“DIA” NAK “MELINDUNGI”

Assalamualaikum, peminat setia FS. Nama aku kia. Aku nak ucapkan terima kasih kat admin kalau cerita aku ni dipublish kan. Aku nak ceritakan apa yang berlaku
pada aku. Aku ni baru darjah 5. Kelas aku duduk dekat tingkat 3. Jadi kalau nak naik tangga memang malas. Rasa macam nak terbang dengan beg aku punyalah berat. Ok, aku pergi kat cerita.

Masa tu aku pergi sekolah dalam pukul 6.00. Aku tengok semua orang dalam kelas aku tak datang lagi. Lepastu aku pun ambil penyapu nak sapu kelas. Tiba-tiba, penolong ketua kelas
aku datang. Nama dia ada bunyi “shu” so kitorang panggil dia shu. Shu ni kadang-kadang sampai sekolah dalam pukul 7.30. So aku pelik. Tapi cuba bersangka baik. Shu yang datang awal ni lain sikit.

Pastu aku tengok jam pukul 6.15. Aku pun tiggal jelah shu tu berseorangan. Aku ni pengawas kena jagabudak. Tapi aku pergi pejabat dulu sebab nak ambil buku record.
Aku ambik jugak kelas aku punya. Pastu pergi kelas balik. Masa tu si shu tengah tenung tempat aku. Nak jugak aku tanya kenapa. Tiba-tiba terlepas tanya pulak. korang nak tahu apa dia jawab?
Dia kata dia tengok tempat aku ni cantik, bersih. Aku ni mula rasa seram sejuk. Aku pun tinggal buku record kelas aku atas meja dia and lari. Aku jalan-jalan kejap.

Pastu aku nampak kereta si shu ni baru datang. Aku tengok dah pukul 7.15. Aku lari tengok shu dah takde. Ada iris je. Aku tanya iris, ada nampak shu tak? dia kata “kau ni gila ke? shu tak datang lagi la Kia!” kata iris pastu aku nampak shu ni panjat tangga and nak terjun. Aku lari sampai bilik guru and cari mak shu. Aku tanya mak dia, shu jatuh tangga ke? Dia angguk. Aku pun lari sampai jumpa dengan ustaz j. Ustaz j tanya kenapa? aku cakap aku jumpa shu. Tapi yang sadisnya, si shu ni tak boleh datang sebab jatuh tangga. Ustaz kata masa terakhir kelas aku, dia ganti sebab cikgu sakit.

Masa terakhir tu,(aku skip takut panjang) ustaz panggil aku. Dia tanya aku nampak tak kelibat shu? aku pun tengok lah sekeliling. Aku nampak shu betul-betul duduk tepi aku. Aku ni tak leh gerak. Berdasakan cerita kawan aku,(aku pengsan masa tu. Sebab shu “palsu” rasuk aku.)aku pengsan and tak sedarkan diri. Tapi baru ustaz j nak baca surah, aku dah bangun. Pastu ustaz aku dan shu “palsu” ni , pun berdialog. Ok kita flashback.

ustaz:” keluar kau dari badan dia” kata ustaz
Aku(shu palsu): ” tak nak.” kata shu palsu ni.
ustaz:” kenapa kau kacau dia?”
shu palsu: ” sebab dia jenis berani, solat tak tinggal dan pandai baca al-quran. Aku nak lindungi dia.

Aku nak dia aman. Aku takkan tunjuk muka aku depan dia” kata shu palsu pastu terus aku tersedar. Aku tanya ustaz kenapa? ustaz kata dia nak aku aman. Tapi tak tahu benda tu apa. Tapi macam dia suka kat aku. Aku punya meremang bulu. Tapi ustaz kata jangan risau sebab “dia” tak kan tunjukkan muka dia atau tak pernah tunjukkan badan dia depan aku.

Aku punya lega, tapi, dalam banyak-banyak orang kenapa pilih aku? hmm. Mungkin aku tahu satu hari nanti. Setakat ni je cerita aku. Kalau ada cerita pasal “shu palsu” nanti aku ceritakan lagi. Bye. Assalamualaikum.

8 comments

  1. dik,
    mak sarankan, belajar dulu sampai abis, baru post cerita.
    tp bagus jugak la sbb berani mencuba n mak harap, kau terima kritikan org dgn baik…
    tu saje…
    terima kasih 🙂

    1. Aku rase penulisan Adik kia ni ade sikit bagus la drpd beberape penulis kat FS ni.. baru darjah 5 pulak tu. Keep it up dik

      P/s: satu je nak tanye. X kan sampai kat skolah pkl 6.00 pagi? Tak awal sgt ke?

        1. Standard dtg sekolah kul6..tapi saya ni area sabah la… Dulu2 parents suka hntr awal g sekolah.. 6.40 dah start kelas.. Tu zaman saya dulu2 2000-2005…

  2. Satu je nak cakap, cmne cerita ini boleh lulus masuk fiksyensyasya.. sorry lah tapi cte cmni tak layak utk dibaca.. sorry

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *