Di Setiap Penjuru Bilik

Terlebih dahulu, ribuan terima kasih diucapkan kepada Admin FS jika cerita ni dikongsikan kepada pembaca. Assalamualaikum kepada semua readers FS, semoga semua sihat-sihat sahaja. Nak ambil mood bercerita, aku gelarkan diri aku sebagai, ‘aku’ je lah. Takpa kan? Ini cerita pertama dari aku untuk pembaca-pembaca FS.

Sekitar 2 tahun lepas, aku seorang mahasiswi Diploma di sebuah IPTA terkenal di Sabah. Tak payah lah bagitau IPTA mana, aku taknak bertanggungjawab kalau jadi apa-apa. Aku bukan lah budak tempatan Sabah. Datang dari jauh, lebih tepat lagi, Selangor, untuk menimba ilmu. Islam kata, “Tuntutlah ilmu walau ke negara China.” Kira adventurous jugak tu bagi seseorang yang tidak pernah meninggalkan rumah selain pergi bercuti, melepak, mahupun pergi balik sekolah.

Kebiasannya budak-budak first semester memang dapat kemudahan kolej, tapi selama 2 tahun setengah aku belajar kat situ, aku memang duduk kolej je. Ibu aku risau jadi apa-apa kalau aku jadi NR (non-resident) kat tempat jauh dari dia. 1st semester aku dekat situ, macam-macam cerita seram sampai ke telinga aku. Aku pulak orang yang suka dengar cerita-cerita mistik, cumanya aku jenis yang layan tak layan je, aku tak banyak ambik port lah kiranya hanya setakat mendengar.

Nama Melati sangat popular dikalangan mahasiswa dan mahasiswi di IPTA tersebut. Dikatakan Melati ni satu roh yang tidak aman yang sering mengganggu pelajar-pelajar di situ. Banyak versi cerita tentang Melati ni sampai aku pun tak tau mana yang betul. Jadi, aku taknak sentuh part Melati ni. Aku taknak tokok-tambah cerita nanti menimbulkan kemarahan dan ketidakpuasan mana-mana pihak.

Masuk 2nd semester, aku tak dapat kemudahan kolej. Sebabnya bukan aku tak aktif aktiviti-aktiviti kolej, tapi masa first semester tu ada sorang roommate aku tak bersihkan meja, katil dia masa check-out bilik. Kiranya aku sebagai roommate kena tempias lah sebab tak bekerjasama membersihkan bilik sebelum urusan check-out bilik. Kemas tempat sendiri je, selfish sikit. Rupanya bukan aku je, si Siti (bukan nama sebenar), roommate aku masa first semester, budak Selangor jugak macam aku, tak dapat kemudahan kolej jugak.

Kitorang berdua pergi lah jumpa Timb. Rektor, buat rayuan. Dia bawak mak bapak dia sekali jumpa Timb. Rektor, aku sorang je huhuhu tabah lah diri. Kiranya sibuk jugak lah first day second semester tu sampai aku skip class 1 hari nak urus kolej punya hal. Kalau tak, mana aku nak merempat malam nanti tak larat nak menebalkan muka untuk 1 malam lagi tumpang bilik kawan lain.

Nak dipendekkan cerita, aku dengan Siti dapat lah jugak kemudahan kolej lepas rayuan tu kitorang 1 bilik. Ada 1 layout bilik berempat (4 orang, 2katil double decker), layout bilik kitorang berdua je (2 orang, 2 single bed). Tapi bilik kitorang dekat Blok A, bukan Blok B, tak sama dengan kawan-kawan lain. Blok A tu bukan ada 1 je, ada sampai 5 atau 6 tak silap aku. Biasanya Blok A budak-budak first semester, budak-budak Degree dengan yang aktif Kokurikulum je.

Dan-dan blok kitorang tu 1 aras je ada penghuni tu pun tak penuh. 7-14 bilik je, lain takda. Tapi aku mana kisah, asalkan ada tempat tinggal untuk 1 semester dah lebih cukup dari bagus dah tu untuk aku. Si Siti ni penakut, pengecut, you name it, semua lah dia, Aku tak cakap aku berani, aku biasa-biasa je. Disebabkan perangai si Siti ni macamtu, selama 1 semester aku tidur dengan lampu terbukak. Kiranya tidur terang-benderang lah. Aku tak kisah sangat pun, sebab aku jenis yang bila dah tidur tak ingat dah dunia. Tidur m**i orang kata. Cuma aku kesian kat Siti tidur dalam ketakutan, jadi aku ikutkan je kehendak dia.

Ada 1 malam kawan kitorang, Shar (bukan nama sebenar), ‘sleepover’ dekat bilik kitorang sebab roommate dia tak balik malam tu. Kitorang letak lah tilam kat lantai tidur bertiga hadap tingkap. Esok paginya, Shar cerita malam tadi dia nampak ada MACAM kain kat luar tingkap, tak pasti sama ada berterbangan atau tersangkut apa-apa. Siti diam terkedu bila Shar bukak cerita tu. Tapi lepas tu kitorang tak endahkan sangat cerita si Shar.

Si Siti ni kadang-kadang ada jugak biarkan aku tidur sorang kat bilik. Dia tak bagitau pun dia tidur bilik kawan dia kat Blok B tu. Marah aku dekat dia bila buat aku macam tu aku selalu lupakan. Kadang aku tunggu dia balik sampai aku pun tertidur. Sedar-sedar dah tengahari tapi dia pun belum balik lagi. Siti suka merewang pergi bilik kawan-kawan dia. Kadang tu aku takut jugak tipu lah tak takut, tapi aku tak melayan perasaan takut tu. Aku selalu replay movie atau TV series yang aku dah tengok sampai aku tertidur. Tu je jalan pintas aku nak tidur.

Dah 4 bulan berlalu, kiranya sepanjang 2nd semester tu aku tak lalui apa-apa yang pelik, aneh mahupun mistik atau seram. Aku pun ada konflik dengan si Siti masa tu tapi dah lerpas 4 bulan tu kitorang berbaik dah. Bila dah berbaik, si Siti pun bukak cerita. Selama ni hampir setiap malam dia tidur, dia kena kacau. Tidak lah kerap. Tapi banyak kali lah. Bilik kitorang pulak dekat dengan ‘tangga merah’, tangga angker yang memang dikenali semua pelajar di IPTA tu. Tapi aku takda pulak mengalami apa-apa.

Satu hari aku terserempak dengan Siti dekat bus stop. Masa tu aku nak pergi kelas petang, dia pulak bukan nak balik bilik terus, tapi nak merewang ke bilik kawan dia kat Blok B. Dah memang rutin harian dia, aku pun layankan je. Dah sembang sikit, dia pun nak beransur pergi, dia pesan kat aku. “Weh, balik nanti kau jenguk bilik, kau check setiap penjuru tau!” Terus dia berlari pergi tinggalkan aku dengan penuh tanda-tanya.

Balik tu aku bukak pintu macam biasa, terus aku rebahkan badan aku ke katil. Sambil aku slide phone aku, aku teringat pesan si Siti. Terus jantung aku berdegup laju, berdebar. Aku elak anak mataku dari memandang setiap penjuru di bilik. Terus aku bangun dari katil, ambil tuala pergi mandi. Dalam bilik mandi, ligat bermain dalam kepala pesanan Siti tadi. Lama aku di bilik mandi, selalunya 10 minit sudah memadai. Takut nak masuk ke bilik sendiri.

Tapi aku beranikan diri jugak lah. Sampai bila nak duduk dalam bilik mandi, kan? Lepas mandi aku terus masuk bilik. Tapi anak mata aku masih belum bertemu penjuru-penjuru di bilik. Lepas siap berbaju, baru aku berani pandang ke penjuru. Aku mula pandang ke penjuru di depan sebelah kanan di mana terletaknya meja belajar aku. Ada sekeping kertas dilipat dan dipaku. Sama dengan 3 lagi penjuru dalam bilik tu. Semuanya ada kertas yang dilipat dan dipaku.

“Celaka kau Siti!” Dalam hati aku dah menyumpah-seranah si Siti. Lepas Maghrib Siti balik bilik. Aku tanya, dalam kertas tu ada tulis apa? Siti cakap Ayat Al-Kursi, pendinding. Segala caci maki aku bagi kat dia sebab dia buat aku takut. Siti cakap classmate dia duduk bilik yang sama semester lepas. Ada jugak few incidents yang pelik jadi, tapi Siti tak cerita pulak pelik macam mana. Tapi bila dapat tau, meremang jugak lah bulu roma masa tu. Tapi aku, biasalah, biarkan je.

Siti cakap ada malam yang dia akan dengar orang p****g kuku pukul 3-4 pagi. Ada malam pula yang dia dengar loceng dari gelang kaki orang yang berlegar di luar pintu bilik kami. Ada malam yang dia rasa ada orang berdiri je di depan pintu bilik, tak berganjak. Semua tu hilang bila masuknya waktu Subuh. Aku tanya, “Kau kenapa tak kejut aku?” Dia balas, “Kan kita gaduh!” Ish, dasar ego tinggi budak ni! Hahaha.

Dalam Al-Quran ada tertulisnya yang kita di muka bumi Allah ni bukan berseorangan manusia. Banyak lagi hambaNya. Jadi, sama-sama jaga diri dan selalu ingat Allah. By the way, view bilik aku tu lawa okay! Nampak Gunung Kinabalu! Huhuhu. Assalamualaikum.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

9 thoughts on “Di Setiap Penjuru Bilik”

  1. bosan…lain kali cerita lebih spesifik apa yang terjadi,

    Ada jugak few incidents yang pelik jadi, tapi Siti tak cerita pulak pelik macam mana. Tapi bila dapat tau, meremang jugak lah bulu roma masa tu

    lain kali elaborate panjang sikit,incidents apa? yg siti tu pun,macam perasaan sendiri jer..setakat ‘rasa’ orang berdiri, dengar p****g kuku…macam imaginasi dia jer tu

    satu lagi, aku nak tanya..apahal si Melati ni trending kat semua IPTA? kat sabah ada,kat semenanjung ada..urban legend UITM ke hape

    Reply
    • Die kate siti x cerita tapi akhirnye bile dapat tau meremang gak…
      Mknanye die taulah tp x citer plak kt sini, apedaaa…

      Akk ni degree UiTM…
      Keje pastu kt UiTM…
      Mmg sgt UiTM Di Hatiku lah kirenye…
      Idok plak hakak dengar citer Melati ni walaupon mse degree kt SA tu akk stay Kolej MELATI…
      Hahahahahah…

      Reply
  2. sa tau blok mna ko ckp ni.mesti d A2 ni kan?sebb sana seja menghadap tangga merah and bilik dia ber4.hahaha slalu jga tu dengar mcm2x cerita dri kawasan sna

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.