Dia Ikut Masuk Kolej – UiTM

Assalamualaikum, salam sejahtera kepada warga FS. Kalau cerita ni keluar, maknanya ni cerita kedua aku kat sini. Sebelum ni aku pernah hantar cerita #Semangat Arwah masa aku belajar kat UMS dulu.
Kisah kali ni berlaku kat tempat kerja lama aku. Sebelum ni aku pernah jadi pendidik kat salah satu UiTM di sebelah pantai timur. Bidang yang aku ajar lebih kepada perladangan dan pertanian.

Kat sana kebetulan adik angkat aku dapat belajar bawah fakulti yang aku ngajar. Adik angkat aku ni lelaki, macam mana boleh jadi adik angkat lak cerita dia lebih kurang aku baik dengan family dia terutama kakak kandung dia, family aku dengan family dia pun baik sentiasa ziarah menziarah, lagipun satu kampung je. Aku selalu jugak kalau kebetulan masa kakak dia dan aku bercuti, aku tidur rumah family dia, macam rumah sendiri dah. Pergi jalan rumah dia terus masuk dapur buka saji. Heeee…
Okay, aku namakan adik angkat aku ni sebagai Asif. Kisah ni terjadi sendiri kat Asif dan dia ceritakan kat aku.

Masa kejadian, Asif masih semester 1 atau part 1. Masa ni Asif dengan batch dia diwajibkan turun ke ladang setiap pagi Jumaat untuk latihan amali. Tanam-tanam sayur, berkebun lebih kurang dan hasilnya nanti dorang akan jual. Masa ni memang perit la hidup dorang. Sengsara, tambah lak kalau bulan puasa. Yang budak-budak baik pun ada yang balik kolej merangkak cari air, ponteng puasa.
Nak dijadikan cerita, senja dekat nak Maghrib, Asif, Pakdo (roomate) dan sorang lagi kawan dia baru turun ke ladang nak siram batas tanaman.

Memang dorang ni aku rasa cari pasal je sebenarnya sebab setiap kali perjumpaan, senior ke, pensyarah ke selalu berpesan, nak turun ke ladang, mesti balik sebelum pukul 6.00 petang dan wajib turun berkumpulan. Tapi dorang ni nak elak daripada terik matahari, langgar arahan turun dekat nak Maghrib.

Lepas dorang siram-siram sayur, dorang balik kolej. Masa tu Asif cerita kat aku dia tak rasa apa-apa lagi. Tapi, bila tengah malam tu dia nak tidur, macam-macam bunyi. Dia duduk sebilik dengan Pakdo dan 2 orang lagi student course lain.

Masa mata dia nak lelap, pintu loker terbuka tiba-tiba. Ktikk…ktikk bunyi besi penyangkut engsel loker..Kreekk..krekkk krekkkkkk.. Bunyi pintu terbuka sikit-sikit. Asif bangun tutup semula loker, dia tak kunci pun tapi sangkut pengunci kat pintu sebelah. Kalau angin tolak tu memang tak logik la boleh terbuka. Dia baring balik, krekkk krekkk loker terbuka semula. Last-last Asif biarkan je pintu tu. Masa tu Pakdo tak tidur lagi, dia duduk kat kerusi dekat meja study sebab situ je ada plug dan dia buat tak tahu je. Asif pun xfikir benda bukan-bukan la dah tengok Pakdo rilek je.

Masa Asif nak lelap mata dia terasa ada orang main-main tarik kaki dia. Dia celik mata, tengok hujung kaki tak ada apa-apa. Dia pun tak syak apa-apa lagi sebab Pakdo pun tak tidur lagi masa tu.

Tapi bila 2, 3 kali dia lelap je terasa ada orang main jari kaki, tarik-tarik gitu, dia syak ada benda kacau dah. Asif buka surah Yasin kat handphone dia kuat-kuat baru lah dia boleh tidur. Tapi roomate dia yang lain kejut mintak dia perlahankan suara handphone sebab tak boleh tidur bunyi kuat sangat. Last sekali Asif off je audio taknak kawan-kawan dia terganggu.

Tapi kesannya malam tu memang dia kena kacau sampai pagi. Dan benda ni berlarutan sampai dua malam. Sehinggalah Pakdo buka mulut tanya Asif, tak rasa apa-apa yang pelik ke lepas balik dari ladang hari tu. Asif terus buka cerita apa yang jadi sepanjang dua malam dia kena kacau. Rupa-rupanya Pakdo pun kena kacau jugak tapi tak adalah seteruk macam Asif kena.

Tapi yang istimewanya, Pakdo boleh nampak kelibat benda yang kacau dorang. Dia beritahu Asif, nampak budak perempuan, rambut ikat tocang, baya-baya dorang (18 tahun) duk main buka pintu loker dan tarik-tarik kaki Asif nak bergurau. Pakdo cakap lagi, budak perempuan tu muka macam orang biasa je, takde lah muka menakutkan macam hantu ke apa. Keje dia duk berkeliaran dalam bilik tak keluar-keluar. Agaknya boring, tu yang kacau orang.

Asif cakap Pakdo ni pandai sikit-sikit benda macam ni sebab ayah dia kat kampung pandai berubat benda-benda ghaib gini. Petang lepas kelas, Pakdo ajak Asif dan sorang lagi kawan dia yang dulu masa pergi ladang sebelum ni ke ladang petang tu jugak. Dia cakap nak hantar budak perempuan tu. Budak perempuan tu anak jin yang sesat sebab ngikut dorang balik kolej, dan tak tau jalan balik semula. Memang berani jugak lah Pakdo ni, padahal aku tengok dia budak nerd je sebelum ni.
Dorang bertiga jalan je sampai ke ladang dalam Uitm tu. Sampai je betul- betul kat pagar pertama jalan nak masuk ladang, Pakdo suruh dorang berhenti dan patah balik. Sebab Pakdo cakap budak tu dah takde. Maybe dah jumpa jalan balik.

Sepanjang pengetahuan aku selama 4 tahun kerja kat sana, memang ada terdengar cerita-cerita dari staf ladang, yang kawasan sana agak keras. Tapi tak pernah kacau teruk sangat. Last yang jadi gangguan masa aku buat camp kat student-student baru masuk. Masa tu Asif dah jadi senior part 5 dah

. Tu kejadian histeria yang buat aku dah tak berani dah masuk ladang sorang-sorang semata-mata nak makan rambutan bawah pokok. Padahal sebelum ni memang selamba je aku rempit motor kriss aku masuk ladang siap parking motor bawah pokok rambutan, makan, tak pun aku pergi mancing kat tasik buatan sebelah ladang sayur tu. Histeria dia sampai kena buat perjanjian tak boleh lalu kawasan dia baru dia nak keluar dari badan budak perempuan tu..tapi sekarang aku tak tahu dah keadaan sana macam mana. Asif ngan batch dia pun dah habis belajar, dah dapt kerja pun kat ladang Unisza. Okay sekian cerita aku.

5 thoughts on “Dia Ikut Masuk Kolej – UiTM”

Leave a Comment