Assalammualaikum & Salam Sejahtera FS. Bismillahhirrahmanirrahim.
Hari ini, aku nak share pengalaman yang terjadi 3 tahun lepas bersama adik-adikku perjalanan balik dari KUCHING-LUNDU.
Masa kejadian, aku bersama adik lelaki no.3 azwi, adik no.4 azwan dan yang bongsu aza. Aku yang sulung. Masa itu, azwi baru balik dari kursus. Jadi, selalunya kita akan buat makan selamat. Aku pun teruja nak jumpa sebab azwi dah balik selama 6 bulan dari kursus. Rindu katakan ..jadi, aku call azwi supaya jemput aku dari kuching sebab nak balik ke lundu meraikan kedatangan gitew.. azwi pun setuju dan menjemput akak tersayang ni.
Azwi cakap, dia orang gerak selepas isyak ,aku pun okey jer .Perjalanan mengambil masa satu jam lebih. Aku pun tunggu dia orang sampai. Tunggu punya tunggu, pukul 11 malam jugak dia orang ni datang menjemput ku.
Aku bagitau azwi, supaya berehat sekejap,sebab takut mengantuk. Dia orang pun berehat sekejap, rehat punya rehat campur borak..jam dah pukul 1 pagi . Aku pun cakap,
“Dah lewat ni ..gerak sekarang,esok pulak nak bangun awal beli barang untuk makan selamat”.
Nampak raut di wajah azwi ni macam nak tak nak jer balik,mungkin ngantuk or penat.
“Akak bawak la kereta ni, azwi letih nak sambung tidur nie”,ujar azwi.
“Laa..akak tak nampak la dek ,drive malam cenggini ,mata akak ni rabun ayam, adik bawa jer lah..tak berasa sejam tue”, tegas aku.
Bebel punya bebel aku jugak yg bawak kereta..
Dah dalam 30 minit perjalanan,aku bawak 60/70kmj sebab kabus kuat sangat ,tengok adik dua orang kat belakang dah belayar. Azwi kat sebelah pun sama, jam dah nak pukul 2 pagi, baru sampai dekat simpang tiga (bau-kuching-lundu). Start dari ni, aku dah rasa seram sejuk, sebabnya kawasan yang dilalui selepas ni hutan tambah pulak dengan banyak cerita angker. Dengan rasa tak sedap hati ,di temani lagu di radio. Selepas jer lalu simpang tiga ni, sampai satu tempat.. aku tengok dari jauh, samar-samar nampak seperti orang berdiri tambah pulak kabus yang tebal. Aku perlahankan kenderaan, bukak highbeam, Ya Allah! Lembaga putih tegak berdiri di tepi jalan,aku dengan pantas menoleh ke belakang tengok keadaan azwan dan aza ,sambil tangan aku meraba cari dan sentuh kaki dia orang. Takut lah apa-apa terjadi, apa aku nak jawab dengan orgtua.
Dekat jer dengan mahkluk tu,dengan rasa takut aku pandang jugak..takde wajah!! Tak puas hati ,aku tengok dari mirror ..masih tercegat disitu, berdiri mengenang nasib la kot tak ditumpangkan..
Perasaan aku dah start tak tentu arah, sebelum apa-apa terjadi..aku pun bukak radio mengaji volume upper. Haaa ..ambik kau setannn!!
“Hoi..akak ni apahal?!”,sergah azwi sambil tangan perlahankan radio mengaji.
“Kau perlahan radio mengaji ni kenapa? Panas ke?”,ujar aku.
“Akak takut sekali pun, tak payah volume kuat.. ni akak boleh mengacau makhluk-makhluk ni tanpa tak sengaja dan mendatangkan marah makhluk ni”, ujar azwi.
“Kenapa pulak?”,tanya aku.
“Dah..akak berhenti tepi,nanti azwi bawak!”,ujar azwi.
Mak aiii ,lega hati aku bila azwi pelawa bawak kereta..so, dengan amannya aku duduk kat sebelah,aku tak tidur sebab teman azwi. Aku tak cerita pun kejadian tadi dekat azwi, seakan lupa. Beberapa minit lepas tue, entah dari mana timbul dalam kepala hotak ni kes kejadian yang budak hilang di bukit broga, aku pun bukak story kat azwi tanpa fikir selepas apa yang aku lalui tadi.
“Azwi, tahu tak cerita pasal budak hilang di bukit broga yang disembunyi bunian tue?”,tanya aku.
“Tak tahu, kenapa?”,tanya azwi lagi.
Aku pun dengan kusyhuk cerita a-z pasal budak broga tue, tak puas hati lagi, aku sanggup bukak youtube cari pasal budak tu untuk azwi dengar dari mulut budak tu sendiri yang cerita, masa kat motif viral. Semangat aku cerita lain macam tau, tak tau kenapa..
Tiba-tiba…..
“Akak dah.. tutup handphone tue, tak yah cerita lagi..”, ujar azwi dengan nada yang cemas.
“Kenapa? Kenapa ni?”, tanya aku.
Azwi tak jawab pertanyaan aku, terus diam membisu.. perasaan cemas menyelubungi, aku campak handphone bawah sit.. aku betulkan duduk, muka menghadap ke hadapan.
Dalam berapat minit..
“Akak, akak perasan tak kita lalui jalan yang sama? Azwi dah kira ni,
3 kali dah tempat yang sama”,ujar azwi iaitu dikawasan bukit sebelum sampai ke tem tentera.
Aku fokus ke hadapan,dan azwi mula mengira.. yer,memang..2 kali lalui jalan yang sama bermakna 5 kali kita orang berada di tempat yang sama. Aku segera pejamkan mata sambil tangan aku meraba sekali lagi di sit belakang memastikan azwan dan aza berada dalam keadaan yang selamat. Aku mengarahkan azwi, supaya baca apa yang patut sambil dalam hati aku berzikir.
Azwi pun segera membaca:
“A’uudzu bikalimaatillahittaamma timinkulli syaithonin wahaamma tinwamingkulli ‘aiinin laammah”.
(Aku berlindung dengan kalimat tuhan yang Maha Sempurna dari syaitan yang menggoda dan dari pandangan mata yang menyeramkan)
“ALLAHUMMA WAQUL JA AL HAQQU WAZAHAQOL BATILU INNAL BATILA KANA ZAHUQO”.
(Ya Allah, kebenaran telah datang dan yang batil telah lenyap.Sungguh,yang batil itu pasti lenyap)
ALLAHUAKBAR!! Laung Azwi memecah suasana perjalanan.
Dengan izin Allah, jalan terbuka dan nampak simpang kem tentera. Alhamdulillah.. perjalanan lancar, aku dan azwi tak cakap sepatah pun sampai rumah. Sampai rumah jam 4pagi lebih ..3jam masa dari kuch-lundu disebabkan kekacauan.
Keesokan harinya, cerita kat ayah..ayah cuma cakap, nasib baik anak-anak dia tak hilang.. hehee.
Ayah bersyukur sebab doa yang dia ajar kami ingat.
P/S: sorry la tak seram, mungkin pengalaman ni mengajar kita supaya membaca doa sebelum melakukan sesuatu dan mulut takyah nak over sangat cakap hal “dia”.
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Fuhh..sabarnya adik ko..kalau aku jadi adik ko..aku tempeleng siap2…dah tau terkena..lagi nak bercerita…saja nak tambah perisa…..seb baik adik tu ada sikit2 ilmu….
nasib adk ko x lempang ko
Adik akak askar ke?
Hi ktk.. salam. kmk org kch. pat dibuang slang klaka seghawak ktk ya..tetak juak mek baca..
Hiii kmk pun orang kuching! HAHAHA
Nok cite owg yg hilang ia .kat sini nangga pasal ea ow.
siney tmpt tapok ya eh?