Disakat Hantu Asap

Salam semua warga FS yang setia membaca bermacam-macam kisah yang telah di aprove dan disiarkan oleh Admin dan Team Fiskyen Shasha di page ini. Saya harap anda semua sihat-sihat selalu.

Adakah anda pernah dengar cerita pasal hantu asap? Ya sudah tentu ada yang tahu dan ada yang tak tahu sebab ia rare kan. Ok saya akan ceritakan, alkisah pengalaman saya berhadapan dengan jenis jelmaan ini.

Pada malam 31 haribulan 5 sebelum tengah malam merupakan malam pembukaan Hari Gawai Dayak, saya dan 2 lagi kawan sekampung saya macam biasa akan pergi ngabang (menjiarah/bergawai) ke kampung-kampung terdekat terutamanya rumah saudara mara dan kawan-kawan. Selepas kami ngabang, kami akan ke rumah panjang.

Begitulah dengan seterusnya sehingga rasa dah tak sanggup lagi minum Ai Tuak (arak tradisional). Malam itu, saya dan 2 orang kawan saya ni ambil tempat yang paling hujung (atas jambatan) rumah panjang yang gelap lagi suram. Tak tahu lah kenapa kawan saya yang 2 ekor ni pilih tempat yang gelap untuk lari dari kena santeng (maaflah saya tak tahu apa pengterjemahan bagi ayat ini) dengan tuak. Yang saya ni pula, macam biasa akan ikut mereka berdua ke mana saja mereka pergi.

Agak lama juga kami bertiga bersembunyi di situ. Dah lah bawah jambatan tu kotor, penuh dengan sampah sarap dan sisa-sisa bangkai haiwan yang tak di ambil untuk di makan seperti darah, organ dalaman seperti usus limpa dan banyak lagilah, kulit dan lemah K*****r, bulu-bulu ayam, dan banyak lagilah.

Alamak terlupa pula nak explain kedudukkan kami masa tu. Baiklah saya terangkan satu per satu. Rumah panjang kampung yang kami pergi ni tak jauh dari jalan besar dan terletak di tengah-tengah kampung berhujungkan jambatan yang menghubungkan jalan utama ke seberang sempadan kampung yang bersebelahan dengan Indon dan juga semak samun. Tempat kami pilih pula agak jauh dari rumah panjang. Agak-agak 100 meter macam tu itulah jaraknya dari atas jambatan, iaitu tempat yang kami pilih untuk lari dari kena ‘santeng’ dengan tuak.

Selang beberapa minit kemudian, selepas hampir sejam kami di situ. Saya rasa dah lain semacam. Tiba-tiba bau busuk seperti mayat reput kuat menerjah hidung. Kalah bau busuk yang sememang ada di situ. Sampaikan saya rasa loya-loya nak muntah tapi berjaya saya tahan.

Kawan saya yang satu ni yang saya panggil Jerry mula tegur bau busuk ini.

Jerry: “Anih de sike’h bina’ ti” (Apa yang bau busuk sangat ni?).

Aku: “Eh amu ti, kade’d sahkah nyiya ne ka” (Eh kamu ni, jangan tegurlah).

Selepas si Jerry ni tegur, bau busuk itu beransur-ansur hilang. Tapi itu belum habis lagi. Saya ni pula yang tak senang duduk. Saya rasa sejuk semacam dah, walaupun saya pakai baju tebal berlengan panjang. Masa tu, kami memang bawa motosikal kami sekali ke situ.

Saya bangun dari motosikal saya terus jalan-jalan tengok di sekitar jambatan dan signboard jalan dengan bersuluhkan lampu handphone lenovo saya yang tak seberapa terang. Sampai saja saya di signboard jalan, Si mangkuk hayun si Jerry ni baling mercun ke arah saya. Prak…prak.pprak..pakkk….

Saya tak terkejut pun dengan usikkannya sebab saya dah lali dengan usikkan itu. Saya jeling dia, di balasnya senyuman nakalnya. Dah macam dalam kartu Tom and Jerry dah saya rasa. Dah pun nama kebetulan pun sama-sama Jerry dengan watak si tikus ni.

Selepas saya jeling si Jerry ni, saya pandang ke depan saya. Oh semangat… terkejut habis saya masa itu. Jelmaan menyerupai asap putih berupakan susuk tubuh seorang dewasa berdiri betul-betul di depan saya. Saya apa lagi terus lari macam tak cukup tanah. Nasib baik saya tak jauh dari mereka berdua. Sampai saja saya ke tempat saya letak motosikal saya tadi, terus saya kata macam ini dengan diorang, “Bu’hu… bu’hu da kitak mesu ti” (lari…lari.. kita dari sini)

Mereka berdua pandang sama sendiri, lepas tu pandang saya dengan muka komfius. Saya dah tak nak ulang lagi kata saya dan terus beredar dari situ dengan motosikal kesayangan saya menuju ke tempat yang agak terang yang tak jauh dari situ.

Dalam beberapa minit macam tu, saya toleh lagi ke tempat saya disakat makhluk yang berupa asap itu. Dah tak nampak dah, saya beranikan diri untuk pergi lagi ke tempat kawan saya dan terus explain kat diorang yang saya tadi disakat oleh hantu asap. Kali ini diorang pula yang takut.

Malam tu, kami pergi dan singgah di kampung sebelah di kedai runcit kampung Mujat kerana kawan saya yang lagi satu tu, saya panggil dia Tathet nak main Holo (sejenis perjudian main taruh dan tikam). Selepas tu baru kami pulang terus ke rumah. Jam masa itu dah pun menujuk pukul 12.35 tengah malam. Syukurlah, nasib baik hantu tu tak ikut saya balik rumah.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

4 thoughts on “Disakat Hantu Asap”

  1. Hantu ajak komer minum tuak kot…yg komer lari pasal aper…boleh minta no ekor…takyah main judi tikam lagi…dpt dyit byk boleh kahwin ngan anak Tuai Rumah

    Reply

Leave a Comment