai di depan rumah yang aku sewa. Perempuan tadi menunjukkan serba sedikit kawasan rumah. Rumah di dalam kampung tapi bukan lagi kayu. Rumah dua tingkat itu masih lagi bertemakan rekaan lama. Aku di faham bahwa rumah ini adalah peninggalan dari arwah datuknya….

Setelah selesai mengemas serba sedikit, perempuan tadi yang aku panggil cik Intan telah pergi meninggalkan aku. Sebelum beredar, dia sempat berkata seolah mencabar, katanya dia ingin lihat berapa lama aku sanggup bertahan di rumah ini. Sebab aku berdegil untuk menyewa. Katanya dia sudah letih akan urusan sewa menyewa setelah hampir 6 ke 7 orang yang menyewa semuanya hanya mampu tinggal seminggu atau dua minggu. Tidak lebih dari itu.

Aku mula merasa hairan dengan kata katanya. Tapi sudah malas fikir dengan keadaan yang penat kerena mengemas rumah. Senja pun sudah hampir tiba,keadaan jadi mula berubah, rumah yang tadinya kelihatan ceria. Kini mula suram. Aku dapat merasakan ada keanehan setelah senja tiba, tapi belum dapat di pastikan apa sebenarnya. Gelap sudah menguasai bumi. Belum ada apa apa yang berlaku. Fikiran aku mula menjadi kacau dengan memikirkan bermacam macam hal. Otakku mulai berimaginasi bermacam macam keadaan.

Tapi di sebabkan magrib telah pun masuk, aku gagahi jua untuk ke bilik air yang Cuma ada di tinggal bawah. Satu persatu anak tangga aku melangkah turun, telinga sudah mulai menangkap suatu bunyi. Aku cuba amati betul betul bunyi apakah itu dan datang dari mana. Semakin jelas kedengaran, bunyi itu datang dari dalam bilik air. Dan bunyi yang aku dengar tadi ialah bunyi seolah olah ada orang mandi. Masih lagi jelas kedengaran bunyi air yang jatuh ke bawah. Semakin lama semakin laju. Air di cedok dan di tuangkan.

Kerana sifat untuk ingin tahu, aku mendekati tombol pintu. Belum sempat tangan mencapai tombol. Pintu telah terbuka dengan sendiri. Aku mulai rasa gelisah dan sedikit terkejut. Lantai sedikit pun tidak basah. Buntu memikirkan hal itu tapi tidak lama kemudian aku mendengar suara seolah sedang memulakan solat. Sayu sayu kedengaran bunyi surah Fatihah yang datang dari dalam bilik solat berada tidak jauh dari bilik air. Aku mula merasa mungkin tiada apa apa yang tidak baik berlaku padaku.

Aku Cuma mengagap bahwa kewujudan dia sebagai sesuatu yang baik baik. Setelah selesai mandi, selepas solat magrib. Aku keluar dari rumah untuk bertemu dengan orang orang kampung di kedai kedai makan yang di buka di dalam kampung sambil melakukan risikan. Setelah merasa cukup untuk malam ini. Aku pulang ke rumah sewa. Setelah matikan lampu kereta. Aku dapat melihat dengan jelas seakan bayang seorang wanita berdiri di balik jendela tingkap hanya kelihatan samar samar kerana cahaya yang malap datang dari lampu bilik air. Hati mulai rasa tidak sedap. Mata aku liar melihat sekeliling. Namun tiada apa lagi yang di temui. Bayang itu pun sudah hilang sekelip mata.

Setelah habis sebatang rokok. Aku keluar dari kereta. Hairan diri sendiri. Walaupun sering berhadapan dengan sesuatu seperti ini. Tapi hati terkadang masih ada rasa sedikit takut. Mungkin disebabkan benda benda yang akan ditemui bukan benda yang sama. Kita semua berkali kali gagal dalam percintaan, tapi tetap rasa sakit yang sama. Mungkin seperti itu juga yang aku rasakan. Aku naik ke atas, dalam gelap aku meraba suis lampu. Dengan tiba tiba aku merasa seolah ada tangan yang mengengam tangan ku dan meletakkan tepat di suis lampu yang aku cari.

Agak terkejut tapi setelah lampu terbuka, aku merasakan entiti tadi tidak lagi berada di sekeliling aku. Aku segera berjalan menuju ke katil. Dan merebahkan badan kerana terlalu penat. Kepenatan sehingga tak mau memikirkan apa yang terjadi sebentar tadi. Belum sempat aku pejamkan mata secara tiba tiba, bunyi suara perempuan sedang menjerit seperti meminta tolong berselang seli dengan keesakkan tangisan. Suaranya bertukar sayu kemudian seolah merayu supaya jangan di apa apa kan. Aku untuk tidak mengendahkan.

Kali ini aku tidak lagi bersangka baik. Yakin, benda yang aku dengar bukan dalam alam realiti. Bukan di dunia aku. Tapi semakin lama suara itu semakin deras. Membuatkan aku terasa bingit. Perasaan takut bertukar sedikit marah. Aku bangun dari katil untuk turun ke bawah. Aku nak tengok apa yang sedang terjadi. Bila sampai di bawah. Keadaan kembali seperti biasa. Tiada apa apa yang berlaku. Cuma aku merasa seperti sedang di perhatikan dari setiap sudut penjuru. Membuatkan aku merasa tidak nyaman.

Tak lama kemudian, aku terdengar bunyi akan sesuatu terjatuh. Tapi tak dapat di pastikan benda apa. Aku Cuma tau dari arah mana bunyi tadi datang. Dari dinding di sebelah aku. Aku cuba untuk mendekat lebih lagi. Sudah tiada apa apa bunyi. Aku yang sedang merasa muak dengan segala benda ni,laju melangkah naik ke atas untuk baring. Aku dah nekad, apa pun bunyi. Aku takkan endahkan lepas ni. Tak lama kemudian bunyi lagi, tapi kali ni bunyi suara tangisan dari seorang perempuan. Nadanya tidak asing seolah masih merayu supaya tidak di apa apa kan tapi tak mampu untuk melawan.

Aku turun dengan pantas. Aku melihat satu tubuh perempuan tanpa seurat benang sedang di perkosa seorang lelaki dari arah belakang. Dengan pantas aku meluru ke arah lelaki tersebut yang membelakangi aku. Aku cuba menarik badan lelaki itu, malangnya aku yang terjatuh. Masih belum sedar apa yang berlaku. Aku sekali lagi bangun dan cuba untuk menarik sekuat hati. Sekali lagi aku yang terjatuh ke bawah. Kali ni aku sedar. Tanganku tidak menyentuh tubuhnya. Aku mulai merasa hairan. Mataku tidak berkelip mengamati kejadian yang sedang berlaku di hadapanku.

Aku mula melirikkan pandangan ke arah sekeliling. Pertama yang aku lihat, pakaian. Pakaian seorang wanita. Ya tiada apa apa yang aneh akan pakaian. Tapi zaman. Pakaian wanita tersebut menunjukkan yang dia bukan dari zaman sekarang. Aku cuba bangun. Aku cuba berjalan ke depan. Aku ingin mengadap wajah lelaki itu. Umurnya berukuran 40 ke 50 dan wanita itu masih muda. Tanpa aku sedar, lelaki tadi telah selesai melakukan perbuatan kejinya. Dan dia berjalan meninggalkan perempuan tadi yang masih lagi menangis keesakan. Mata ku tidak berkelip memandang wajahnya dan secara tiba tiba, dia mengalihkan pandangan tepat ke arah aku. Mata kami bertentang mata. Rasa kesian mula bertukar risau.

Matanya kelihatan seperti merayuku. “ apa dia melihat aku? “ aku tertanya tanya akan diri sendiri. Aku mengerakkan tangan perlahan lahan dengan tujuan ingin menyentuh tubuhnya. Belum sempat aku pastikan sama ada aku boleh menyentuhnya atau tak. Lelaki tadi muncul kembali dengan membawa kain. Dia mengikat mulut, kaki serta tangan perempuan tu. Mata perempuan tu masih lagi menatap wajahku sayu, seolah meminta bantuan dari aku yang sedari tadi keras membatu. Dia membawa perempuan tadi menuju ke satu bilik. Aku mengikuti dari belakang. Kini baru aku sedar. Keadaan rumah juga telah berubah.

Lebih kelihatan klasik dari yang aku lihat sebelumnya. Dia membuka pintu bilik dan memasukkan perempuan tadi ke dalam bilik itu. Setelah aku amati. Bilik yang dia masukkan perempuan tu. Sebelumnya adalah dinding. Dinding yang tadinya aku mendengar suara jeritan dari dalam. Lelaki tadi keluar semula dan mengunci bilik tadi. Dan dia terus menuju ke arah pakaian perempuan tadi. Aku masih mengikutinya. Melihat setiap gerak geri. Bila tiba di luar rumah. Dia menyalakan api dengan mancis, lalu membakar pakaian perempuan tadi. Hari sudah pun cerah tanpa aku sedar dan terasa begitu pantas malam pun tiba semula. Aku merasakan satu keanehan. Masa terasa berjalan sungguh laju pada saat ini. Aku ketika aku merasakan aku sedang melewati masa. Ke satu adegan ke satu adegan yang lain. Ianya terasa seperti hanya gambaran dari mataku. Kerana aku tak boleh menyentuh apa apa yang ada di sekelilingku.

Masa semakin laju, lelaki tadi setiap malam memperkosa perempuan yang terperangkap di dalam bilik itu. Sehinggakan perempuan tadi mula mengandung. Aku dapat melihat perutnya membesar sehingga sampai satu masa. Perempuan tadi telah pun bersalin. Aku fikirkan mungkin sampai di situ saja penyeksaan hidupnya. Rupanya setelah bersalin. Dia lagi di perlakukan dengan kejam. Setelah bayi tadi sudah mula membesar. Lelaki tadi tidak pernah sesekali pun memasuki bilik itu lagi. Aku masih mendengar akan suara jeritan yang tidak seberapa kuat kerana mulutnya di ikat. Aku mendengar badannya meronta ronta mungkin cuba untuk lepaskan diri daripada ikatan yang di ikat lelaki tersebut.

Aku dapat melihat anak itu membesar siang dan malam Cuma di jaga oleh lelaki tersebut. Sampailah satu masa, Mata aku mulai kabur. Penglihatan mulai tidak jelas. Semakin lama semakin kabur. Aku merasakan apakah aku akan jadi seperti orang buta yang tidak dapat melihat. Sampailah mataku tidak lagi melihat sesuatu kecuali gelap. Aku mulai merasakan seperti ada cahaya. Aku bukakan mata perlahan lahan, rupanya cahaya mentari telah mencerahkan bumi. Aku berada di luar rumah pada waktu itu. Rumah klasik yang semalam aku lihat. Sudah menjadi seperti biasa. Semuanya yang aku lalui dan lihat semalam. Menjadi tanda tanya bagiku. Apa yang sedang terjadi sebenarnya? Aku berada di mana semalam?

Tanpa membuang masa memikirkan sesuatu yang aku tau tidakkan ku temukan jawapannya. Aku berlari masuk ke rumah. Aku mulai menatap dinding yang semalamnya aku lihat adalah sebuah bilik. Aku cuba mengetuk mengetuk dinding tersebut. Aku yakin, Dengan bunyi yang terhasil, ada ruang di sebalik dinding itu. Aku mula merasa sesuatu. Jangan jangan.. Ada bilik di sebalik dinding itu. Aku mula mencari seorang teman, yang bertugas di bahagian lain. Aku ingin meminta bantuan untuk membuat lakaran wajah lelaki, perempuan dan juga budak perempuan yang di jaga oleh lelaki semalam. Setelah siap lakaran. Aku mulai mencari maklumat tentang lelaki tersebut dan juga perempuan itu. Namun sayang, tiada yang ku temui.

Lakaran budak perempuan itu kali terakhir aku melihatnya semalam. Sepertinya dia berumur lingkungan 10 ke 12 tahun. Aku temui jalan buntu. Aku gagal mengecam apakah aku pernah melihat ataupun tidak. Aku mintanya untuk membuat lakaran baru. Bagaimana wajah budak perempuan itu pada umur 20+. Aku sudah merasakan seakan pernah melihat wajah itu. Tapi belum dapat aku pastikan lagi. Lakaran terbaru itu belum membantu lagi. Entah akan berguna atau tidak. Aku balik ke rumah sewa semalam. Di sebabkan badan aku letih, aku tertidur tanpa aku sedar. Namun tak lama, tidurku di ganggu akan satu suara dari luar. Sekejap memanggil dan sekejap mengetuk ngetuk pintu. Rupanya Cik Intan berada di luar rumah. Aku membukakan pintu. Lalu bertanya mengapa dia datang kemari?

Dia mengatakan bahwa dia datang kemari untuk mengambil sesuatu di bilik stor. Aku memberikan laluan untuk dia masuk. Otak ku sudah mula memikirkan kejadian semalam. Jadi aku memberitahu Cik Intan, bahwa aku sudah tau akan punca orang tak mampu menyewa lebih lama di sini. Aku sudah menjumpai puncanya. Aku minta izin untuk menebuk dinding semalam. Dia memberi izin untuk aku memecahkan dinding yang semalamnya adalah sebuah bilik. Dinding itu sudah mulai berlubang. Dengan pantas ruang udara di dalam ruang tamu rumah sewa aku. Di penuhi dengan bau busuk. Sungguh busuk. Aku belum pernah bau sesuatu yang busuk lebih dari itu. Bau itu menyebabkan aku dan Cik Intan muntah. Kami cepat cepat membuka semua tingkap untuk membiarkan udara masuk dan keluar. Aku membuka baju untuk di balut ke hidung. Sungguh tak tertahankan baunya.

Setelah dinding dapat di robohkan sedikit. Aku menyuluh dengan lampu picit dari luar. Sah, memang ada ruang di sebalik dinding itu. Aku beranikan diri melangkah masuk dengan bermodalkan lampu suluh. Keadaan di dalam itu sudah sangat teruk. Memang kotor dan busuk. Tapi aku tidak menjumpai apa apa seperti tengkorak atau tulang belulang. Aku Cuma temui satu kilauan akibat terkena cahaya dari lampu suluh. Sebentuk cincin. Ya, cincin yang sama di pakai oleh perempuan semalam. Setelah selesai, Cik Intan mengatakan yang dia akan memanggil orang yang berkebolehan untuk datang ke rumah ni malam nanti. Untuk buat apa yang patut.

Dia berjalan keluar dari rumah. Namum langkahnya terhenti setelah melihat sesuatu di dalam kereta aku. Dia menatap wajahku dengan penuh hairan. “ mana awak dapat lukisan ni? “ tanya dia. Aku berjalan mendekati. Aku membalas dengan pertanyaan. “ you know him? “. Dia mengangguk. “ That was my grandfather “. Balasnya. Aku cepat cepat buka pintu kereta untuk ambik lakaran wajah tu. Aku nunjukkan lakaran wajah perempuan semalam. Dia sama sekali tidak mengenali. Tidak pernah melihat sebelumnya. Aku bertanyakan di mana orang tuanya. Dia mengatakan dia di besarkan oleh arwah datuk dari kecil. Orang tua telah tiada.

Dia masih belum memikirkan apa apa selain dari, darimana aku dapatkan lukisan wajah datuknya. Aku menunjukkan lakaran wajah budak perempuan semalam. “ this is you? “. Dia terpana sambil menganguk perlahan. “ where did you get all of this? “. Tanya dia yang penuh hairan. Aku memberikan lukisan lakaran wajah datuknya kepada dia. “ this isn’t your grandfather, that was your dad “. Aku menghulurkan sekeping lagi lukisan kepadanya. “ and this.. Was your mom “. “ saya tak tau sama ada Cik akan percaya atau tidak. Tapi itu semua yang saya lihat semalam “. Pantas aku memegang tubuhnya yang sudah mula tidak bermaya untuk diri. Setelah mengetahui sedikit kebenaran tentang asalnya dia. Dia menangis sepenuh hati aku mula merasakan tidak sedap bila aku masih lagi memegang tubuhnya walaupun dia lebih tua dari aku.

Takut di pandang lain oleh orang orang kampung yang kebetulan lalu di depan rumah. Setelah kejadian itu. Aku tidak lagi menemui Intan. Bukan aku yang keluar dari rumah setelah kejadian tersebut. Aku masih lagi menetap sehingga penyiasatan aku berakhir dan saspek telah di tangkap. Seorang lelaki yang diburu menyembunyikan diri dalam kawasan kampung itu. Aku cuba menghubungi Intan untuk bertanya tentang sewa rumah. Namun nomber itu sudah tidak di gunakan lagi. Dia mungkin sudah pergi jauh membawa diri setelah kejadian itu.

Terkadang hati perlukan ruang dan masa untuk menerima apa yang sudah di tafsirkan otak. Maaf cerita kali ini agak berlainan dan pendek. Saya sengaja menulis cerita yang pendek hanya untuk memberitahu yang saya masih hidup kalau ada yang mengira mungkin saya sudah m**i. Masih hidup tapi cuma jasad bukan lagi jiwa. Untuk yang menunggu dan bertanya akan cerita saya. Saya minta maaf. Terlalu banyak hal yang terjadi. Sehinggakan pernah berfikir untuk mematikan diri sendiri. Sampai sekarang hidup masih lagi dibelenggu keadaan. Merasakan terpinggirkan dunia,di anak tirikan Tuhan. Saya gagal dalam kehidupan, gagal untuk membanggakan kedua orang tua. Gagal segala galanya. Semoga kamu semua tidak jadi seperti saya. Perjuangankan hidupmu yang masih layak. Banyak cerita yang saya simpan dan sempat juga di tulis tapi tak pernah di sambung lagi setelah itu. Saya memohon maaf kalau ada yang menunggu. Mungkin saya takkan menulis lagi setelah ini. Terima kasih yang dulu sentiasa menyokong.

Thank you admin pernah bagi saya peluang untuk bercerita. Semoga kamu semua memiliki kehidupan yang indah sentiasa.
-Mac Amin

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Mac Amin

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.