Assalamualaikum kepada reader setia FS. Kepada admin, terima kasih sebab publish story aku ni dan yang lepas2, Apapun terima kasih bagi peluang untuk aku kongsikan pengalaman2 aku dengan orang lain. Takdela seram sorang2 kan.
Dulu, aku depression sangat2 bila dah selalu kena ganggu, sampai tak cukup tidur dan takut tidur malam. Dan dulu aku suka menyendiri sebab aku rasa diri aku tak normal,dipulaukan dan akhirnya mengganggu kerja aku sampaikan aku pernah dimasukkan ke hospital sakit jiwa sebabkan keadaan diri aku yang sebelum2 ni kerap diganggu dan tak sedarkan diri. Sedar2 kat institute mental bhaii siap bergari lengan.Kena cop ada gangguan mental,perghh sadisnya.Dahla merantau kat tempat orang,takde kluarga.Kalau ada rezeki lain kali lah aku ceritakan.
Dulu pun aku tak berani sangat nak cerita kat orang sebab takut orang jauhkan diri. Aku dah pernah kena, aku pernah hilang kawan sebab orang fikir aku ni tak waras. Kalau aku betul tak waras, aku tak duduk dah kat dunia nyata. Nasibla ada FS ni, sekurang2nya aku tau, bukan aku sorang je yang mengalami gangguan pelik2 ni. Ok back to the story, kali ni aku skip dulu zaman kanak2. Kisah yang ni berlaku waktu awal2 aku bekerja kat negara jiran.
Lepas aku balik dari melbourne. lama jugak aku menganggur, paling2 pun aku buat partime jela lepas pulang ke tanah air gara2 anak buah aku accident, si aris(bukan nama sebenar). aris ni anak kepada arwah adik aku tu, ya arwah adik aku sempat berkahwin sebelum meninggal, tapi tula.. umur dia tak panjang, dan dia tak sempat tengok anak dia membesar. Kalau tak silap aku masa dia meninggal tu aris ni belum boleh berjalan. Tak lama lepastu suami arwah pun meninggal accicent jugak. Aku dan mak la yang menjaga si aris ni.
Back to the story.. tak lama lepas aku balik malaysia dan aris pun dah sembuh. Aku dapat tawaran bekerja dekat negara jiran. Kisah ni berlaku dekat Bedok North St 1,dekat hostel aku. Masa ni baru 2 bulan aku berkerja. Aku memang tak expect akan ada lagi pengalaman misteri, kerja busy kot,mana ada masa lagi aku nak hadap setan2 ni semua. Lagipun kalau nak ikutkan masa aku dah meningkat dewasa mata aku tak lah setajam dulu masa aku kanak2.
Tapi gangguan pada diri aku masih lagi ada. Bahu kiri aku selalu sakit. Sakit sangat. Ada masanya sakit sampai aku terbaring berguling ke lantai menahan sakit dan sakit bahu ni slalu ada kaitan dan petanda sebelum dan semasa gangguan berlaku. Cuma beza dengan zaman kanak2, hari2 aku disibukkan dengan kerja yang tak pernah habis.
Dan nak dijadikan cerita, suatu hari tu,aku berkerja shift petang, macam biasa,shift petang slalu balik pun bukanlah betul2 on time. Biasanya aku akan lepak dulu tempat kerja, makan2 dan borak2 dulu dengan kawan sekerja yang shift malam nak hilangkan stress dan penat bekerja. Kitorang semua satu hostel budak malaysia. Yang membezakan, kitorang punya shift jela. Dan tak lama lepastu, aku pun mintak diri nak balik hostel, tak jauh pun, dekat2 situ jugak,jalan kaki je.
Hostel aku ni rumah hdb, bilik aku pulak dalam master bedroom. Ada bilik air kat dalam. Katil double decker ada dua biji, bermakna penghuninya ada 4 orang la termasuk aku. Katil aku ni bertentangan dengan pintu bilik air, dan aku tido katil atas tapi menghadap pintu keluar bukan pintu bilik air. Masa aku balik tu, roomate aku pun dah tido, lampu pun dah bertutup. Biasa memang aku takkan bukak lampu dan akan biar lampu bertutup sebab tak nak ganggu roomate lain yang tengah tidur. Aku balik macam biasa, mandi dulu bersihkan diri buat apa yang patut. Dah seharian bermandi peluh, lepas mandi baru rasa lega dan ringan sikit,barulah sedap nak tidur. Dah selesai semua, aku pun naik katil nak tidur. Mata pun dah mula mengantuk. Perlahan2 aku lelapkan mata, tak lama tu aku pun terlelap.
Kreekk.. kreekk.. sedang asyik aku dibuai lena.tiba2 aku dikejutkan oleh bunyi besi katil yang sedang bergoyang.Seolah2 macam ada seseorang yang sedang naik ke katil aku. Dan waktu tu tiba2 dada aku terasa sesak. Dalam kegelapan dan samar2,aku cuba bukak mata. Dalam hati aku.. ‘ishh.. sapelah pulak ni..’. Perlahan aku bukak mata.. Tiba2 aku nampak sosok lembaga hitam. Betul2 berada tepat atas dada aku. Punyalah terperanjat aku! Rasa nak meletup dada! Rupa lembaga tu hitam berkilat dengan lidah panjang yang terjelir separas bahu tengah menjilat2 pipi kiri aku sambil menyeringai dengan kepala yang melentok2 kekiri dan kekanan. Aku terkesima, lembaga tu melekat kuat kat badan aku.
Aku cuba nak melawan, tapi tak boleh. Sikit pun tak bergerak. Lembaga tu betul2 berat! Aku tak mampu nak bangun, nak tolak dia lagilah aku tak mampu! Dada aku betul2 sesak..Punyalah susah nak bernafas (yang ni aku pun tak tau spesis apa. ntah orang minyak ke apa) Sekuat tenaga aku cuba bergelut dan melawan tapi tak mampu. Aku cuba pejam mata, fokuskan diri dan bertenang, cuba mengingat surah2 lazim dan dalam masa yang sama mencari kekuatan. Masa tu dalam kepala aku hanya ingat ayat Kursi. Aku bacakan ayatul Kursi dengan nafas yang tersekat2 dan suara yang tenggelam seolah2 tercekik urat leher.
Berusaha sebaris demi sebaris dengan kudrat yang masih tersisa sampailah part terakhir dari ayatul Kursi tu aku ulang sebanyak 3 kali – ‘wala ya uduhu hifzuhuma, wahuwal ‘aliyyul ‘aziim..’ aku hembuskan kat muka lembaga tu, dan waktu ni lah baru kedengaran lontaran suara aku satu bilik. Dan setelah tu,aku sertakan laungan ‘Allahuakbar’ dengan sekuat tenaga dan waktu ni lah lembaga yang dari tadinya sedang asyik menjilat aku tu tercampak dari badan aku dan terhempas ke pintu. Perlahan2 lembaga tu menghilang bak asap dan debu yang dibawa angin. Gila!separuh nyawa rasa melayang ibarat dicekik. Katil aku terasa panas. Dalam pada baring tu, cepat2 aku duduk. Aku urut2 dada aku sambil istighfar.Kau imagine sendirila kalau kat tempat aku. Slalu orang cerita kena tindih tapi tak nampak rupa. Tapi ni jelas dan sampai sekarang aku masih ingat muka dia.Roomate aku pun dah terbangun time ni. Tapi dia pun tak tau apa yang berlaku.Dan azan subuh pun berkumandang.
Perkara tu aku diamkan. Aku ambik wudhu’ , solat subuh. Lepastu aku tido je macam biasa dalam keadaan masih berwudhu’.Then aku teringat, bodohnya aku!sebenarnya salah aku jugak sebab aku lupa baca doa tidur waktu tu. Memang mendapat la. Penat sampai hilang ingatan. Besok tu roomate aku tanya, baru aku cerita. Tapi macam aku cakap, mostly orang yang aku jumpa macam masuk telinga kanan, kluar telinga kiri. Macam angin lalu. Macam kurang percaya, sebab diorang tak pernah kena, kalau jadi kat batang hidung sendiri,haa.. baru kau tau macamana yang aku rasa selama ni, masatu kalau kau cerita aku buat tak layan je.
Dan untuk pengetahuan korang ni lah kejadian pertama berlaku kat luar negeri,cuma masa kat melbourne takde gangguan yang bagi aku agresif, sekadar gangguan biasa2 dan gangguan manja2 macam dengar bunyi orang bercakap2, berbisik atau bunyi benda tu lalu yang sekadar nak bagitau dia ada kat situ je. Kalau gangguan macamni bagi aku dah sebati. Biasa orang cakap kalau orang yang selalu kena gangguan, kalau pergi oversea, gangguan akan hilang. Hilangla sangat. Dan tahun yang seterusnya pun sama masih berlaku dekat aku walaupun masatu aku dah berpindah kat daerah lain, dekat Jelapang Rd, berhampiran tasik. Yang tu pun, next time la kalau aku rajin.
Yang gangguan selepas dari kisah ni, dah hilang ketakutan aku, rasa nak marah lagi ada. Takde kerja lain ke saitan2 ni.Kalau bayar gaji aku takpe la jugak. Tapi antara yang aku dapat belajar selepas pengalaman demi pengalaman, bila kena tindih ni aku tak boleh panik, bila aku panik bacaan aku akan berterabur, dan slalunya makhluk ni akan ketawa atau mengolok kalau bacaan aku salah.Macamana tak panik dah kalau dia muncul dengan rupa yang menakutkan.
Cukup la sampai sini dulu. Maaf kalau pada korang tak seram. Terima kasih la sudi baca kisah pengalaman aku ni. Next siaran pulak. Assalamualaikum.
Yang mana nak baca kisah “ADIK” … Jom baca kisah tersebut…
Assalamualaikum kepada semua reader setia FS, dan kepada admin terima kasih sudi publish cerita aku yang lepas (Terbukanya hijab & Bertukar wajah) Kali ni aku kongsikan kisah Adik untuk mengisi ruangan koleksi bacaan korang. Waktu aku menaip ni lampu kat luar main kelip2 pulak. Tu la satu kadang2 aku malas gak nak story pasal adik ni. Kuang hajo betul. Ah peduli dia sana. Ah lupa, masa ni mak aku dah pindah duduk rumah lain, dah tak duduk rumah nenek aku, sesekali je balik rumah nenek. Takde la jauh sangat dari rumah nenek. rumah pangsa sekitar kl jugak. Rumah aku ni tingkat 3. Time kat rumah ni banyak kejadian kesurupan, dan masa ni aku dah sekolah menengah. Mak aku dah mula percaya selepas banyak perkara yang berlaku rentetan dari peristiwa lepas dan kesurupan yang kerap kali berulang.
Aku ceritakan serba sedikit tentang adik. Macam aku cakap, adik ni berkongsi pengalaman hidup yang sama macam aku jugak, cumanya bahagian adik lebih seram dan extreme lagi dari aku sebab gangguan dia lebih teruk. Dia pun pernah depression yang teruk. Adik ni kalau ada masalah dia suka menyendiri. Dan masatu hubungan dia dengan family aku tak berapa baik akibat adik berhenti sekolah awal dan bekerja diusia muda, dan hanya sesekali je pulang ke rumah. Tingkatan 2 kot dia berhenti. Aku jela tempat dia meluahkan apa2. Tapi aku tau, banyak lagi yang dia pendam sendiri dan tak kongsi pun dengan aku.
Dia ni ada masa dia tak tau dan tak sedar yang dia mencederakan diri sendiri. Apa yang extreme bagi aku, adik ni kalau gangguan tu datang dia berubah, karang kau tau2 je dia dah kat luar nak terjun bangunan. Takpun kat dalam bilik air tengah toreh lengan sendiri. Entah bila masa dia hilang pun tak sedar. Luka bukan takat calar2 sikit je, parut dalam, maksudnya memang dia kelar tangan dia sampai bermandi darah tapi dalam keadaan tak sedarkan diri. Kalau dihitung berbelas kesan kelaran dari pergelangan tangan bawak sampai ke paras lengan. Itula yang seramnya tu. Panik wei,memang kau selalu kena pantau dia.Lebih2 lagi lepas kitorang join dunia persilatan waktu awal masuk sekolah menengah dulu.
Apa yang aku ingat, arwah tok guru silat aku pernah cakap, bila setiap kali bukak gelanggang mesti ada yang datang bertandang memerhatikan adik aku, bukan satu, tapi dua. Satu serba putih dan satu serba hitam. Bagi aku, macam dua2 takde kebaikan untuk adik, dan aku anggap dua2 tu jin yang dilaknat.
Ok sambung la cerita, ada satu malam tu, masa kitorang tengah duduk kat ruang tamu, adik kerasukan, sebelum kejadian dia diam je, mata terpejam macam orang bertafakur. Tapi tak semena2 tiba2 je adik berlari keluar, adik pegang palang kat luar rumah tu, tiba2 je dia panjat palang tu wey!! dia berdiri panjat dan terjun, aku dengan mak pun berdesup lari keluar dan ngam2 la waktu tu sempat capai tangan adik, astagaa..kaki dengan badan dia semua dah terjuntai ke bawah! nasib2 je mak aku sempat sauk sebelah tangan dia. macam nak mati menahan.
Mak aku tarik tangan dia sambil mak aku teriak2 suruh aku tarik lagi sebelah tangan dia. Mak aku sampai nangis2 kot masatu,istighfar panjang mak aku. Aku dengan mak genggam kuat2 tangan adik.Ada jiran2 yang terdengar bunyi bising2 dan nampak kejadian yang berlaku,cepat2 datang bantu kitorang masatu.Tingkat 3 kot rumah aku, kalau tak mati atau pecah kepala, patah riuk jugak tulang temulang kalau jatuh! tak ke haru!
Tapi sebelum kejadian tu memang ada dia cerita kat aku yang dia pun takut nak tidur malam, dan selalu tahan mata sampai la masuk subuh. Dia cakap ada orang tua serba putih,dari rambut,janggut sampaila bab pakaian, memang semua serba putih duk ganggu dia setiap hari dan tiap2 malam(sebab tu aku mention kat atas tu semua takde kebaikan). Adik cakap muka dia bengis dan garang, adik takut sangat tengok muka dia, sampai ke mana2 pun adik selalu nampak kelibat dia. Nak pejam mata pun nanti dia masuk dalam mimpi adik.
Dulu masa arwah tok guru silat aku masih hidup dia yang rawat. Tapi tak lama lepas tu arwah tok guru pun meninggal dan sebelum meninggal arwah nak titip pesan dan nak jumpa adik,tapi tak sempat,arwah tok guru dah hembuskan nafas terakhir.Aku kesian tengok adik,lebam2 mata tak cukup tidur. Masa adik kerasukan ni dia dah tak sedarkan diri, lama jugak bergelut. Mak aku punyalah susah hati,yelah tenaga dia luar biasa. Bab kena sepak terajang ni aku dah biasa sangat dah kena. Waktu ni aku cuma mampu baca ayat kursi je,tapi memang tak terlawan, dan masatu aku dan mak pun bukanlah arif sangat.
Akhirnya jiran2 panggil orang surau, ustaz shafiq, muda lagi baya 20 something la, dan beberapa orang surau yang datang membantu kami waktu tu.Bermulalah sesi dialog antara ustaz dengan jin ni. Ustaz shafiq pun tanya,”apa kau nak dari budak ni?!! keluar! atau aku sakitkan kau” adik ketawa dalam masa yang sama dengan suara yang garau, dia cakap , “aku takkan keluar!dia milik aku! aku nak dia mati!” sambil mengilai adik hantukkan kepala ke lantai. Tak cukup dengan tu, kaki adik menendang2 pembantu ustaz tu.
Aku perasan pembantu ustaz tu tekan lada hitam kat ibu jari kaki adik. Habis semua kena tendang .Berjam2 lamanya diorang bergelut,sampai aku pun dah tak ingat butir2 percakapan diorang selepas tu sebab aku dah penat. Mata aku bergenang,aku cuma nak adik pulih je. Mak aku jangan cakapla, menangis2 dah kat situ.Tak lama lepastu adik muntah dan keadaan kembali reda. Aku tau masatu semua orang dah letih termasuk aku. Lebam2 jugak lengan aku dibuatnya. Ustaz shafiq pun nak beransur dah masatu dengan pembantu dia. Banyak yang ustaz pesan kat mak aku waktu tu, mak aku cuma mengangguk2 faham sambil kesat air mata.
Selepas dari peristiwa tu, merata2 mak bawak adik berubat, hari demi hari, tapi tetap sama je. Macam takde perubahan. Kalau baik pun, sekejap je,tak lama lepastu jadi lagi. Ada yang cakap itu saka keturunan,tapi entahla, aku sendiri tak pasti. Dan peristiwa yang sama tetap berulang2, kadang kat luar, kat tempat kerja, kat kedai makan pun boleh kerasukan…sampai la ada suatu hari, ada member satu tempat kerja adik offer nak bawak adik berubat kat thailand. Aku tak ikut pun masa dia pergi berubat tu, masa kat sana adalah dia call aku sekejap. Tapi takde pulak dia cerita proses berubat tu macamana. Aku tak ingat dua ke tiga hari dia pergi. Dan waktu dah settle, nak balik tu, adik call aku, bagitahu dia dah on the way, suruh aku tunggu dia kat rumah. Nak bawak aku pergi mana ntah,selang 1 jam lebih kot lepastu, aku dapat panggilan telefon. Aku fikir, adik call bagitau dah nak sampai ke apa, tapi aku silap.
Kali ni panggilan yang aku dapat betul2 buat hati aku remuk dan hancur, luluh hati aku masatu Tuhan jela yang tau. Rupanya panggilan dari polis yang menyatakan adik aku terlibat dalam kemalangan. Mulanya aku tak fikir adik meninggal. Sebelum ni adik pernah terlibat dalam kemalangan, patah tulang rusuk, tapi masih steady je, terjun dari lot kedai 2 tingkat pun masih elok lagi berjalan. Aku pun blum fikir yang bukan2.
Tapi tak lama lepastu aku terdengar ketukan di pintu, aku dan mak pelik, siapa pulak datang tengah2 malam ni. Mak aku yang bukak pintu terkejut.Kt depan pintu ada dua orang pegawai polis yang lengkap beruniform pun bagitahu tentang kemalangan tu, mulanya diorang suruh kitorang bertenang dulu, kemudian baru diorang jelaskan yang adik dah meninggal, waktu kejadian adik dikejarkan ke hospital slim river, malangnya..waktu sampai adik dah pun menghembuskan nafas terakhir tanpa sempat menjalani rawatan. Terlalu banyak pendarahan di kepala menyebabkan tempurung kepala pecah.
Dan yang lebih sayunya diorang datang bawak barangan peribadi milik adik untuk diserahkan. Ada wallet warna merah. Ya.. aku tau dan cam, memang wallet tu kepunyaan adik.. dan bila aku bukak dalam tu ada rantai leher yang adik selalu pakai dan not 50, 10 keping. Aku cium rantai dan dompet tu, semerbak bauan dari perfume yang adik selalu gunakan, buatkan aku terbuai dengan segala memori dengan adik.
Allah.. Ya Allah, waktu tu gelap rasa dunia aku, longlai seluruh tubuh,hanya air mata bercucuran. Mak aku tak payah ceritalah.Kejadian ni memang takde siapa pun yang menduga.Balik dari post mortem aku menangis semahu2nya,balik dari kubur pun,aku tak mampu berhenti nangis. Abah dengan umi (mak tiri aku) cuba tenangkan aku. Waktu ni family aku yang mulanya ada krisis,semua dah berbaik2. Abah dengan kakak yang tak rapat dengan arwah adik masatu rasa menyesal, kakak menyesal sebab dulu kakak jarang tanya pasal adik, lagipun kebanyakan masa kejadian kerasukan, kakak memang takde kat rumah sebab kakak sibuk study dan kakak tinggal kat hostel.Tapi tulah..penyesalan pun dah tak berguna lagi waktu ni. Adik dah tak ada.
Dan selepas dari kejadian ni baru aku rapat dengan kakak. Kakak cakap lepas kejadian ni kakak belajar menghargai adik beradik, aku pun tak salahkan kakak sebab kakak cuma jalankan tanggunjawab sebagai anak sulong,dan kerana tu lah kakak berusaha keras study untuk capai cita2 kakak sebagai doktor. Dan kakak jarang tanya khabar, bukanlah bererti kakak tak pedulikan kitorang. Cuma terikat tanggungjawab anak sulung.
Selepas kejadian tu, pengalaman mistik aku, aku simpan sendiri, takde lagi arwah adik yang berkongsi cerita suka dan duka. Cuma persoalan yang selalu bermain dalam fikiran aku, apa punca adik accident? adakah lepas dia berubat, gangguan tu datang balik dan jin yang mengganggu tubuh adik tu marah? Mungkin ke adik kerasukan waktu dalam kereta? Dan kereta hilang kawalan? (sebab ni pernah berlaku pada aku dan arwah ye) Member dia ni pun misteri, hilang tanpa jejak dan khabar, masa aku cuba nak jejak member dia dan cari tahu hal ni, aku dapat tau member dia kritikal dan dipindahkan ke hospital lain. Atau mungkin ke dia dah meninggal? Yang pastinya aku tak kenal member dia ni. Semua persoalan tu tinggal tanda tanya. Wallahu’alam.Dan memang dah tertulis ajal adik dalam keadaan macamtu.
Hanya sesekali je aku bercerita kat mak dan kakak kalau ada gangguan pada diri aku, tu pun jarang. Lepas selang beberapa tahun tu baru lah aku bawak diri pergi oversea, yelah, dah takde kawan baik dan kawan bergaduh aku lagi kan. Buat apa pun rasa sunyi je dunia aku ni. Aku memang tak bergaul sangat dengan orang masa ni. Tapi masa awal lepas adik meninggal, aku kerap mimpikan adik, kadang2 aku mimpi adik datang,tapi tiba2 wajah adik berubah jadi hantu. Tapi aku tak takut,aku cuma rindu arwah adik. Rasa nak peluk adik. Aku masatu slalu berharap adik datang dalam mimpi aku.Hanya aku dan adik.Dan masatu aku seolah berada dalam dunia aku sendiri,aku fikir adik masih hidup,cuma adik pergi jauh,belum balik. Tapi adik memang selalu datang dalam mimpi aku masa tahun2 awal dia meninggal.
Apapun, sekarang aku dah boleh terima hakikat dan aku terima dengan redha qada’ dan qadar bahwa adik memang dah tak ada lagi kat dunia ni. Janji Allah itu pasti. Setiap yang hidup pasti akan mati. Aku dan adik dah berpisah alam.Dan hingga saat ni adik adalah anugerah dan pinjaman Allah yang terindah dalam hidup aku yang mewarnai zaman kanak2 aku.
Al-Fatihah buat arwah adik.. semoga adik tenang di sisi Sang Pencipta.Sekian la coretan kali ni. Next aku ceritakan kisah2 misteri saat aku diperantauan lepas aku bawak diri pergi oversea (ingatkan dah hilang gangguan masa ni,rupanya ada lagi makhluk2 ni menjelmakan diri)
Betul kuang haja erk. Ok lah, terima kasih sudi membaca kisah kehidupan aku ni dan terima kasih untuk semua komen2. Sekian,Assalamualaikum.